Rabu

Macamana nak check sama ada kita ada SAKA ke tak?

Baru-baru ni kitorang digemparkan dengan masalah melanda seorang sedara kitorang yang sakit, dah pegi check merata Hospital tapi tak tau sakit apa. So anak-anak dia try bawa gi berubat dengan ustaz yang menggunakan kaedah perubatan Islam..Mmg didapati ada SAKA..Bila tak sakit, kita tak tau sama ade kita ni ada SAKA ke X..

Apa itu SAKA???


Saka adalah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung ialah melalui pengijazahan/penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan dan sebagainya. Secara tidak langsung jin ini akan memilih mana-mana ahli keluarga untuk didamping tanpa disedari. (sekiranya generasi terdahulu tidak sempat memberitahu ataupun menyerahkannya)

Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu penyakit mereka ada kaitan dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada SAKA. Ini kerana kita tidak ada pengetahuan tentang saka dan apabila kita faham bagaimana hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu maka kita tidak boleh menafikan kewujudannya sehingga hari kiamat.


KENAPA SAKA DI AMBIL?

Ribuan tahun dahulu, ketika zaman pra-Islam, ketika itu tiada peralatan mesin, pengangkutan, telekomunikasi dan berkembangnya perebutan/persaingan untuk mendapat tempat tinggal dan makanan, sekiranya tidak ada saka mereka akan ditindas. Maka saka diambil untuk kebajikan diri dan keluarga sebagai contoh saka harimau dijadikan alat tunggangan/kenderaan untuk pergi ke sesuatu tempat yang jauh dalam sekelip mata, untuk menjaga kebun dan sebagainya. Saka hantu raya pula mampu membuat kerja-kerja berat seperti menebas kebun dalam satu malam meratakan tanah dan membajak bendang.

Saka biasanya diambil dan dikaitkan dengan orang Melayu kerana mereka menjadikan saka ini kawan tetapi bagi orang Cina dan India saka ini dijadikan Tuhan mereka. Kerana saka, orang Melayu amat terkenal dengan sikap hasad dengki dan iri hati. Sebelum saka ini diambil ia tinggal di hutan-hutan, gua, laut, gunung dan sebagainya.

Saka ini sememangnya golongan jin. Saka ini terbahagi kepada dua;

i) jin Islam – saka yang dimiliki oleh golongan hulubalang, para panglima perang dan pengamal perubatan.

ii) jin Kafir – saka yang dimiliki oleh tukang ubat atau bomoh yang merawat secara tidak Islam.

Jin ini diambil dengan amalam tertentu, pada waktu-waktu tertentu seperti bertapa pada hari-hari tertentu. Jin Islam lebih sukar diambil kerana memerlukan amalan zikir dan sebagainya diamalkan selama waktu tertentu ketika bertapa.Jin kafir lebih mudah kerana hanya perlu melakukan pemujaan dangan memberi persembahan berupa makanan seperti ayam panggang, bertih jagung,pulut kuning, telor rebus dan sebagainya.


Apabila jin ini secara rasminya diambil dengan akad sebagai kawan maka barulah timbul istilah SAKA. Dan dari detik itu wujudlah pertalian diantara saka dan penerima saka sehingga hari kiamat melalui akujanji kedua belah pihak.

Akujanji terbahagi kepada 2;

i) Penerima Saka
Wajib menyediakan jamuan pada waktu-waktu tertentu seperti setiap kali ada keramaian, kenduri, dapat anak dsb.

ii) Saka
Menjaga diri penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan,/pengangkutan, sebagai alat perhubungan/telekomunikasi, sebagai sumber kekuatan fizikal dan mental (kebal dan kuat)

Gangguan saka bermula apabila syarat/akujanji tersebut tidak dipenuhi dan kebiasaannya penerima saka yang tidak mengikut syarat/ mungkir janji. Ini kerana ilmu/pengetahuan tentang perjanjian tersebut tidak diperturunkan ke generasi seterusnya maka akan tercetusnya gangguan yang akan dihuraikan kemudian. Saka ini mengamuk kerana tidak diberikan jamuan.

Jamuan untuk saka berupa ayam panggang, pulut kuning, telor rebus bertih jagung, darah ayam hitam dan sebagainya.

3 sebab mengapa ANDA pilihan SAKA.

1- Kedudukkan dalam keluarga- kebiasaan saka akan mengikut anak sulong dalam keluarga tersebut.

2- Seseorang yang sering disakiti dan dizalami secara sihir
Saka akan hadir untuk memberikan pertolongan namun begitu apabila usahanya tidak mendapat habuan seperti jamuan yang dinyatakan di atas maka keadaan orang yang disihir akan menjadi lebih teruk.

3- Kesayangan keluarga.

(salah satu faktor,1 dan 2 atau kesemua faktor di atas)


GANGGUAN SAKA

Gangguan saka terbahagi kepada 6.

1- Gangguan fizikal
2- Gangguan Mental
3- Kekeluargaan
4- Zuriat
5- Rezeki
6- Keharmonian hidup


1-Gangguan fizikal terbahagi kepada 2:

a) Nampak-kesan lebam, bengkak, kudis, keracunan darah.
b) Tidak nampak- mengadu sakit di tempat tertentu, hati sentiasa berdebar-debar, gangguan haid. Ada pesakit yang tidak datang haid bertahun-tahun. Atau haid yang tidak normal.

Sakit yang apabila dirujuk ke hospital, buat ujian tetapi Doktor tidak dapat mengesahkan punca. Contoh sakit Tiroid, tetapi bila buat ujian darah hormon seimbang.

2- Gangguan Mental

a) Bagi lelaki –sikap panas baran yang melampau, bagi perempuan sikap cemburu yang keterlaluan.
b) Halusinasi-sampai peringkat bercakap sendirian.
c) Terdengar suara-suara halus

Jika tidak di rawat akan berakhir dengan sakit mental/gila

3- Gangguan Kekeluargaan

Keluarga pecah belah, sentiasa tidak bersependapat, bermusuhan, panas. Hubungan suami isteri sentiasa bergelora. Hal kecik jadi punca pergaduhan. Suami/isteri memandang pasangan tanpa rasa cinta.

Selalunya hubungan ibu dgn anak sulong sentiasa tidak kena..Ibu macam mencari kesalahan anak.

4- Gangguan Zuriat
a) Masalah Jodoh- Bagi lelaki/perempuan yang belum berumahtangga sukar mendapat jodoh-bujang terlajak. Kalau lelaki suka, perempuan yang tidak suka atau sebaliknya.
b) Sekiranya sudah berkahwin lambat dapat anak/ tidak dapat anak. Dapat anak cacat sama ada cacat fizikal/mental.

Gangguan sukar untuk hamil paling banyak terjadi kerana, saka ini telah memusnahkan sperma sebelum sempat disenyawakan. Adakalanya anak dalam kandungan gugur.

5- Gangguan Rezeki

Rezeki sempit, setiap apa yang diusahakan seolah tidak menjadi. Buat business tak untung, susah nak dapat kerja, peluang.

6- Gangguan keharmonian hidup.

Masalah pergaduhan, hati sentiasa berdebar-debar. Hubungan di antara sesama rakan/jiran tidak mesra dsb. Mempunyai sikap suka menyendiri dan tidak pandai bergaul. Sentiasa ada rasa tidak puas hati, iri dan dengki terhadap org lain.


APAKAH PENYELESAIAN MASALAH SAKA?

Masalah saka tiada ubat. Penyelesaiannya hanya ada 2:

1- Bela
Sekiranya dibela ia perlu diberi makan berupa persembahan sekiranya tidak ia akan menganggu.

2-Buang
Rawatan untuk buang saka akan diatur bagi yang memilih untuk lepaskan diri dari masalah ini.

Saka tidak disarankan dibela kerana menyalahi dari segi syariat. Perbuatan membela saka menyurus kepada syirik dan khurafat-(rujuk kitab dan ustaz). Ini kerana pergantungan kepada saka membuatkan kita merasa saka lebih berkuasa daripada Allah.

Bagaimana keadaan orang yang ada saka di sihir.

Jin yang dihantar oleh ahli sihir akan datang menggangu, dalam masa yang sama saka akan datang dengan dua tujuan:

1) melindung dan memberi pertolongan kepada penerima saka
- sekirannya mendapat habuan-makanan.
2) bersekongkol dan menyakiti secara zahir dan batin kepada penerima saka.
-tidak mendapat makanan.

Apabila pesakit mendapatkan rawatan memulihkan diri dari sihir, sihir sembuh namun begitu saka tidak akan pergi. Kerana perjanjian terdahulu membolehkan ia terus mengikut penerima saka sehingga hari kiamat kecuali pesakit mengambil keputusan untuk membuat rawatan membuang saka.
Sebab itu, ramai yang berhabis duit sehingga beribu ringgit untuk merawat penyakit tetapi sakitnya tidak juga sembuh. Akhirnya menyalahkan perawat itu menipu. Ilmu membuang saka adalah ilmu tertinggi di dalam perubatan. Tidak semua perawat mempunyai ilmu membuang saka. Tidak semua perawat telus dan jujur memberitahu keadaan anda yang sebenar.

Sekiranya pernah terjadi perjanjian antara jin dan keturunan kita yang terdahulu, maka keturunan seterusnya tidak akan terlepas dari SAKA. Walau sekuat mana penafian anda dengan mengatakan ayah saya seorang kuat agama, tuk saya ulama, saya seorang ustaz. Sekiranya ilmu agama kita kuat saka akan menjauh tidak menggangu tetapi bagaimana dengan anak cucu kita nanti. Sekiranya anda menafikan kewujudan saka, bermakna anda juga menafikan kewujudan alam jin.


Hampir 90% pesakit yang membuat rujukan ada melibatkan SAKA.
Ramai juga yg dah sedia tahu mereka ada saka, tapi masih ramai tidak tahu rupa2nya selama ini punca permasalahan adalah Saka.

(ps: Penerangan Tentang SAKA ni credit to Asyraf)


Jom kita cuba check sama ada kita ni ada SAKA ke tak...

Langkah 1:Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.
Langkah 2: Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.
Langkah 3: Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.


39 ulasan:

  1. Saya dh try dngr ruqyah syariah..versi lain sbb link video kat ats x dpt bka..sya rsa mngntuk,memg hmpir nk trtdo..jd sah ker sya ad saka atau msti smua cri2 di ats ad,bru sah sya ad saka..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saka itu adalah saka..jangan lah kita menjadi saka..sekian trima kasih.

      Padam
  2. Assalammualaikum.. sy ingin btany adkah sy slah seorang penerima saka keterunan.. sebab dalam beberapa bulan ini sy ada ternampak 1 lembaga hitam di dalam bilik saya.. selain itu sy juga ada ternampak seorang bayi sedang memandang kearah saya.. adakah saya salah seorang penerima saka itu? Apakah yang harus saya lakukan ? Saya mohon pendapat ustaz.. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam..
      Ohh tak semestinya saka, untuk tau lebih lanjut lebih baik kiranya nur faten berjumpa dengan ustaz2 berdekatan dengan rumah faten..Syaitan boleh menjelma dalam berbagai rupa..Tambahan pula klu kita terlalu takut n fikir tentang dia.

      Padam
  3. Assalammualaikum.. saya ingin bertanya adakah saya salah seorang penerima saka keterunan.. sebab dalam bbrapa bulan ini saya ternampak 1 lembaga hitam dan seorang bayi sedang memehati saya didalam bilik saya.. adakah itu tanda2 saya mempunyai saka ?? Apakah yang patut saya lakukan ?? Mohon pendapat ustaz.. terima kasih

    BalasPadam
  4. Assalam..sy ingin berkongsi pengalamn sy..tidak pasti saka keturunan, jin@syaitan.dahulu stiap kli temuduga pasti ok..tetapi x ada panggilan susulan.sy pn berubat, katanya ada pendamping.slps berubat, sy ok.cuma sy mmg tidak suka tpt yg sesak.sy juga lbh snng dduk d rumah dr keluar bsama kwn2.kemudan sy bkwn dgn seorg lelaki.kerjayanya sgt baik sblum ini.nmun sblum hari pernikahan, sy demam dan didatangi mimpi dikelilingi pengamal perubatan spt bomoh katanya utk melindungi sy.ttp di dlm mimpi itu mereka tewas dan sy mengilai di dlm.mimpi itu.selepas seminggu berkahwin sering bergaduh..dan bisnes suami sy lingkup tanpa sbb.duit ntah ke mana.setiap kli suami memulakan bisnes kmbali dan mencari kerja pasti tidak berjaya..sy takut klu2 maslah sy sblum, mmberi twmoias kpd suami..ada sesiapa di sini blh kongsikan tpt atau nmbor telefon pengamal perubatan tradisional yg tidak mengenkan bayaran? Krn sy sudah mncuba yg mengenakan bayaran ttp tidak ada perubhan..terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum, saya bukanlah pengamal perubatan Islam tapi saya pun baru tahu mengenai saka keturunan yg saya ada. Saya dah syak lama sebab kerap mimpi budak perempuan. Tambahan pula, dikatakan saya sudah terima saka dgn memberi susu kepada bayi perempuan yg saya mimpikan dulu sehingga bayi perempuan tu berumur 6 tahun. Selama ni, saya ingat, saka hanya diturunkan kepada perempuan sahaja. Kalau kamu tidak kisah, mind untuk share pendapat? ini email saya efriadiansyah@yahoo.com

      Padam
    2. asalam,boleh bgi sy contact ustaz yg awk berubat tu..mekaseh...

      Padam
  5. Salam..saya nak tanya..adakah sy ni mempunyai saka atau pendamping..
    Masa di skolah asrama dulu waktu sata form 4..saya pernah dimarah oleh seorang guru perempuan atas sebab kesalahan saya..keesokan pagi selepas saya pulang dari solat subuh di surau asrama saya lihat semua buku2 cikgu ni telah dibuang n berselerak atas tanah..kebetulan malan tu hujan..
    Cerita kedua terjadi 4 tahun lepas..waktu family day company sy di bkt merah..sorang kawan sy telah mengejek sy dan sy mmg sakit hati..keesokan pagi tu tengok2 kereta kwn sy tu telah dicakar teruk..
    Adakah tu tanda sy ada pendamping atau saka??bantu sy plsss..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam....maaf,setiap org ada saka,ubat diri yg pertama adalah buang saka yg ada pd diri kita sendiri.
      Perubatan membuang saka adalh pekerjaan yg berat,apath lgi kita kekurangan kepahaman dlm ilmu islam.jangan ingat semua ustaz2,alim ulama semua boleh selesaikn masalah saudara.cari lh yg betul2 dpt merawat nya.
      0176406764

      Padam
  6. Tanpa Nama..awak try cari ustaz2 yg berdekatan dgn kawasan awak.Kalau area Kedah try pergi ke Pusat Rawatan Darul Ruqyah..Hari rawatan Ahad, Isnin dan Jumaat masa 9.00 pagi hingga 9malam di Pendang, Kedah 019 3081525 dan 04 7591525..

    BalasPadam
  7. Saya sendiri pon pernah mengalami kejadian aneh..Contohnya macam jodoh saya agak berat..Lambat saya kahwin. Saya berkawan byk kali semuanya tak jadi..Pas kahwin pula ade sekali tu saya ade sikit selisih faham dgn suami..Keesokkan harinya suami saya bgtau yg smlm tu dia xdpt tidur sbb rasa ade org tekan tengkuk dia.."Dalam nada bergurau suami sy berkata tu mesti SAKA saya yg buat".."Saya jwb dalam berseloroh, kalau saya jadi SAKA tu bukan saya tekan tengkuk..Saya sekeh je kepala dia terus.Masa anak sy kecik2 dlu pnh la ank sy dmm xkebah2 n last skali sy berjumpa dgn pengamal perubatan islam, dia ckp xde apa cuma bnde tu singgah je..Pastu suami sy dgn berguraunya tanya makcik tu kt dia (hubby) ade ape2 x?..Makcik tu ckp xde pe..Pastu suami sy tnya lagi "kt dia (sy) ade x?" makcik tu tgok sy n dia senyap kejap...n kata xde apa2..n pastu dia kata "xpyh tau laa..nnt takut pulak".sbb saya tkut masa tu sy decide utk takmau tau..so baru2 ni suami sy kata menyesal lak suruh makcik tu bgtau apa dia yg ade kt sy... Jin n syaitan ni makhluk Allah, so better kita rajin2 baca quran n rajin2 solat supaya dia tak dekat dgn kita..Dulu2 selalu gk bdn sy jd lebam2..Skrgni dah xde sbb sy amalkan membaca al quran n berusaha utk lebih dekat dgn agama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu memang adela tu... Sabo suami awak bagus dia... Mcm sy pon sabo jela bini ade saka amek dari makcik dia depan mata kite lak tu... Tiap2 mlm walopon ade ekon dada rasa panas berombak.... Rasa lg sejuk tido tmpt lain yg takde ekon... Tp bini x tau.... Aduaaaii apela naseb kawen dgn keturunan saka ni.... Saka ni dia x suke suami happy.... Dia nak kite muka mesti sediy...

      Padam
  8. saya nak tnya
    saya ada mimpi menyusu bayi dua kali

    BalasPadam
  9. kalau mimpi menyusu bayi
    itu maksud apa

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya kalau mimpi menyusu bayi tu maksudnya awak terima SAKA tu..Member sy ade sorg dia nye simtom sama dgn saya..Dia pnh mimpi menyusu bayi, tapi saya xpnh lgla mimpi sampai tahap tu..Pergila jumpe ustaz2 try rujuk dorg tgok..Kalau mimpi menyusu bayi tu mmg la mksudnya awak terima saka tu..nk tau lanjut try la cari ustaz2...Ustaz je tau jgn pergi cari org lain pula..

      Padam
  10. Salam. Tanpa nama.. Sy akan cuba membantu insyaAllah. Tel sy 019 6697754

    BalasPadam
  11. Saya dengar ini surah tambah hilang saya punya mengantuk malam. tambah segar mata. cuma saya selalu bermimpi laut dan sungai. itu sahaja

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum...saya ingin bertanya...apakah jin islam juga perlu dijamu??tetapi penjaga sy tidak meletakkan apa2 syarat terhadap sy...bahkan dy menyuruh sy untuk meletakkan Allah di hadapan melebihi segalanya...dy mengakui yang dy adalah penjaga keturunan sy...tlg laa...apakah golongan bagi penjaga sy??sy berketurunan raja kelantan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita sama
      Tapi ambo bui jugok sebagai hadiah ringan2..tanda penghargaan

      Padam
    2. Kita sama
      Tapi ambo bui jugok sebagai hadiah ringan2..tanda penghargaan

      Padam
  13. Kalau jin islam...dia perlu dijamu juga ke??jika penjaga keturunan itu tidak meletakkan apa2 syarat bahkan disuruh meletakkan Allah dihadapan melebihi segala nya...apakah jenis penjaga keturunan itu..samada jin islam atau kafir??

    BalasPadam
  14. Slm sya pun ingin bertanya mengapa bila sya berjauhan dgn allah hubungan sya dgn kwn2 sy menjadi renggang tpi bila sya dekatkan diri dgn allah semuanya jdi pulih seperti biasa....

    BalasPadam
  15. assalamualaikum. . .saya ingin bertanya. . .saya rase kadang2 macam dah gila pon ade jugak.banyak sangat masalah yang datang buat otak ni jadi sakit.kadang masalah tu datang terlalu menekan.pernah dengar bende berbisik dekat telinga saya tapi x faham bahasa dia.saya seolah olah boleh bercakap dengan dia dalam keadaan saya x perlu membuka mulut.pastu dia gelak pulak kat saya.kadang2 boleh rasa yang dia ade berdekatan.susah nak terangkan tapi tu kenyataannye.yang peliknya saya solat xde masalah pon.solat okey je.adakah itu tanda2 saka ?

    BalasPadam
  16. Assalam cik puan tuan rumah, saya nak minta penjelasan skit ttg masalah sy ni..baru2 ni bawa ayh mertua berubat, sambil2 tu saja la tye ank2 sy sbb lasak sgt n ada naik gatal2, badan sy ada slalu lebam n hati slalu berdebar2, prnah nmpk mcm kelibat atau terasa mcm ada org pndg tp xde..jwpan yg sy dpt bkn ape yg sy nak, sgt trkejut...katanya ank perempuan sy umur 1thn lebih ada pendamping nenek tua like saka katanya sebelah keturunan saya, bila tye mak ayah sy katanya memang arwah nenek ayah sy ada dulu, betul ke apa yang sy alami tu ada kaitan dgn saka..sy masih prtimbangkan untuk prcaya..terima kasih

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum saya ingin bertanya sangat2 saya dapat rasakan saya memiliki saka sehingga saya bertemu dengan ustaz mengatakan saya mempunyai saka harimau dan ustaz saya kata saka saya telah lama membela saya sbb saya terkena santau sekarang saka saya sakit kerana telalu membantu saya saya tanya lagi saka ini dari sapa dari aruah ayah saya. Saya dapat mimpi 3 ekor harimau datang pada saya hanya seekor kesakitan lari dari saya selepas malam kejadian ayah saya tiada sehingga ustaz bgi tau hal sebenar saya mmg blh rasa mcm2 saya dapat tau bila apa akan jdi saya tak tau nak buat apa pelihara atau buang saya pelik saka blh sakit sbb saya disantau. Apa saya ingin lakukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada pendapat saya la En/Puan Tanpa nama 14 April 2016..Lebih baik la dibuang saka tu..xelok simpan..Dalam hidup ini sebaiknya kita berserah 100% kepada Allah S.W.T..Carilah perawat yang sebaik2nya...Kalau salah nnt dia bg plk bende2 lain yg dia punya kt awak...Kan ada pusat rawatan darul syifa dan byk lg.dan ade gk ustaz2 yg buang bende2 cmtu..

      Padam
    2. Saya dh pun pergi darul syifa maaf berkata apa2 mmg tak rasa apa mcm tak ada apa di dlm badan saya saya rasa bila ustaz tu buat je cuma dia kata saka itu banyak bantu saya kerana ada musuh menyerang saya mengunakan santau dan saya bernasib baik kerana saka itu bantu klu tak dh lama out kata ustaz tu. Satu lagi saka ni semua mcm sukar nak percaya sbnarnya tpi sya rasa mcm pelik sgt perubatan lain tak ada yg blh bantu 100% klu ada saya akan pergi jumpa masaalh nya tak ada yg benar2 lh bantu buang atau ubati saka atah santau pada diri saya ustaz darul syfa hanya bgi air mandi minum tak ada apa sya rasa. Ada yg paling saya pergi saya lh kata kat dlm hati tak ada apa pon jadi ustaz tanya saya bgi salam awk oksaya ckp ok la siap lh baca apa ustaz tu baca entah la saya rasa tak ada apa yg lh bantu benar2 lh buang atau pon apa.

      Padam
    3. Saya adalah seorang perawat islam yang menggunakan 100% ayat quran dalam rawatan apa saja jenis gangguan jin seperti sihir, saka, jin suka2 atau sakit mental. Pernah merawat sampai ke luar negara seperti Australia dan Abu Dhabi. Jika perlukan khidmat saya boleh wassap 0123779564.

      Ariffin

      Padam
    4. Saya adalah seorang perawat islam yang menggunakan 100% ayat quran dalam rawatan apa saja jenis gangguan jin seperti sihir, saka, jin suka2 atau sakit mental. Pernah merawat sampai ke luar negara seperti Australia dan Abu Dhabi. Jika perlukan khidmat saya boleh wassap 0123779564.

      Ariffin

      Padam
    5. Sama cam saya kak
      Saya bela aje..blanje makan nasi bujang stahun skali pon ckup daa..tanda ingaran

      Padam
  18. Menyampah aku dgn tanpa nama ni.

    BalasPadam
  19. saya adalah pesakit gangguan makhlus halus. Besar kemungkinan penyakit saya adalah saka keturunan kerana ada ahli keluarga saya mempelajari ilmu kebatinan dari indonesia. Saka ini pada mulannya menunjukkan segala kebaikan dan sikap melindungi. Malah watak pengamal saka juga memang alim dan dihormati. Tapi jangan terpedaya dengan tipu daya syaitan. Takde istilah jin kafir atau jin Islam. Jin tidak sepatutnya duduk atau berdamping dengan manusia sebaliknya mereka pun kena jadi hamba yang taat kepada Allah macam manusia juga. Usah rasa bangga dengan perlindungan saka sbb itu hanyalah tipu daya dan sementara. Cubalah kamu beramal sepenuhnya dengan cara yang betul, direct dengan Allah maka saka akan melawan kamu. Apa lagi tugas mereka kalau kita dah serahkan sepenuhnya kpd Allah? Wa'ima Ustaz sekalipun yg mengatakan saka itu melindungi dari bahaya sihir, maka Ustaz itupun telah terpesong akidahnya. Mana dia tahu yang saka tu bantu? Ustaz pun guna saka ke? Bukankah kita sbg manusia mempunyai pancaindera yang terhad? Maka buanglah saka tu tanpa ragu2 agar kita dapat berjumpa Allah nanti dengan mudah. Biarlah kota ni bodoh, dihina dsbgnya tanpa bantuan saka asalkan kita tak terpesong dari jalan Allah.Berubatlah dengan amalan zikir ayat2 alquran. Saya temui penawar dengan kaedah Benteng Mukmin. Jemaah ni ada di seluruh negara. Cubalah google. Selamat mencuba

    BalasPadam
  20. Betul betul betul
    Aku pun meluat baca pasal tanpa nama ni.
    Macam aku ni alexx tak faham apa tu saka.. tapi macam benda dijaga utk menjaga so means a good thing

    BalasPadam
  21. Sy pemburu jin.. sy bkn ustaz bomoh atau dukun.. bg sy xkira apa pun kita panggil saka atau apa saja..xpenting.. yg penting sejauh mana kita yakin dan percaya pd Allah.. teguh Allah ada bersama kita.. percayalah makhluk ini xmampu apa-apakan kita..

    BalasPadam
  22. Sy pemburu jin.. sy tak peduli apa yg kita panggil dr makhluk golongan jin ini.. bg sy jin dan hantu berbeza.. sy benci pd tukang sihir atau jin yg menganggu sy akan bunuh atau kurung.. kekuatan yg sebenar sejauh mana kamu yakin dan percaya pada Allah.. cukup kamu yakin dan percaya pada Allah xde suatu kuasa pun blh tundukkan kamu.

    BalasPadam
  23. Nk tnye sakaini drpde nenek moyang kite pade zmn dhulu

    BalasPadam