Khamis

Pengalaman Terlibat Dalam Pengambaran TV

Letih terasa bila 3 hari terlibat dengan pengambaran sebuah stesen tv..Kesian pon ada bila terpaksa meninggalkan Affan Hadziq di hari cuti di rumah mak..Ari Jumaat antar dia ke nursery ,biasa ari kerja xpela tinggal dia di nursery..Tapi yang sedih terpaksa pulang keje lewat..Selepas maghrib baru sampai rumah, apelagi sampai je kt rumah terus la peluk2 n kiss2 putera kesayangan aku ni..Rindunya kt dia huhuhu.
Esoknya (Sabtu)..pagi-pagi lagi dia dh bagun tido..Biasa kalau dia bangun tido mesti la nangis kuat-kuat..Ni satu habit anak kesayangan aku yang aku sendiri tak baper berkenan,ikut perangai sape lah gamaknya ye.Ari ni dia tak nangis, dia cakap guna bahasa dia dengan muka yang happy (apela dia nk gitau aku gamaknye ye..hihi).. Pas cakap cot cet cot cet dia bagun berdiri sambil pegang aku (aku biasa la, mengulor lagi dalam selimut time nih..) dia bangun buat muka "cute" n peluk2 aku..Alolo ni sumer buat aksi comel tanak kasi mama pegi kerja la nih..huhu tak bolehla sayang..mama mmg kena pi kerja..Sayang buat muka comel n manje macam kucing pon mama terpaksa juga keluar pi kerja arini hik hik..cian anak mama, selalu kena tinggal..Pas buat manja-manja peluk perut mama dia yang terbongkang tido dia datang kt sisi aku pulak...tido kt ketiak sambil senyum2 cakap cot cet cot cet..hanya dia dan Allah je yang paham..Sebak tol..Aku pon peluk la n cium2 anak ksygn aku ni yg baru je masuk umur 10 bulan..Pas peluk2 n letak kepala comel dia kat lengan aku dia turun katil lak pegi kat papa dia yg tido kt bawah (pas ade anak ni hubby mengalah le tido atas tilam 2lapis kat bawah..cian incik hubby)..Dengan gaya comel lg manja cam kucing kedai makan yang sedang memujuk pelanggan kedai suh amik dirinya untuk dibawa pulang ,anak cerdik lagi baik aku ni pegi pulak peluk papa dia kt bawah (papa dia cm biasa la pejam je keje..tido xsedar2).. Aku bgtau hubby "cuba abg tengok Affan Hadziq tengah buat manja..cian dia, kita ni dh la tiap ari keje". Suami kata,"tau dia buat manja cmtu". Arini Affan baik sangat, langsung tak menangis..Senyum je keje..Terasa berat lak nak pi keje..Tak sampai hati punya pasal,aku pon telah terdatang lewat di hari kedua pengambaran..(maaf tuan penerbit, tak sengaja..mujur dorg tak marah)..
 shoot proses buat kuih tradisional kat Kampung Titi Mukim, Pulau Pinang.
 Masa ni kat Pantai Robina, Penang jugak.
 Yang ni masa Program Ramah Mesra dengan YB Dato' Hjh Jahara Adu Telok Air Tawar.

 Ini masa ktorg pegi tengok orang naikkan ikan dan hasil laut.
yang ni taklimat masa hari 1st..

Kitorg shoot untuk rancangan Komuniti 1Malaysia..Aku cuma jadi tourist guide untuk wartawan je..Aper pon bolehla masuk tv gak hihi (cewi gile)...Hari 1st shooting ktorg pegi melawat tempat menternak kambing.Insiden yang paling membuatkan muka aku pucat toreh tak keluar darah woo bila mana tengah sibuk n khusyuk dok temubual abang si gembala kambing,sekali kambing dia baham baju aku woo..taula baju i santek tertarik kau mmg da bom pon..Aku dgn gelabah tahap infiniti terus capai tangan bukan muhrim mana ntah, ampun ye mas aku mmg tak sengaja.Pastu mulalah aku terasa sumer kambing2 tu ganas dan akan tokak (gigit) aku bila-bila masa jer..uihh takut ohhh,wa cakap lu..Keesokkan arinye ktorg ade pengambaran lagi..Sampai 3arila ulang alik untuk pengambaran tu..Aku rasa muka aku cam xde ekspresi je sepanjang pengambaran (xpe aku ni pemandu pelancong je..hihihi) Aku ni mmg xreti sikit mende2 cmni..So acting like tree jela, huhu stiffing me ..hahaha..keras n kelat tu semestinya la posture and gesture aku, itu lah yang tak jadi pengacara tv tu..ahaks..So tanak citer lebih2,kita tunggu saje tayangannye nanti..hurm berikut tengok la gambar2 semasa kejadian yang tak berapa nak menarik ni ye..Cekikdaud!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan