Selasa

Demi kasih terhadap ibuku.demi sayangku terhadap anakku..



Arini aku sepatutnya rasa sedih..Tapi aku rasa okay je..hurm..Allah menguji aku lagi,mungkin kini aku agak jauh dgn Allah..Sibuk dgn hal-hal duniawi. Baru2ni emak yang tolong menjaga anakku jatuh sakit..emak baru keluar ward..xsampai hati rasanya nk minta tolong emak utk jaga cucunya tu..Bila mak sakit je aku hantar affan ke nursery yang aku cari melalui laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebelum ke nursery lagi affan tak mau minum air atau minum susu..Aku risau sgt, menyebabkan aku dan suami membawa anakku berjumpa pakar kanak-kanak utk periksa keadaan dia. Doktor kata tu sindrom biasa je..Sindrom selepas raya..Waktu raya ramai orang dan selepas raya orang nk melayan bayi tu dh xde so dia ade perubahan lah sikit, kata doktor tu la..So doktor tu xbg apa2 ubat utk anak ksygn aku itu..Balik je dari klinik..Badan Affan Hadziq mula panas sejuk..panas sejuk..pastu dia demam..nngis tak henti-henti tak kira malam atau siang..2 3 hari kemudian Affan Hadziq muntah muntah..cirit birit..nangis setiap masa..aduhhh..letihnya aku nk melayan dia setiap hari...asyik nk berdukung je..mula la rasa nk tension kami suami isteri..kesian tgok keadaan Affan Hadziq,sudahlah tidak berisi ..demam,cirit-birit n muntah pula..Kalaulah aku yang tanggung semua kesakitan dia kan bagus..Sebab aku tak sampai hati nak tengok tubuh kecil tu menanggung derita tu...Sudah lah cirit-birit yang kerap..semalam selera makan dia pon dah kurang...Nasi moi yang aku buat pon dia dh xmau jamah..harapkan minum susu je..tu pon kadang-kadang susu badan tak mau minum..Sedih rasanya bila aku cebok berak dia je nngis jerit-jerit..Mungkin sebab merah-merah kat punggung dia..Punggung dia jadi merah pas ktorg balik dari jumpa Dr Koh ,pakar kanak-kanak kat hospital Metro..Mungkin sebab ktorg salin lambat sikit lampin dia..menjerit-jerit Affan Hadziq..Mulanya aku bingung, kenapa anakku menangis begitu dahsyat sekali...rupa-rupanya punggung dia dh merah n kulit dekat punggung tu dah mengecut n melecet..Kesiannya Affan Hadziq..Tak dapat aku bayangkan kesakitan bagaimana yang perlu Affan tanggung.Tak tau lah apa lagi yang perlu aku buat untuk ikhtiarkan kesakitan yang ditanggung oleh anak kecil ini supaya cepat sembuh..
Aku tak boleh nk harapkan mak jaga dia setiap hari sebab mak pon belum sembuh sepenuhnya..Masih perlukan terapi dan senaman..Ya Allah,semoga kepahitan Affan Hadziq ini akan menemukan kemanisannya nanti..Kuatkanlah mujahid mu itu ya Allah..Kentalkanlah hatinya menghadapi ujianmu itu ya Allah..Aku tau aku bukan seorang ibu yang baik..tapi aku harap dan berdoa semoga Affan Hadziq menjadi hamba Allah yang paling baik,anak yang paling cerdik dan berjaya di dunia dan akhirat..
Sebenarnya Affan Hadziq mcm xsihat sebelum cuti Merdeka lagi..Yang paling sedih sepanjang dia tak sihat ialah kejadian pagi kemalrin..Disebabkan selama Affan Hadziq tidak sihat dia seringkali terjaga diwaktu malam dan menangis..Kadang-kadang nk tido atas riba je..Apa lagi tersengguk2 la mama dia ni meriba tengah-tengah malam..Oleh kerana terlampau kerap terbangun tengah malam..Pagi semalam aku letih sgt pas minta tlg suami buatkan susu utk Affan sbb dia xmau minum susu badan..Aku bg dia minum susu tu dalam pukul 4 pg..Pas minum tu dia tido n ade setengah lagi susu tu yang xhabis dia minum aku letak di penjuru katil..Pagi tu pukul 8pg aku rasa ade org goyang2 kaki aku..rasa sakit..Aku tertanya-tanya sape yang tolak-tolak kaki aku..igtkan mimpi,rupanya Affan Hadziq berdiri sambil goyang-goyang kaki mama dia nih yg tido langsung xsedar apa-apa..hahah..dengar dia panggil ma ma..ma ma..aku celik je mata aku tengok dia tersenyum-senyum je sambil goyang-goyang kaki mama dia ni...Aku pegang seluar dia rasa basah..n then aku kalih tengok tempat tido dia ade basah n putih je..Muntah lagi anakku ni..aku buka n letak seluar dia tepi dinding..igtkan bekas muntah..pastu suami aku pon terjaga, n tanya kenapa sayang letak seluar bekas Affan berak ni kt sini..aku kata "la igtkn bekas muntah, sbb kt tpt tido dia ade bekas dia muntah.." Kesian Affan..Aku pon bgn n angkat dia pegi toilet n terus cuci n bagi dia mandi..Pastu ktorg berdua terpaksa amik cuti utk refer dia kt pakar kanak-kanak di Hospital Metro lak..Adoiii...kesian sungguh Affan..Sekarangni aku tengah berkira-kira nk amik cuti separuh gaji utk jaga dia dgn mak..Kesihatan mak dan affan lebih penting..Duit boleh dicari, kasih sayang mereka tiada gantinya..Arini aku balik kejap tadi jenguk keadaan Affan, masih cirit birit..masa nk cucikan berak dia tadi rasa sayu je..menjerit-jerit dia nangis..Apa yang lagi sayu bila aku tengok dia happy je nak main-main mcm selalu..Berkali-kali sebut mama..mama...Masa keluar gi keje semula aku keluar senyap2...takut kalau dia nngis lak bila nmpk aku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan