Khamis

Pak Lang Kembali Ke Rahmatullah..

Semalam waktu khusyuk buat kerja my Bapak call..Bapak kata Paklang dah kembali ke rahmatullah..Innalillah hi wa inna ilaihi rojiun...Petang sikit aku minta balik awal untuk ziarah. Orang ramai kt perkarangan rumah Paklang..mybe sebab dia stokis HPA n lagipon Paklang aku ni ramai kawan..Menurut mak aku ,paklang aku sakit kanser paru-paru..Jenazah dibawa pulang dari Hospital BM sampai rumah dalam jam 4.45 ptg..Pas maghrib disolatkan di Masjid Taman Ria dan dikebumikan di tanah perkuburan kt Masjid Penghulu Him..Aku tak rasa sedih sangat, mungkin sebab Paklang tak la rapat sgt dengan aku..Paklang ni adik Bapak, selalu dia dan family dia datang rumah mak..Nak pula masa mak sakit, selalu lah dia n family dia dtg ke rumah melawat mak ..Paklang aku merupakan anak ketiga dalam family. Paklang aku ni seorang anak yang baik dengan mak dia. Ramai-ramai anak tok,dia yg paling rapat dengan tok. Masa Paklang hembuskan nafas terakhir, tok lah orang yang paling sedih. Tok aku dah 80an umurnya, tapi masih kuat ingatan n sihat tubuh badan.Aper pon semoga Allah tempatkan Paklang dalam kalangan hambaNya yang beriman. Aku suka ziarah kalau ada kematian saudara mara n kawan-kawan. Bukan apa, mengingati mati aku rasa suatu perkara yang baik. Aku manusia biasa, kadang-kadang leka dengan nikmat dunia. Bila menziarahi kematian, aku dapat muhasabah diri..Aku rasa insaf..Aku rasa syukur dengan nikmat yang Allah kurnia..Aku tak mahu menjadi hamba yang terlalu cintakan dunia. Bila aku tengok kereta mewah aku berfikir, bukan boleh bagi manfaat kepada aku bila aku dijemput untuk kembali nanti..Biarlah aku tak banyak harta, supaya tidak banyak yang perlu dihitung semasa aku dijemput kembali nanti..Bila menziarahi kematian buatkan aku berfikir kembali apalah gunalah tanah berelung sebab kita cuma perlukan sedikit sahaja bila disemadi nanti. Bila meninggal nanti hanya amalan yang jadi hart dan doa anak yang soleh. Semoga Wan Affan Hadziq akan jadi anak yang soleh. Aku tak mahu menjadi isteri yang derhaka yang menyeret sama suami ke neraka, nauzubillahiminzalik..Aku tak mahu suami menanggung dosa yang aku buat..Aku nak sangat berubah kearah yang lebih baik..Aku bukan manusia sempurna, cuma aku mahu berubah..Bagi aku dunia ni hanyalah untuk sementara sahaja..Semoga Allah mengampuni setiap dosa sama ada kecil dan juga besar yang pernah aku lakukan, tidak kira sengaja ataupun tak sengaja..Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan