Khamis

Mak Sakit Lagi..



3Hari lepas..mak jatuh sakit lagi..Mungkin sebab terlalu raya agaknya..hahaha..tak boleh nak salahkan mak..Sebab dah lama tak makan makanan berlemak dan berkalori tinggi atau mungkin sebab aku selaku penasihat diet mak pulang beraya nun jauh di kampung suami menyebabkan tiada siapa yang melarang mak untuk makan makanan yang membahayakan kesihatannya..Happy je mak consume sume makanan lazat yang tentu sekali amat merbahaya untuk diambil oleh dirinya..Oleh itu, baru-baru ni dia jatuh pengsan dan tubuh mak jadi kejang..Sebelum tinggal Affan kt mak, aku dah rasa tak sedap hati tengok keadaan mak sebab masa pagi tu aku tengok tangan mak belah kiri macam bengkok n keras je..Aku tanya mak "kenapa tangan mak jadi cm tu?"..Mak kata takda apa-apa.Aku tanya lagi "mak sakit ke?" Mak jawab tak sakit..Aku risau sebab sehari sebelum tu dia pening kepala..Aku tau pon sebab mak terlanggar gril pintu umah dia masa hantar adik ke kereta (adik nak balik KL dengan member dia)..Sebelum tu dah dia tertumpah air sebab nak capai bekas air tersilap pegang kt tempat lain..Aku pon call adik lelaki ku n suruh bawak mak gi klinik check up..Masa pergi kt Klinik Dr. Husna kt Taman Ria tu doktor tu bagi reference letter untuk mak di masukkan ke hospital n suruh gi kt kecemasan di HSAH Sg Petani. Diorang tak pergi dan pergi check lagi kt Klinik 1Malaysia kat umah aku..Pembantu Kesihatan kat Klinik tu cuma bagi paracetamol je..So kitorang ingat sakit mak tak teruk..Lagipon mak asyik kata tak sakit, kitorang yakin la dan tak hantar mak pi hospital cam disuruh doktor Husna tu...Keesokkan harinya aku pesan berkali-kali dengan mak, kalau mak sakit bagitau..sebab aku nak amik cuti..Mak kata takdak ape..Aku pesan lagi "kalau mak sakit, call dekni..nanti dekni balik dari ofis". Mak kata ok..Pastu aku pon gi la pejabat..Kat pejabat aku rasa tak sedap hati aku pon sms kat 2 orang adik lelaki aku..Aku pesan jenguk2 sama mak sebab mak tak berapa sihat..Tak sampai sejam adik aku yang no 5 telefon dengan nada cemas bagitau mak sakit teruk n suruh aku balik cepat dan panggil ambulan..Aku pon terus capai beg n pecut kereta ikut Hiway Bertam..Aku pasang double signal n mudah sikit perjalanan aku sebab semua pemandu bagi laluan..Ni lah orang Malaysia, sangat prihatin..Rasa bangga jadi orang Malaysia..Sampai je kt lorong perumahan kitorang, aku nampak kereta adik aku yang no 4 dah keluar..Pastu dia bagi isyarat tangan kat aku..Aku follow belakang kereta dia..Kitorg mmg pecut habis kereta..Tapi aku terlepas juga dari follow dorg sbb cari parking kat Hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani mmg susah..Parking manjang je penuh..Harap2 pasni pihak HSAH besarkan lagi ruang parkir...Semalam mak aku dah boleh discharge..petang gak la discharge pon..Arini my mom berehat jela kt umah..Semoga mak cepat sembuh n kuat semangat untuk jalani hidup yang lebih sihat..Affan Hadziq pula akan ditempatkan di Taska Al Baiti dan tak akan dijaga lagi oleh mak tok@tok ma nya..

Suka Sangka-sangka...



Manusia ni suka sangat bersangka-sangka
Ada sangkaan baik ... Ada sangkaan buruk ...
Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang baik dengan bos disangka membodek
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ..
Yang baik dengan bos tu kerana menghormati bos yang lebih tua..

Mana kita tahu ...
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

Rabu

Tujuh Perkara Ganjil di Kubur..



Semenjak dua menjak ni aku teringatkan mati..Bila aku akan mati?Bagaimana caranya?sempatkah aku bertaubat?Aku ni hamba Allah yang hina lagi banyak dosa kepada Allah..AKu takut nak menghadapi mati..Kadang-kadang aku terlupa dan leka juga dengan nikmat dunia..Moga Allah ampunkan aku...Arini nk share dengan korang info ni,sama-sama kita renungkan ye..

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam.

***credit to Facebook Tanah Kubur

Selasa

Doa Agar Suami Setia Selalu...

Arini aku nk share dengan korang semua doa supaya suami setia. Cewah..ye ye je kan entry kali ni..Bukan pe ini hanyalah usaha saja agar suami kite semua setia dan tidak mencari yang lain di luar sana.Kita kenalah berwaspada sebab ramai anak dara,janda tak lupa juga isteri orang ye..sekarangni yang suka mencari calon suami dan juga kekasih dari golongan suami orang.Kalau kita tak sudi nak berkongsi, ini lah caranya ye.Ini hanya usaha tau, yang menentukannya adelah Allah S.W.T.

Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
ps: Doa ni baca selepas solat ye...

Isnin

Teman Pengganti - Malique ft Black Mentor


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi

Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah

Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal

70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti

Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

p/s:aku suka sgt lagu ni..mengingatkan aku tentang seseorang..jenjejeng..hihi,over lak.Lirik dia memang sedih sangat..sebab aku suka, aku share kt sini..

Selasa

Cobaan di Bulan Ramadhan...

Herm berpuasa sebagai ibu dan isteri kali ni memang benar-benar menguji tahap kesabaran aku.Mana nk masak juadah untuk suami, mana nak layan keletah Affan Hadziq yang semakin cerdik dan banyak "idea" nak kenakan mama dia di bulan puasa ni..Satu kelemahan aku di bulan puasa,aku cepat penat..Mujur aku consume ESP Shaklee (bukan promo ye..tapi kenyataan..hahaha).Satu je kekurangan aku dalam bab makan vitamin atau makan nih,aku selalu skip waktu makan n terlupa @ dengan bahasa lainnya malas makan ubat/supplemen..Bende yg baik ni mmg la selalu je preoccupaid dgn kerja lain n lupa nk makan..Semalam kan cuti Nuzul Quran,so aku pon jaga Affan kt umh n berniat nk masak juadah berbuka laksa kari n xnk beli.Awalnya suami sarankan aku berbuka kat rumah mak n beli je juadah sebab sejak berumur 7 bulan lebih (semenjak 2menjak ni jer) anak aku cerdik tersangat..banyak cari idea nak kenakan aku..Aku katakan pada suami yang aku ni tak pe je kalau jaga anak kt rumah n masak juadah berbuka lagipun dh lama beli ikan tu takut rosak n xnk membazir...Tinggallah aku kt rumah menjaga Affan Hadziq sebab suami terpaksa bekerja memandangkan dia bekerja di Kedah (Kedah tak dapat cuti Nuzul Quran).Aku bagi anakku makan secukupnya aritu (dia dh boleh diberi makanan solid) dengan harapan time aku masak untuk berbuka kang xde la dia buat perangai..Dalam jam 6.00 petang pas susukan dia aku tepuk2 la nak bagi dia tido..mata nampak macam mengantok..Pas dia tido aku letak dalam buaian (kalau dia tak mengantok..menggelupur taknak tido dalam buai,orang dah besar la katakan)..Baru tido 30 minit bunyi hanfon,aku pegilah angkat (suami call).Apelagi bangunlah hero nan seorang nih...Dlm hati aku potpet2 aku membebel suami yang asyik call je dalam hari ni (Suami aku mmg cmtu,kalau dia ade hal n kene balik lewat..telepon je kejenye..tapi xpe tu tanda dia syg kn..kn..hahaha) Pas bangun tu apelagi buat perangai je kejenye..nangis guling-guling..xnmpk mama depan muka pon nk nngis..nangis kalau pelan xpe..ni nangis macam kena dera..Mula la telinga aku nih berdenyut2 rasa nk marah pon ade..Aku sabarkan hati..Ikan yang dh rebus n laksa yang dah rebus terpaksa aku simpan dalam fridge je sbb dia bertempik-tempik dah nangisnye..Aku kelam kabut kemas baju2 dia (huhu terpaksa lari pi umah mak dapatkan bantuan).Siap je aku tutup seme tingkap n barangan elektrik, aku dukung my hansome n clever boy..tiba-tiba dia lambai tangan kt depan n atas "bye..bye.." siap dengan lambai tangan lagi kt dalam umh aku tu...Terkejut campur geramnya aku nih tak tau nk cakap (ceh..terkena lagi aku rupanya dengan anak kecil yang baru je berumur 7 bulan lebih...adooooiii). Sebenarnya anak aku baru je blaja lambai tangan kt orang ni...tak sangka sebelum2 ni tak pernah pon mulut comel dia cakap "bye"..Semalam baru dengar...haha..Dhla lambai..Masa kt pintu utama tu ,dia siap buat badan cm nk jatuh (biasa dia bt cmni bila dia nk main2 je-gembira la katakan)..Pastu aku pon jalan la ke rumah mak sambil mengendong Wan Affan Hadziq...Terkena lagi..huhu..sedey,tapi sebab puasa aku sabar je..
ni lah budak cerdik tu...