Jumaat

Sembang-sembang Suami Isteri Babak Ke2..

Di waktu maghrib,usai si isteri selesai menunaikan solat maghrib sambil melayan keletah si kecil yang semakin gemar menyepahkan barang-barang di bilik utama..Tiba2 telefon bimbit si isteri berbunyi..Si isteri membaca sms yang dihantar sang suami yang masih belum pulang ke rumah kerana bekerja.
Suami : Ayang nak makan ape?abg nk beli siap2..
Si isteri : Beli jela pape pon...xtau nk mkn ape?
Suami: Nak pizza tak?
Isteri : Pizza apa?ikutla..
(hish aku nk boikot dia nih xboikot juga)
Suami : abg beli pizza yg baru, pizza tempura..
Isteri :ikut abgla..

Sampai je si suami kt rumah...

Isteri : Abang, nape abg beli pizza?baru gaji ke?ke dapat claim?
Suami : Boleh bonus..Hari ini dalam sejarah, sbb CEO baru.
Isteri : Bonus bape bulan?
Suami : rahsia..
Isteri : kenapa nak rahsia?ooo takut ayg poww abg ye..Bonus bape bln?
Suami :rahsia...
Isteri : Affan..Mama nak beli apa ye?(berpura2 dialog dgn anak yg masih xreti apa2)ohhh tetiba rasa nk shopping

Isnin

Kenapa Doa Lambat Dimakbul Allah...


Musibah adalah satu perkara yang hampir pasti berlaku pada setiap insan. 




Ada yang diuji dengan kehilangan harta, kehilangan orang tersayang, perceraian, tiada anak, tidak lulus periksa, dan berbagai-bagai lagi. Masing-masing diuji dengan perkara yang berlainan. Ada manusia yang ditimpa musibah tetapi dia tidak berdoa kepada Allah, bahkan mereka jauh bertambah sesat dan berputus asa dengan rahmat Allah. Contohnya kes bunuh diri, terjun bangunan, makan pil tidur dan sebagainya. Ada juga sekelompok manusia yang berdoa tetapi di dalam hati mereka tiadanya yakin kepada Allah. Mereka sekadar berdoa kerana sudah terbiasa bila ada masalah perlu berdoa. Hati mereka lalai ketika bermunajat dan adab-adab dalam berdoa tidak dilaksanakan. Tetapi ada juga sekelompok manusia yang diberi petunjuk oleh Allah, mereka berdoa bersungguh-sungguh, siang dan malam, segala adab berdoa sedaya mungkin dilaksanakan; namun doa mereka masih tidak dikabulkan. Ada yang masih tidak putus asa dan terus berdoa, ada pula yang hampir putus asa dan tertanya-tanya ‘bilakah agaknya doa aku akan dikabulkan oleh Allah?’
Apakah hikmah di sebaliknya? Mengapa doa seseorang itu lambat dimakbulkan oleh Allah? Saya terbaca suatu catatan menarik  yang ditulis oleh Ibn al-Jauzi rahimahullah dalam kitabnya Saaid al-Khathiir. Kitab ini ibarat ‘diari’ bagi Ibn al-Jauzi. Kalau disamakan dengan zaman kita ini, ia ibarat journal blog. Ia merupakan apa-apa faedah yang terlintas dalam fikirannya lalu dicatatnya supaya terpahat manfaat tersebut. Kitab ini amat menarik, dan pada penuntut ilmu yang mampu membaca dalam bahasa Arab, cubalah baca buku ini dan anda akan dapati mutiara-mutiara berharga di dalamnya!
Ok, berbalik kepada lambatnya termakbul doa seorang hamba, Ibn al-Jauzi menceritakan pengalamannya sendiri yang ditimpa suatu musibah dan beliau telah berdoa bersungguh-sungguh tetapi beliau tidak nampak tanda-tanda akan termakbulnya doa setelah suatu tempoh masa yang agak panjang telah berlalu. Maka datanglah syaitan (dalam bentuk bisikan untuk menyesatkan manusia) dan berkata : ‘Kalau orang yang pemurah tu dah tentu banyak hartanya, luas perbendaharaannya, tetapi jika orang itu bakhil bermakna dia tidak mempunyai apa-apa!’ Syaitan cuba mendatangkan was-was kepada dirinya dengan mengatakan bahawa jika Allah tidak memakbulkan doanya, dah tentu Allah tidak mempunyai apa-apa. Na’uzubillah min zalik! Lalu Ibn al-Jauzi cuba memerangi was-was ini lantas dia berkata kepada dirinya :
Sudah terbukti dengan dalil-dalil yang terang dan akal yang sihat bahawa Allah itu adalah RAJA sekalian raja. Maka adalah layak bagi seorang Raja untuk memperlakukan apa yang Dia suka terhadap hartaNya. Terpulanglah samada Dia mahu memberi hartanya atau tidak. Maka tidak ada alasan lagi untuk mempersoalkan perkara itu.
Dan sudah terbukti juga bahawasanya jika engkau melihat sesuatu itu sebagai kebaikan tetapi hikmah pula mengatakan sebaliknya. Sebagai contoh, seorang doktor yang hendak mengubati pesakitnya, zahirnya apa yang dia lakukan nampak menyakitkan pesakit tetapi lain pula kata hikmah; di situ adanya kebaikan yang boleh menyembuhkan.
Atau mungkin juga jika dilewatkan waktu terjawabnya doa itu ada kebaikannya, dan mempercepatkannya ada kemudaratan. Bukankah Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallamtelah berkata (yang bermaksud) : “Seorang hamba itu akan sentiasa dalam kebaikan selagi mana dia tidak tergesa-gesa (untuk memohon supaya cepatnya doa termakbul); dia berkata : ‘Sesungguhnya aku telah berdoa tetapi belum dimakbulkan’.” (diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Ya’la dan al-Thabarani; sahih li ghairihi)
Mungkin juga doa masih belum termakbul disebabkan dosa atau kekurangan dalam adab berdoa yang tidak anda sedari. Mungkin ada keraguan dalam benda yang anda makan, mungkin juga hati andai lalai ketika berdoa, atau sebab-sebab yang lain. Maka periksalah perkara-perkara ini.
Perlu juga anda teliti apakah tujuan di sebalik doa anda. Mungkin jika ia termakbul ia akan menambahkan dosa anda atau menghilangkan satu perkara yang baik. Maka di sini, tidak termakbul atau lewat termakbulnya doa adalah lebih baik.
Akhir sekali, mungkin juga lambatnya termakbul doa itu menjadi sebab untuk engkau sentiasa di pintu munajat dan mendekatkan diri kepada Allah; jika engkau dapat apa yang engkau inginkan maka engkau akan jauh dari Allah. Buktinya jelas, jika tidak kerana ujian yang menimpa maka engkau tidak akan dilihat bermunajat dan berdoa pada Allah. Allah lebih tahu apa yang membuatkan hambaNya jauh darinya, maka Dia datangkan ujian untuk mendekatkan hambaNya kepadaNya, supaya mereka ini memohon pertolongan daripadaNya. Sesungguhnya musibah yang sebenar ialah apabila engkau jauh dariNya. Dan adapun apa yang membuatkan engkau berteleku di hadapanNya dan bermunajat, maka itulah keindahanmu yang sebenar.
Cantik..sangat cantik nasihat Ibn al-Jauzi ini. Pada pendapat saya, point yang terakhir tadi sudah cukup untuk mengubat hati. Itulah maksud sebenar musibah; supaya kita mendekatkan diri kepada Allah. Adapun adab-adab, cara berdoa dan perkara-perkara yang membantu termakbulnya doa, teruslah dipelajari, mudah-mudahan akan datang pertolongan Allah. PERCAYALAH.. SETIAP UJIAN ITU PASTI ADA PENGHUJUNGNYA.




Pernah suatu ketika saya didatangkan ujian dari Allah sangat dahsyat..Saya berdoa dan berdoa...Namun doa saya tidak dimakbulkan,saya sangat bersedih dan terluka...Ujian kepada saya datang bertimpa2..Saya bersedih dan merasakan tidak lagi disayangi Allah,namun saya memujuk diri dan mengatakan kepada diri saya bahawa jika Allah lambat memakbulkan doa itu bermakna dia sedang memberi perhatian kepada saya..Dia sedang memerhatikan saya..Mungkin dia ingin mendengar suara saya memohon dan merayu kepadaNya..Lama selepas itu saya diberikan rezeki yang tidak putus2..Banyak kebaikan yang saya terima selepas itu..Oleh itu, bagi sesiapa yang sedang diberi ujian oleh Allah,bersabar dan berdoa..Kerana Allah sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita..Perlu juga diingat bahawa dunia ini hanyalah medan sementara untuk kita mengumpulkan bekalan di Akhirat..Jalan ke neraka itu penuh dengan keindahan dan jalan menuju ke syurga itu penuh berliku dan beronak duri..Bersabarlah, kerana kebahagiaan itu pasti akan tiba..Wallahuaklam bissawab..

Jumaat

Jom Kita Bacakan Doa Ini Mohon Kepada Allah Untuk Keselamatan Saudara Islam Kita di Palestin


QUNUT NAZILAH


اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم،  ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم  , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرَهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka
اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ  , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي فِلَسْطِين و سوريا وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Khamis

Nikmat Menjadi Wanita..


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Almarhum Sukarno pernah berkata “wanita ibarat pohon karet (pokok getah). “ 

Kata-kata ini membuatkan ramai wanita yang marah. Tidak perlulah dihuraikan apa maknanya kata-kata itu. Maklum sajalah pokok getah waktu mudanya amat berguna dan apabila sudah tua akan dibiarkan atau ditebang saja. Paling-paling pun digunakan untuk membuat perabot.

Rasulullah saw. mengatakan bahawa para isteri yang beriman semasa di syurga nanti akan lebih cantik dari bidadari, maka tidak perlulah khuatir masa itu suami kita akan lebih tertarik pada bidadari atau isterinya sendiri. Macam-macam ungkapan disebut tentang wanita. Namun yang pasti kita adalah makhluk yang perlu sujud pada pencipta Yang Maha Agung, yang diberikan tanggungjawab tersendiri sebagai khalifah di bumiNya ini.


Saat yang paling bahagia bagi seorang wanita dan selalu diceritakan kepada rakan-rakannya ialah :
i. saat pertama kali jatuh cinta dan diterima cintanya

ii. saat orang yang dicinta mengucapkan akad nikah sebagai suami

iii. saat pertama kali doktor mengesahkan yang ia bakal jadi

iv. saat doktor menyerahkan bayinya yang baru dilahirkan

v. saat anaknya mula pandai melangkah

vi. saat anaknya mula menyebut ‘ibu’ atau yang seistilah dengannya

vii. saat pertama kali membawa anak ke tadika

Semua itu adalah nikmat yang tidak terucap dengan  kata-kata . Saat seterusnya adalah rentetan saat-saat cemas yang saling berganti dengan saat-saat bahagia membesarkan anak. Di sebalik setiap nikmat yang Allah anugerahkan ada tuntutan amanah yang besar untuk dilaksanakan.

Nikmat bila dicintai adalah upah keatas usaha yang bakal kita lakukan bagi meramaikan ummat.

Nikmat dimartabatkan sebagai ibu adalah upah disebabkan beratnya tugas mendidik anak yang akan menjadi khalifah penjaga bumi.

Kasihnya Allah tidak terhingga, upah diberi sebelum tugas dijalankan. Namun kadang-kadang kita lupa mensyukurinya apalagi untuk menunaikannya secara sempurna. Di masa-masa tertentu kita merosakkan nikmat itu.
Nikmat memiliki suami kadang-kadang disia-siakan dengan menderhaka padanya.
Nikmat memilik rumahtangga kita tukarkan ia dari syurga menjadi neraka dunia
Nikmat menjadi ibu kita ketepikan dengan meletakkan kerjaya lebih utama
Nikmat memiliki anak cerdik dirosakkan dengan berbangga-bangga pada orang lain
Nikmat kadang-kadang dilambatkan atau tidak diberikan kepada sebahagian wanita kerana Allah tahu wanita itu mungkin tidak sanggup menggalas amanat dihadapannya nanti atau ada nikmat lain yang disimpan untuknya yang akan diberikan dikemudian kelak.

Kebahagian itu adalah nikmat. Keperitan pula adalah nikmat yang ditangguhkan.Tidak ramai orang mensyukuri nikmat memiliki suami apabila suami yang dimiliki bukan impian dihati. Sedangkan Allah tidak pernah menyatakan bahawa pahala melayan suami yang kacak dan tidak kacak adalah berbeza banyaknya.

Walaupun syurga isteri bukan terletak di tapak kaki suami, namun redha suami adalah nikmat yang sangat besar kerana ganjaran pahala yang dianugerahkan Allah tidak ternilai harganya. Redha Allah pada si isteri bergantung pada redha yang diberikan suami. Wanita yang derhaka pada suami tidak akan mencium bau syurga.

Allah tidak menghukum seberat itu kalau bukan kerana ada sesuatu yang penting berhubung dengan kesetiaan isteri pada suami. Walaupun wanita bersifat lemah, namun dia boleh menjadi penghancur atau pembina kejayaan seorang lelaki.

Nikmat hanya akan berharga apabila ia hilang dari kita.

Cerita berikut adalah kisah seorang wanita yang boleh dijadikan pengajaran berguna dan peringatan bagi setiap wanita yang bergelar isteri. Cerita yang saya terima melalui email beberapa tahun lepas . Ceritanya begini…… 


Saya mempunyai suami yang sangat baik dan keluarga yang sangat bahagia. Saya merasakan sayalah isteri yang paling baik menjaga suami dan anak-anak. Segala ciri-ciri isteri yang baik saya cuba pastikan ada pada saya. Tidak pernah saya meninggi suara kepada suami, tidak pernah menolak sebarang suruhan dan permintaannya. Makan dan minum saya layan dengan sempurna. 

Suatu hari saya balik dari pejabat agak lambat. Saya tidak sempat menyediakan makan malam. Keletihan bekerja yang amat sangat di pejabat menyebabkan hilang selera untuk makan bersama suami. Saya terus masuk tidur. Tiba-tiba suami datang sambil berkata ….”tak apalah kalau sayang tak mahu makan dengan abang malam ni, tapi boleh tak sayang layan abang sekejap. “ 

Badan serasa sudah tidak bermaya dan mata sudah susah untuk dibuka. Saya menjawab “Alaaa… bang, besok boleh tak?”

“Yang, kali ni je…lepas ni abang tak minta dah.” 

Antara sedar dengan tidak saya biarkan suami begitu saja dan saya terus tidur sambil membelakangkannya. 

Apabila bangun pagi keesokkannya saya dapati suami sudah keluar. Teringat kata-katanya malam tadi….astaghfirullah!!, besarnya dosa saya. Saya terus mencapai telipon berniat untk minta maaf. Beberapa kali mencuba masih tidak dapat.

Saya terus bersiap untuk ke pejabat. Tidak berapa lama hp saya berbunyi. Saya sangka dari suami tetapi kenapa suara lain. "Maaf cik, ini panggilan dari polis. Saya jumpa talipon ada nombor cik. Cik kenal ke tuan talipon ni?" 

"Ya, itu talipon suami saya, kenapa dengan dia?" 

"Maaf, cik, dia terlibat dalam kemalangan dan tidak dapat diselamatkan." 

Longlai seluruh badan. Kehilangan suami sudah cukup berat untuk ditanggung apatah lagi meninggalkan saya sebelum sempat memohon maaf dosa yang begitu besar.

Terngiang-ngiang di telinga kata-katanya..”Yang, kali ni je….lepas ni abang tak minta dah”. 

Dia sudah tahu yang dia nak pergi tapi saya yang bodoh mementingkan diri sendiri. Usaha saya menjadi isteri yang baik habis begitu saja dan neraka menunggu saya di depan. 

Saya rasa hampir gila memikirkan diri yang diselubungi dosa yang tidak terampun ini.

”Allah dan bumi yang dipijak mengutuk wanita yang menolak hajat suaminya sehingga suami memaafkannya.”

Kisah ini seharusnya menjadi pengajaran pada kita yang amat mudah terdedah dengan dosa tanpa kita sedari.



(Saya suka artikel ni..so saya share kt sini..Sumber : http://martinellihashim.blogspot.com)

Rabu

Wanita Bertudung Labuh,Bagus..Akhlak Pon Mestilah Bagus Seperti Pakaian Kan...

Baru sebentar menerima panggilan telefon dari pejabat orang penting. Si pembuat panggilan adalah pembantu orang penting tersebut. Kelebihan saya adalah mengecam suara si pemanggil. Sebaik mendengar suara si pemanggil saya memang terbayang wajahnya sebab sebelum ini saya pernah berjumpa dengan si pemanggil di pejabat orang penting tersebut. Orangnya kelihatan warak bertudung labuh dan menutup aurat. Namun agak menyedihkan budi bahasa tidak seperti cara berpakaian. Tujuan si pemanggil menelefon saya adalah untuk memohon menghebahkan kepada media (wartawan) program yang akan orang penting (bos dia) adakan dan memohon liputan media pada program tersebut. Saya menjelaskan bahawa pihak kami boleh menghebahkan perkara tersebut tetapi tiada jaminan pihak media dapat hadir pada hari itu kerana pernah terjadi kes saya dimarahi orang gara2 media tidak turun membuat liputan sedangkan sudah dimaklumkan. Ini kerana media berhak memilih program yang lebih penting utk mereka membuat liputan. Selepas saya menerangkan perkara tersebut,si pemanggil ni tiba2 berkata " saya buat kerja saya je kak". Ish2 apa kes la budak ni. Apa salahnya kalau dia gantikan perkataannya seperti "oh macam itu ke, xpelah kak..ktorg nk mohon juga pihak akak utk hebah kepada media. Ada satu kes lagi saya menemani beberapa orang rakan membeli tudung di Tesco Seberang Jaya. Camana tah pada hari tersebut banyak gerai yang penjualnya tidak ada,so gadis cantik bertudung labuh yang tolong layan rakan2 saya yang nak membeli tudung ni..Selepas ke beberapa gerai yang tidak berpenjaga kawan saya terus ke gerai yang lain sbb tak dapat nk beli tudung kt gerai yang pekerja dia tiada..Yg serve dorg pon bdk tudung labuh yg sama gak..Kawan saya yang paling tua antara kitorang pon kata "tak kan semua yang jaga ni pergi sembahyang"..Member saya kata cmni sbb gerai2 yg dorg pi sblum ni  pon gadis bertudung labuh kata penjaga gerai pergi solat...So nak tau tak gadis tudung labuh tu kata ape "Laaa mana saya nak tau,bukan saya jaga diorang pon"..(dengan nada suara yang tinggi dan nyaring)..dlm ati saya (mak aii..mulianya bahasa)...
Apa yang saya nak katakan di sini, sepatutnya gadis-gadis yang bertudung labuh, pakaian dah cantik..sopan menutup aurat..sepatutnya akhlak yang ditunjukkan mestilah sepadan dengan gaya pemakaian korang..Jagalah bahasa dan pertuturan terutama bila bercakap dengan orang yang lebih tua. Jangan kerana korang nnt habis orang pandang serong kat orang lain yang mmg benar-benar bertudung labuh dan mempunyai akhlak seperti muslimah sejati..

(renung-renungkan ye)...

Mengapa Doa Terhijab (Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan Allah).

Semua kita inginkan agar doa yang dipohon kepada Yang Maha Esa dimakbulkan..Walaubagaimanapon, ramai juga yang kecewa kerana doa yang dipohon tidak dimakbulkan Pencipta. Ini kerana mereka sudah memohon dengan bersungguh-sungguh hingga ada yang mendirikan solat sunat hajat, bernazar dan sebagainya demi inginkan doa mereka dimakbulkan Allah. Mengapa ianya terjadi?padahal muslim yang berdoa itu telah menghabiskan masa berharga untuk berdoa dengan penuh pengharapan kepada Ilahi.
   Seorang Ulama Sufi iaitu Ibrahim bin Adham pernah ditanya oleh murid beliau mengenai masalah ini. Lalu beliau memberikan sepuluh sebab, mengapa doa yang dipohon kepada Allah S.W.T itu terhijab :-


  1. Kamu mengaku mengenal Allah, tetapi kamu tidak mahu menyebut nama Allah sebagaimana semestinya...
  2. Kamu mengakui mencintai Rasulullah namun enggan mengikuti sunnahnya.
  3. Kamu mengenai Al Quran tetapi kamu enggan membaca dan mengamalkanya.
  4. Kamu berdoa masuk syurga namun tidak beramal kearahnya.
  5. Kamu mengaku bermusuh dengan syaitan namun kamu mengikuti jejak langkahnya.
  6. Kamu berdoa supaya terhindar dari api neraka namun kamu sendiri menjerumuskan diri kearahnya.
  7. Kamu sibuk membetulkan kesalahan orang lain,tetapi kamu tidak mahu membetulkan dirimu sendiri.
  8. Kamu percaya kematian pasti akan datang, tetapi kamu enggan mempersiapkan dirimu menghadapinya.
  9. Kamu mengkebumikan orang mati tetapi kamu tidak mahu mengambil pengajaran dari semua itu.
  10. Kamu merasai pelbagai nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukuri nikmatNya.
Demikianlah sepuluh perkara yang diperkatakan Syeikh Ibrahim bin Adham mengenai sebab-sebab yang menjadikan doa-doa kita tertolak dan tidak dimakbulkan.

(Sumber : Buku Himpunan Doa2 Mahsyur-Abu Muhammad Saifuddin)




Isnin

KFC Zinger Double Down Mmg Menawan


Aku mmg xpernah dpt menghabiskan Zinger Double Down ni..Bukan sbb xsedap..Sedap,Paling sedap daging kepingan halus tu n sos dia..nyum2 sedap..kn umh i dekat gn kfc drive thru..hihi..ari2 pegi ..akan aku beli sampai boring dah nk mkn..Zinger double down ni mmg mempersonakan mata aku kalau tgok kt iklan dia..Tapi terpaksa dapatkan bantuan encik suami utk menghabiskanya..tak hairanlah kenapa diorg guna model lelaki utk promo iklan tersebut...Nyum2 sedapnya..Dlm fikiran nk mkn mcm2..Bila dah beli xberjaya pon makan sampai habis...Aper pon mmg sedap hingga menjilat jari Zinger Double Down tu..Kali ni rasanya lama jgk kfc jual produk promosi dia kn...Mmg puas ati bila mkn sbb saiz dia besar n sgt cheezyyyy...Nyumm

Makan-makan Masa Musim Demam

Setelah agak lama tidak mencatit entry..arini aku curi masa utk update..hihi..ketor2 je tgn n bdn aku rasa sambil batuk2 tetap aku taip gak entry ni..Sebenarnya suami aku la bawak balik virus demam ni kat umah..dah my hansome boy pon terkena virus demam jugak pas tu..pas my hansome boy demam..i pulak terjangkit..huhu..xlarat tau..makan xlalu..tido terlampau tido..huk huk..Aku ni jenis susah nk dapat demam, tapi sekali aku demam..mmg terbaring je atas katil..terok ooo...Aku start demam ari isnin lepas,pas tu selasa demam, rabu demam,khamis demam,jumaat demam... (berapa byk demam daaaa..) arini dah ari isnin balik..pon xkebah2 lg demam aku tu..Sabtu baru ni meneman anak sepupu bapak aku kawin..nun jauh di Kampung ape nama tah..lupa la..dekat Gunung Keriang...Punyalah cantik kampung tu..Sawah padi ijau muda jee..mujur xbawa DSLR..hikhik..Mula nk juga suh suami amik gamba aku with my encem boy..tapi disebabkan xlarat sbb demam aku batalkan je niat suci murni tu...Makanan dorg hidang masa aritu punyalah sedap..layanan 1st class wa cakap lu...Mana tak 1st class..rombongan ktorg sampai je terus pihak pengantin pompuan sambut dulang hantaran n sambut sekali budak2 kecil n baby yg kitorg bawak..legala mak bapak yg ikut pengantin tu..leh la makan dengan senang lenang tanpa perlu bergilir2 jaga bby2..ahaks..Aku dgn penuh rakusnya telah mengambil udang masak sambal,udang masak kari seme ni saiz L xsilap..Ayam goreng berempah,daging goreng kicap sikit...nasi satu sudu..pergh nmpk sedap gile tapi sayangnya..tekak aku kata xsedap sbb simptom demam tu ada so aku rasa pahit je seme yg dijamah..sedih oooo..Siap je makan aku ajak suami balik terus sbb rasa nk pengsan ,mybe cuaca panas sgt...Masa balik dari Terengganu Jumaat baru2 ni aku mmg xbenti makan spnjg jln balik tu..Jadi takut nk turun kereta sbb cuaca panas..Bukan pe tiap kali aku dmm mmg xle nk kene cuaca panas langsung..Bila kene je mesti rasa tak larat sgt2...Cian suami aku pon ikat perut sepanjang jalan xturun mkn gak sbb aku xmakan..huhu..Semalam ari Ahad aku cuti n my hubby keje..tinggal la aku sorg2 kt umh jg my clever boy..pepagi lg aku masak bubur utk my clever boy...Lega tgok sekarang anak ksygn aku tu dah tambah selera makan...Aku dek kerana xselera nk makan hanya masak bihun campak sesuka ati je...(aku namakan resipi bihun ni cmni sbb aku masak main campak je apa ada..lari dari tema asal)...Malamje aku xselera dh nk mkn...just suap my hansome boy jela..Pas magrib buat muka dapat MC 5 ari kt suami (muka sedih +xlarat la kunun..hihihi..tektik je nih)...Suh dia beli sate n ayam goreng kt pasar malam..Sekali suami aku borong berlambak2la pulak makanan..adoi..tau la syg bini pon..(hadoiii..sapela nk mkn mknn berlambak2 ni)..Aku tengok sausage jumbo curah cheese ade 3batang,ayam dinosour berempah seekor (ayam kerangka),Yong Tau Fu selambak,Ayam Goreng Tabur Rempah 4 Ketul, Hempedal Goreng Secucuk,Sate ayam dan daging 10 cucuk....Aiyoo mana satu mau mkn nih..Si kecil pon sibuk la nak mamam..mamam..(anak aku ni pantang tgok mknn,nk mamam je.)... Sebab aku dh mkn ubat batuk n ubat demam..mata mmg da xlarat nk celik..Belum sempat mkn habis, aku dah masuk tido dlu..Seme mknn tu en hubby taruk dlm peti ais..Herm balik keje karang panaskan n mkn balik..Sygla rezeki kalau nk buang kn..
Arini pagi2 lg dah suami call..tanya topup hanfon aku dah masuk ke?Aku check hp..yeyeh suami dah tolong topup RM30..hihihi..Seronok la biasa dia top up RM10 je..dmm punya pasal dpt RM30 hehehe...(Bukan tak mampu nak pakai line,aku yg smmgnya kaki gayut tak hengat ni,kalau pakai line..t sedor2 dah beribu..woo xmo la..membazir itu perangai syaitan..eiii tanak2 jadi cmtu..
Terima kasih kepada en suami yang sudi menaja talian saya arini ni..yg membolehkan saya utk berhubung dgn lebih mudah ke serata dunia..terima kasih daun keladi..hehe

(wah dah habis tulis pon rasa tak laratla..dgn batuk lg..Ya Allah tabahkan n kuatkanlah diriku menempuh saat2 derita ini..Amin)..

Selasa

Pesanan Luqman Al Hakim Kepada Anaknya..


1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya.Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAQWA, isinya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
3. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih taat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
4. Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.
5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentulah engkau engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
9. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimu saja yang layak menjadi utusan.
10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit saja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12.Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dengan kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18. Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikan dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain keran itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia sahaja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakalah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
23. Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24. Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.