Rabu

Doa Taubat..Jom Bertaubat



Firman Allah dalam surah An-Nur : ayat 31 yang bermaksud “ dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri. Bahkan, Allah sangat senang dengan taubatnya seorang hamba. Inilah kesenangan yang lebih besar dibandingkan kesenangan seseorang yang berada di padang pasir bersama tunggangannya, yang diatas tunggangannya terdapat perbekalan makanan dan minumannya, tetapi kemudian tunggangan itu lari dari darinya sehingga dia hampir berputus asa untuk menangkapnya kembali.

Setelah itu dia duduk bersandar disebuah pohon menanti ajal menjemputnya, hingga ia tertidur. Selang beberapa saat ia bangun, dan tiba-tiba unta yang membawa makanan dan minumannya itu berdiri berdekatan kepalanya, maka dengan serta merta ia memegang tali unta tersebut seraya menjerit kerana gembira yang amat sangat, dan mengatakan “ Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhan Mu “ ( salah dalam berucap kerana gembiranya).

Bertaubat adalah menyuci hati dengan airmata dan membakarnya dengan api penyesalan. Bertaubat adalah pembakaran didalam hati, pengekangan nafsu, keluhuran didalam hati,dan titisan air mata. Yang demikian adalah awal perjalanan yang ditempuh oleh orang-orang yang bertaubat, modal orang-orang yang berjaya , langkah awal mereka yang menghendaki Allah, dan kunci istiqamah mereka yang hatinya condong kepada Allah.

( Dipetik dari buku “ Jangan Bersedih “ oleh Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan