Rabu

Doa Pendinding dan Pembenteng Diri Dari Kejahatan dan Kecelakaan..

Baca surah Al Fatihah (Alhamdulillahi robbil Alamin...) sewaktu hendak tidur.
Baca surah Al Ikhlas sebanyak 3 kali.
Dan baca Mu'awwidzatain (Surah Al Falaq dan An Nas)
Maka akan amanlah dari segala hal..

Selasa

Redhalah Dengan Ketentuan Pencipta Mu


Kadang kala apa yang kita ingin kan

tak sama dengan apa yang kita harapkan,

Adakalanya apa yang kita harapkan,

tak akan sama dengan apa yang kita impikan... 

Ini kerana impian hanyalah suatu ilusi,

harapan hanyalah kemahuan yang cuba kita kecapi,

sedangkan segalanya belum tentu

untuk dijadikan realiti.

Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan,

bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang 

memberi kita nilai untuk terus hidup,

memberi kita kekuatan dan makna dalam sesebuah 

perhubungan...

Wahai Hatiku ,

bermohonlah engkau kepada yang satu....

Ya Allah,

jika dia benar untukku

dekatkanlah hatinya dengan hatiku

dan Jika dia bukan miliku

Damaikanlah hatiku dengan Ketentuan-Mu...

Rabu

Affan Hadziq Menari Gangnam Style..

Sejak lagu Gangnam Style meletup2 kat alam maya ni..Affan Hadziq ari2 nak dengar lagu tu siap berjoget lagi..tapi malangnya aku xpernah sempat nk rakam video dia menari..Kira dh 2 bln blaja nari lagu tu skrg Affan Hadziq dah berumur 10 bln so mmg kategori expert la jugak menari bila dgr lagu..yg kelakar dia menari bila aku cakap "Gangnam Style"..Bila dgr sendiri lagu tu xplk dia menari..So ptg semalam masa amik Affan kat nursery time tu dhla ujan lebat, masa cikgu taska dia bagi my lil clever prince aku pon spontan cakap "Gangnam Style"..terus Affan menari..Habih pakat gelak la cikgu-cikgu dia yang masa tu ade 3 4 orang ngah tunggu parent amik anak-anak kt taska tu..Mana tak gelak, ade ke dia menari time atas dukung mama dia nih..Pastu sorg cikgu dia kata dia mmg cepat belajar. Bila dorg ajar pape kat dia, cepat dia catch up pelajaran yg diajarkan..Alhamdulillah, semoga Affan Hadziq akan jadi anak yang cerdik,baik dan soleh..Amin..

Selasa

Doa Mohon Perlindungan Rumah dan Harta Benda.

Assalamualaikum..Aidil Adha bakal tiba beberapa ari je lagi..Oleh itu, mesti korang sumer risau nak meniggalkan rumah dan harta benda lain untuk pulang ke kampung. Sini aku nak share doa mohon perlindungan rumah dan harta benda yang ditinggalkan semasa ketiadaan korang kat rumah...
PS: Doa ni aku snap photo dari al Quran, surah Kahfi ayat 18 n aku dapat petua ni semasa ngah2 google cari bahan utk buat keje..So Share dgn korg .. Berdoalah dgn Allah moga melindungi kediaman kita dari penjahat2 and yg sama waktu dgnya...Aku dh besarkan gambar ni supaya korg dpt baca n lihat dgn jelas..

Isnin

Affan Hadziq 10 Bulan

Herm..sedar tak sedar dh 10 bln umur Affan Hadziq..Makin hari makin cerdik..Dia dh pandai maik "peek a boo" dgn mama dia. Pencapaian paling menggembirakan aku saat ini bila mana dia pandai tolong kejutkan papa dia utk pegi kerja..Pagi tadi tengah aku siap2 nk pegi kerja sambil membebel kat en hubby yang tidak bangun2 tido walaupon 3 buah handfon(ni handfon dia xtermasuk handfon aku yg sememangnya set juga alarm) telah di setkan alarm...Yang geramnya alarm dia set 2 3 masa..tu tak masuk lagi yang bila berbunyi dia tekan snooze..So yang terjaga off course my clever boy..Apalagi..menangisla.. pepagi lagi...mana nk siap lagi mana nk handle anak nngis lagi..Aku pon tepuk la en hubby 2 3 kali suh bgn subuh n pegi keje..En hubby cm biasa mata pejam pastu tarik selimut tido semula...Aku tengok Affan Hadziq perhati je apa yg aku buat. Aku tengok kat dia n cakap "Affan kejut papa bangun, tepuk cm mama buat ni"..Pastu aku tengok my clever boy berdiri sambil pegang bdn my hubby yg tido mengiring masa tu...Aku igt dia nk panjat bdn papa dia utk turun dari katil..Rupanya dia berdiri sambil gunakan badan hubby utk dia berdiri n tepuk-tepuk bdn papa dia 2 3 kali sambil cakap bahasa dia..Mybe dia nk suh bgn la tu..hehe nk gelak je tgok dia..Semalam ktorg gi pasar malam n beli kucing mainan utk Affan..Tapi dia takut lak dgn kucing tu..Sebijik cm aku,aku suka tgok je kucing..tapi kalau kucing tu datang kt aku terus aku lari xpon menjerit..hehehe..yang paling best bila aku kata kt my clever boy "Affan, bila nampak bird kene petik jari cmni"..Sambil aku tunjuk gaya kat dia..Pastu skrgni bila tunjuk bird terus dia buat cm petik jari...huhu..cayang anak mama..kadang2 bila aku ajar sstu mmg dia bt muka blur..xsangka pula rupanya dia tgh perhatikan apa yg kita ajar kat dia..Semoga Affan Hadziq menjadi anak yang cerdik dan soleh..Amin

Khamis

Pengalaman Terlibat Dalam Pengambaran TV

Letih terasa bila 3 hari terlibat dengan pengambaran sebuah stesen tv..Kesian pon ada bila terpaksa meninggalkan Affan Hadziq di hari cuti di rumah mak..Ari Jumaat antar dia ke nursery ,biasa ari kerja xpela tinggal dia di nursery..Tapi yang sedih terpaksa pulang keje lewat..Selepas maghrib baru sampai rumah, apelagi sampai je kt rumah terus la peluk2 n kiss2 putera kesayangan aku ni..Rindunya kt dia huhuhu.
Esoknya (Sabtu)..pagi-pagi lagi dia dh bagun tido..Biasa kalau dia bangun tido mesti la nangis kuat-kuat..Ni satu habit anak kesayangan aku yang aku sendiri tak baper berkenan,ikut perangai sape lah gamaknya ye.Ari ni dia tak nangis, dia cakap guna bahasa dia dengan muka yang happy (apela dia nk gitau aku gamaknye ye..hihi).. Pas cakap cot cet cot cet dia bagun berdiri sambil pegang aku (aku biasa la, mengulor lagi dalam selimut time nih..) dia bangun buat muka "cute" n peluk2 aku..Alolo ni sumer buat aksi comel tanak kasi mama pegi kerja la nih..huhu tak bolehla sayang..mama mmg kena pi kerja..Sayang buat muka comel n manje macam kucing pon mama terpaksa juga keluar pi kerja arini hik hik..cian anak mama, selalu kena tinggal..Pas buat manja-manja peluk perut mama dia yang terbongkang tido dia datang kt sisi aku pulak...tido kt ketiak sambil senyum2 cakap cot cet cot cet..hanya dia dan Allah je yang paham..Sebak tol..Aku pon peluk la n cium2 anak ksygn aku ni yg baru je masuk umur 10 bulan..Pas peluk2 n letak kepala comel dia kat lengan aku dia turun katil lak pegi kat papa dia yg tido kt bawah (pas ade anak ni hubby mengalah le tido atas tilam 2lapis kat bawah..cian incik hubby)..Dengan gaya comel lg manja cam kucing kedai makan yang sedang memujuk pelanggan kedai suh amik dirinya untuk dibawa pulang ,anak cerdik lagi baik aku ni pegi pulak peluk papa dia kt bawah (papa dia cm biasa la pejam je keje..tido xsedar2).. Aku bgtau hubby "cuba abg tengok Affan Hadziq tengah buat manja..cian dia, kita ni dh la tiap ari keje". Suami kata,"tau dia buat manja cmtu". Arini Affan baik sangat, langsung tak menangis..Senyum je keje..Terasa berat lak nak pi keje..Tak sampai hati punya pasal,aku pon telah terdatang lewat di hari kedua pengambaran..(maaf tuan penerbit, tak sengaja..mujur dorg tak marah)..
 shoot proses buat kuih tradisional kat Kampung Titi Mukim, Pulau Pinang.
 Masa ni kat Pantai Robina, Penang jugak.
 Yang ni masa Program Ramah Mesra dengan YB Dato' Hjh Jahara Adu Telok Air Tawar.

 Ini masa ktorg pegi tengok orang naikkan ikan dan hasil laut.
yang ni taklimat masa hari 1st..

Kitorg shoot untuk rancangan Komuniti 1Malaysia..Aku cuma jadi tourist guide untuk wartawan je..Aper pon bolehla masuk tv gak hihi (cewi gile)...Hari 1st shooting ktorg pegi melawat tempat menternak kambing.Insiden yang paling membuatkan muka aku pucat toreh tak keluar darah woo bila mana tengah sibuk n khusyuk dok temubual abang si gembala kambing,sekali kambing dia baham baju aku woo..taula baju i santek tertarik kau mmg da bom pon..Aku dgn gelabah tahap infiniti terus capai tangan bukan muhrim mana ntah, ampun ye mas aku mmg tak sengaja.Pastu mulalah aku terasa sumer kambing2 tu ganas dan akan tokak (gigit) aku bila-bila masa jer..uihh takut ohhh,wa cakap lu..Keesokkan arinye ktorg ade pengambaran lagi..Sampai 3arila ulang alik untuk pengambaran tu..Aku rasa muka aku cam xde ekspresi je sepanjang pengambaran (xpe aku ni pemandu pelancong je..hihihi) Aku ni mmg xreti sikit mende2 cmni..So acting like tree jela, huhu stiffing me ..hahaha..keras n kelat tu semestinya la posture and gesture aku, itu lah yang tak jadi pengacara tv tu..ahaks..So tanak citer lebih2,kita tunggu saje tayangannye nanti..hurm berikut tengok la gambar2 semasa kejadian yang tak berapa nak menarik ni ye..Cekikdaud!!

Sembang2 Suami Isteri

Di suatu malam yang hening di dalam kereta. Perbualan ini dirakam antara suami isteri yang sedang melayan blues di dalam sebuah kereta yang dipandu dengan kelajuan sederhana iaitu 80 kmj setelah anak kecil mereka tido di atas riba isteri. Sedang kereta menuju ke Pasaraya AEON Bkt Mertajam,P.Pinang kerana hobi mereka sememangnya bershopping tak hengat dunia dan kiri kanan jalan..

Isteri : Abang, abang sayang tak ayang??
Suami : Mimpi pe tanya soalan macamtu?ayang sayang abang tak?
Isteri : Sape suruh tanya ayang pulak, ayang tanya abang??
Suami : Sayangla
Isteri  :banyak mana sayang?
Suami : mana boleh kira..ayang ni sayang abang tak??
Isteri  : rahsia, mana boleh cakap..Eleh, tipulah abg syg ayg..macam tak sayang je..Abang sayang ayang tak?
Suami : Rahsia..
Isteri : (layan blues semula...)

***Ntah pape la aku tulis ni..hahaha..xde keje la nih...actually dorg ni nak pegi tukar kasut si suami, saiz silap pilih..Penat menunggu suami yang berjam2 pilih kasut untuk ditukar kat kedai Camel Active tu...Igtkan beli kasut lain, upenya tukar saiz je pon dekat 2jam..sabo jela...

Doa Mohon Dijauhi Jiran Yang Jahat

Assalamualaikum. Arini saya nak share doa berlindung dari Jiran dan kawan-kawan yang jahat. Kita tak tahu hati orang.Ade orang yang suci murni hatinya. Ada yang busuk. Sebelum membuat keputusan membeli rumah atau pindah rumah, sebaiknya kenalpasti dahulu jenis jiran yang bakal berjiran dengan kita. Sebaiknya carilah jiran yang baik barulah membuat keputusan untuk mendiami rumah tersebut. Kalau korang dh beli rumah yang tak siap lagi tu, berdoa jelah semoga korang mendapat jiran-jiran yang baik.So marilah kita sama-sama berdoa supaya dijauhkan dari mereka-mereka yang berniat jahat ni..Nauzubillah hi min zalik...



** Dicopy and paste dari internet.

Rabu

Bagaimana Membentuk Sikap Anak Supaya Menjadi Baik..

Aku ni bukanlah pakar motivasi atau penceramah bebas, jauh sekali ustazah pilihan.Aku belakjar dari pengalaman je. Arini aku nak share tips melatih anak menjadi seperti yang korang idam idamkan...cewah, cam best jek bunyi nye ye..Okay, bende ni aku belajar masa pergi kursus itu hari. Penceramah tu share, kalau nak anak-anak dengar cakap n berkelakuan seperti korang inginkan..Masa anak-anak tido..Korang bisikkan kat telinga dia,kita bercakap dengan Roh dia contohnya : macam anak aku, habit dia menangis n nk kita duk depan mata dia sokmo..Satu ari aku try praktik kan ape yg penceramah tu petua kan..Masa aku setel je bagi anak cerdik aku tuh minum susu..dia tertido seperti biasa..So aku bisikkan kt telinga dia dengan nada lembut seorang ibu yang baik lagi solehah (aiseh..ceh).."Affan Hadziq..esok mama kerja,Affan Hadziq janganlah nangis sangat..Affan Hadziq kan kuat,cerdik dan anak yang soleh..mana boleh buat cmtu..kesian kat mama..dhla mama penat keje,mama nak cari duit untuk besarkan Affan Hadziq dan masukkan Affan Hadziq ke Universiti..Janganlah buat perangai tau kat sekolah (nursery) nnti..Lagi satu, budak2 ni dia belajar dari pemerhatian, so korg jgnla tunjuk contoh yang tak baik depan anak ye..Especially yang masih kecil sbb masa ni dia tgh belajar bende2 baru..Korang suami isteri pon kalu nk bergaduh bisik2 dhla..Kalau geram cubit kuat2 jgn bg anak nampak..

Make Up Muka..

Bila aku tengok orang pakai make up je rasa suka je tengok..cantik..Aku rajin gak layan make up tutorial kat Youtube..Yang paling aku suka tengok tutorial oleh Michele Phan, lagi sorang yang femes juga n ramai gak yang jadi hater dia Angelic Venus..



Xkisah la sesapa pon yang pastinya make up ni sesuatu kerja yang agak rumit dan memerlukan rapian terperinci.Kalau orang jenis kasar macam aku ni burukla bila pakai make up.




Aku rajin bermake up masa umur 21 sampai 25 tahun je..Masa tu mmg aku rajin sgt mengenakan make up..Sampailah satu masa kulit muka aku ditumbuhi jerawat, aku lak pantang tengok jerawat..keje nak picit je.Bermula dari itu penuhla muka aku ditumbuhi jerawat sampai aku kena berjumpa dengan pakar kulit.. Biasa pakar kulit akan kata jerawat tu disebabkan stress..Hurm macam2 produk aku pakai, semua xsesuai..Ada yang mahal dan ada jugak yang murah..Lastly aku try pencuci muka Aiken..Produk biasa n senang nk dapat kt Guardian dan Watson..Mudah n murah, mungkin sebab sesuai jadi jerawat pon ilang..Sekarang yang tinggal hanyalah parut jerawat jer..Aperpon ia tetap memburukkan rupa melainkan ada duit yang banyak n tak sayang untuk mengabihkan semata-mata untuk rawat di Klinik Pakar seperti rawatan laser dan sebagainya..So sekarangni kalau pegi kerja, aku memang tak pakai make up langsung melainkan sedikit bedak bayi dan lipice gloss..dulu2 aku pernahla berkawan dengan seorang lelaki yang memang tak suka perempuan memakai make up..Katanya, apa perlunya anak dara nak make up kerana kecantikan semulajadi  itu lebih baik, kalau janda lain la..Itu pendapat dia lah..Bagi aku make up lah kalau produk tu tak memudaratkan wajah, kalau mudarat n jadi macam aku ni stop buat sementara waktu..Tapi kalau ada even yang perlu dihadiri n perlu laksanakan tugas yang menuntut kita untuk bersolek..Bersoleklah seadanya.

Selasa

Doa Bila Pulang Ke Rumah (Selepas Perjalanan Jauh)

Biasanya bila kita melalui perjalanan jauh melintasi hutan,gunung-ganang,bukit-bukau,sungai lembah dan sebagainya, tanpa kita sedari "sesuatu" yang tinggal di situ mungkin akan "tumpang" bersama dengan kita balik ke rumah. Lebih berat lagi jika kita membawa bersama anak yang masih kecil. Jika syaitan atau jin telah menumpang semasa dalam perjalanan menyebabkan anak kecil menangis tanpa diketahui puncanya. Di sini saya kongsikan langkah-langkah untuk mengelakkan "sesuatu" tu ikut kita sampai ke rumah (elakkan "dia" mengganggu kita di rumah)..
Dalam perjalanan jauh tak kira malam atau siang sekiranya membawa anak kecil eloklah kiranya semasa dalam perjalanan kita membaca ayat-ayat al quran seperti ayat kursi, surah al ikhlas,al falaq,an nas dan ayat2 quran yang lain. Selain itu, boleh juga dipasang cd ayat-ayat al quran.
Sampai saja di rumah perlu lah memberi salam semasa ingin melangkah masuk ke dalam rumah..
Salam tersebut berbunyi "Assalamualaina wa ala ibadillah hissolihin"..
Selesai memberi salam perlulah kita membaca surah al ikhlas,kemudian al falaq dan an nas






Akhir sekali bacalah ayat ke empat dari surah at toriq..




Selesai semua bacaan ni baru boleh cakap apa2 yang ingin dibualkan dengan suami@ sesape pon...

Isnin

Bila BF Lama Tetiba Muncul....

7:37:28 PM dot dot dot: hye...
 IM Aug 23, 2012 11:12:44 PM
 11:12:44 PM me: ye..whats up?
 IM Aug 29, 2012 2:56:05 AM
 2:56:02 AM dot dot dot: lame x dgr berita...
 2:56:05 AM dot dot dot: awk sihat?
 IM Sep 10, 2012 9:43:48 AM
 9:43:48 AM  me: sihat
 IM Sep 15, 2012 10:41:40
 PM 10:38:59 PM dot dot dot: Da kawin ke blom?
 10:41:40 PM  dot dot dot: Ape pkembangan skg?
 IM Sep 16, 2012 4:47:22 PM
 4:47:22 PM me: awk dh kwin lom skunk?pkmbgn xde pepe cm bese je
 IM Sep 16, 2012 5:52:45 PM
 5:29:18 PM  dot dot dot : Aih sy tnye awk dlu... Sy lom kawin g... Awk plak?
 5:29:33 PM dot dot dot: Kije kat baling lg ke?
 5:34:43 PM me: kje kt kpala batas penang.awak dh kje ke?awak kwin lwt pon xpe,mude g
 5:35:10 PM dot dot dot: O...
 5:35:20 PM dot dot dot: Emm sy da kije da
 5:35:26 PM dot dot dot: Ble awk kawin?
 5:35:35 PM dot dot dot: X jmput pon ye...
 5:40:28 PM me: saya kawin thn 2o1o...da lost cntct cane nk jmput..saya da ada anak sorg.
 5:41:34 PM dot dot dot: Owh...
 5:41:39 PM dot dot dot: Wahh
 5:41:43 PM dot dot dot: Tahniah!
 5:43:00 PM me: terima ksih..nnt kalu awk nk kwin jgn lupe jmput ye.
 5:43:48 PM dot dot dot: InsyaAllah... Tp tatau la bile
 5:43:58 PM dot dot dot: Ntah awk anak dua da t
 5:44:01 PM dot dot dot: Haha
 5:51:03 PM me: dlu org nk awak xnk..xpela,sooner or later awak jmptla ye..sy xtmbh anak dh kot,sorg ni je dh
 5:51:43 PM dot dot dot: Bkn sy xnk tp sy x abes blaja lg
 5:51:53 PM dot dot dot: Xkan nk biar awj tanggung
 5:52:11 PM dot dot dot: Sy kene btanggungjwb thdp istri sy
 5:52:45 PM dot dot dot: Emm insyaAllah t sy jmput
 IM Sep 16, 2012 5:59:48 PM
 5:55:26 PM me: bkn nk pksa awk kwin ms tu la...xpela mybe xda jodoh kot
 5:56:20 PM dot dot dot: Ehmm...
 5:56:28 PM dot dot dot: Itu la...
 5:56:37 PM dot dot dot: Benda da lepas...
 5:57:50 PM me: Yup.
 5:58:34 PM dot dot dot: =)
 5:59:48 PM me: =)

Khamis

Doa Supaya Hujan Tidak Turun..(Mohon hujan dialihkan ke tempat lain).

Sekarangni pembinaan tembok rumah menggantikan pagar yang lama "in progress", kalau boleh aku nak sangat dorg siapkan secepat mungkin. Tapi susah sikit la nk siap cepat sbb skrgni kan musim hujan..Solutionya..hanya doalah kepada Allah supaya hujan tu dialihkan kat tempat lain sementara tembok rumah aku nak siap...Jom doa.
sila klik image untuk lihat tulisan dengan lebih jelas.
p/s: Allah tidak memandang doa yang datang daripada hati yang alpa.Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui maknanya (Petikan Buku, Murabbi Cinta). Abu Hurairah :"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling "(HR At-tirmizi)

Pak Lang Kembali Ke Rahmatullah..

Semalam waktu khusyuk buat kerja my Bapak call..Bapak kata Paklang dah kembali ke rahmatullah..Innalillah hi wa inna ilaihi rojiun...Petang sikit aku minta balik awal untuk ziarah. Orang ramai kt perkarangan rumah Paklang..mybe sebab dia stokis HPA n lagipon Paklang aku ni ramai kawan..Menurut mak aku ,paklang aku sakit kanser paru-paru..Jenazah dibawa pulang dari Hospital BM sampai rumah dalam jam 4.45 ptg..Pas maghrib disolatkan di Masjid Taman Ria dan dikebumikan di tanah perkuburan kt Masjid Penghulu Him..Aku tak rasa sedih sangat, mungkin sebab Paklang tak la rapat sgt dengan aku..Paklang ni adik Bapak, selalu dia dan family dia datang rumah mak..Nak pula masa mak sakit, selalu lah dia n family dia dtg ke rumah melawat mak ..Paklang aku merupakan anak ketiga dalam family. Paklang aku ni seorang anak yang baik dengan mak dia. Ramai-ramai anak tok,dia yg paling rapat dengan tok. Masa Paklang hembuskan nafas terakhir, tok lah orang yang paling sedih. Tok aku dah 80an umurnya, tapi masih kuat ingatan n sihat tubuh badan.Aper pon semoga Allah tempatkan Paklang dalam kalangan hambaNya yang beriman. Aku suka ziarah kalau ada kematian saudara mara n kawan-kawan. Bukan apa, mengingati mati aku rasa suatu perkara yang baik. Aku manusia biasa, kadang-kadang leka dengan nikmat dunia. Bila menziarahi kematian, aku dapat muhasabah diri..Aku rasa insaf..Aku rasa syukur dengan nikmat yang Allah kurnia..Aku tak mahu menjadi hamba yang terlalu cintakan dunia. Bila aku tengok kereta mewah aku berfikir, bukan boleh bagi manfaat kepada aku bila aku dijemput untuk kembali nanti..Biarlah aku tak banyak harta, supaya tidak banyak yang perlu dihitung semasa aku dijemput kembali nanti..Bila menziarahi kematian buatkan aku berfikir kembali apalah gunalah tanah berelung sebab kita cuma perlukan sedikit sahaja bila disemadi nanti. Bila meninggal nanti hanya amalan yang jadi hart dan doa anak yang soleh. Semoga Wan Affan Hadziq akan jadi anak yang soleh. Aku tak mahu menjadi isteri yang derhaka yang menyeret sama suami ke neraka, nauzubillahiminzalik..Aku tak mahu suami menanggung dosa yang aku buat..Aku nak sangat berubah kearah yang lebih baik..Aku bukan manusia sempurna, cuma aku mahu berubah..Bagi aku dunia ni hanyalah untuk sementara sahaja..Semoga Allah mengampuni setiap dosa sama ada kecil dan juga besar yang pernah aku lakukan, tidak kira sengaja ataupun tak sengaja..Amin..