Isnin

Affan Hadziq 1 Tahun 27 Hari

Affan Hadziq dah besar sekarang. Semakin cerdik.Sekarangni dah pandai mogok kalau mama marah.Lakonan menangis berguling di lantai ala pemain bolasepak sering dilakukan beliau tatkala keinginan tidak diturutkan mama dan papa. Suara lantang sering diperdengarkan persis suara papa. Affan Hadziq dah pandai panggil maksu ( My adik) tapi sayangnya bukan "maksu @ acu" yang disebut tetapi "adik"..Sudah berkali-kali aku perbetulkan sebutan dia. "Sayang, bukan adik la..mak su".. Habis pecah remote astro kat rumah mak dikerjakan dia..Aku semakin letih melayan si jantung hati yang semakin membesar. Tambahan sekarangni dia dah pandai berjalan dan berlari..Setiap hari aku pon mengasah bakat yang lama terpendam 100 meter pecut..haha..Kalau tak pecut, habis punahlah segala pokok bunga,kasut yang tersusun di rak kasut dan sebagainya. Baru-baru ni sudah bertabur beras yang aku simpan dalam bekas beras.Hasil kerja Affan Hadziq, anak yang baik dan cerdik. Perkara yang membuatkan aku gembira tentang perkembangan Affan Hadziq sekarangni, dah pandai hulur tangan nak bersalam dengan orang..Kadang2 4 5 kali dia hulur tangan nak salam..Siap muncung mulut lagi time nak cium tangan tu..hahaha..Kalau dengan azan biasanya dia akan angkat jari telunjuk kecil dia n letak kt mulut suh orang diam..Kadang2 azan belom habis lagi, dia dh siap angkat tangan nak berdoa...hahaha..Hari-hari aku kini semakin letih dan penuh sangat jadual..Dek kerana melayan si kecil nan sorang yang semakin cerdik ni..Minggu lepas, adik datang rumah aku main dengan my little prince..Malam tu time adik nak balik umah mak (actually umah mak aku selang sebuah je dari umah aku)..meraung2 la Affan Hadziq nak ikut maksu dia..Aku kata takpe kat adik n suh dia balik n xpyh hirau si kecil ni buat perangai...Hubby aku yang mmg suka sgt menyakat anak aku tetiba cakap dengan my little clever boy  "hah, nak ikut cepat ambil beg"..Kitorg berdua terkejut tetiba anak aku ni ambil beg dia (beg baju n lampin dia) dan galas ...nangis2 nak ikut gak adik..Apelagi berderai la ketawa kitorg bile tengok si kecil ye ye je galas beg dia yang selalu aku isi baju dia untuk ke nursery...Sebab kesian sangat tengok Affan Hadziq beria nak ikut adik, suami pon suh aku bawak my little prince pergi kejap kt umah mak..Bila time aku nak solat dia pon sibuk nak solat juga..So aku bentang sejadah lagi satu untuk dia supaya dia xgangu aku solat..Ade sekali tu aku sujud dia sujud depan aku gak..Bagi kepala dia laga kepala aku..adoiii..jenuh cmni..Bila org angkat tgn berdoa,dia pon angkat tgn juga cuma doa dia siap bunyi lagi..shosheh shosheh..apa la yg dia doakan...Moga Affan Hadziq akan jadi anak yang soleh,cerdik dan beriman..amin..

1 ulasan:

  1. Kejap je dah besar kan...Smoga mnjadi ank yg soleh.. :0

    BalasPadam