Ahad

Doa Supaya Anak Mendengar Kata..

Setelah berpenat lelah mengemas rumah dari pagi tadi pas en Hubby pergi keje..n tidokn si permata hati affan hadziq anak yg cerdik dan baik..Pas dia bgn, mandikan n bg mminum susu barulah berpeluang nk update blog ni sambil diperhatikan anak kesayangan dari atas walker..hahaha..(kalau xbt cmtu mesti dia nk tarik wayar lappy ni-aku pon xpaham nape dia xpuas ati n suka sgt nk tarik wayar lappy ni )..

Umum tahu kini agak mencabar bg ibu bapa msa kini utk melatih n mendidik anak2 menjadi anak yg baik,soleh n mendengar kata..Oleh itu, adalah baik sekiranya ibu bapa menunjukkan pekerti murni dlm mendidik anak2 selain berdoa kpd Allah S.W.T agar anak2 menjadi insan yg soleh+baik+mendengar kata..Kat sini aku nk kongsi dgn korg seme doa ni..Semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh solehah serta lembut hatinya.



a) Baca Fatihah (1 kali)


b) Baca Ayat Kursi (1 kali)


c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)


d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)ayat


Kemudian hembuskan diubun-ubun anak serta niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.

atau

Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

atau

Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”


Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.

1 ulasan:

  1. alhamdulillah sekarang saya lebih pandai.....

    BalasPadam