Jumaat

Doa Barang Hilang (Mohon dikembalikan barang yang hilang)

Doa ini boleh diamalkan sekiranya anda terlibat dengan kehilangan barang..Berdoalah kepada Allah agar dikembalikan barang yang hilang itu.Tapi ade satu perkara yang perlu diingat,barang yang hilang itu tidak semestinya Allah akan gantikan dengan barang tersebut semula..Kemungkinan barang itu akan diganti dengan barang lain atau dalam bentuk yang lain..Wallahu a'lam..Yang penting kita berdoa dahulu ye...

Ibtisam yang baik hati...perlukah ku ganti tempatmu dihati ini..ahaks..


Erm..pas bawak mak dgn tok pi tekan duit tadi aku balik umh terus..lepak2 sembang merapu2 gn suami...(sambil tgn ku belek2 badan Ibtisam)..
Aku: abg..abg rasa kan elok x kalau ayg tambah sirkiting tepi..tak pon tukar spoiler baru yg lebih sporty..
Suami: Elok lagi kot..
Aku: Abang tengok,tayar ni botak tak lagi?patut tak ayang tukar sport rim baru?ape pendapat abg??
Suami:Hrm..tukar jelah terus..
Aku:Ape??
Suami:tukar la kereta tu..
Aku:byk duit abg..
Suami:Tak payah tukar..kita tambah lg kete..
Aku :Nk tambah kete ape??
Suami :Kita beli Honda City (Honda City baru tu..aku panggil transformers)
Aku :Uish..mahal tu..
Suami: xpela kita share..
Aku: Hurm (best giler pakai HONDA baru tu-Wah mesti riak dan takabur aku pasni hihihi-aku pikir dalam otak aku je nih)
Aku: (tetibe terlintas wajah mulus affan hadziq tersenyum)hurm..xpayah lah bang..baik kita saving utk anak..lg baik..Kalau beli kete lagi asik bayar jeee...membazir je kn (huhu teringin gk)..Xpela demi anak kita berkorbanlah sikit..itu lebih baik.. =)
(Sebenarnya panjang lagi conversation aku gn suami nih..mls nk tulis panjang2...nanti boring pulak korg nk baca..hahaha)sebenarnya malas taip

Ibtisam aku kenal dah dekat 5tahun..Ibtisam sgt baik..Setia dgn aku dari aku bujang sampailah berkahwin..Byk memori aku lalui dgn dia..Ibtisam xbyk kerenah..menjimatkan duit aku..Ibtisam sgt baik,syukur sgt kenal Ibtisam..Ibtisam cuma produk Malaysia..Ibtisam xpernah buatkan aku habis ribu riban kalau ade problem kesihatan pon..Aku syg Ibtisam..mana mungkin aku ganti dia dgn yg lain walaupon vehicle yg lg canggih xmungkin dpt ambik tempat Ibtisam dihati ini..Sekarang Ibtisam dh ade pasangan..Nama dia Toyota S.E.G Carib..Macho la jugak..hahaha..Tu vehicle my hubby yg xpernah setia dgn kereta..sejak bujang dh 3kali dia tukar kereta..Aku je yg setia..

Selasa

Tips Untuk Memperbanyakkan Susu Ibu.


Amalan-amalan untuk mengekalkan pengeluaran dan memperbanyakkan susu ibu. Untuk pengetahuan semua, ini adalah tips dan amalan untuk menambah susu ibu yang mesti dipraktikkan oleh ibu-ibu yang berniat menyusukan sendiri bayi anda ,berikut saya berkongsi tips dan cara-caranya:


1. Menyusu direct (direct feeding) dengan kerap dan memerah susu dengan kerap.
Sekurang-kurangnya 3 jam sekali atau mengikut rutin anak menyusu. Lebih kerap susu ibu diperah atau memberi bayi minum susu secara direct, lebih kerap susu baru akan terbentuk. Menjarakkan masa terlalu lama atau menunggu breast rasa penuh atau bengkak baru memerah boleh menyebabkan penurunan jumlah susu .Susu yang keluar lebih cair.Cara ini bukan menambah susu ibu.


2. Minum air masak/ kosong 3 L sehari dan makan makanan yang berkhasiat .Selain itu ibu-ibu juga perlu menstabilkan emosi serta jangan biarkan diri dibelenggu misteridibelenggu stress. Kesihatan dan emosi ibu boleh mempengaruhi penambahan atau pengurangan susu ibu.

3. Berdoa kepada Allah serta sentiasa berzikir.
Setiap usaha dan amalan tidak akan berhasil tanpa izinNya jadi perbaiki amal ibadat dan mohon dari Allah yang berkuasa supaya susu ibu-ibu bertambah.

Saya juga ingin berkongsi pengetahuan tentang doa dan zikir yang boleh kita amalkan untuk menambah susu ibu.

(a). Doa

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.


Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan mampu mengenyangkan anakku ini.

Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan berdoalah semoga Allah memurahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.

(b). Zikir

Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.

(c). Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar

Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.

(d). Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60

Maksud ayat:"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi."


(e)Ayat 72-73 Surah Yasin

5. Solat sunat Dhuha

Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak 3kali semasa sujud akhir.

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.


Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa dhuha ini.

Semoga ibu-ibu sekelian berjaya menyusukan anak anugerah Allah dan semoga suami,keluarga dan teman-teman rapat turut bersama-sama memberikan sokongan padu untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan eksklusif kepada permata hati.
***************************************************************************
Ayat 233, Surah Al - Baqarah ini.(Hayati Makna Ayat Ini,renung-renungkan dan selamat beramal).


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)

Khamis

Jom sama-sama kurangkan berat badan..


Slimming Set Shaklee

Set Kuruskan Badan Shaklee terdiri daripada:-
1)herb lax,
2) lecithin
3) dan alfalfa.
Ketiga-tiga ini membantu dalam proses percernaan dan detox (membuang toksin).

Untuk membantu diet anda,boleh juga mengambil cinch shake mix dan energizing soy protein (ESP).

**P/S:Sebenarnya cinch shake mix dan herb lax tidak digalakkan untuk ibu yang menyusu anak kerana khuatir anak akan mengalami cirit birit.

Fungsi Cinch Shake Mix bukan sekadar memberi rasa kenyang. Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Jadi leusina ini akan membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Ini bermakna, hasilnya nanti badan akan berat dengan otot bukan berat dengan lemak.

Namun, untuk ibu menyusu di luar sana, jika ada kekhuatiran boleh ambil energizing(ESP) soy protein untuk menggantikan cinch shake mix.

Selasa

Aufa Sembuh..Alhamdulillah..Syukur Ya Allah

Semalam masa aku baru balik dari membeli belah,suami pon baru balik keje...Suami bgtau Aufa dah siap..Lega rasanya tgok Aufa ceria mcm dulu..Herm tapi aku busy sgt..xsempat nk bermain2 dgn Aufa..Arini baru je plan nk layan Aufa pas balik keje nnt,tp xtercapai jugak hasrat suci murni ku itu sbb mlm ni kene keje..huhuhuhu..Lalalala ari-ari kerja haha..lalalala bosan dgn keja haha (sekadar lagu je nih... takde kene mengena dgn perasaan aku terhadap kerjaya..Kerja aku best).hihihi.. =)

Khamis

tips mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat..






Ada banyak plan untuk mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat yang dapat kita guna pakai.Elakkan mengambil makanan berlemak,makan seperti vegetarian.Minum lemon jus.Diet cara ini pantas dan cepat utk membuatkan anda kehilangan berat badan dalam masa singkat.Selain itu perlulah bersenam utk meningkatkan kadar metabolisme. Lupakan seketika minuman berkarbonat.Gantikan minuman manis dengan minum air putih.Jauhkan makan makanan yang bergoreng.Berikut adalah plan diet untuk kurus cepat untuk diamati dan diikuti bersama:-

1)Minum air kosong byk2:Badan kita memerlukan air yg byk. Air bukan sahaja utk menyahtoksin dari badan sekaligus memudahkan badan utk slim dgn cepat.Lagipun air tidak mengandungi kalori sama sekali.Setiap kali bngun tidur biasakan diri untuk minum segelas air putih (air masak ler tu).Minum segelas air sebelum makan, dengan itu membuatkan anda merasa kenyang sekaligus mengambil hanya sedikit makanan untuk dijamah pada masa itu.


2)jauhkan diri dari minuman manis yang ditinkan@dibotolkan terutama sekali yg berkarbonat.Ini kerana ia mengandungi jumlah gula yg banyak.gula bermakna KALORI.Jadi kalau teringin sangat nak minum minuman berkarbonat,minumlah cola diet..Ala yg ade perkataan diet tu lah.

3)Masukkan dlm menu harian anda makanan seperti tomato dan tembikai.Ini kerana ia mengandungi banyak air.

4)Makan buah-buahan juga minum jus buah-buahan.Dengan makan buah-buahan anda akan dapat fiber dan dengan meminum jus anda akan mendapat gula semulajadi yang tidak memudaratkan diri.Sebaiknya jus yg dibuat sendiri.



5) Tingkatkan pengambilan fiber dalam diet anda iaitu sayur dan buah-buahan.

6)jaga apa yg anda makan.

7)Makan tepat pada masanya.(dont skip your meal).

8)Makan bila lapar je.

9)Hentikan memakan kudapan (snek).

10)Jauhkan kopi dan teh.Kalau nk minum juga minum kopi o dan teh o kurang manis jeww..

11)Kira kalori yg anda makan.

12)Kurangkan makan coklat.

13) cuba sarapan sejam pasbangun tido.

14) exercise kerap..


itu jer..jom kita buat..

Aufa sakit...

Sedih sgt..Aufa sakit..Semalam baruje nk on tgok2 xboleh..Aufa "hang"..Kenapa bila terjadi sstu bnde kita kne cari ssorg utk dipersalahkan..Berkajang2 en hubby kene leter sbb pas dia guna internet aku amik Aufa..Baru je nk on terus hang...rasa nk mrh je..xpasal2 je dia jd mangsa amarah aku dan jd suspek yg myebabkan Aufa sakit..huhu..da lama aku bela Aufa..Mak aku yg belikan aku Aufa tu..Mak belikan aku Aufa utk mudahkan aku belajar masa sambung pjj uitm dulu..Arini terpaksa surf tenet guna Auni je..Auni kerajaan bg free kt aku...Sedihnye..rindu nk tgok Aufa..rindu nk nyanyi lagu Ainan Tasneem dgn Aufa..Aufa,arap-arap Aufa cepat sembuh ye syg..rindu nk taip entry blog dgn Aufa..Baru je kejap pas solat maghrib aku tgok tempat Aufa selalu duduk tinggal cooler je..tanya en hubby,mana Aufa?,dia kata abg anta repair tinggal kt kedai...arap2 lusa Aufa sihat n boleh sama2 baca akhbar online..boleh sama2 tgok fesyen bju,update blog n fb..rinduuu..

Selasa

Sayangku..

Sayang..akhirnya aku berpeluang juga malam ini utk mencoret menulis kata hatiku special khas buatmu..
Aku tahu cinta tak semestinya memiliki..aku tau semua tu..tapi bagaimana harus aku kikis semua perasaan itu dari sanubariku..
Sayangku..kenapa setiap hari kita pasti bertembung..Sudahlah tidak dapat memilikimu,hatiku bagai dirobek2 diblender hancur lebur sekali..Ingin sekali aku mendakap dirimu..tapi kita jauh..kau bukan juga milikku..tapi kenapa?kenapa kau sering muncul di depan tepi,kiri,kanan,belakangku..Sayang..bagai tercabut nyawaku tatkala terpandang memandang cermin sisi dan cermin pandang belakang keretaku sewaktu aku baru je ingin memanaskan enjin utk memecut race dengan kereta lain pulang ke rumah.... tiba2 aku terpana akan kegagahan dan kemachoan parasmu...menggeletar tgnku melihat dirimu disitu..kenapa kau sering berdiri di belakangku ...kenapa??oh tuhan..sampai bilakah perlu aku menanggung derita yg amat sengsara ini..Sedih..Ya aku tau cinta itu tidak semestinya memiliki...Cinta itu sepatutnya membiarkan kau bahagia dengan insan lain yang lebih dahulu memilikimu...Dalam benakku seringkali aku berharap suatu hari kita ditakdirkan bersama jua...Adakah jodoh kita bersama??..buat kesekian kalinya ingin aku hebahkan ke seluruh dunia betapa aku inginkan mu,ingin memilikimu sgt2...oh myvi lagi best kaler kuningku...sob..sob..(waaa..bilalah aku nk boleh beli Myvi kuning ni??)



Ahad

Maksud Bacaan Duduk Antara 2 Sujud..

Bacaan Semasa Duduk Antara 2 Sujud


Maksudnya pula ialah:

” Ya Tuhanku, AMPUNILAH aku.., KASIHANILAH aku.., TUTUPLAH aibku.., TINGGIKANLAH darjatku.., BERILAH aku REZEKi, TUNJUKILAH aku.., SEJAHTERAKANLAH aku..dan MAAFKANLAH aku..”

Doa Supaya Semua Hajat Dikabulkan

KHASIAT DAN RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBI RAHIM" diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA ALLAH YA RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA ALLAH YA RAHMAN, kurniakan aku suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai Islam
3) YA ALLAH YA RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat
4) YA ALLAH YA JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA ALLAH YA MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA ALLAH YA WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA ALLAH YA ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku dan
redhaikanlah aku...

Doa Supaya Anak Mendengar Kata..

Setelah berpenat lelah mengemas rumah dari pagi tadi pas en Hubby pergi keje..n tidokn si permata hati affan hadziq anak yg cerdik dan baik..Pas dia bgn, mandikan n bg mminum susu barulah berpeluang nk update blog ni sambil diperhatikan anak kesayangan dari atas walker..hahaha..(kalau xbt cmtu mesti dia nk tarik wayar lappy ni-aku pon xpaham nape dia xpuas ati n suka sgt nk tarik wayar lappy ni )..

Umum tahu kini agak mencabar bg ibu bapa msa kini utk melatih n mendidik anak2 menjadi anak yg baik,soleh n mendengar kata..Oleh itu, adalah baik sekiranya ibu bapa menunjukkan pekerti murni dlm mendidik anak2 selain berdoa kpd Allah S.W.T agar anak2 menjadi insan yg soleh+baik+mendengar kata..Kat sini aku nk kongsi dgn korg seme doa ni..Semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh solehah serta lembut hatinya.



a) Baca Fatihah (1 kali)


b) Baca Ayat Kursi (1 kali)


c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)


d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)ayat


Kemudian hembuskan diubun-ubun anak serta niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.

atau

Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

atau

Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”


Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.

Jumaat

Laksa Kari Yanies Version..

Arini aku nk kongsi resipi makanan kesukaan aku,Suka sesangat2..Aku suka sgt mkn laksa kari ni..1st time aku rasa laksa ni masa kene tugas kt Kuala Sin thn 2008 dlu..Aku mkn kt situ,pastu balik try buat sendiri kt rumah..Menjadik juga...Sedap (bg aku la,tekak org lain xtau la).Cubalah ye,mana tau nnti korg pon rasa suka jugak..hihi

Brg2 yg kena ada

Laksa halus (vercimili-ek eh btl ke aku eja ni =) laksa biasa tapi jenis halus)
Santan sekotak (kalau suka santan kelapa boleh gk guna)
rempah kari ikan sepeket kecil
Ikan kembung/sardin (sekilo ok kot)
Asam keping aka asam gelugor 3keping (kalau suka masam ltk lebih ckit)
Daun kesom
Bunga kantan
Serai 3 batang
lada hitam 1 sudu besar
Lengkuas 2sentimeter
cili boh/cili mesin 2 sudu besar
Belacan 2 sentimeter

Bahan B

taugeh
bawang besar hiris halus
timun hiris halus
cili padi potong
Limau nipis
Telur ayam sebiji direbus n potong 4
cara nk masak:

Memula rebus ikan yg telah disiang
masukkan asam keping dan garam secukup rasa sesuka ati dlm rebusan ikan tu
mendidih je tutup api
asingkan tulang dari ikan
blender isi ikan dgn air rebusan ikan tadi(tapis terlebih dulu air rebusan tu tkt ada lg tulang kt situ)
pastu blender lak tulang (guna air biasa pon xpe utk blender tulang ikan pastu tapis)
masukkan semua yg tlh dimesin dlm periuk dan rebus lg
masukkan cili mesin/boh 2 sudu besar..
potong 4 bunga kantan dan masukkan juga dlm periuk tadi
Masukkan daun kesum
ketuk serai n masukkan dlm periuk
lengkuas pon diketuk n campak
Masukkan belacan yg tlh dilayur atas api
(Kalau xsuka belacan,xmasukkan pon xpe)
Tumbuk lada hitam n masukkan jg dlm periuk tu

Masak sumer nih sampai berbau harum n mendidih

Rebus laksa sampai lembut,toskan

kemudian masukkan laksa dlm pinggan ,letak kuah yg dh siap..lastly tabur bahan B secantik mungkin..Siap..Bolehla makan =)

(Gambar xsempat upload..Karang sikit aku upload kay... =) )

Rabu

Pasta Penne dgn daging cincang..

Xtau n xde idea nk msk apa..Balik je kje sggh pasaraya beli pasta penne dlm paket n brg2 lain nk masak..Skrg xle nk msk mende rumit2 sbb xsmpt dgn anak kecik lg (caih alasan ..haha)..So kita buat menu senang2..Semudah 123 je ..pasta enak tersedia..(bak kata chef riz..

Memula aku beli brgni..

1)Daging cincang yg dh siap dlm paket tu..
2)Pasta penne kering dlm paket

3) capsicum sebijik

4) cili boh
5)bawang putih
6)sos pasta dalam botol@tin jenama 1st Choice..kimball pon boleh..heinz pon boleh (ikut korg la janji ade tanda halal).
7)daun sup secukup
8)Tomato 2bijik


cara nk masak.
1) tumis bawang putih
2)masuk cili boh 2 sudu besar
3)Bila cili masak je masuk sos pasta
4)potong dadu capsicum ,potong daun sup,tomato potong dadu gk(masuk seme ni dlm cili tadi)
5)Masukkan daging cincang
6)Masak sampai mendidih

Pasta tu rebus dgn air masuk 2 sudu besar minyak dlm tu..
angkat n toskan..
masukkan pasta dlm pinggan n tuang kuah..done
boleh la nk mkn..hahaha senang kn.. =)