Khamis

Nikmat Menjadi Wanita..


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Almarhum Sukarno pernah berkata “wanita ibarat pohon karet (pokok getah). “ 

Kata-kata ini membuatkan ramai wanita yang marah. Tidak perlulah dihuraikan apa maknanya kata-kata itu. Maklum sajalah pokok getah waktu mudanya amat berguna dan apabila sudah tua akan dibiarkan atau ditebang saja. Paling-paling pun digunakan untuk membuat perabot.

Rasulullah saw. mengatakan bahawa para isteri yang beriman semasa di syurga nanti akan lebih cantik dari bidadari, maka tidak perlulah khuatir masa itu suami kita akan lebih tertarik pada bidadari atau isterinya sendiri. Macam-macam ungkapan disebut tentang wanita. Namun yang pasti kita adalah makhluk yang perlu sujud pada pencipta Yang Maha Agung, yang diberikan tanggungjawab tersendiri sebagai khalifah di bumiNya ini.


Saat yang paling bahagia bagi seorang wanita dan selalu diceritakan kepada rakan-rakannya ialah :
i. saat pertama kali jatuh cinta dan diterima cintanya

ii. saat orang yang dicinta mengucapkan akad nikah sebagai suami

iii. saat pertama kali doktor mengesahkan yang ia bakal jadi

iv. saat doktor menyerahkan bayinya yang baru dilahirkan

v. saat anaknya mula pandai melangkah

vi. saat anaknya mula menyebut ‘ibu’ atau yang seistilah dengannya

vii. saat pertama kali membawa anak ke tadika

Semua itu adalah nikmat yang tidak terucap dengan  kata-kata . Saat seterusnya adalah rentetan saat-saat cemas yang saling berganti dengan saat-saat bahagia membesarkan anak. Di sebalik setiap nikmat yang Allah anugerahkan ada tuntutan amanah yang besar untuk dilaksanakan.

Nikmat bila dicintai adalah upah keatas usaha yang bakal kita lakukan bagi meramaikan ummat.

Nikmat dimartabatkan sebagai ibu adalah upah disebabkan beratnya tugas mendidik anak yang akan menjadi khalifah penjaga bumi.

Kasihnya Allah tidak terhingga, upah diberi sebelum tugas dijalankan. Namun kadang-kadang kita lupa mensyukurinya apalagi untuk menunaikannya secara sempurna. Di masa-masa tertentu kita merosakkan nikmat itu.
Nikmat memiliki suami kadang-kadang disia-siakan dengan menderhaka padanya.
Nikmat memilik rumahtangga kita tukarkan ia dari syurga menjadi neraka dunia
Nikmat menjadi ibu kita ketepikan dengan meletakkan kerjaya lebih utama
Nikmat memiliki anak cerdik dirosakkan dengan berbangga-bangga pada orang lain
Nikmat kadang-kadang dilambatkan atau tidak diberikan kepada sebahagian wanita kerana Allah tahu wanita itu mungkin tidak sanggup menggalas amanat dihadapannya nanti atau ada nikmat lain yang disimpan untuknya yang akan diberikan dikemudian kelak.

Kebahagian itu adalah nikmat. Keperitan pula adalah nikmat yang ditangguhkan.Tidak ramai orang mensyukuri nikmat memiliki suami apabila suami yang dimiliki bukan impian dihati. Sedangkan Allah tidak pernah menyatakan bahawa pahala melayan suami yang kacak dan tidak kacak adalah berbeza banyaknya.

Walaupun syurga isteri bukan terletak di tapak kaki suami, namun redha suami adalah nikmat yang sangat besar kerana ganjaran pahala yang dianugerahkan Allah tidak ternilai harganya. Redha Allah pada si isteri bergantung pada redha yang diberikan suami. Wanita yang derhaka pada suami tidak akan mencium bau syurga.

Allah tidak menghukum seberat itu kalau bukan kerana ada sesuatu yang penting berhubung dengan kesetiaan isteri pada suami. Walaupun wanita bersifat lemah, namun dia boleh menjadi penghancur atau pembina kejayaan seorang lelaki.

Nikmat hanya akan berharga apabila ia hilang dari kita.

Cerita berikut adalah kisah seorang wanita yang boleh dijadikan pengajaran berguna dan peringatan bagi setiap wanita yang bergelar isteri. Cerita yang saya terima melalui email beberapa tahun lepas . Ceritanya begini…… 


Saya mempunyai suami yang sangat baik dan keluarga yang sangat bahagia. Saya merasakan sayalah isteri yang paling baik menjaga suami dan anak-anak. Segala ciri-ciri isteri yang baik saya cuba pastikan ada pada saya. Tidak pernah saya meninggi suara kepada suami, tidak pernah menolak sebarang suruhan dan permintaannya. Makan dan minum saya layan dengan sempurna. 

Suatu hari saya balik dari pejabat agak lambat. Saya tidak sempat menyediakan makan malam. Keletihan bekerja yang amat sangat di pejabat menyebabkan hilang selera untuk makan bersama suami. Saya terus masuk tidur. Tiba-tiba suami datang sambil berkata ….”tak apalah kalau sayang tak mahu makan dengan abang malam ni, tapi boleh tak sayang layan abang sekejap. “ 

Badan serasa sudah tidak bermaya dan mata sudah susah untuk dibuka. Saya menjawab “Alaaa… bang, besok boleh tak?”

“Yang, kali ni je…lepas ni abang tak minta dah.” 

Antara sedar dengan tidak saya biarkan suami begitu saja dan saya terus tidur sambil membelakangkannya. 

Apabila bangun pagi keesokkannya saya dapati suami sudah keluar. Teringat kata-katanya malam tadi….astaghfirullah!!, besarnya dosa saya. Saya terus mencapai telipon berniat untk minta maaf. Beberapa kali mencuba masih tidak dapat.

Saya terus bersiap untuk ke pejabat. Tidak berapa lama hp saya berbunyi. Saya sangka dari suami tetapi kenapa suara lain. "Maaf cik, ini panggilan dari polis. Saya jumpa talipon ada nombor cik. Cik kenal ke tuan talipon ni?" 

"Ya, itu talipon suami saya, kenapa dengan dia?" 

"Maaf, cik, dia terlibat dalam kemalangan dan tidak dapat diselamatkan." 

Longlai seluruh badan. Kehilangan suami sudah cukup berat untuk ditanggung apatah lagi meninggalkan saya sebelum sempat memohon maaf dosa yang begitu besar.

Terngiang-ngiang di telinga kata-katanya..”Yang, kali ni je….lepas ni abang tak minta dah”. 

Dia sudah tahu yang dia nak pergi tapi saya yang bodoh mementingkan diri sendiri. Usaha saya menjadi isteri yang baik habis begitu saja dan neraka menunggu saya di depan. 

Saya rasa hampir gila memikirkan diri yang diselubungi dosa yang tidak terampun ini.

”Allah dan bumi yang dipijak mengutuk wanita yang menolak hajat suaminya sehingga suami memaafkannya.”

Kisah ini seharusnya menjadi pengajaran pada kita yang amat mudah terdedah dengan dosa tanpa kita sedari.



(Saya suka artikel ni..so saya share kt sini..Sumber : http://martinellihashim.blogspot.com)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan