Jumaat

Masih boleh muat

Masa mkn tadi sis terbelek2 cincin kat jari sis..masih muat rupanya. Dah 9 tahun umur cincin ni tapi masih boleh muat..org kata kalau cincin lama masih muat tu tandanya dah kurus, erm..betul ke?keh3...puji diri sendiri sbb xde org nk puji...sbnrnya xkurus2 pon, cuma jari sis je tak ikut membesar...cincin sis ni saiz 10...masih muat dan tak ketat pon..kalau badan pon saiz sama mcm sebelum kahwin kan best...moga2 slim macam dulu2 balik amin...akan sis usahakan...


Selasa

Lamb Chop Sedap di Sungai Petani 2018

 Penat sudah sis menggoogle restoran Lamb Chop paling sedap di Sungai Petani malam semalam, kot2 la ada restoran western baru..kt SP sis tak berapa tau sgt kedai mana yg masak lamb chop sedap..After a few minute menggoogle finally, kami suami isteri memutuskan untuk late night dinner di "LeBoss" restaurant je..Kitorg keluar 9.00 malam lagi..mulanya bercadang nak makan lamb chop di Mr. Steak House, di Bandar Laguna Merbok tempat yg ktorg selalu pergi..sudahnya mlm semalam restoran tu tutup, mybe sbb cuti Chinese New Year...Jadinya terpaksalah ktorg teruskan dgn plan kedua plk iaitu makan di restoran LeBoss dekat Lagenda Heights..Sampai je LeBoss kitorg terus order..tengok jam dah pukul 11mlm..aduhai suamiku, selalu menggagalkan diet isterimu ini...huhu...Dah lama sis dgn husby xmakan di Le Boss...aritu masa mkn dgn husby lamb chop dia dh kurang kick, jadinya lama jugaklah kita tak pergi makan situ...tapi malam tadi sis makan rasa sedap pulak..mybe depa tukar chef tak pon resipi baru..rasa lamb chop dia memang betul2 marvellous..semalam husby order lamb chop n dia minta kuah asing...so, dorg tak tuang kuah atas lamb chop..mmg sedap..lembut dan juicy sgt daging lamb tu..dia punya gravy pon sedap...portion dia mcm selalu, sangatlah besar sesuai untuk org yg lapar sgt2 dan kuat makan, kitorang order teh ais untuk sis, ice lemon tea untuk affan dan milo ais tabur untuk husby...lain kali kalau mak mertua n ipar duai sis datang, bolehla bawa diorg pergi try makan situ..
ni facebook dia  https://www.facebook.com/lebossrestaurant/

Sis tak ambil gambar penuh sebab anak sis bagi sepah tisu atas meja tu...
Sebahagian set yang kitorg order

Yang ni sis punya set ade salad..siksa sis nak habiskan lamb sebab terlalu banyak

Yang husby ada wedges dgn coleslow



gambar credit to:http://sastel.blogspot.my/2015/08/western-food-sungai-petani.html



Menu adalah seperti di bawah, korang bolehlah review kat sini bagi yang belum pernah berkunjung ke LeBoss, Lagenda Heights, SP.











all the menu's picture are credit to : http://jellysmommy.blogspot.my

Jumaat

Resipi Kuah Steambot

Harini sis dan suami tak bekerja kerana cuti umum Chinese New Year..Seawal pagi kitorg sekeluarga dah makan nasi lemak untuk breakfast..Tengahari sis bercadang nak memasak steambot je sebab 2 hari lepas sis ada beli barang-barang nak masak steambot.

Periuk ni ada partition..jadi bolehlah masukkan sup sebelah dan tomyam sebelah..


A) Resipi sup. Untuk portion kecik je sebab anak sis sorang je yg makan dgn kuah sup.
Bahan-bahan sup:

Air setengah periuk
Ayam semangkuk kecil sis potong kecik2
Kiub pati ayam knorr setengah je
Bawang besar potong panjang
Bawang putih 3 ulas..ketuk
Garam secukup rasa

Masuk semua sekali dan masak dengan api kecil je..mendidih je tutup api

B) Resipi Kuah Tomyam
Bawang besar sebiji potong memanjang
Bawang putih 3 ulas ketuk
Serai 2 batang titik
Daun limau purut 3 keping
Air 3/4 periuk
Ayam semangkuk kecil potong kecil juga
Pes tomyam 2 sudu makan

Masukkan semua bahan di atas, masak dengan api sederhana..mendidih..tutup api

Bolehlah dimasukkan kuah2 ni semasa makan steambot nanti..


Sis beli bebola set steambot,senang dan jimat

Meggi sis mmg guna yg jenama meggi..sis buang perencah yg ada dlm meggi tu





Rabu

Bicara Tentang Pendengki


Hari ni dah 2 hari sis mula bekerja setelah sekian lama bercuti sbb exam di usm.,.exam yg penuh drama, pahit dan manis...Sis rasa letih tahun ni sebab dengar khabar usm akan buat final exam bulan 5..camana sis nak perform kerja sis sambil berusaha dapatkan result terbaik..letih rasa..Disebabkan dah lama tak menaip, hari ni sis nk berkongsi tentang dengki...





Definisi DENGKI :
Apakah maksud dengki atau definisi dengki ataupun hasad..Hasad berasal dari bahasa arab yaitu  حَسَدَ يَحْسِدُ وَيَحْسُدُ  (hasad-yahsudu/yahsidu) yang artinya iri, dengki.

Hasad merupakan suatu sikap seseorang yang tidak senang  hati terhadap orang yang memperoleh keberuntungan, kenikmatan atau kurniaan dari Allah swt.

Sifat ini boleh timbul kepada seseorang apabila ia merasa tidak senang terhadap kejayaan atau kenikmatan yang diperolehi oleh orang lain.

Hasad timbul di hati seseorang apabila ia merasa tidak senang terhadap kejayaan orang lain. 



Penyakit hati hasad atau dengki ini harus kita jauhi, karena perilaku hasad ini tidak disukai oleh Allah swt. 

Perilaku hasad bisa juga diawali dengan sikap yang mengganggap dirinya paling hebat dan paling berhak mendapatkan sesuatu, sehingga apabila ada orang lain yang mendapatkan seperti yang dia inginkan, maka si polan ini tidak suka ataupun tidak senang karena merasa dirinya disaingi.
Jadi, pada dasarnya hasad ini juga berasal dari sikap takabur atau sombong, yang sangat dibenci oleh Allah swt. 

Sombong merupakan suatu perilaku yang tidak patut kita lakukan, kerana sebenarnya sebagi makhluk kita tidak memiliki apa-apa, semua itu adalah kurniaan dari Allah swt.

Terkait dengan perilaku hasad atau dengki ini, Nabi Muhamaad saw bersabda :

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda : "jauhkanlah dirimu dari sifat hasad karena sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan, ibarat api yang membakar kayu" (H.R. Abu Daud).

Dari hadis di atas dapat kita fahami maknanya, bahwa hasad atau dengki ini dapat menggugurkan atau menghanguskan amalan kebaikan yang telah kita lakukan.

AKIBAT HASAD

Orang yang hasad secara tidak langsung menolak takdir Allah SWT. Apabila orang itu benci apa yang ada pada orang lain, ini menunjukkan orang itu tidak menerima apa yang Allah takdirkan. Kerana apa juga yang berlaku dalam dunia ini adalah ketentuan Allah.

Sifat buruk orang hasad dapat diibaratkan sebagai bara api dalam jiwa yang memakan diri sendiri sedikit demi sedikit. Orang yang hasad terus merasa tidak senang dengan orang yang dia hasad itu dan terus mengawasi serta mencari-cari kesalahannya akibat perasaan tidak puas hati itu.

Hasil dari hasad tidak berhenti di situ, ia terus berkembang ibarat barah yang akhirnya menimbulkan sifat permusuhan, melampaui batas, dan menzalimi orang yang dia hasad, yang berakibat orang yang dizalimi itu akan berhak menuntut keadilan pada Hari Perhitungan kelak kerana dizalimi ketika di dunia.

Bermula dengan perasaan dalam hati, akhirnya dizahirkan dengan kata-kata atau perbuatan. Boleh jadi kata-kata itu benar dan boleh jadi dusta. Namun oleh kerana ia lahir dari sifat hasad, kata-katanya terhadap orang yang dia hasad itu menjadi buruk walaupun ia benar. Ini kerana ia dibina atas asas yang batil, maka kata dan tindakannya terhadap orang yang dia hasad itu tertolak dan dianggap buruk.

Orang yang hasad akan terus mendapat natijah yang buruk. Lebih buruk adalah sifat hasad yang ada padanya tidak akan mengubah takdir Allah. Akhirnya ia adalah sifat buruk yang membinasakan diri sendiri.

Seperti mana diriwayatkan dalam hadis sahih di mana Nabi pada satu hari menunggang haiwan tunggangannya dengan Ibnu Abbas menunggang di belakangnya. Kesempatan itu diambil oleh Rasulullah SAW untuk memberi pesanan serta nasihat kepada anak muda yang bersamanya itu. Maka Baginda bersabda:

“Wahai anak muda, sesungguhnya aku akan mengajarmu beberapa kalimat: Jagalah Allah nescaya Dia akan menjagamu, jagalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia bersamamu. Bila kau memohon maka mohonlah pada Allah dan bila kau meminta pertolongan maka mintalah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya sekiranya seluruh manusia bersatu untuk memberimu manfaat, nescaya mereka tidak akan memberi manfaat apapun kepadamu selain yang ditakdirkan Allah untukmu. Dan sekiranya mereka bersatu untuk memudaratkanmu nescaya mereka tidak akan memudaratkanmu kecuali yang telah ditakdirkan Allah atasmu. Pena (yang menulis takdir) telah terangkat dan lembaran-lembaran (tempat menulis takdir) telah kering.” (Sahih. Riwayat Al-Tirmizi)






Sumber: ustazidrissulaiman.wordpress.com, www.kitapunya.net





Ahad

Anak no 3

Sis anak ketiga..semua ni btl2 sama mcm sis..easy to cry tu je tak betoi..sis susah nangis...
Kredit:ViralOhViral

Rindu

Dah byk ari sis xbalik sbb exam...arini sis blik sbb rindu anak2..lgpon disaster tggl ank2 lama-lama dgn papa diorang je..baru-baru ni husby tertinggal kasut sekolah affan masa hantar dia gi taska..sudahnya affan tak pergi sekolah, frust betul sis...selalu sis yang uruskan semua benda, bila sis xde semua berterabur..sebelum pergi sis dh siap2 gosok baju2 affan utk seminggu siap letak stokin dan complete la...

Sis amik nusaybah di taska, dia buat muka selamba jer padahal byk ari dia tak jumpa sis..sis duk rmh tggu affan balik sekolah..sampai2 je kt rumah terus affan lari masuk dalam rumah peluk sis..herm, rindu sgt la kot hahaha..

Punya manja affan dengan sis, sampai nk duduk atas baby chair sebelah sis time sis bawak diorang keluar makan...

Sabtu

Resipi Sotong Goreng Kunyit Berempah

Harini sis masak nasik awal pagi..sebab tengahari sis nk study sikit...sis ni jenis last minute study...husby pon nak pergi kerja awal..sis  masak sotong goreng kunyit berempah, ikan goreng dengam sambal ikan je..



Bahan2:
Sotong agak2 semangkuk 4 orang makan (potong cincin)
Kunyit 1 sudu teh
Rempah ikan 1 sudu teh
Rempah daging 1 sudu teh (sis guna jenama Babas)
Sos tiram 1 sudu besar
Garam secukup rada
Lada hitam 1 sudu teh

Gaul semua di atas ni dan perap seketika

*Potong bulat2 bawang bombay sebiji  untuk saute
*Potong nipis 3 ulas bawang putih


Letak minyak agak2 3 sudu
Tumis  bawang2 ni
Bila dah layu bawang masukkan sotong yg dah diperap tadi
Guna api sederhana kacau2 sampai sotong masak
Jgn lama sangat sebab nanti sotong tu jadi liat
Tutup api
Dah siap...


Jumaat

Bawa anak2 riadah

Tengok mood anak2 tak berapa baik,jadi sis bawa diorang riadah..kesian anak2 ari2 sis sibuk..papa diorang pulak outstation lg...sis drive bawa diorang p BM...bahagia tgok anak2 happy...





Rabu

Resipi Nasi Goreng Kampung

Suami sis outstation lg..jadinya sis tak masak banyak sebab anak-anak sis semua eaty picker..sebab sis tak mau membazir sis masak je nasi goreng kampung..


Bahan2:
Nasi
Belacan sebesar guli
Cili padi 2 biji
Bawang putih 2 ulaa
Bawang merah 2 ulas
Garam secukup rasa
Kangkung
Sotong
Isi ikan (sis guna ikan tongkol sebab habiskan lauk semalam)-secukup rasa


Cara2:
Tumbuk cili padi, belacan, bawang putih & merah lumat
Tumiskan semua tu
Naik bau je masukkan isi ikan (tumbuk halus juga)
Masukkan kangkung yg dh dipotong macam nak masak sayur tu
Masukkan garam dan kacau sekejap
Then masukkan sotong(potong cincin)
Kacau kejap pastu masukkan nasi sepinggan
Kacau dan kuatkan api...
Siap

Ahad

Sotong Masak Butter

Harini sis masak sotong masak butter dengan ikan cencaru sumbat sambal belacan. Sotong bukan favourite sis..anak2 dengan suami je suka sangat sotong..jadi, sis masaklah sotong malam ni...Sis balik lewat arini, solat siap2 kat ofis then sis tanam pokok bunga jap kat taman ofis..pastu sis singgah pasar malam beli cucuk-cucuk untuk anak-anak..balik rumah sis defrost ikan dengan sotong nak masak untuk dinner..Sis masak macam udang masak butter cuma ubah sikit je resipi dia..

Bahan2:
Sotong potong cincin
Butter sis guna buttercup 1senduk
Minyak masak dua sudu
Bawang putih 3 ulas
Lada sulah satu sudu
Lada hitam satu sudu
Daun kari satu pelepah lurutkan
Cili padi potong serong halus-halus
Telur kuning 2 biji kacau
Garam secukup rasa

Cara:
Masukan minyak dengan butter dalam kuali
Panaskan sampai butter cair..
Masukkan telur kuning dgn menuang tinggi dan sambil tangan kacau minyak secara berputar dlm kuali
Terus kacau sampai kuning telur masak
Masukkan dalam penapis dan toskan

Ambil minyak tu semula goreng sotong kejap je pastu angkat toskan
Guna minyak tu jg tumis bawang putih, cili padi, daun kari
Masukkan susu sejat 1/3 tin
Masukkan lada hitam, lada putih, garam secukup rasa
Masukkan sotong
Masak seketika
Tutup api
Tabur telur kuning yg jd mcm sarang tu..siap

Yang ni ikan cencaru sumbat sambal belacan, kaler dia jadi mcm tu sebab isi perut terkeluar masa goreng