Khamis

Mak Sakit Lagi..



3Hari lepas..mak jatuh sakit lagi..Mungkin sebab terlalu raya agaknya..hahaha..tak boleh nak salahkan mak..Sebab dah lama tak makan makanan berlemak dan berkalori tinggi atau mungkin sebab aku selaku penasihat diet mak pulang beraya nun jauh di kampung suami menyebabkan tiada siapa yang melarang mak untuk makan makanan yang membahayakan kesihatannya..Happy je mak consume sume makanan lazat yang tentu sekali amat merbahaya untuk diambil oleh dirinya..Oleh itu, baru-baru ni dia jatuh pengsan dan tubuh mak jadi kejang..Sebelum tinggal Affan kt mak, aku dah rasa tak sedap hati tengok keadaan mak sebab masa pagi tu aku tengok tangan mak belah kiri macam bengkok n keras je..Aku tanya mak "kenapa tangan mak jadi cm tu?"..Mak kata takda apa-apa.Aku tanya lagi "mak sakit ke?" Mak jawab tak sakit..Aku risau sebab sehari sebelum tu dia pening kepala..Aku tau pon sebab mak terlanggar gril pintu umah dia masa hantar adik ke kereta (adik nak balik KL dengan member dia)..Sebelum tu dah dia tertumpah air sebab nak capai bekas air tersilap pegang kt tempat lain..Aku pon call adik lelaki ku n suruh bawak mak gi klinik check up..Masa pergi kt Klinik Dr. Husna kt Taman Ria tu doktor tu bagi reference letter untuk mak di masukkan ke hospital n suruh gi kt kecemasan di HSAH Sg Petani. Diorang tak pergi dan pergi check lagi kt Klinik 1Malaysia kat umah aku..Pembantu Kesihatan kat Klinik tu cuma bagi paracetamol je..So kitorang ingat sakit mak tak teruk..Lagipon mak asyik kata tak sakit, kitorang yakin la dan tak hantar mak pi hospital cam disuruh doktor Husna tu...Keesokkan harinya aku pesan berkali-kali dengan mak, kalau mak sakit bagitau..sebab aku nak amik cuti..Mak kata takdak ape..Aku pesan lagi "kalau mak sakit, call dekni..nanti dekni balik dari ofis". Mak kata ok..Pastu aku pon gi la pejabat..Kat pejabat aku rasa tak sedap hati aku pon sms kat 2 orang adik lelaki aku..Aku pesan jenguk2 sama mak sebab mak tak berapa sihat..Tak sampai sejam adik aku yang no 5 telefon dengan nada cemas bagitau mak sakit teruk n suruh aku balik cepat dan panggil ambulan..Aku pon terus capai beg n pecut kereta ikut Hiway Bertam..Aku pasang double signal n mudah sikit perjalanan aku sebab semua pemandu bagi laluan..Ni lah orang Malaysia, sangat prihatin..Rasa bangga jadi orang Malaysia..Sampai je kt lorong perumahan kitorang, aku nampak kereta adik aku yang no 4 dah keluar..Pastu dia bagi isyarat tangan kat aku..Aku follow belakang kereta dia..Kitorg mmg pecut habis kereta..Tapi aku terlepas juga dari follow dorg sbb cari parking kat Hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani mmg susah..Parking manjang je penuh..Harap2 pasni pihak HSAH besarkan lagi ruang parkir...Semalam mak aku dah boleh discharge..petang gak la discharge pon..Arini my mom berehat jela kt umah..Semoga mak cepat sembuh n kuat semangat untuk jalani hidup yang lebih sihat..Affan Hadziq pula akan ditempatkan di Taska Al Baiti dan tak akan dijaga lagi oleh mak tok@tok ma nya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan