Rabu

Mengapa Doa Terhijab (Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan Allah).

Semua kita inginkan agar doa yang dipohon kepada Yang Maha Esa dimakbulkan..Walaubagaimanapon, ramai juga yang kecewa kerana doa yang dipohon tidak dimakbulkan Pencipta. Ini kerana mereka sudah memohon dengan bersungguh-sungguh hingga ada yang mendirikan solat sunat hajat, bernazar dan sebagainya demi inginkan doa mereka dimakbulkan Allah. Mengapa ianya terjadi?padahal muslim yang berdoa itu telah menghabiskan masa berharga untuk berdoa dengan penuh pengharapan kepada Ilahi.
   Seorang Ulama Sufi iaitu Ibrahim bin Adham pernah ditanya oleh murid beliau mengenai masalah ini. Lalu beliau memberikan sepuluh sebab, mengapa doa yang dipohon kepada Allah S.W.T itu terhijab :-


  1. Kamu mengaku mengenal Allah, tetapi kamu tidak mahu menyebut nama Allah sebagaimana semestinya...
  2. Kamu mengakui mencintai Rasulullah namun enggan mengikuti sunnahnya.
  3. Kamu mengenai Al Quran tetapi kamu enggan membaca dan mengamalkanya.
  4. Kamu berdoa masuk syurga namun tidak beramal kearahnya.
  5. Kamu mengaku bermusuh dengan syaitan namun kamu mengikuti jejak langkahnya.
  6. Kamu berdoa supaya terhindar dari api neraka namun kamu sendiri menjerumuskan diri kearahnya.
  7. Kamu sibuk membetulkan kesalahan orang lain,tetapi kamu tidak mahu membetulkan dirimu sendiri.
  8. Kamu percaya kematian pasti akan datang, tetapi kamu enggan mempersiapkan dirimu menghadapinya.
  9. Kamu mengkebumikan orang mati tetapi kamu tidak mahu mengambil pengajaran dari semua itu.
  10. Kamu merasai pelbagai nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukuri nikmatNya.
Demikianlah sepuluh perkara yang diperkatakan Syeikh Ibrahim bin Adham mengenai sebab-sebab yang menjadikan doa-doa kita tertolak dan tidak dimakbulkan.

(Sumber : Buku Himpunan Doa2 Mahsyur-Abu Muhammad Saifuddin)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan