Selasa

Doa Bila Pulang Ke Rumah (Selepas Perjalanan Jauh)

Biasanya bila kita melalui perjalanan jauh melintasi hutan,gunung-ganang,bukit-bukau,sungai lembah dan sebagainya, tanpa kita sedari "sesuatu" yang tinggal di situ mungkin akan "tumpang" bersama dengan kita balik ke rumah. Lebih berat lagi jika kita membawa bersama anak yang masih kecil. Jika syaitan atau jin telah menumpang semasa dalam perjalanan menyebabkan anak kecil menangis tanpa diketahui puncanya. Di sini saya kongsikan langkah-langkah untuk mengelakkan "sesuatu" tu ikut kita sampai ke rumah (elakkan "dia" mengganggu kita di rumah)..
Dalam perjalanan jauh tak kira malam atau siang sekiranya membawa anak kecil eloklah kiranya semasa dalam perjalanan kita membaca ayat-ayat al quran seperti ayat kursi, surah al ikhlas,al falaq,an nas dan ayat2 quran yang lain. Selain itu, boleh juga dipasang cd ayat-ayat al quran.
Sampai saja di rumah perlu lah memberi salam semasa ingin melangkah masuk ke dalam rumah..
Salam tersebut berbunyi "Assalamualaina wa ala ibadillah hissolihin"..
Selesai memberi salam perlulah kita membaca surah al ikhlas,kemudian al falaq dan an nas






Akhir sekali bacalah ayat ke empat dari surah at toriq..




Selesai semua bacaan ni baru boleh cakap apa2 yang ingin dibualkan dengan suami@ sesape pon...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan