Khamis

Bajet 2013 (My Budjet)

Assalamualaikum..Hari ni aku nk berbicara tentang dilemma aku sendiri berkenaan bajet.Bukan bajet 2013 seperti yang akan dibentangkan oleh PM tak lama lagi tu, tapi bajet aku yang tak seberapa dan perlu dimanfaatkan sepadat dan seterhad mungkin. Firstly, bajet aku yang tak seberapa tu aku bercadang nak gunakan untuk naikkan tembok belakang rumah.
Bukan tanak kawan dengan orang belakang,tapi dek kerana jiran aku tu tambah umah sampai tingkap dia dekat sangat dengan belakang umah aku n lagipon bau bauan makanan yang haram dimakan oleh kita sering menerjah masuk dapur umah aku buatkan aku terpaksa kopakkan bajet simpati yang aku ada untuk peruntukkan membina tembok yang agak tinggi bagi membebaskan gas-gas dari bauan tersebut terus ke udara tanpa perlu gas-gas itu sesat mencari-cari jalan keluar lantas meninggalkan bauan yang tak boleh aku hidu sama sekali di dinding-dinding serta fabrik dalam umah aku...Cuma ada satu lagi masalah, bila disebut sahaja tentang pemasangan tembok oleh kontraktor yang aku sendiri lantik serta amanahkan bagi tujuan pembinaan tersebut.Masalahnya sekarangni musim ujan.Hari-hari hujan..Aku pon menghitung hari..memujuk hujan supaya berhenti seketika supaya bolehlah kerja-kerja membina tembok "Berlin" dijalankan..Pastu hujan nak turun balik pon turunlah...Kebaikkan yang aku pertimbangkan dari pembinaan tembok ini adalah aku dapat membuka pintu dapur seluas-luasnya semasa aku masak sebab tak lah aku segan dengan jiran-jiran dan dapat juga menjauhkan suami dari mendapat dosa sebab orang tak nampak aurat isteri dia ni..Yelah bila masak, selesa sangat kalau dapat buka pintu luas2 sebab selalunya time aku masak..Affan akan menyibuk2 tolong aku semakkan dapur..Kalau pintu tertutup tu rasa agak lemas dan rimas..Udara pon xdapat masuk dan menghilangkan bau-bauan yang kita masak...Nak guna "Febreze" pon cam tak berkesan jewww..Arini aku dengar kontraktor tu dah beli barang2 nak buat tembok belakang umah aku..yeawww..Perasaan gembira berbunga-bunga..Aku pon berangan-anganlah nak beli set untuk buat barbeku..
pasni ajak family aku bertandang sebab aku suka buat barbeku n bakar sama-sama kat belakang rumah..Urmm privacy la sikit...Keadaan belakang dan sisi laman umah belah belakang yang agak panjang menyebabkan perbelanjaan tersebut agak besar..Tapi memandangkan brother kontraktor yang mmg dah kenal dengan family aku so dapatlah special prize... Secondly, bajet prihatin lagi satu akan aku gunakan untuk membeli mesin jahit elektrik..
Cewah..cewah..macam lah rajin sangat nak menjahit..hihi..xpela, beli jela lgpon kalau tak asah apa yang kita tau..lama-lama boleh lupa kan..Tapi ni masih dalam perancangan, aku lom beli lg nih..Baru riki-riki.. Sebenarnya aku dah menggunakan sedikit dari bajet ni untuk beli sofa..yelah even aku dgn suami bukanlah selalu dduk atas sofa pon..Sajer la beli bg lengkap sikit umah..Kalau xde sofa nnt guest nak duduk kt mana pulak kan..Umah aku dah ade sofa sebelum beli aritu, tapi sofa lama jela..Sebab sofa baru dah take over tempat yang lama terpaksa la sofa lama beralah,sofa lama ktorg letak luar je..Tapi xpe ptg2 bolehla dduk2 dgn affan ambil angin kt depan rumah.. Thirdly, bajet ni seterusnya perlu diperuntukkan untuk membeli tayar kereta kesayangan aku..
. Nak tak nak memang kena beli..Bunga tayar pon dah dekat nak botak dah..Lagipon bahaya pakai tayar lelama nak nak pulak sekarangni musim hujan..Huish bahaya tau kalau langgar air..Aku dhla bawak kete laju..Mau cium devider tu kalau tak tukar juga tayar tu..Aku ingat nak tukar empat-empat sekali..Cuma sekarangni duk pikir-pikir jenama apakah yang sesuai..Michelin ke,Continentel ke,Bridegestone ke..Pening2..Kalau boleh biarlah terbaik sbb aku selalu drive jauh,keselamatan perlu dijaga..Ni pon xdecide lg nk beli mana satu.. Bajet terakhir aku adalah peruntukan untuk membeli stroller baru Affan..
Stroller lama Affan aku rasa tak berminat lagi dh nk guna..Aku kalau boleh nak yang stroller jenis buggy..Beli murah-murah dahla sebab aku ni cepat jemu..Nanti bila boring boleh tukar..Kalau beli yang mahal kan lambat rosak..Sayang lak nk ganti baru kalau beli yg mahal..Aku nak beli stroller buggy bukan ape,bolehla nnt bawak Affan sambil exercise petang-petang..Yelah tak kan nk dduk umah je bagi kembang segala body nih..Kalau dukung tak larat bukan my little prince tu boleh dduk diam2...So kenala cari stroller buggy sbb dia pon dh nk boleh jalan tu..Ni pon masih dalam pertimbangan.. Fuhhh banyak sungguh perancangan nak mengabihkan bajet yang ciput tu..Nak kumpul dhla setengah mati..huhuhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan