Khamis

Aku rasa sedih sangat hari ni..

CAM GINI LA KOT BUDAK2 ..(SEKADAR GAMBAR HIASAN)
Aku rasa sedih sangat arini..sampai mengalirkan air mata ooo..wa cakap lu..tak tipu..dah hampir seminggu aku bersedih..1st sebab Allah tak makbul doa aku..Setiap kali aku baca artikel pasal doa ke tak makbul ke ape2 je la yg mengecewakan aku terus menitiskan air mata...Ntah la mengapa..Ditambah lagi minggu lepas time ngah makan nasi aku belek2 surat khabar yang aku buat lapik pinggan takut kuah tumpah atas alas meja..Aku sedih sangat sampai ari ni bila terbaca satu berita tentang seorang bapa di Johor yang tergamak meninggalkan 2 orang anak dia yang berumur 2 tahun dan 5 tahun kat taman permainan pukul 5 pagi..Mula2 kes ni sebab isteri dia lari dari rumah tinggalkan budak2 tu dgn dia, pastu isteri dia balik nak jumpe dorg kat umah kakak ipar (mybe kakak si lelaki kot)..Pas tu tengok budak2 tu dah xde..Si lelaki tu kata pas dia tinggalkan anak2 dia ..dia cuba bunuh diri kat jalan keretapi..Tapi ade orang halang n selamatkan dia..Pastu si isteri pegi balai polis buat repot..Tak berhati perut la lelaki ni..Ade tulis kat surat khabar tu katanya diorang ni ade masalah kewangan.Sampai ari ni aku asyik terfikir nasib kanak2 yang kecil dan tak berdosa tu..Bila aku terfikir je ,aku menangis..bila terfikir je aku menangis...Tiap ari aku cari berita pasal budak2 tu kat paper n internet..Tapi xdak..Aku harap Allah selamatkan budak2 tak berdosa tu n mereka dijumpai oleh orang yang baik2..Kalaulau aku jutawan, jika ditakdirkan aku jumpa kanak2 yang mak bapak buang ni..aku jaga macam anak sendiri..Semoga budak2 tu berada dalam perlindungan Allah tidak kira bangsa dan agama apa..Amin

Isnin

Doa Mohon Hujan

Arini nak kongsi dengan korg doa mohon kepada Allah supaya diturunkan hujan di tempat korang..Doa ni aku selalu amalkan, byk kali dimakbulkan doa ni.Korang cubalah ye."Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling "(HR At-tirmizi).

Affan Hadziq 1 Tahun 27 Hari

Affan Hadziq dah besar sekarang. Semakin cerdik.Sekarangni dah pandai mogok kalau mama marah.Lakonan menangis berguling di lantai ala pemain bolasepak sering dilakukan beliau tatkala keinginan tidak diturutkan mama dan papa. Suara lantang sering diperdengarkan persis suara papa. Affan Hadziq dah pandai panggil maksu ( My adik) tapi sayangnya bukan "maksu @ acu" yang disebut tetapi "adik"..Sudah berkali-kali aku perbetulkan sebutan dia. "Sayang, bukan adik la..mak su".. Habis pecah remote astro kat rumah mak dikerjakan dia..Aku semakin letih melayan si jantung hati yang semakin membesar. Tambahan sekarangni dia dah pandai berjalan dan berlari..Setiap hari aku pon mengasah bakat yang lama terpendam 100 meter pecut..haha..Kalau tak pecut, habis punahlah segala pokok bunga,kasut yang tersusun di rak kasut dan sebagainya. Baru-baru ni sudah bertabur beras yang aku simpan dalam bekas beras.Hasil kerja Affan Hadziq, anak yang baik dan cerdik. Perkara yang membuatkan aku gembira tentang perkembangan Affan Hadziq sekarangni, dah pandai hulur tangan nak bersalam dengan orang..Kadang2 4 5 kali dia hulur tangan nak salam..Siap muncung mulut lagi time nak cium tangan tu..hahaha..Kalau dengan azan biasanya dia akan angkat jari telunjuk kecil dia n letak kt mulut suh orang diam..Kadang2 azan belom habis lagi, dia dh siap angkat tangan nak berdoa...hahaha..Hari-hari aku kini semakin letih dan penuh sangat jadual..Dek kerana melayan si kecil nan sorang yang semakin cerdik ni..Minggu lepas, adik datang rumah aku main dengan my little prince..Malam tu time adik nak balik umah mak (actually umah mak aku selang sebuah je dari umah aku)..meraung2 la Affan Hadziq nak ikut maksu dia..Aku kata takpe kat adik n suh dia balik n xpyh hirau si kecil ni buat perangai...Hubby aku yang mmg suka sgt menyakat anak aku tetiba cakap dengan my little clever boy  "hah, nak ikut cepat ambil beg"..Kitorg berdua terkejut tetiba anak aku ni ambil beg dia (beg baju n lampin dia) dan galas ...nangis2 nak ikut gak adik..Apelagi berderai la ketawa kitorg bile tengok si kecil ye ye je galas beg dia yang selalu aku isi baju dia untuk ke nursery...Sebab kesian sangat tengok Affan Hadziq beria nak ikut adik, suami pon suh aku bawak my little prince pergi kejap kt umah mak..Bila time aku nak solat dia pon sibuk nak solat juga..So aku bentang sejadah lagi satu untuk dia supaya dia xgangu aku solat..Ade sekali tu aku sujud dia sujud depan aku gak..Bagi kepala dia laga kepala aku..adoiii..jenuh cmni..Bila org angkat tgn berdoa,dia pon angkat tgn juga cuma doa dia siap bunyi lagi..shosheh shosheh..apa la yg dia doakan...Moga Affan Hadziq akan jadi anak yang soleh,cerdik dan beriman..amin..

OST Drama Hingga Hujung Nyawa, Maafkan aku by Last Minute...

Sekarang ni aku busy sgt sgt sgt,xsempat update blog..Balik rumah busy dgn anak n anak mak mertua (hubby).Pi kerja ,busy la sgt almaklumlah awal tahun..Arini je berkesempatan nk update blog pon.Arini nk share lagu yang aku layan habis..Memang sedap suara vokalis n sweet sgt melodi dia..


 

 Dan apa Yang kau mau kan dari ku 
 Telah lamaku kata Yang ku cinta sepenuh hatiku 
Sampai bila Harus aku menunggu cinta mu 
 Dan pabila ku sedari Kaulah yang pertama kucintai 
Maafkan lah diri ini Jika takdir menjemputku dahulu 
 Hanya saat ini yang dapat menemanimu 
Dengarkanlah sekali lagi 
 Jika kau tak percaya pada diriku 
 Bilaku berkata I said i love youu.. 
Dan apa Yang kau mau kan dari ku
 Telah lamaku kata Yang ku cinta sepenuh hatiku 
Sampai bila Harus aku menunggu cinta mu
 Dan pabila ku sedari Kaulah yang pertama kucintai
 Maafkan lah diri ini Jika takdir menjemputku dahulu 
 Hanya saat ini yang dapat menemanimu 
Dengarkanlah sekali lagi Jika kau tak percaya pada diriku
 Bilaku berkata I said i love youu.. 
Maafkan lah diri ini Jika takdir menjemputku dahulu 
 Hanya saat ini yang dapat menemanimu 
Dengarkanlah sekali lagi Jika kau tak percaya pada diriku
 Bilaku berkata Oh i love youu.. 
Oh Maafkan aku..