Ahad

hurrayyyy telah berakhir semua kesibukkan..huhu

Arini rasa lega sgt..bolehla kembali berblogging..Semua keje dah settle..Rindu pada familyku..Bolehla masak utk suami dan anak cm selalu..hoyehhh...
Awal2 pagi lagi tadi aku dah ke pusat pengundian untuk mengundi..Walaupon beratur panjang demi tanggungjawab kepada negara aku gagahkan juga berdiri sambil bebel marahkan petugas SPR..(kehkehkeh,tunjuk kerek sket)..Cara petugas SPR di Pusat Pengundian yang aku mengundi ni agak tidak efisyen jika nak dibandingkan dengan tempat lain..Member2 aku yg undi tempat lain cakap dorg xperlu check dulu no mengundi kt luar tempat mengundi dan hanya beratur ikut saluran yang dorg dpt jer...Pusat Mengundi yang aku pergi tu kt luar beratur panjang..dekat 2jam aku beratur..Aku tanya mamat yg tugas check no ic org tu boleh tak aku terus pegi kt bilik mengundi sbb aku dah print dari internet details mengundi aku.Dia kata xboleh,kene beratur dlu n check kt dia bru le pegi kt bilik mengundi..Dahla berjam2 tunggu,ditambah dengan mamat tu yg semak punyalah lambat..mengeja ke ape ntah lama benor...Adoi..Kematu kaki aku beratur tengah panas tu..Mujur la xbape lama pastu ade sorg mamat petugas SPR juga yg turun dari bilik mengundi kata "sapa yang saluran 4 boleh pegi beratur kt bilik saluran 4,sekarang xde orang!"Apalagi..berlari la ktorg pegi kt bilik saluran 4..Mujur gak aku ni lari laju gak..hahaha ..dpt la masuk bilik mengundi awal dari org lain yg beratur sekali dgn aku tadi..Masuk tempat mengundi kerani mengundi tu calit dakwat kekal kt jari kanan aku..Habih je mengundi terus aku amik Affan Hadziq yang tunggu aku dengan mak tok dia..Mak kata Affan Hadziq menyanyi n menari sakan sementara tunggu aku mengundi tadi,haha..mybe boring agaknya...Habih org kt situ gelak tengok dia..Alahai my little darling....Sekarangni asyik menyanyi je keje dia..Main pon menyanyi,makan pon menyanyi...Kadang2 aku menyanyi Qasidah Ya Ha Na Na tu..Dia pon ikut menyanyi juga..tapi ntah ape yg dia sebut tak tau la hahahah...Kesibukkan bekerja buatkan aku terpaksa tinggal Affan Hadziq dengan kerap..Pasni ingat nk bercuti la..bolehla luangkan masa dengan putera kesayangan aku ni..Sooo rinduu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan