Selasa

Don't Chase Love


Don’t chase love but be ready to receive it. Nobody loves you because you want them to. Nobody loves you because you ask them to. When love comes it comes on its own wings for its own reasons. Be patient.-Michael Josephson

Isnin

RESIPI SINGGANG TERENGGANU

Kesian bila teringat suami yg da lama xblik kampung..Mesti dia rindukan kampung halaman kan..Mesti dia rindukan masakan ma kt kampung..Nk balik ke kampung suami dari umh aku perlu mengambil masa selama 8 jam kalau berdua lah kn..Sejak bertiga ni,perjalanan untuk pulang ke kampung suami memakan masa selama 12 jam..Yelah bila ade baby kecik ni sepanjang perjalanan perlu byk kali berhenti..Nk mandikan anak,nk cuci poo poo dia lg,ktorg nk mkn lg,solat n etc...So ptg ni pas keje igt nk masak singgang..

Cara2 bt Singgang

Bahan-bahannya:


2 ekor ekor Ikan Aya/Tongkol atau Ikan Kembung
1/4 inci Lengkuas
4 hiris Kunyit Hidup
2 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
3 keping Asam Gelugor
2 biji Cili dipatahkan
Garam secukup rasa
Air secukupnya.

Cara membuatnya:

Rebuskan semua bahan sekaligus sehingga ikan masak. Boleh ditambah gula jika sukakan rasa lebih manis.
Sedap dimakan dgn budu...n nasi panas.

Menu petang semalam...kari ikan kembung campak (KEDAH STYLE)jee

Semalam ari Ahad,jam 8.30 pg selepas bg affan tidur aku start enjin kereta n keluar beli breakfast..Bukan xnk msk,tapi dah xde bahan mentah kt umh utk dimasak..Sejak ada anak kecil ni aku jarang memasak kt rumah..Asyik beli je..Boring mkn lauk beli je tiap ari..Tapi dh terpaksa sbb anak ksygnku ni..Kadang2 meragam,langsung xboleh nk tinggal kejap utk memasak kt dapur..Rindunya pada periuk kuali kt dapur tu..ish ish..sayu sungguh rasanya..Masa beli breakfast aku pergi kt tempat orang jual bahan mentah utk masak lunch nnt...Aku beli ikan kembung sikit,bendi,cili padi,serbuk kari ikan,sayur bok choi,kubis bunga,karot,bayi jagung utk bt sayur campur..tak lupa gk tomato,santan dan sedikit ulaman seperti kunyit muda dan pucuk gajus..
Sampai je kt umah,bancuh milo n terus baham breakfast yg aku beli. 2 nasi lemak n beberapa jenis kuih..Beli ni utk mkn 2 org,aku kejut pulak adik utk mkn sesamee..adik aku ni jenis xmkn pagi so dia mkn tghari ckit...Disebabkan pepagi lg da mkn nasi,tghari aku xmsk..So msk lunch pada waktu ptg la nmpknya.Sebelum msk tu aku mesin rumput kt laman umh mak dlu n then laman umh aku lak..biasa la kalau da beli umh dekat gn umh mak cmtu la..tlg tgok2kn umh dia n umh sendiri jg. Pas siap mesin rumput n cuci baju aku mandi n siap2 nk masak lunch ptg tu..Memula masak nasi guna electric rice cooker je..sonang bai..Pastu buat kari ikan..Masa kecik2 dlu aku suka sgt mkn kari ikan kembung..Kari ikan tu aku masukkan skali bendi n tomato..nmpk menarik la kunun..Memasak sambil menikmati merdunya suara anak kesayangan yg tak henti2 mendendangkan lagu (menangis kuat2 xhenti2) mmg agak kalut...So aku main campak je buat kari ikan tu..finally everything done..ikan dh goreng..sambal belacan aku suh je adik bt..sedap gk dia bt..Siap je terus mkn..xsilap ktorg lunch dh kul 7.00 ptg da..hahaha..kt sini aku nk share resipi kari ikan campak mencampak yg aku buat..

RESIPI KARI IKAN KEMBUNG (SEMPOI UTK 4 ORG MKN)
IKAN KEMBUNG 3 EKOR
SANTAN SEBUNGKUS@SEBELAH KELAPA
SERBUK KARI IKAN SEPEKET KECIL (JENAMA APE PON BOLEH)
DAUN KARI SEPELEPAH
TOMATO SEBIJI BELAH 4
BENDI 7 BIJI
ASAM JAWA (TAMARIND FRUIT) SECUKUP RASA
BIJI REMPAH 1 SUDU BESAR
BAWANG PUTIH 4 ULAS DITUMBUK HALUS
BAWANG MERAH 3 ULAS DITUMBUK HALUS
HALBA CAMPUR 1 SUDU BESAR


CARA2 MEMASAK
1) TUMIS BAWANG PUTIH N MERAH YG DH DITUMBUK HALUS.
2) SETELAH WANGI MASUKKAN DAUN KARI DAN HALBA CAMPUR
3) KEMUDIAN MASUK REMPAH (MASAK SAMPAI WANGI N PECAH MINYAK)KACAU2 SIKIT
4) MASUK SANTAN
5) MASUK AIR ASAM JAWA TADI (GULAI ORG KEDAH BIASA DIA MASAM SIKIT)
6) MASAK SAMPAI PECAH MINYAK PASTU BOLEH MASUK IKAN KEMBUNG
7) BILA IKAN PON DA MASAK BOLEH MASUKKAN BENDI
8) LASTLY MASUK TOMATO (KALAU MASUK AWAL2 TKT HANCUR)
9) BILA BENDI N TOMATO DA MASAK BOLEH LAH MASUKKAN DLM MANGKUK UTK DIHIDANG..SIAP..

SELAMAT MENCUBA..

Manfaat Senaman Berjalan Laju




Selain dari makan makanan yang kalorinya lebih rendah dari kalori yang dibakar setiap hari atau:-

kalori dimakan sehari < kalori dibakar sehari

Anda juga boleh membuat senaman seperti jogging, berjalan laju (brisk walking), berbasikal dan sebagainya.

Menurut www.medicine.net di http://www.medicinenet.com/walking/article.htm berjalan laju mempunyai 10 manfaat untuk kesihatan anda iaitu:-

1. Walking prevents type 2 diabetes. The Diabetes Prevention Program menunjukkan yang berjalan 150 seminggu dan menurunkan berat badan anda sebanyak 7% akan menurunkan risiko penyakit kencing manis sebanyak 58%.

2. Walking strengthens your heart if you’re male. Dalam satu kajian, kadar kematian dikalangan lelaki yang berjalan kurang dari sebatu atau 1.6 kilometer sehari dua kali tinggi daripada mereka yang berjalan lebih dari dua batu sehari.

. 3. Walking strengthens your heart if you’re female. Dalam kajian ke atas wanita yang dibuat oleh Nurse’s Health Study (72,488 jururawat wanita) mereka yang berjalan tiga jam atau lebih sehari mengurangkan risiko sakit jantung atau apa2 penyakit jantung yang lain sebanyak 35% jika dibandingkan dengan wanita yang kurang berjalan.

4. Walking is good for your brain. Dalam satu kajian ke atas berjalan dan fungsi otak, pengkaji mendapati wanita yang berjalan pada kadar sederhana sekurang-kurangnya 1.5 jam seminggu mempunyai fungsi otak atau kemampuan berfikir yang lebih tinggi daripada wanita yang berjalan kurang 40 minit seminggu.

5. Walking is good for your bones. Kajian menunjukkan yang wanita yang sudah putus haid yang berjalan sebatu atau 1.6 kilometer sehari mempunyai ketumpatan tulang seluruh badan yang lebih tinggi daripada wanita yang berjalan kurang daripada 1 batu sehari. Berjalan juga efektif dalam memperlahankan kadar kehilangan tulang dari kaki.

6. Walking helps alleviate symptoms of depression. Berjalan selama 30 minit, tiga ke lima kali seminggu selama 12 minggu mengurangkan simtom atau tanda-tanda kemurungan sebanyak 47% yang diukur dengan soalan piawai kemurungan.

7. Walking reduces the risk of breast and colon cancer. Berjalan juga boleh mengurangkan risiko kanser buah dada dan kanser colon. Wanita yang berjalan laju sejam 15 minit ke dua setengah jam seminggu mengurangkan risiko risiko kanser buah dada sebanyak 18% jika dibandingkan dengan wanita-wanita yang tidak aktif.Banyak kajian telah membuktikan yang senaman boleh mencegah kanser colon dan manfaat senaman boleh meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan risiko kematian.

8. Walking improves fitness. Berjalan laju 3 kali seminggu selama 30 minit akan meningkatkan dengan banyak kecergasan cardio respiratory.

9. Walking in short bouts improves fitness, too! Berjalan laju dalam masa yang singkat (tiga sesi sehari dan 10 minit setiap sesi) akan menghasilkan peningkatan yang sama dalam kecergasan dan sama berkesan dalam menurunkan lemak badan

10. Walking improves physical function.Berjalan laju juga meningkatkan fungsi fizikal. Kajian menunjukkan yang berjalan meningkatkan kecergasan dan fungsi fizikal dan mencegah kecacatan fizikal di kalangan orang tua.

Moga artikel ini dapat membantu anda dan saya menjadi lebih sihat dan cergas(artikel dicopy dari blog PPIM)

Khamis

Affan Jatuh..


Hurm..Affan Hadziq dah berumur 5bln skrg ni..Agak mencabar utk menjaga beliau..Aktif tetapi masih belum cekap untuk merangkak..dia dh boleh niarap tapi masih lesen L..My hansome boy nih kalu tido mmg dia sorgla konker katil tu..Setiap mlm aku tido atas katil dgn dia..Kesian suami tido tilam bujang kt bawah..Actually umh aku tu ade lg satu katil besar (katil pasangan)kt bilik tengah dan 1 katil bujang kt bilik belakang..Tapi ntah,suami aku nk tido gk kt tilam bujang tu dlm bilik sama dgn kami..Tilam tu aku guna masa dlm pantang dulu..Skrg aku bubuh sarung Garfield kt tilam tu..Affan Hadziqni anak yang sangat baik..tak byk ragam..suka senyum..mudah ketawa..Balik keje tgok je muka dia rasa ilang je sume masalah....Tapi kenapa aktif sgt anakku nan sorang nih..Pagi tadi aku bgn myusu kul 5.00 pg..Biasa anakku ni kuat menyusu tgh2 mlm...So aku stdby stamina utk bgn 3 4 kali utk myusu di tgh2 mlm demi anak tercinta...Pas menyusu aku tido semula..Arini mybe letih sgt kot aku xsedar jam handfon dah bunyi..Sedar2 suami kejut.."Yang,Yang bgn..6.30 pg dh!..Aku pon bgn..terus mndi..mujur bendera merah so sempat lg nk siap2..Affan Hadziq cm biasa la..Bila mama dia bgn,dia pon bgn la..Arini angin dia baik..menyanyi riang..lagu versi baby 5 bulan la..lagu pon dgr lembut je..da da da da pa pa pa pa..lebih kurang cmtu laaa...dgn voice yg very the cute...Pastu suami aku bgn duk sebelah anak dia yg dh niarap tu..Affan Hadziq pon sandar pale kt peha suami..Mcm kucing dh manjenya baby ku nan sorg nih...Mybe masa mengandung dlu aku slalu berperangai cm kucing kot..ahaks..hahaha...suka sandar2 kt org...So bkn salah ibu mengandung ye Puan-puan...haha..Melalut lak dah nih..Ok kita go thru je ye..Pas siap dlm 6.55pg aku buka pintu kete..ltk beg aku,beg nursery anak ku..start kete..Ltk mu baby dlm keta n buka pagar rumah..aku terdengar cm suara baby menangis..Aku pandang dlm kereta,rupanya alahai anak ku yg cerdik ni dh terjatuh dari seat baby..Mybe dia lonjak badan masa aku ltk tadi...Aku lak tak buckle up dia nye seat belt..adoii..Mujur xde pape blaku..Aku terus angkat n sapu2 tgn dia yg mulus tu..tkt dia rasa sakit..letak semula kt seat dia n buckle up terus..Suami pon kalut terpa tanya ape tjd..Aku kata anak terjatuh..Hurm, dia mulalah panik..Dia pon dgn bertowel je dtg tgok n btul kan seat belt my baby boy...Papa yg prihatin la katakan..hehe..Pastu aku terus masuk dlm kete..n teruskan perjalanan anta anak ke nursery n pi ofis cm biasa........sSh gk bila anak aktif ni..Tapi budak2 yg aktif ni biasanya cerdik..ade je idea dia nk bt..Tapi yg kesian cuma diri dia la..Ya Allah..Lindungilah anakku ini...

Jatuh Longkang...


Alkisahnya semalam..dlm pukul 9.30 mlm aku,suami,my baby boy dan adik bongsu ku pergi ke pasar mlm..Siap je membeli makanan kami pon bergegas ke kereta..Suami ku jalan di depan..Aku menggalas Affan Hadziq dlm beg kendong bayi ikut jalan di belakang suami. Kami jalan laju2 sebab ujan dah mula turun..takut demam pulak anak kesayanganku kena ujan...Masuk dalam kereta je aku dan suami menunggu adik yang belum siap membeli makanan.Semasa kami menuju ke kereta ,adikku baru menuggu "Yong Tau Fu" siap...Beberapa minit menuggu tiba2 cermin keretaku diketuk orang..seorang lelaki mengetuk tingkap sebelah pemandu manakala seorang perempuan mengendong anak kecil mengetuk tingkap penumpang hadapan..Kami panik,sejurus suamiku terus membuka pintu..(cewah ayat cm dlm novel lak..hihihi...) Pas suami aku buka je pintu terus abag yg ketuk tu tarik lengan suami aku..abg tu ckp "Cepat,cepat..tolong..ade orang jatuh dlm longkang!'..Kalut seketika dibuatnya..jarak longkang dengan kereta aku dlm 2 langkah ada kot..Aku teringin juga nk tgok apa terjadi..teruk sgt ke makcik tu jatuh??Semangat ingin tau berkobar-kobar dlm diri...Suami aku xbg aku keluar kereta sebab masa tu ujan..Takut anak demam pulak nanti..Kemudian,adik pon masuk dlm kereta selesai sudah membeli barang..Aku pon passing my hansome boy kt adik n keluar juga tgok apa terjadi..Suami aku dah angkat kakak tu keluar longkang..Mang aii..dalamnye longkang..Tgok kot atas nmpk kecik jee...Mujur masa lalu tadi aku dengan anak kecil ku xterjatuh kt situ...syukur..Kakak(mangsa kejadian) tu terbaring kt tanah pas suami dan 2 lg lelaki angkat keluar dari longkang..Suami masuk dlm longkang angkat kakak tu n 2org lagi sambut kakak tu kt atas...Kesian kakak tu sakit..Aku tgok jari kaki kanan dia 2 batang patah..Anggota badan yg lain xtau la lg...Pastu dlm 5minit ada sorg remaja pompuan jerit mama!! kenapa mama!mybe anak kakak tu yg sama2 dtg beli brg kt pasar mlm..Remaja pompuan tu bwak adik dia (kanak2 kelainan upaya dlm umur 5thn).Yg si adik tu menjerit2 mama!mama!kesian lak aku tgok..Kakak tu menahan sakit,xmampu bckp..Pastu makin ramai org kerumun nk tgok..Dlm duk sembang2 ade sorg kakaktu mgaku dia keje spital..mybe nurse kot..dia la tlg jg kakak tu syukur sbb ktorg mmg xreti sgt nk handle org kemalangan ni..Tak berani nk angkat sebarangan sbb bahaya kalau2 dia nye anggota ade yg patah..Nurse tu suruh alih kakak tu ltk tpt lapang barulah ktorg berani ubah...So terbaringlah dia kt jalan pulak...Nurse tu dah call minta ambulance dtg...lamanya kami tunggu..dekat sejam..Sebelum ambulance sampai husband kakak tu smpai..dtg dgn kete..dia mnta wife dia nk diantar dgn kereta tapi nurse tu xbg tkt2 bdn dia ade cedera yg lg bahaya kalau dibawa dgn kereta..lgpon kakak tu lgsung xboleh bgn...Aku ni dah 2 3 kali keluar masuk keta..Affan Hadziq da start nk meragam sbb lama sgt tggu nk balik..nk start kete dah dorg dduk dkt ngat gn ekzos kete aku..nak xnak tpksa tggu ambulance sampai..Jenuh nk nunggu ambulance ni...Pastu ade sorg mkcik mana tak psyco kot..adeke dia pi picit kaki kakak yg sakit tu..apelagi..menjerit la aku gn anak kakak tu larang..Hish..apela..memandai je dia picit kaki kakak tu..dhla jari kaki tu patah..Rasa nk bg pelempang barang sedas dua je..Hambik..kn kene marah dh gn aku...Duk senyap2 dhla tgok dh..xpyh nk pegang..Tunggu je ambulance sampai..kul 11mlm baru ambulance sampai..Hadoi...aku terpaksa la jamah mknn lewat mlm lg...cane nk kurus..huhuhu..Semoga akak smlm tu cpt sembuh n xde cedera lain yg lebih bhya kt dia...amin

Hari bengkak sedunia...


Orang kata kemarahan itu daripada api neraka..betulke??erm...gua ni mmg ada masalah dlm mengatasi masalah kemarahan..Hot temper je slalu..sshnye nk ubah diri jd baik...Gua ni hamba Allah yg hina dina lg rendah darjatnya mmg amat ssh nk mgatasi mslh pengawalan suhu kemarahan gua sendiri..Bila mrh byk misi mustahil yg gua slalu buat....Gua amatlah teringin nk berubah..nk menjadi seorg yg lebih baik..cm blog gua ni la..Gua teringin nk jadi penyabar mcm muslimah yg len...Dulu masa zaman bujang2 teramatlah ramai ex ex bf ua yg lari..mybe xtahan sgt gn perangai gua ni...Ada gua kesah?? tu ayat lama gua yg gua slalu guna la setiap kali break up..sebab gua tau yg patah slalu tumbuh balik..yg ilang semestinya akan cepat2 jer berganti..huhu..Tapi sampai bila gua nk hot temper..Satu perangai gua suka pendam sstu kemarahan gua rileks bila skali dua..bila lama je himpun kemarahan tu mulalah gua meletup bak gunung berapi pinatubo kt Filipina tu...Gua nk kembali kepada fitrah..menjadi hamba Allah yg baik...Gua suka tulis gua gua ni..sbb rasa cm pailang jer..Arini gua marah sgt..Drive kete pon smpai 145 kmj..Skali Toyota Camry pon.. gua cucuk...bila mrh kete kecik tu pon gua rasa cm pandu Evo 10..hahahaha....Mulalah nk hempuk telepon..Tambah pulak kalu yg pencetus kemarahan gua tu cakap bende2 bodoh yg menyakitkan ati...GUA NK SGT JADI BAIK..TUHAN TOLONG LEMBUTKAN HATI INI..(guna muzik Ombak Rindu)..TENSION..MARAH..BENGANG..MELUAT...PAGI TD MELUAT..SKRG NI +MELUAT+MEYAMPAH+BENCI..........BENCINYA MENJADI AKU..NK JADI ORG LAIN..BERPURA2 TABAH..TAPI TAK...Gua teringin sgt nk tulis or ckp mende baik baik jeee..apekan daya..Gua insan biasa yg punyai perasaan..bukannya maksom..Arini bz malaikat yg tulis kesalahan gua tu nk catit..Yelah..bila marah mulalah berkata2 perkara2 mungkar je...Adios

Rabu

Doa Taubat..Jom Bertaubat



Firman Allah dalam surah An-Nur : ayat 31 yang bermaksud “ dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri. Bahkan, Allah sangat senang dengan taubatnya seorang hamba. Inilah kesenangan yang lebih besar dibandingkan kesenangan seseorang yang berada di padang pasir bersama tunggangannya, yang diatas tunggangannya terdapat perbekalan makanan dan minumannya, tetapi kemudian tunggangan itu lari dari darinya sehingga dia hampir berputus asa untuk menangkapnya kembali.

Setelah itu dia duduk bersandar disebuah pohon menanti ajal menjemputnya, hingga ia tertidur. Selang beberapa saat ia bangun, dan tiba-tiba unta yang membawa makanan dan minumannya itu berdiri berdekatan kepalanya, maka dengan serta merta ia memegang tali unta tersebut seraya menjerit kerana gembira yang amat sangat, dan mengatakan “ Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhan Mu “ ( salah dalam berucap kerana gembiranya).

Bertaubat adalah menyuci hati dengan airmata dan membakarnya dengan api penyesalan. Bertaubat adalah pembakaran didalam hati, pengekangan nafsu, keluhuran didalam hati,dan titisan air mata. Yang demikian adalah awal perjalanan yang ditempuh oleh orang-orang yang bertaubat, modal orang-orang yang berjaya , langkah awal mereka yang menghendaki Allah, dan kunci istiqamah mereka yang hatinya condong kepada Allah.

( Dipetik dari buku “ Jangan Bersedih “ oleh Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni )

Akikah oh akikah...



Lambat lagi kn nk raya haji..Tahun lepas aku dan suami beraya haji kt kampung aku jer..iaitu umah emak n as usual umh tok aku..Biasa balik umah tok untuk solat raya ,ziarah kubur tokwan..bersih2 kubur...sedekah bacaan yassin..n then ke rumah sanak saudara beraya..Tahun ni nampaknya giliran beraya di kampung suami..Nun jauh di pantai timur..Lebih kurang 8 jam perjalanan,tu masa ktorg xde anak la..Ade anak kecik skrgni kene amik masa 10@12 jam perjalanan untuk balik kampung beliau...Sungguh tak penat langsung..Mana nk penat,dia drive..aku letak anak kami kt seat baby yg dipasang di tempat duduk belakang..Aku??..tidooo..bestnyaaa...Aku kata tak penat sebab,aku ni jenis yg suka menyinggah setiap kedai@hentian yg kami jumpa...Benti makan,minum,beli belah,solat,mndikan anak,toilet dll...Perjalanan jauh ni sgt menyeronokkan...Aku mmg suka menikmati pemandangan sekeliling dari dlm keta..serene..pendek kata "jauh perjalanan luas pandangan"..ye x..My hubby just told me that he intend to do akikah for my little child at his kampung at this year..i agreed..its must be impressive if we do the akikah at his hometown...Lebih meriah raya qurban kalau di belah2 pantai timur..So untk sape2 lg yg plan nk buat akikah utk anak2 disini ade la aku nk share maklumat sikit pasal akikah...cekikdaut...

Selasa

Myvi vs Honda Civic 2012






Assalamualaikum seme yg beragama islam...Salam 1Malaysia utk non muslim..Today we are talking about vehicle..A vehicle that tempt me most..Absolutely Myvi lagi best and Honda Civic Type R...
Tentang Myvi ni..ape saje keluaran Myvi semenye menarik perhatian aku..Aku minat dgn Myvi ni dari dlu lg..Sejak dia memula keluar..Masa bujang2 dlu aku nk sgt kereta Myvi nih,masa tu mmg aku mampu tapi sygnyee masa tu salary bulanan aku tak dapat slip gaji..huhu..xpe aku menanti lagi..pastu start dpt keje tetap..aku tak cukup sen lak nk beli..Jadi aku beli la jenis vehicle yg lain tapi masih dlm kategori kereta kompak jugak....Skrgni aku minat sgt dgn Myvi lagi best tu..nk pulak kaler kuning..Cantiknya.Putih pon ok..kan putih tu bersih,suci..hehehehe.Bilakah aku dpt memiliki dirimu wahai Myvi 1.5 lagi best..Masih adakah lagi sinar untukku..hahaha..Org kalu dh jatuh cinta cmtu lah jdnye..Setiap ari aku sebut2 pasal impian aku nk memiliki Myvi..Mr Hubby mybe cian kt bini tercinta dia ni slalu sgt duk sebut2 pasal Myvi..Offer nk beli,tapi bkn lg best..yg biasa2 jee..Tapi ayat dia "Syg nk ke Myvi?abg boleh beli tapi kereta syg tu abg buat pakai keje..kete abg simpan kt umh...Ok?Ayoyo..mana boleh..even kereta aku tu bkn idaman hati tapi aku tetap syg tau..mana boleh bg Hubby pkai buat keje..dhla keje dia kene masuk kuar kampung..Masuk utan kuar utan..rosak la baby i...Syg plk bile pikir2 blik...Lama pas dpt anak aku sebut2 lagi pasal Myvi. Kali ni lebih kepada kenderaan kuning yg cantik manis tu...Suami kata boleh nk beli tapi kereta lama aku tetap perlu dibayar balance bayaran dia even beli Myvi 1.5 tu..Syg lak duit kalu pikir2 balik..Member2 pon pakat bg pandangan xpyh beli sbb Myvi tu minyak kuat...Kereta aku skrgni dah elok,xbyk ragam..xperlu byk kuar duit setiap bulan...Ntahla manusia ni kan,bila ada je sesuatu tu ade lagi pulak mende lain yg dia nk..Nk kata tak puas tak pon..Cuma sesekali teringin jeer..hikhik..Baru nih dapat rasa naik Myvi lg best nih..kt showroom kedai kete la..aku kn slalu pi byr roadtax n assurance kt ofis kedai tu belah atas..nama pon showroom..apelagi..sesuka ati kami je buka pintu kete tu try naik..buka pintu kete ni try naik..Mr Hubby siap dukung anak lagi..hahaha..lawak giler...Anak aku yg xmengerti pape pon terpaksa terlibat sama..haha

Aku slalu gak merenung Honda Civic 2012 Type R mmg marvelous..Haha ..yg ni confirm2 la tak mampu eden nk dapet eh..kene tggu Mr Hubby naik pangkat dulu la nampaknye...huhu..Xpe la..walopon aku nih xmampu nk memilikinya..sekadar pandang dari jauh pon dh ok...tiap2 ari masa drive aku renung je kete idaman hati tu dari jauh..Biasa pemandu dia mesti pompuan...Mesti best kn dapat bawa n ada kete honda tu.Kawan Mr Hubby yg satu tempat keje adelah pakai keta tu..Syoknye kalau aku dpt miliki kete tersebut kn..huhu..Semoga 1 hari nnt impian aku nih akan jd kenyataan..amin..

Entry ni aku tulih sambil buat minit mesyuarat kt opis..kalau bos aku tau laa..xpasal2 jeee..hehe

Jumaat

Resipi laksam yanie's version....(My version)




Malam ni kt umh mak sure ramai yg baliknye..So aku intend nk masak laksam..Lama xmasak laksam tkt2 skill msk laksam da lupe..t..ssh lak nk memasaknye...Ok Cube nk remind semula resipi laksam...

Cara Membuat Laksam(untuk agak2 3orang mkn)
Bahan2:-

Tepung Beras 4 cawan
Tepung gandum 4 sudu makan
Air secukup rasa (agak2 bancuhan tu cair cm nk bt kuih ketayap)

Bahan2 kuah:-
Ikan kembung (ikan temenung-org utara pggil) sekilo
Asam Gelugor/keping
Serai
Halia
Bawang putih
Bawang merah/besar
lada hitam 1 sudu besar
santan (sebiji kelapa)/sekotak kecik santan segera
Daun kesum (kalau ada)

Bahan2 ulam :-
Timun
Kacang panjang
Taugeh
Bawang besar

Bahan2 lain :
Cili boh
Minyak
Bunga kantan 2kuntum

Cara2 bt sambal:
1)masuk minyak masal dlm kuali dan masukkan cili boh..masak sampai cili berbau wangi n tutup api..done

Cara2 (Kuah):-
1) Ikan kembung yg dh siang n bersihkan,rebus cm nk buat laksa
2)Asingkan isi ikan dari tulangnye...Amik isi ikan tu blender dgn air rebusan yg dh ditapis
3)Abih seme isi dh blender..Blender plk tulang ikan sampai hancur..pastu tapis tulang amik air je..
4)Isi ikan yang dh diblender +air tulang ikan masukkan dlm periuk
5)Masukkan santan
6)Bawang merah/putih tumbuk n masuk dlm kuah
7)Halia dan serai(dititik) ketuk n masukkan dlm kuah
8)Lada hitam ditumbuk halus n masukkan dalam kuah
9) Bunga Kantan belah dua n masukkan dlm kuah
10)sedikit daun kesum masukkan dlm kuah

Cara2 bt laksam (ISi):
1)Tepung Beras 4 cawan n tepung gandum 4 sudu besar dicampur dengan air,kacau rata..bg bancuhan cair mcm nk buat kuih ketayap...done
2)amik tudung periuk yg muat nk dimasukkan dlm periuk kukus anda..n then sapu minyak masak sikit supaya snng nk gulung isi tu nnt..
3)masukkan dulu tudung periuk yg disapu minyak ke dlm periuk kukus ..biar panas dlu..
4)N then tuang tepung yg dh dibancuh ke atas tudung periuk tu n tutup semula tudung periuk kukus..
5)kukus seketika tepung laksam tu sampai masak (bila kita sentuh tepung tu xlekat kt jari kira masak la tu).
6)Keluarkan tudung periuk tu n gulung cepat2 laksam tu...(kalau sejuk ssh nk gulung dh).
7)teruskan sampai siap semua tepung yg ada..
8) Bila dh siap..potong laksam yg dh digulung setebal seinci sampai siap sumer..
9)pastu tabur kacang panjang yg dh dipotong halus,taugeh,timun..jgn lupa masukkan sambal secukup rasa...pastu tuang kuah atas laksam tersebut..selesai sudah

Khamis

Nafas Terhenti Seketika...


Pas balik keje..drive amik affan kt nursery..Biasa aku yg mengambil dan mengantar affan ke nursery...Dh menjadi tugas n rutin aku sbb kereta En Hubby xde seat baby..Lgpon Hubby kene lalu ikut jln lain utk pi keje...Kereta aku dipasang secara permanent laa kiranya seat baby tuh utk memudahkan aku amik n anto affan tiap hari,kadang2 je aku buka seat bby dlm kete aku,tu pon time cuti...Pas amik my hansome n good boy n baby yg berakhlak mulia(kata my 6th years old niece xcukup kalau baik jee..kene akhlak mulia baru cukup..hahaha)Sampai umah je aku letakkan My Incik Affan kt atas lembek kt ruang tamu..Biasa dia akan meniarap2 girang kt dpn tv tuh...Pas ltk dia,aku terus masuk dlm bilik n mandi kt dlm bilik air dlm blik utama...Siap mandi,aku keluar dan nmpk affan ngah meniarap n tak bergerak-gerak...Nampak dia pejam mata..Apelagi berlari la aku kt ruang tamu...sampai je kt dia aku pegang tubuh kecik tu..Tiba2 nmpk tubuh tu bergerak cm terkejut..Rupanya,anak kesayangan aku tu tertido...letih sgt gamaknya bermain di nursery...Adoi...tersentap seketika jantung aku masa awal tadi..Mujur xde pape...Alhamdulillah

BAHAYA ORG SUKA MEMUJI...

Perbuatan memuji hingga ke peringkat membodek dan memuja sesama manusia adalah di larang Tuhan.Memuji manusia pun ada hadnya yaitu sekadar memberi penghormatan.”Pujian” adalah hak Allah, hanya Allah sahaja yang layak di puji.

Ulama berpendapat ada pujian kepada manusia yang di haruskan.Namun demikian,sikap suka memuji ini ada bahayanya kepada diri sendiri dan pihak yang di puji.

Ada pemuji memuji pihak yang dia suka hingga ke tahap melampau.Ada yang memuji kerana muslihat politik.Sampai sanggup berbohong atau berdusta asalkan dapat menaikkan status pihak yang dia puji.Seorang ulama bernama Khalid bin Mi’dan berkata: “Sesiapa yang suka memuji penguasa (orang yang memerintah) atau sesuatu pihak yang dia suka dengan perkara yang tidak benar di hadapan orang ramai, nescaya dibangkitkan Allah pada hari kiamat kelak dalam keadaan jatuh tersungkur kerana lidahnya (berdusta).”
Orang yang mempunyai sikap suka memuji sesuatu pihak boleh timbul riak dalam dirinya kerana menunjuk nunjuk seolah olah dia penyokong kuat,suka, sayang dan mencintai pihak yang dia puji.Kadang kadang pujiannya adalah mainan hati atau mainan politik semata mata.Mungkin dia sendiri pun tak yakin dan ragu akan kebenaran pujian nya itu.Orang saperti ini adalah orang yang riak dan pendusta.
Dalam berpolitik terdapat juga golongan yang suka memuji muji pihak yang fasiq dan zalim.Pihak yang suka menghalalkan cara,memfitnah, mengumpat,mengaibkan orang lain dalam berpolitik pun termasuk dalam golongan pendusta,fasiq, munafiq dan zalim.Orang Islam tidak seharusnya memuji dan memberi “markah” kepada pihak yang pendusta,fasiq, munafiq dan zalim.
Bagi pihak yang di puji dan menerima pujian akan terasa gembira dan bangga hingga dia menganggap diri nya mulia.Dia akan rasa dirinya sempurna dan pihak lain terutama pihak lawan sentiasa tidak benar.Maka akan timbul perasaan ujub yang membawa kepada perasaan bongkak dan sombong hingga tidak boleh di sentuh dan tegur oleh sesiapa.

artikel diatas ni aku copy dari tenet...nk bgtau bahayanya memuji muja org...Ada 2 3 jenis gak org yg memuji nih..1) dia betul2 ikhlas 2)Membodek 3)perli aka mengejek 4)org ni mmg jenis mulut manis..ape yg dia puji tu dia xmksudkan pon..saja dia jenis cmtu..So org yg dipuji pon jgn cpt kembang...berdosa tau...
Aku ni tak suka sgt dipuji..sejak kecik lg aku kurang berminat dengan pujian..tambahan pulak pujian yg agak tak logik...Contohnya: jerawat awak ni manis la sy tgok (nmpk sgtla menipu),lagi satu jenis yg 24jam asik puji kita jeee..boring gila...
Masa aku kecik2 slalu org puji2 alis mata aku..katanya lentik..sebab kerap sgt dorg puji..rasa meluat pon ada..aku pon amik gunting and gunting je bulu mata tu..snng...xgaduh nk dgr pujian dh...
Dalam hidup ni biarlah kita besederhana..tak perlu hidup dengan pujian org lain..Biarlah org sekadar menghargai kita..xperlu puji melambung2...dosa ooo...

Rabu

Buah hati..darling..cayunk...comelku...




Saje nk letak pic my dearest hansome and good baby boy....
Balik je dari nursery..ni je keje dia..bergolek..Affan Hadziq sekarang dh makin cerdik..Kuat nangis...Xboleh nk masak..nk kene duk depan dia jer..lagi 3 ari genap umur dia 5bulan...Sekarang dia dh pandai niarap..cuma kdg2 je tersengguk kt lantai sbb xlrt nk angkat kepala lelama...Bila dia niarap..n dia xlrt..tapi nk niarap jugak..mulalah nk mgamuk...Ada satu aritu tgok dia narap sambil kayuh kaki dia laju2..yg kelakar...langsung xbergerak pi depan pon...

Hari Yang Indah...Syukur Ya Allah...





"Saya minta setangkai bunga yang segar, tetapi saya diberi kaktus berduri..kemudiannya saya minta kupu-kupu yang cantik, tetapi saya diberi ulat berbulu..saya sangat sedih & kecewa...Saya menangis kecewa...Namun akhirnya, kaktus itu berbunga..indah sekali... dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang sangat...cantik..Saya tersenyum gembira...Terima kasih Ya Allah..".

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari...Dia datangkan petir dan kilat...kita menangis dan tertanya-tanya...kemana hilangnya matahari...Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi...".

Dua-dua words kt atas ni utk gambarkan bahawa setiap apa peristiwa yg kita anggap tak best tu sbenarnya ada hikmah disebaliknya..jgnlah kita rasa sedih dulu..Mugkin peristiwa pahit tu sebenarnya tersembunyi perkara yang manis akan kita kecapi selepastu..


Tak dapat digambarkan dengan kata-kata..betapa gembiranya aku arini...Petang semalam cikgu Kelab telefon bagitau nk minta penceramah..Last minute nye request ni..Kelam kabut aku cari penceramah yg nk bg ceramah di program tu...Tapi memandangkan ade program yang semua kakitangan kene turun padang, so xde sape le turun sekolah bg ceramah...Cikgu tu pon pujuk aku suh aku je ceramah..nk bg sedap lg permintaan tu dia cakap dia akan turut sama tolong aku present...Aku ni jarang bg ceramah...Even kerja aku menuntut aku buat seme tu..Aku ni self conscious..Mmg dari kecik lagi aku ni mmg malu sgt nk bercakap depan audiens...xde self confident..aku rasa aku ni sgt kekurangan jika nk banding dgn org lain..aku malu..segan..rasa cm diri yg sgt kerdil...Tapi aku terpaksa bg ceramah pagi ni...So semalam time Mr Hubby and my little hansome good boy sedap2 tido..Aku sesorg la duk godek2 lappy atas katil...Sambil ditemani Affan Hadziq yg sesekali mengigau...Aku cari bahan kt internet utk powerpoint yg nk present...Langsung xbaca..amik je mana ada...
Esoknya pepagi lg pas antar my boy pi nursery ...aku terus pecut keta aku ke destinasi program..Sampai je sekolah cikgu bawak aku pi tempat program...Aku hairan,kenapa tpt program tu jauh gk..Dia janji dgn aku semalam nk ceramah kt bilik tayangan je dengan pelajar lebih kurang 35 orang je...Tengok2 dia bawak aku masuk dewan beb..Adoih..Punyalah ramai audien..dekat 200 orang gak..hambik ..(dlm ati..camno kalo bdk2 ni bt donno je time aku ceramah nnt..mulalah nk mgelabah ahaha)..Aku pon kontrol macho sekembang mungkin...Bt muka serius..kasi dorg respek ckit...Bdk2 skol ni kdg2 kita senyum sgt dia memain nnt...
Alhamdulillah..pas present ...aku rasa bdk2 skol ni mmg terbaik...ape aku ceramah dorg siap tulis lagi and take note...Masa tanya soalan...semua boleh jwb..apelagi..bg la adiah kt sesapa yg berjaya menjawab...Barulah rasa confident ckit nk bg ceramah pas nih...Moral yg aku dpt selepas peristiwa ni..Aku sebagai penceramah amatur perlu byk membaca bahan2 bacaan agar lebih byk idea akan muncul nnnt....Wassalam..

Saya Suka dan Sayang dan Bahagia dan Cinta sangat2 sama kerja saya...

rasa nk marah sgt2...


Bengang n rasa nk mrh sgt2...........benciiiii......aku benci bt keje last minute..lg satu bende yg org lainnye salah..aku kene cover last minute..ni xpasal2 memalam org sedap2 tido...aku duk ngadp komputer lg...rasa nk pijak org pon ada..ni time ni kalau ade yg bt ckp kuang ajo...mau mkn pelempang 2 3 das....istigfar3..aku manusia kerdil...yg xmampu menahan kesabaran dikala perkara2 tidak best menguji......huhu

Selasa

Kerja..kerja..haish...

Erm...masa start keje semula pas cuti bersalin aritu posisi kerja aku bos dh ubah..Aku dibagi kerja yg lebih mudah dan kurang memerlukan aku untuk keluar bekerja time2 cuti..Syukur sgt kpd Allah S.w.t kerana diberi seorang bos yg sgt baik dan prihatin...Bos aku ni seorang wanita..Single mother..Biasa org cukup takut and tak best bila dpt bos perempuan..nk pulak yg single..Menurut pendapat org ramai,bos wanita yang single nih tak kira lah single semulajadi ke..single pas kawin ke..mmg cerewet..tapi bos aku lain sgt,langsung tak sama cam gambaran diberikan oleh orang ramai...Bos aku sangat positif...baik..sempoi siut..Langsung tak macam single..Oklah senang cakap,bos aku nih mmg tersangatlah baik...memudahkan...Kalau ade yg anti dengan dia..mmg org tu yg something wrong..hehe..
Bos aku xgalakkan aku keluar keje khas mlm2 sgt..katanya xsesuai pompuan bt cmtu...aku ni jenis kuat bekerja...suka sgt dgn kerja yg mencabar...tapi sejak ade si kecil ni terpaksa kurangkan sikit kerja-kerja luar...Kalau x ,sape nk jg dia..Dilemma antara kerja dan buah hatiku yg sorg nih...Kdg2 tgok kwn2 rasa best je keje manjang...apekan daya..anak lebih penting..Aku xboleh nk abaikan anak demi kepentingan sendiri...So berkorban apa saja...Kerja boleh dicari..anak tiada galang ganti..

KESILAPAN YANG DILAKUKAN SEMASA MENDIDIK ANAK2..





Saja aku copy entry ni untuk ingatan aku dan kengkawan yg telah mengeview page nih..Bukan pe ,kalau aku tak letak entry nih kt sini..berabuk la biar lelama kt dlm desktop...aku pon time copy bkn rjin ngat nk bc detail..haha..bile ltk cni rasa rjin ckit nk bc...lgpon ni bgus utk amalan semua dlm mendidik anak2 ke arah menjadi anak yg baik dan soleh/solehah..amin...renung2kan dan selamat beramal..


Kesilapan 1:
Kurang Berdoa Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kesilapan 2:
Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

Kesilapan 3:
Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Kesilapan 4:
Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

Kesilapan 5:
Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

Kesilapan 6:
Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesilapan 7:
Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kesilapan 8:
Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

Kesilapan 9:
Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

Kesilapan 10:
Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

Kesilapan 11:
Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

Kesilapan 12:
Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

Kesilapan 13:
Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

Kesilapan 14:
Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kesilapan 15:
Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Ahad

Kenapa Kita Dilarang Gantung Anak Patung Bawah Bumper Kereta...


Sudah tentu korang pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta…Dulu aku tertanya2 n bertanya2 gak..asal dorg bt cmtu...Pas aku godek2 mouse aku kt segala tenet n blog..aku terbaca entry ni kt Pessibuk seseorg..so aku copy..n letak entry nih kt cni...utk kongsi dgn sesape yg xtau lg tentang bende nih..ok..cekidaut!!!!

Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand. Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati.


Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya: Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..

Doa Pembuka Apa YangTertutup..


Bagus diamalkan utk....
a) Hati yg tertutup utk melakukan amal soleh.
b) Hati yg tertutup utk melakukan amal jariah.
c) Hati yg tertutup utk menerima nasihat.
d) Pintu rezeki yg dirasakan seperti tertutup.
e) Minda @ akal yg dirasakan seperti tertutup.
f) Hati yg tertutup utk berkahwin..

Amalan Ketika Anak sedang Tidur...




Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

♥ ► Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

♥ ► Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥ ► Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥ ► Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

♥ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ♥ ..

Kueteow Kungfu With My Version..hehe


Amboih aih..duk rileks2 modified blog ade lak adik ipaq msg nk resipi Kueteow Kungfu ...Aku ni suka sgt msk..tp bkn expert tau..haha..msk suka2 jer..Hobi..Mudahje Kueteow Kungfu Versi aku nih...Jom belek resipi aku..

Kueteow Kungfu :
(Utk 3orang mkn jer tau)

Bahan-bahan 1:
1) Kueteow Sebungkus (Pastikan halal je yek)
2) Telur ayam dibasuh (aku tiru ayat kt kedai mkn nih)..3bijik

Bahan-bahan 2:
3) Sayur sawi ataupun Bok Choi secukup rasa..
4) Lobak Merah Sebatang..
5) Jagung Bayi (anak jagung yg kecik tu)secukup rasa..
6) Capsicum (Cili benggala..Kalau suka je,xsuka xpyh buh)secukup rasa..
7) Bunga Kobis...secukup rasa..
8) Brokoli...secukup rasa..

Bahan2 3:
9) Udang...saiz ikut suka korg
10) Daging lembu ...potong dadu (nk cepat msk)
11) ayam potong dadu..
12)Sotong 5ekor potong cm cincin..
(semua secukup rasa ye)

Bahan-bahan 4:
12) Bawang putih 5 ulas
13) cili padi secukup rasa..biasa aku letak 2biji je..(xsuka pedas)

Cara-caranya:

1)Tumis bawang putih yg dh ditumbuk lumat hingga wangi.
2) Masukkan semua bahan 3 kecuali udang n sotong..kacau hingga kekuningan,selepas itu masukkan air..agak2 nk buat kuah yg ckup utk 3org mkn..lebih ckit xpe..
3)Agak2 lembut je daging korang masukkan udang n sotong..
4)Masukkan semua bahan 2..
5) agak2 dh nk masak..Ambik Tepung jagung dalam 5sudu besar kacau dgn sdikit air ..masukkan dlm kuah..kacau hingga kuah nmpk pekat..jgn lupa masukkan sos tiram,garam,ajinomoto (kalau suka je),cili padi dan lada hitam/sulah.

Siap kuah, padam api dapur..

Cara2 nk goreng kueteow dia lak..

a) Amik kueteow,basuh n keringkan secepat kilat..haha
b)Pecahkan telur ayam 3 bijik kacau cm nk bt telur dadar...n then masuk kueteow dalam telur ..kacau...(Kalau boleh bt sepinggan2 )
c) Buh minyak dlm kuali sikit..cm nk goreng telur dadar..
d) Goreng kueteow bg leper2..balik2kan smpai masak..
e) Angkat,masuk dlm pinggan..
f) Masukkan kuah yg dh siap td atas kueteow yg dh digoreng gn telur tersebut...
g) done

Ajak la member2 mkn...mkn panas2..sejuk xsedap ...

(Cubalah sendiri kt umh ye)

Masalah Berat Badan...






Masuk bln ni dekat 5bln dh anak aku affan hadziq...Masalah kbykan org pompuan pas bersalin..huhu..berat badan yang berat hati nk meninggalkan kita...nk amik supplemen,cian lak anak aku masih myusu..tkot2 aade side effect kt dia lak...ape nk buat...nk diet semulajadi..adoi..xcukup smgt aku...aku ni bab2 nk mendisiplinkan diri mmg amat liatlah...tmbh2 plk lani Mr. Hubby asik ajak mkn je kul 11pm ke atas...nk tolak,dh dia beli...nk exercise,lutut aku still sakit..amboi byk tol alasan aku utk menurunkan berat bdn...abih camno nih..xrelo den kono kutuk dek Mr Hubby..kalo bole eden nk dio sorg jo yg gomok..bior den je kutuk dia ari2..huhu..aper pon peh ni eden akan usaho jugak sampai bojayo...chaiyok!