Khamis

Bajet 2013 (My Budjet)

Assalamualaikum..Hari ni aku nk berbicara tentang dilemma aku sendiri berkenaan bajet.Bukan bajet 2013 seperti yang akan dibentangkan oleh PM tak lama lagi tu, tapi bajet aku yang tak seberapa dan perlu dimanfaatkan sepadat dan seterhad mungkin. Firstly, bajet aku yang tak seberapa tu aku bercadang nak gunakan untuk naikkan tembok belakang rumah.
Bukan tanak kawan dengan orang belakang,tapi dek kerana jiran aku tu tambah umah sampai tingkap dia dekat sangat dengan belakang umah aku n lagipon bau bauan makanan yang haram dimakan oleh kita sering menerjah masuk dapur umah aku buatkan aku terpaksa kopakkan bajet simpati yang aku ada untuk peruntukkan membina tembok yang agak tinggi bagi membebaskan gas-gas dari bauan tersebut terus ke udara tanpa perlu gas-gas itu sesat mencari-cari jalan keluar lantas meninggalkan bauan yang tak boleh aku hidu sama sekali di dinding-dinding serta fabrik dalam umah aku...Cuma ada satu lagi masalah, bila disebut sahaja tentang pemasangan tembok oleh kontraktor yang aku sendiri lantik serta amanahkan bagi tujuan pembinaan tersebut.Masalahnya sekarangni musim ujan.Hari-hari hujan..Aku pon menghitung hari..memujuk hujan supaya berhenti seketika supaya bolehlah kerja-kerja membina tembok "Berlin" dijalankan..Pastu hujan nak turun balik pon turunlah...Kebaikkan yang aku pertimbangkan dari pembinaan tembok ini adalah aku dapat membuka pintu dapur seluas-luasnya semasa aku masak sebab tak lah aku segan dengan jiran-jiran dan dapat juga menjauhkan suami dari mendapat dosa sebab orang tak nampak aurat isteri dia ni..Yelah bila masak, selesa sangat kalau dapat buka pintu luas2 sebab selalunya time aku masak..Affan akan menyibuk2 tolong aku semakkan dapur..Kalau pintu tertutup tu rasa agak lemas dan rimas..Udara pon xdapat masuk dan menghilangkan bau-bauan yang kita masak...Nak guna "Febreze" pon cam tak berkesan jewww..Arini aku dengar kontraktor tu dah beli barang2 nak buat tembok belakang umah aku..yeawww..Perasaan gembira berbunga-bunga..Aku pon berangan-anganlah nak beli set untuk buat barbeku..
pasni ajak family aku bertandang sebab aku suka buat barbeku n bakar sama-sama kat belakang rumah..Urmm privacy la sikit...Keadaan belakang dan sisi laman umah belah belakang yang agak panjang menyebabkan perbelanjaan tersebut agak besar..Tapi memandangkan brother kontraktor yang mmg dah kenal dengan family aku so dapatlah special prize... Secondly, bajet prihatin lagi satu akan aku gunakan untuk membeli mesin jahit elektrik..
Cewah..cewah..macam lah rajin sangat nak menjahit..hihi..xpela, beli jela lgpon kalau tak asah apa yang kita tau..lama-lama boleh lupa kan..Tapi ni masih dalam perancangan, aku lom beli lg nih..Baru riki-riki.. Sebenarnya aku dah menggunakan sedikit dari bajet ni untuk beli sofa..yelah even aku dgn suami bukanlah selalu dduk atas sofa pon..Sajer la beli bg lengkap sikit umah..Kalau xde sofa nnt guest nak duduk kt mana pulak kan..Umah aku dah ade sofa sebelum beli aritu, tapi sofa lama jela..Sebab sofa baru dah take over tempat yang lama terpaksa la sofa lama beralah,sofa lama ktorg letak luar je..Tapi xpe ptg2 bolehla dduk2 dgn affan ambil angin kt depan rumah.. Thirdly, bajet ni seterusnya perlu diperuntukkan untuk membeli tayar kereta kesayangan aku..
. Nak tak nak memang kena beli..Bunga tayar pon dah dekat nak botak dah..Lagipon bahaya pakai tayar lelama nak nak pulak sekarangni musim hujan..Huish bahaya tau kalau langgar air..Aku dhla bawak kete laju..Mau cium devider tu kalau tak tukar juga tayar tu..Aku ingat nak tukar empat-empat sekali..Cuma sekarangni duk pikir-pikir jenama apakah yang sesuai..Michelin ke,Continentel ke,Bridegestone ke..Pening2..Kalau boleh biarlah terbaik sbb aku selalu drive jauh,keselamatan perlu dijaga..Ni pon xdecide lg nk beli mana satu.. Bajet terakhir aku adalah peruntukan untuk membeli stroller baru Affan..
Stroller lama Affan aku rasa tak berminat lagi dh nk guna..Aku kalau boleh nak yang stroller jenis buggy..Beli murah-murah dahla sebab aku ni cepat jemu..Nanti bila boring boleh tukar..Kalau beli yang mahal kan lambat rosak..Sayang lak nk ganti baru kalau beli yg mahal..Aku nak beli stroller buggy bukan ape,bolehla nnt bawak Affan sambil exercise petang-petang..Yelah tak kan nk dduk umah je bagi kembang segala body nih..Kalau dukung tak larat bukan my little prince tu boleh dduk diam2...So kenala cari stroller buggy sbb dia pon dh nk boleh jalan tu..Ni pon masih dalam pertimbangan.. Fuhhh banyak sungguh perancangan nak mengabihkan bajet yang ciput tu..Nak kumpul dhla setengah mati..huhuhu..

Selasa

Belajar Menjahit Baju Kurung..

Tengah aku rajin mengemas beg kerja (beg yg aku biasa bawa ke ofis) aku terjumpa satu surat. Surat Giatmara yang mengiklankan program kursus jangka pendek. Kursus memasak, kursus jahitan dan lain-lain lagi. Aku pon try telefon incharge program-program tu.mula-mula orang yang incharge tu kata peserta dah penuh dan dia akan hubungi aku semula kalau ada kekosongan..Dah lama aku teringin nk belajar menjahit baju. Biarlah belajar basic pon aku xkisah. Tak lama pastu person yg incharge tu telefon aku balik..Dia kata seorang peserta tarik diri so aku boleh masuk belajar..Yeaaaahuuuu..menjerit2 la kesukaan..hihi..Ari 1st belajar menjahit sgt teruja...Tempoh masa 3 ari je kitorg belajar menjahit..Walaupon hanya menjahit baju kurung, aku tetap gembira sangat sebab lepasni xpyh tempah lg dh baju kurung..Bolehla aku jahit sendiri..Seronoknya..weeehuuu...Semalam adalah hari terakhir aku kursus menjahit baju..Nanti kalu rajin aku upload hasil tangan aku tu..Baju tu bukan untuk dipakai tau..tapi untuk tujuan belajar sajer..Herm semalam sebelum balik umh aku borong segala gunting,tali inci,kayu ukur,kapur penanda,sniper,penetas dan lain-lain lagi..Semangat nak menjahit la katakan..Dalam kepala ni aku dah pasang angan-angan nak beli mesin jahit baru..Aku akan buktikan kepada suami aku yang semangat aku ni bukan hangat-hangat kentut ayam tau..Masa memula aku nk gi kelas dia siap perli-perli lagi "herm berapa hari la sangat nk menjait tu".Tunggu, aku akan buktikan kepada beliau..Kali ni aku mmg serius tau nk menjahit baju sendiri...aisehhh..=)
nilah mesin yang aku nak beli pasni ...hehe...Singer 8280

Bayi Tertidur di Sisi Mayat Ibu

Sampai je kt pejabat aku terus amik suratkhabar baca..Bukan apa, untuk lihat perkembangan semasa je.Hati aku hiba dan sayu sangat-sangat bila terbaca berita ni.Pilu bila terbaca yang mayat guru bahasa Jepun ni dan meninggal 14 jam baru ditemui oleh rakan dia. Mengalir air mata tatkala mengenangkan bayi sekecil itu yang kehilangan ibunya dan kelaparan sementara menanti ditemui. Semoga Allah memberikan Husnul Khatimah buat ibu bayi tersebut..Semoga Allah lindungi bayi itu selepas ni.

Bagan Datoh: Tangisan berterusan bayi berusia tujuh bulan terjawab apabila dia ditemui tertidur di atas mayat ibunya selepas 14 jam, dipercayai kerana kelaparan dan kepenatan.

Dalam kejadian menyayat hati, Normaya Mokhtar, 33, dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira jam 6 petang Rabu lalu di Kuarters Perumahan Guru Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh dan mayat mangsa bersama anaknya yang tertidur hanya ditemui jam 8 pagi kelmarin. Tinggal berdua

Ketika kejadian, mangsa yang bertugas sebagai guru bahasa Jepun di sekolah itu tinggal berdua bersama bayinya di rumah yang berkunci, manakala suaminya bekerja di Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata kematian mangsa hanya disedari selepas rakan baiknya berjaya menemui kunci pendua rumah di rak kasut dan menemui mangsa terbaring di atas katil dalam keadaan pucat dengan anaknya tertidur di atas tubuh mangsa.

“Rakan baik mangsa ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang Rabu berhubung tugasan tetapi tidak berbalas, namun dia menyangka mungkin mangsa yang sudah dua tahun bertugas di situ, sibuk.

“Bagaimanapun, apabila mangsa tidak datang bekerja keesokan harinya, dia berasa tidak sedap hati dan pergi ke rumah mangsa serta mengetuk pintu berulang kali, tetapi tiada jawapan sebelum menemui kunci pendua rumah itu,” katanya, semalam.
Kok Liang berkata, jiran mangsa sebelum itu turut hairan dengar tangisan bayi yang tidak henti-henti pada petang dan malam Rabu lalu tetapi tidak mengesyaki apa-apa selepas tangisan itu berhenti.

Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kematian mengejut, manakala anak mangsa dilaporkan sihat.

Jenazah mangsa dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bemban, Batu Gajah untuk dikebumikan petang kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan kematiannya satu kehilangan besar kepada warga pendidik.

(Berita diambil dari Berita Harian).

Rabu

Macamana nak check sama ada kita ada SAKA ke tak?

Baru-baru ni kitorang digemparkan dengan masalah melanda seorang sedara kitorang yang sakit, dah pegi check merata Hospital tapi tak tau sakit apa. So anak-anak dia try bawa gi berubat dengan ustaz yang menggunakan kaedah perubatan Islam..Mmg didapati ada SAKA..Bila tak sakit, kita tak tau sama ade kita ni ada SAKA ke X..

Apa itu SAKA???


Saka adalah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung ialah melalui pengijazahan/penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan dan sebagainya. Secara tidak langsung jin ini akan memilih mana-mana ahli keluarga untuk didamping tanpa disedari. (sekiranya generasi terdahulu tidak sempat memberitahu ataupun menyerahkannya)

Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu penyakit mereka ada kaitan dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada SAKA. Ini kerana kita tidak ada pengetahuan tentang saka dan apabila kita faham bagaimana hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu maka kita tidak boleh menafikan kewujudannya sehingga hari kiamat.


KENAPA SAKA DI AMBIL?

Ribuan tahun dahulu, ketika zaman pra-Islam, ketika itu tiada peralatan mesin, pengangkutan, telekomunikasi dan berkembangnya perebutan/persaingan untuk mendapat tempat tinggal dan makanan, sekiranya tidak ada saka mereka akan ditindas. Maka saka diambil untuk kebajikan diri dan keluarga sebagai contoh saka harimau dijadikan alat tunggangan/kenderaan untuk pergi ke sesuatu tempat yang jauh dalam sekelip mata, untuk menjaga kebun dan sebagainya. Saka hantu raya pula mampu membuat kerja-kerja berat seperti menebas kebun dalam satu malam meratakan tanah dan membajak bendang.

Saka biasanya diambil dan dikaitkan dengan orang Melayu kerana mereka menjadikan saka ini kawan tetapi bagi orang Cina dan India saka ini dijadikan Tuhan mereka. Kerana saka, orang Melayu amat terkenal dengan sikap hasad dengki dan iri hati. Sebelum saka ini diambil ia tinggal di hutan-hutan, gua, laut, gunung dan sebagainya.

Saka ini sememangnya golongan jin. Saka ini terbahagi kepada dua;

i) jin Islam – saka yang dimiliki oleh golongan hulubalang, para panglima perang dan pengamal perubatan.

ii) jin Kafir – saka yang dimiliki oleh tukang ubat atau bomoh yang merawat secara tidak Islam.

Jin ini diambil dengan amalam tertentu, pada waktu-waktu tertentu seperti bertapa pada hari-hari tertentu. Jin Islam lebih sukar diambil kerana memerlukan amalan zikir dan sebagainya diamalkan selama waktu tertentu ketika bertapa.Jin kafir lebih mudah kerana hanya perlu melakukan pemujaan dangan memberi persembahan berupa makanan seperti ayam panggang, bertih jagung,pulut kuning, telor rebus dan sebagainya.


Apabila jin ini secara rasminya diambil dengan akad sebagai kawan maka barulah timbul istilah SAKA. Dan dari detik itu wujudlah pertalian diantara saka dan penerima saka sehingga hari kiamat melalui akujanji kedua belah pihak.

Akujanji terbahagi kepada 2;

i) Penerima Saka
Wajib menyediakan jamuan pada waktu-waktu tertentu seperti setiap kali ada keramaian, kenduri, dapat anak dsb.

ii) Saka
Menjaga diri penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan,/pengangkutan, sebagai alat perhubungan/telekomunikasi, sebagai sumber kekuatan fizikal dan mental (kebal dan kuat)

Gangguan saka bermula apabila syarat/akujanji tersebut tidak dipenuhi dan kebiasaannya penerima saka yang tidak mengikut syarat/ mungkir janji. Ini kerana ilmu/pengetahuan tentang perjanjian tersebut tidak diperturunkan ke generasi seterusnya maka akan tercetusnya gangguan yang akan dihuraikan kemudian. Saka ini mengamuk kerana tidak diberikan jamuan.

Jamuan untuk saka berupa ayam panggang, pulut kuning, telor rebus bertih jagung, darah ayam hitam dan sebagainya.

3 sebab mengapa ANDA pilihan SAKA.

1- Kedudukkan dalam keluarga- kebiasaan saka akan mengikut anak sulong dalam keluarga tersebut.

2- Seseorang yang sering disakiti dan dizalami secara sihir
Saka akan hadir untuk memberikan pertolongan namun begitu apabila usahanya tidak mendapat habuan seperti jamuan yang dinyatakan di atas maka keadaan orang yang disihir akan menjadi lebih teruk.

3- Kesayangan keluarga.

(salah satu faktor,1 dan 2 atau kesemua faktor di atas)


GANGGUAN SAKA

Gangguan saka terbahagi kepada 6.

1- Gangguan fizikal
2- Gangguan Mental
3- Kekeluargaan
4- Zuriat
5- Rezeki
6- Keharmonian hidup


1-Gangguan fizikal terbahagi kepada 2:

a) Nampak-kesan lebam, bengkak, kudis, keracunan darah.
b) Tidak nampak- mengadu sakit di tempat tertentu, hati sentiasa berdebar-debar, gangguan haid. Ada pesakit yang tidak datang haid bertahun-tahun. Atau haid yang tidak normal.

Sakit yang apabila dirujuk ke hospital, buat ujian tetapi Doktor tidak dapat mengesahkan punca. Contoh sakit Tiroid, tetapi bila buat ujian darah hormon seimbang.

2- Gangguan Mental

a) Bagi lelaki –sikap panas baran yang melampau, bagi perempuan sikap cemburu yang keterlaluan.
b) Halusinasi-sampai peringkat bercakap sendirian.
c) Terdengar suara-suara halus

Jika tidak di rawat akan berakhir dengan sakit mental/gila

3- Gangguan Kekeluargaan

Keluarga pecah belah, sentiasa tidak bersependapat, bermusuhan, panas. Hubungan suami isteri sentiasa bergelora. Hal kecik jadi punca pergaduhan. Suami/isteri memandang pasangan tanpa rasa cinta.

Selalunya hubungan ibu dgn anak sulong sentiasa tidak kena..Ibu macam mencari kesalahan anak.

4- Gangguan Zuriat
a) Masalah Jodoh- Bagi lelaki/perempuan yang belum berumahtangga sukar mendapat jodoh-bujang terlajak. Kalau lelaki suka, perempuan yang tidak suka atau sebaliknya.
b) Sekiranya sudah berkahwin lambat dapat anak/ tidak dapat anak. Dapat anak cacat sama ada cacat fizikal/mental.

Gangguan sukar untuk hamil paling banyak terjadi kerana, saka ini telah memusnahkan sperma sebelum sempat disenyawakan. Adakalanya anak dalam kandungan gugur.

5- Gangguan Rezeki

Rezeki sempit, setiap apa yang diusahakan seolah tidak menjadi. Buat business tak untung, susah nak dapat kerja, peluang.

6- Gangguan keharmonian hidup.

Masalah pergaduhan, hati sentiasa berdebar-debar. Hubungan di antara sesama rakan/jiran tidak mesra dsb. Mempunyai sikap suka menyendiri dan tidak pandai bergaul. Sentiasa ada rasa tidak puas hati, iri dan dengki terhadap org lain.


APAKAH PENYELESAIAN MASALAH SAKA?

Masalah saka tiada ubat. Penyelesaiannya hanya ada 2:

1- Bela
Sekiranya dibela ia perlu diberi makan berupa persembahan sekiranya tidak ia akan menganggu.

2-Buang
Rawatan untuk buang saka akan diatur bagi yang memilih untuk lepaskan diri dari masalah ini.

Saka tidak disarankan dibela kerana menyalahi dari segi syariat. Perbuatan membela saka menyurus kepada syirik dan khurafat-(rujuk kitab dan ustaz). Ini kerana pergantungan kepada saka membuatkan kita merasa saka lebih berkuasa daripada Allah.

Bagaimana keadaan orang yang ada saka di sihir.

Jin yang dihantar oleh ahli sihir akan datang menggangu, dalam masa yang sama saka akan datang dengan dua tujuan:

1) melindung dan memberi pertolongan kepada penerima saka
- sekirannya mendapat habuan-makanan.
2) bersekongkol dan menyakiti secara zahir dan batin kepada penerima saka.
-tidak mendapat makanan.

Apabila pesakit mendapatkan rawatan memulihkan diri dari sihir, sihir sembuh namun begitu saka tidak akan pergi. Kerana perjanjian terdahulu membolehkan ia terus mengikut penerima saka sehingga hari kiamat kecuali pesakit mengambil keputusan untuk membuat rawatan membuang saka.
Sebab itu, ramai yang berhabis duit sehingga beribu ringgit untuk merawat penyakit tetapi sakitnya tidak juga sembuh. Akhirnya menyalahkan perawat itu menipu. Ilmu membuang saka adalah ilmu tertinggi di dalam perubatan. Tidak semua perawat mempunyai ilmu membuang saka. Tidak semua perawat telus dan jujur memberitahu keadaan anda yang sebenar.

Sekiranya pernah terjadi perjanjian antara jin dan keturunan kita yang terdahulu, maka keturunan seterusnya tidak akan terlepas dari SAKA. Walau sekuat mana penafian anda dengan mengatakan ayah saya seorang kuat agama, tuk saya ulama, saya seorang ustaz. Sekiranya ilmu agama kita kuat saka akan menjauh tidak menggangu tetapi bagaimana dengan anak cucu kita nanti. Sekiranya anda menafikan kewujudan saka, bermakna anda juga menafikan kewujudan alam jin.


Hampir 90% pesakit yang membuat rujukan ada melibatkan SAKA.
Ramai juga yg dah sedia tahu mereka ada saka, tapi masih ramai tidak tahu rupa2nya selama ini punca permasalahan adalah Saka.

(ps: Penerangan Tentang SAKA ni credit to Asyraf)


Jom kita cuba check sama ada kita ni ada SAKA ke tak...

Langkah 1:Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.
Langkah 2: Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.
Langkah 3: Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.


Selasa

Masak Lemak Cili Api Udang

Arini i nk share dgn u all resipi Masak Lemak Cili Api Udang (My Style)
Resipi aku ni lain sikit dari masak lemak negeri sembilan sbb aku ltk bawang merah.. Xsilap aku,masak lemak cili api dari Negeri Sembilan dorg xletak bawang.Aku pernah baca kt internet dlu la..Resipi aku ni aku ubah sendiri.Resipi ni utk 2 orang makan je ye,kalu nk masak utk lebih,korang tambah la lebih sikit bahan2 yg dh dicadangkan di sini masa nk masak nnt.Aperpon...Cekidaut...

Bahan2 :-


Udang Fresh saiz L (saiz ikut korangla suka caner ye)


Kunyit hidup 2 sentimeter


Serai 3 Batang (untuk titik)


Santan (setengah biji kelapa-Kalau suka pekat,tambah lagi santan tu)


Cili padi 5 biji


Bawang merah 3 biji


Cara-caranya:-
1)Mula-mula masukkan cili padi,kunyit dan bawang merah yang dh ditumbuk dengan santan,kacau sebati. Buka api perlahan je.
2)Pas tu ,tunggu mendidih dan masukkan serai yang dah diketuk n udang (yang dah dipotong kepala n ekornya n bersihkan dulu udang tu).
3) Masak hingga udang masak, jangan terlalu lama takut udang mengecut n xsedap.
4)Bila udang dah masak,tutup api..siap.

Isnin

Affan Hadziq Pandai Ajuk Orang Bercakap di Telefon..

Semalam semasa nk hubungi owner nursery baru Affan aku dail hanfon aku..Sambil dduk melunjur atas katil n Affan Hadziq bermain2 kt tepi aku masa tu..Affan Hadziq sekarangni 8 bulan lebih.. Pas lega demam ni dia happy n riang ria seperti biasa..Pas nampak aku dail kat handfon aku dia pon amik remote kipas angin n pura2 dail juga..Pas tu aku n suami perhatikan gelagat dia.Pas je dia beraksi seolah-olah dail dia letak remote tu kat telinga n cakap bahasa dia..Aku pandang suami n suami pandang aku ..Kami senyum..Tak sangka kan cepat je masa berlalu..Dah besar anakku kini..Terbayang-bayang wajah dia masa lahir haritu..Dah nk sampai setahun umur..Semoga Affan Hadziq menjadi Hamba Allah yang soleh,cerdik,baik,taat kepada agama serta ibu bapa dan menyejukkan hati..

Jumaat

Gangnam Style Fever..

Aku mmg peminat lagu n artis Korea.Sekarangni demam Gangnam Style,1st aku dgr lagu tu kt Hitz.fm..bln baper ntah xigt..selalu la aku tunjuk kt affan video tu..affan siap tepuk tgn lagi...bila aku pasang lagu tu kt umh aku menari la sikit bg affan gelak..Biasa aku tgok youtube kt tv umh aku ade dia tapis sikit video tu..So selamat la nk tunjuk kt bdk kecik pon..best lagu tu, rancak n suara penyanyi tu pon best..Rupa xde tapi suara sedap..Pas aku dgr kt Hitz.fm aku terus cari lagu tu kat Youtube...mmg terbaik..Aku ade baca ade gak org bg pendapat negatif tentang lagu tu n video n tarian dalam lagu tu..Sebelum ni ade byk gk video lagu yang lebih teruk dari tu xde pulak orang nk komen..Pelik.Mybe sbb lagu ni sgt feymes kot lalu org pon mula lah bg perhatian..Bagi aku xsalah selagi tak melampau sgt video tu n kita jgn la tiru perkara yg pelik2 kn..Pihak yang berwajib lak perlu tapis sikit kalau ada babak dalam video lagu tuh yang boleh mendatangkan impak negatif dlm kalangan anak-anak muda di negara kita ni...Aper pon mmg enjoy la dgr lagu tu..

Birthday oh Birthday..


Baru-baru ni birthday aku...Hurm saje aku xltk kt fb birth date tu saje xnk terima birthday wish (kunun..hehe)..Kt rumah aku buat aktiviti cm biasa..Yang membengangkan aku boleh ke suami aku lupa birthday aku..Mula la nk majuk+geram+ngamuk+rusuhan..haha..rusuhan??adeke??..Biasa zaman couple2 dlu pas 12.00am masukla sms@call wish Happy Birthday dari yg tersayang..Pas kawin senyap sunyi jee bila tiba birthday...Kalau kwn2 xwish aku xkisah lgsung sbb aku ni xberapa menitik beratkan sgt tarikh2..lainla tarikh ari raya @ cuti umum..hikhik..Tapi bila en hubby bt kering je mula la rasa nk marah...Amboi2 masa xkawin dulu kemain rajin lg dia...Aku merajuk juga..hehe biasa la..sejak azali mmg cmtu dh prgai aku...majuk,majuk n majuk...tunjuk perasaan la kunun...Keesokkan paginya masa hubby nk gi keje dia pon wish la kt aku ni..Ahh mmg tak diterima lagi wish tuu...terlambat perahu boleh diundur terlambat wish..tiada maaf bagimu, ahaks..melampau la pulak...Balik je keje hubby beli la 5 slice kek dari Secret Receipe..Sbb kalau beli sebiji ,bini dia ni cerewet..kalau xsedap alamat beku dlm peti sejuk la kek tu..So bila beli 5 slice ni boleh je rasa 5jenis semenye tu...Adik ade kt umh so kitorg kendurikan kek tu ptg tu gk..Satu je belum tertunai..Birthday gift aku lom dpt lg..Mlm tu sptt kita nk gi AEON Perda tapi ade urusan lain yg lg penting jadi kita tunda dlu nk pi beli gift tu...hik hik..Aku rasa nk tukar la birthday gift tu..nk beli mende lain la..boleh kot..

AWAS!! Loket bertenaga skalar (skalar energy) atau beradioaktif boleh memberi kesan buruk kepada penggunanya.


Maklumat ni saja aku share dengan korang..Sebelum ni aku tak pernah ambik tahu pon pasal loket2 cmni..Rupanya bahaya juga..Tulah kita jangan terlalu obses dengan penggunaan loket-loket tenaga macamni..

GEORGETOWN - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak lagi menggunakan loket bertenaga skalar (skalar energy) atau beradioaktif yang disahkan memberi kesan buruk kepada penggunanya.

Ia berikutan hasil analisis ujikaji Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) yang menunjukkan penemuan paras radiasi yang tinggi serta melebihi had yang dibenarkan pada permukaan loket selain menunjukkan kepekatan bahan radioaktif thorium-22 dan uranium-238.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata,penjualan loket itu didapati masih berleluasa malah CAP turut menerima aduan pengguna bahawa terdapat sebuah syarikat jualan langsung yang berpusat di Kepala Batas, giat menjual loket
berkenaan manakala sebuah laman web syarikat jualan langsung yang berlainan juga turut memasarkan jualannya.

“LPTA melalui Kementerian Kesihatan Malaysia sudah memutuskan bagi mengharamkan penggunaan Quantum Pendant dan SE Pendant yang masing-masing dijual dua syarikat jualan langsung yang berlainan, malah difahamkan, wakil KKM sudah memaklumkan kepada
LPTA bahawa tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan penggunaan loket terbabit memberi manfaat kesihatan kepada pemakainya.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu bertindak tegas ke atas syarikat berkenaan yang menggunakan lesen mereka bagi menyembunyikan penjualan produk itu selain menyita stok loket berkenaan sebelum menyerahkan kepada LPTA bagi tujuan penyimpanan dan pengendalian yang selamat,” katanya pada sidang media di Pejabat CAP, disini semalam.

Mohamed Idris berkata,pemakaian loket itu yang didakwa boleh melancarkan peredaran darah, menambah tenaga, meningkatkan tahap kepekaaan serta daya tumpuan dan lain-lain lagi sebenarnya mengundang risiko kerana si pemakai terdedah kepada penyakit kanser atau kesan genetik manakala pendedahan yang paling rendah pula boleh meninggalkan kesan stochastic.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan supaya mengharamkan segera penjualan dan penggunaan loket berkenaan.

Menurutnya,keputusan pengharaman itu selaras dengan Peraturan 4(1), Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas 2101 yang menyebut bahawa tiada seorang individu pun yang boleh menjalankan atau menyebabkan amalan itu dijalankan kecuali mempunyai justifikasi.

Pengharaman sama ke atas loket dengan paras radiasi tinggi, SE Pendant 0352, juga diperkenalkan badan berkuasa Hong Kong pada 2009.

(Sumber dari SinarHarian).

Rabu

Kasih anak kepada ibunya..


Tinggal berdua...


Pagi-pagi lagi en suami dh terima sms dari kakak ipar aku yg bgtau my fil dimasukkan ke hospital..Petangni pas hubby balik keje dia akan terus pulang ke kampung halamannya seorang diri tanpa aku dan anak ksygn kami..Aku mmg xdpt nk ikut sbb cuti tinggal berapa ari je lagi..mana nak simpan utk balik kampung mertua di Terengganu pada raya Aidiladha ni..mana nak simpan cuti utk kenduri adik ipar (adik suami) lagi..Huhu..arap2 nnt cuti aku akan bertambah mengikut permintaan Ceupacs...amin..bolehla bercuti kerap sikit..Bagi sesapa yg berkahwin dengan orang yang berlainan negeri dan jaraknya jauh dengan negeri asal kita akan faham apa yang aku alami ni..Sebenarnya aku suka ape kawin dgn orang jauh ni..Hehehe..Bukan pe..Jauh perjalanan luas pandangan n tambah pengalaman..Suke..suke..suke..Seronok tau kawin dgn orang jauh ni..Nak pulak bile balik kampung, terasa sambutan orang-orang kat sana.Yelah..lama baru boleh tengok..Lagipon perjalanan pulang ke kampong yang jauh tu kita dpt tengok pemandangan ..dapat singgah menyinggah..dapat tengok budaya yang berlainan dengan budaya kita...Best tau..Eh..dah melalut rasanya aku ni..Balik keje nanti aku mmg xsempat nk jumpe suami sbb dia akan bertolak balik ke Terengganu sebaik saja habis kerja..Malam ni tinggal lah aku dgn Affan Hadziq berdua je kat rumah..Mujurlah ade mujahid yang seorangni,xdela mama dia rasa keseorangan sgt...semoga hubby selamat sampai n selamat pulang ke sini nanti..

Selasa

Demi kasih terhadap ibuku.demi sayangku terhadap anakku..



Arini aku sepatutnya rasa sedih..Tapi aku rasa okay je..hurm..Allah menguji aku lagi,mungkin kini aku agak jauh dgn Allah..Sibuk dgn hal-hal duniawi. Baru2ni emak yang tolong menjaga anakku jatuh sakit..emak baru keluar ward..xsampai hati rasanya nk minta tolong emak utk jaga cucunya tu..Bila mak sakit je aku hantar affan ke nursery yang aku cari melalui laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebelum ke nursery lagi affan tak mau minum air atau minum susu..Aku risau sgt, menyebabkan aku dan suami membawa anakku berjumpa pakar kanak-kanak utk periksa keadaan dia. Doktor kata tu sindrom biasa je..Sindrom selepas raya..Waktu raya ramai orang dan selepas raya orang nk melayan bayi tu dh xde so dia ade perubahan lah sikit, kata doktor tu la..So doktor tu xbg apa2 ubat utk anak ksygn aku itu..Balik je dari klinik..Badan Affan Hadziq mula panas sejuk..panas sejuk..pastu dia demam..nngis tak henti-henti tak kira malam atau siang..2 3 hari kemudian Affan Hadziq muntah muntah..cirit birit..nangis setiap masa..aduhhh..letihnya aku nk melayan dia setiap hari...asyik nk berdukung je..mula la rasa nk tension kami suami isteri..kesian tgok keadaan Affan Hadziq,sudahlah tidak berisi ..demam,cirit-birit n muntah pula..Kalaulah aku yang tanggung semua kesakitan dia kan bagus..Sebab aku tak sampai hati nak tengok tubuh kecil tu menanggung derita tu...Sudah lah cirit-birit yang kerap..semalam selera makan dia pon dah kurang...Nasi moi yang aku buat pon dia dh xmau jamah..harapkan minum susu je..tu pon kadang-kadang susu badan tak mau minum..Sedih rasanya bila aku cebok berak dia je nngis jerit-jerit..Mungkin sebab merah-merah kat punggung dia..Punggung dia jadi merah pas ktorg balik dari jumpa Dr Koh ,pakar kanak-kanak kat hospital Metro..Mungkin sebab ktorg salin lambat sikit lampin dia..menjerit-jerit Affan Hadziq..Mulanya aku bingung, kenapa anakku menangis begitu dahsyat sekali...rupa-rupanya punggung dia dh merah n kulit dekat punggung tu dah mengecut n melecet..Kesiannya Affan Hadziq..Tak dapat aku bayangkan kesakitan bagaimana yang perlu Affan tanggung.Tak tau lah apa lagi yang perlu aku buat untuk ikhtiarkan kesakitan yang ditanggung oleh anak kecil ini supaya cepat sembuh..
Aku tak boleh nk harapkan mak jaga dia setiap hari sebab mak pon belum sembuh sepenuhnya..Masih perlukan terapi dan senaman..Ya Allah,semoga kepahitan Affan Hadziq ini akan menemukan kemanisannya nanti..Kuatkanlah mujahid mu itu ya Allah..Kentalkanlah hatinya menghadapi ujianmu itu ya Allah..Aku tau aku bukan seorang ibu yang baik..tapi aku harap dan berdoa semoga Affan Hadziq menjadi hamba Allah yang paling baik,anak yang paling cerdik dan berjaya di dunia dan akhirat..
Sebenarnya Affan Hadziq mcm xsihat sebelum cuti Merdeka lagi..Yang paling sedih sepanjang dia tak sihat ialah kejadian pagi kemalrin..Disebabkan selama Affan Hadziq tidak sihat dia seringkali terjaga diwaktu malam dan menangis..Kadang-kadang nk tido atas riba je..Apa lagi tersengguk2 la mama dia ni meriba tengah-tengah malam..Oleh kerana terlampau kerap terbangun tengah malam..Pagi semalam aku letih sgt pas minta tlg suami buatkan susu utk Affan sbb dia xmau minum susu badan..Aku bg dia minum susu tu dalam pukul 4 pg..Pas minum tu dia tido n ade setengah lagi susu tu yang xhabis dia minum aku letak di penjuru katil..Pagi tu pukul 8pg aku rasa ade org goyang2 kaki aku..rasa sakit..Aku tertanya-tanya sape yang tolak-tolak kaki aku..igtkan mimpi,rupanya Affan Hadziq berdiri sambil goyang-goyang kaki mama dia nih yg tido langsung xsedar apa-apa..hahah..dengar dia panggil ma ma..ma ma..aku celik je mata aku tengok dia tersenyum-senyum je sambil goyang-goyang kaki mama dia ni...Aku pegang seluar dia rasa basah..n then aku kalih tengok tempat tido dia ade basah n putih je..Muntah lagi anakku ni..aku buka n letak seluar dia tepi dinding..igtkan bekas muntah..pastu suami aku pon terjaga, n tanya kenapa sayang letak seluar bekas Affan berak ni kt sini..aku kata "la igtkn bekas muntah, sbb kt tpt tido dia ade bekas dia muntah.." Kesian Affan..Aku pon bgn n angkat dia pegi toilet n terus cuci n bagi dia mandi..Pastu ktorg berdua terpaksa amik cuti utk refer dia kt pakar kanak-kanak di Hospital Metro lak..Adoiii...kesian sungguh Affan..Sekarangni aku tengah berkira-kira nk amik cuti separuh gaji utk jaga dia dgn mak..Kesihatan mak dan affan lebih penting..Duit boleh dicari, kasih sayang mereka tiada gantinya..Arini aku balik kejap tadi jenguk keadaan Affan, masih cirit birit..masa nk cucikan berak dia tadi rasa sayu je..menjerit-jerit dia nangis..Apa yang lagi sayu bila aku tengok dia happy je nak main-main mcm selalu..Berkali-kali sebut mama..mama...Masa keluar gi keje semula aku keluar senyap2...takut kalau dia nngis lak bila nmpk aku..