Sabtu

birthday gift utk hubby

Setelah memusing2 otak pikir apekebende yg seswhy utk dihadiahkan kepada en hubby..akhirnya setelah mundar mandir dalam parkson..aku dpt idea..yeay...so aku telah membeli parfume..itu je yg aku tau dia suka..Yg best, beli je parfume dpt voucher RM40...dapatla beli jeans utk aku sehelai..yeay lagi...Aku beli jeans Padini Authentic masa tu ade offer..Tinggal RM35.70 xsilap..Wah jimat dah duit aku..Present tu aku soh jurujual tu balut siap2..snng balik kang terus bg je kt hubby..Aku tulis kad birthday even affan sibuk mengacau siap nngis2..Hurm cmtula kalau ade anak..xsmpt nk tulis feeling2 anak siap buat demontrasi jalanan nangis2 bagai...Malam tu, suami balik lewat..aku tertido..lupa nk bg hadiah birthday dia..Tgh mlm terjaga, terus aku kejut dia suh amik hadiah kt meja solek..hah tak surprise langsung kan..yela badan dah letih seharian keje..mana jaga anak lagi..Ni jelah yg dpt aku hadiahkan utk beliau..Aperpon semoga perkahwinan kami kekal selamanya..Forever love omputeh kata...
Nilah hadiah birthday utk suami..Arap2 dia suka..
Sebenarnya aku teringin nak belikan dia sunglasses Police..tapi mahal dekat seribu hengget Malaysia regenye..terpaksala aku tukar hajat tersebut..Mybe 1ari nnti aku dpt beli sunglasses Police utk dia..Yela xdela silau time drive ptg2..

Affan Hadziq Setahun Lebih sudah..

Kejap je masa berlalu..dah setahun lebih umur Affan...Memula rasa risau sebab dia tak boleh berjalan lagi..Apa yang dia buat hanya berlatih berjalan sekali sekala dengan memegang dinding atau perabot di dalam rumah..Yang selebihnya dia merangkak seperti biasa..Dalam fikiran aku, aku terfikir..Adekah anak aku ni lambat lagi nak boleh berjalan..eiii risaunya..3 hari pas birthday dia..Petang tu pas bangun je dari tido..terus anak kesayanganku ni berjalan..Terkejut sangat2..Kuasa Allah siapa yang tau..Dia bangun je dari tido, terus berjalan penuh umah..Jalan pulak cam professional,siap laju seme cukup..hihihihi..Pas pada tu kitorg belikan dia kasut yang ade bunyik utk bg semangat lagi utk anak kesayangan aku ni berjalan..Slain berjalan, sekarang ni pandai lak panggil maksu dia "adik"..Panggil jelas lak tu..Berkali2 aku perbetul suh  panggil maksu dia dengan panggilan maksu, dia tetap panggil "adik" juga..hadoi laaa..Yang paling best, sekarang ni kalau pi memana pon ramai yg geram sebab dia dah pandai salam dengan orang..Aritu ade kawan adik dtg umah..Kebetulan aku dgn my little clever prince duduk rileks kt depan umah..Kawan2 dia singgah nk tengok Affan..Apelagi,3 4 kali la si kecik ni hulur tgn kecik dia n muncung bibir kecik dia nk salam cium tgn kengkawan adik..Selain tu, pas boleh je berjalan..satu petang aku pakaikan dia sandal yg ade bunyik tu..Bawak dia keluar n aku biar dia utk tarik tgn aku sbb aku nk tgok mana dia nk pergi..Dengan kudrat kecil dia tarik la tgn aku..Sambil jalan tu aku tanya "nak pergi mana ni?"..di jawab.."mak?" So dia tarik tgn aku  pi umh my mom..Sampai je kt gate umh my mom, dia goncang2 gate tu and panggil "mak,mak!".. pastu mak pon keluar n gelak2 tgok gelagat my clever boy ni ..adehh..tu tak habih lagi..Time aku solat ,dia pon sibuk la nak angkat tgn berdoa..Yang best, doa dia siap buat muncung2 mulut lg.."sok sek sok sek"..haha apelah yg dia doa gamaknya..Bila nangis sekarangni manjang je dia sebut "pepe".."pepe"..alahai syg..papa pon dah jadi pepe bunyinya...Letih nak melayan dia setiap  hari, tapi rasa bahagia bila tengok saban hari dia belajar perkara baru..Semoga Affan Hadziq menjadi anak yang soleh,baik dan cerdik...Amin.

Khamis

Allah always with u


"When I pretend to be strong, no one sees my hidden tears except Allah. When I’m sad and need a shoulder to cry on, no one supports me but Allah. Pleasing a human is very difficult, pleasing Allah is the easiest. People sometimes punish me for mistakes I have not done, Allah ignores and excuses the ones that I did. This is Allah, The Greatest, The Most Almighty, The Most Beneficent, The Most Merciful, and all praise belongs to Him."
— Tariq Ramadan

Rabu

Bila dia bukan untukku


Bila dia menjauh,
bila masa membina jarak,
dan jarak membina tembok.


jangan pernah lupa bahawa kita pernah bertanya pada DIA tentang dia,
jangan lupa bahawa kita pernah meminta DIA menjauhkan dia, 
bila dia bukan untuk kita.


maka bila dia semakin jauh,
mungkin ini petunjuk dariNYA.
belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri,
belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada,
kerana aturan Allah lebih indah dan baik dari yang dijangka.


jangan pernah lupa,
semua hanya boleh berlaku dengan izin dan redhaNYA.
maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencanaNYA,
maka, biarlah DIA menjarakkan dia dari kita.'

Herm esok birthday hubby pulak..

Baru je bergegas kesana sini siapkan brg2 utk birthday Affan..Rehat sehari, esok birthday hubby pulak..Siap sedia dari segi material dan mental..Mana nk keluar cari hadiah utk hubby pulak..Esok juga hubby nak kene meeting kt Bangi..Hurm tinggallah kami berdua lagi kat rumah..Mujur adik tengah cuti sem, suh dia dtg teman jela nampaknya..hehe..Rasa xsempat nk pegi Jusco BM nk cari present utk encik hubby...Woahh.. dahla gaji lambat lagi..Baru je prepare utk Affan semalam..huhu..Hadiah dah terbayang dalam kepala nih, cuma nk keluaq beli je..mlm ni ke ptgni..Nak beli hadiah,nak beli hadiah,nak beli hadiah, nak cari kayu..nak cari kayu..opsss..

Doa Ketika Bersedih

Sini ade entry untuk memujuk hati, bagi hamba Allah yang doanya tidak dimakbulkan. Janganlah bersedih sekiranya doa tidak dimakbulkan, mungkin doa itu lambat dimakbulkan atau sekiranya tidak dimabulkan, mungkin Allah merencanakan perkara yang lebih baik...Wallahu Aklam Bissawab...



Seseorang datang mengeluh kepada seorang ustaz lalu bertanya,
“Ustaz, di manakah keadilan Allah? Sudah lama saya memohon kepada-Nya namun tidak pernah dikabulkan-Nya. Saya solat, puasa, bersedekah, berbuat kebajikan, namun permintaan saya tidak dikabulkan-Nya. Padahal ada kawan saya yang ibadahnya lintang-pukang, bicaranya menyinggung hati, akhlaknya buruk, namun apa yang dimintanya dikabulkan dengan cepat. Oh, sungguh tidak adil Allah!”





Ustaz itu bertanya,
“Bagaimana jika datang kepadamu pemuzik jalanan (yang mengharapkan wang), berpenampilan seram, kotor, bertindik dan nyanyiannya tidak merdu serta memekakkan telinga. Apa yang kaulakukan?”
Dia lalu menjawab,
“Saya akan beri dia wang agar dia cepat-cepat berlalu pergi.”
Ustaz itu bertanya lagi,
“Lalu bagaimana jika pemuzik itu besuara merdu, mendayu, menyanyi dengan sopan dan penampilannya rapi lagi wangi, apa yang kau lakukan?”
“Saya akan dengarkan dan nikmati hingga akhir lagu lalu memintanya menyanyi lagi, sekali lagi dan tambah lagi,” kata orang itu sambil tertawa.
Ustaz itu menjawabnya,
“Kalau begitu boleh saja Allah bersikap begitu pada kita para hamba-Nya. Jika ada manusia yang berakhlak buruk dan dibenci-Nya, berdoa dan memohon pada-Nya, Dia akan palingkan wajah-Nya dan memerintahkan kepada malaikat: “Cepat berikan apa yang dia minta. Aku muak dengan permintaannya! Berilah apa yang dimintanya.”
Tabah ustaz itu lagi, “Tapi jika yang menadahkan tangan adalah hamba-Nya yang soleh dan rajin bersedekah, meminta pada-Nya, maka Allah memerintahkan kepada malaikat-Nya: “Tunggu, tangguhkan dulu apa yang dimintanya, Aku menyukai doa-doanya, Aku menyukai esak tangisnya. Aku tak mahu dia menjauhkan dirinya daripada-Ku setelah mendapat apa yang dipintanya. Aku ingin mendengar tangisnya kerana Aku mencintainya.”
Saudaraku sekalian,
Moral kisah di atas adalah, jika doa kita belum dikabulkan Allah, bersabarlah, mungkin hal itu disebabkan Dia mencintai kita. Oleh yang demikian, selalulah berprasangka baik kepada Allah kerana kita tidak tahu apa yang terbaik bagi kita.
Add caption
“Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir” - Surah Yusuf ayat 87.

Selasa

Happy 1st Birthday My Little Darling

Hari ni 11 Disember 2012 genaplah usia Affan Hadziq 1 tahun. Kejapje masa berlalu..Dari semalam aku cari bahan-bahan utk celebrate birthday dia kt Nursery dia..Hari ni baru dpt..Alahai, kenapalah kebanyakkan kedai kek asik buat kek coklat even cover luar dia kaler lain..mesti kek dia kek coklat juga..My little clever darling mana lah boleh makan makanan berasaskan coklat,kalau mkn gk ..cirit-biritlah anak kesayangan aku tuh..So,terpaksalah avoid coklat..Yang peliknya,masa pregnant aku ari-ari makan coklat..Ntah, jd suka sgt mkn coklat..Sedap.Arini aku dapatkan kek Tiramisu je lah nampaknya..Ok la jugak kan, atleast..boleh gak my baby boy makan sekali..Pas beli je kek n barang-barang lain untuk celebrate birthday dia kt nursery td aku terus drive gi Nursery dia..Sampai nursery, cikgu dia bgtau yg dia tido..Aku suh gak kejut..hehe..Kesian Affan, terpinga2 bila nampak kek n brg2 lain n kwn2 dia..hehe..Masa amik gambar, dia senyum je..Anak aku ni mmg suka dgn kamera..Pantang org hala kamera kt dia, senyum je..hehe..Rasa terharu pon ada,kejap je anak aku berumur satu tahun..Moga Affan Hadziq sentiasa dilindungi Allah,disayangi semua orang, menjadi anak yang baik akhlaknya,teguh imannya,cerdik akalnya,rajin belajar,elok rupa parasnya dan menjadi anak yang soleh serta taat kepada ibu bapa dan Penciptanya (Allah S.W.T)...Amin..
Affan dengan cikgu dan kawan dia..
Birthday boy...
Kek Tiramisu  untuk Affan...

Muka orang baru bangun tido...

Isnin

Aku Minat Heliza Helmi

Assalamualaikum..Salam Ukhuwah..





Sebab terlampau suka dan minat cara beliau, aku telah mengextra largekan gambar-gambar yang diambil dari pessibuk beliau (sorry ye Heliza)...Jom kita berhijab sempurna seperti beliau..


Arini nak bagitau, kalau korg tak nak amik tau pon nak juga bagitau.. banyak2 artis kat Malaysia ni..Aku paling minat..tak paling pon rasa minat juga..adelah kepada Miss Heliza Helmi..Suka tengok dia..Cara dia berhijab..Masya Allah sangat cantik..Kulit dia cantik..Flawless jerrr..Herm.. rupa dah cantik,akhlak pon baik..Teringin nak jadi macam dia..Aku suka sangat-sangat dan sangat cara dia berpakaian..Suatu hari nanti aku pon nak berhijab sempurna seperti beliau..

Selasa

Our 2nd Anniversary


Semalam 3.12.2012 hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 2.Syukur alhamdulillah kerana diberi kebahagiaan dalam perkahwinan kami. Kitorg tak celebrate kt memana pon sbb merajuk punya pasal..Hahaha..Alkisahnya pepagi smlm nk gi pejabat dh lambat, tetiba Affan Hadziq menyahtinja pulak..Adoi dhla nk solat subuh lg..Minta tlg en hubby tlg cebokkan..beliau bt liat2 suh aku gak..Actually mmg aku la yg slalu cebokkan kalo si kecik tu menyahtinja..Tapi disebabkan dh lewat, aku minta tlg la dgn suami tercinta..Disebabkan beliau taknak n buat liat menyebabkan aku kene cebok sdri..Apelagi maka terlewatlah aku pergi kerja smlm..Muncung 44 depa la jwbnya..Sampai ofis en hubby sms tanya nak kek apa, nk mkn kt mana?aku jwb, tanak mkn kek n xnk keluar mkn..nk dduk kt umh je..Mmg merajuk habisla ni..Balik rumah cam biasa, aku layan anak aku main depan rumah..Ptgtu adik2,adik ipar.mak n tok pon dtg juga kt umah..Dorg biasa dtg utk jenguk anak aku la...Biasa la, my mom house selang sebijik je dari umh aku..Pas maghrib suami sampai rumah..Rupanya dia bawak balik kek..Durian 2 biji n rambutan seikat..Orang celebrate anniversary kua dinner kt luar..ni mkn buah-buahan je..haha..Aperpon kek tu mmg sedap sgt..Biasa aku beli kek kt Secret Receipe tak dapat yg sedap giler cm yg ni pon..Tenkiu en Hubby utk kek yg tersedap di pasaran tu dan semoga perkahwinan kami kekal bahagia selamanya........selamanya harimau malaya..selamanya..hooo.lelelelelele ho.. we... ya... ho .we ..ya..



Ni dia kek Wedding Anniversary Kitorg...


WALAUPON RUPA KEK NI TAK CANTIK..TAPI RASA DIA SEDAP TAU...NYUM NYUM NYUM .(nama aku nape dia eja camtu ek..lagi satu nape dia tulis 2rd..sepatutnya 
2nd..isk,isk,isk..)