Jumaat

Semoga Affan Hadziq (1tahun 6 Bulan) Menjadi Anak Yang Soleh

Sekarang Affan Hadziq dah berumur 1tahun 6 bulan..Dah besar rupanya anak mama..Affan Hadziq,seorang anak yang aktif,cerdik,baik,peneman dan penghibur di kala suka dan duka..Memandangkan pekerjaan suami aku yg busy sokmo memerlukan aku n affan kene tinggal selalu kat umah...Affan ni agak aktif dan mempunyai hobi menyepahkan brg2 penuh rumah ikut mood dia...huhu...Cian aku,letih woo balik keje nk tgok seme yang berlaku...Tapi dia anak yg baik, bila aku bertempik marah..Pas aku marah dia, aku baring2..mesti dia datang amik tangan aku and cium (cam orang bersalam time raya tue)..So touching loo..terus xjadi marah..Kadang dia cium bahu aku n cakap muuuahhh..hahaha..Pandai je dia nak sejukkan hati mama dia nih..Pepagi tiap ari aku akan keluar keje n hantar affan hadziq pergi nursery..Biasanya masuk je dalam kete,aku salam2 hubby n affan akan salam papa dia..Yang best tu ,affan hadziq mesti akan salam dengan aku dua @ tiga kali baru dia akan bersalam dgn papa dia..Pelik kan, mana belajo pon tatau laaa..aku tak pernah ajar dia buat cmtu..Kalau tak buat cmtu dia taknak salam hubby n mengamuk di pagi2 buta tu..Affan Hadziq dah pandai azan, tapi guna bahasa dia laa..Hanya Allah je faham...Tiap hari bila aku amik dia dari nursery mesti tanak duduk kat seat baby..dia nak duduk kat seat belakang..Aku pon kne la drive pepelan..Takut terjatuh pulak dia kat bawah tu nnt... affan hadziq ni suka bear, nampak je ganas tapi suka bear..Kalau nampak teddy bear@anak patung yg jenis gebu tu mesti dia buat suara kiut tunjuk teddy bear tu..Semalam pas balik keje aku amik dia kt nursery,sampai je kat umh aku buka pintu umh terus affan hadziq lari meluru masuk n buka pintu bilik utama..terus dia panggil "Papa".."Papa"..Aku bagitau dia "affan hadziq, papa keje la sayang, papa xde kt umah"..Alahai kesian sungguh, rindu papa dia agaknya..Aku call suami n bgtau,pastu bagilah affan hadziq cakap dgn papa dia...Apa yang dia cakap "Papa..pin..kom..alam..babai..macih.." Pin tu maksud dia Upin Ipin...Sambil layan Upin Ipin kat youtube dia cakap telefon dgn papa dia..Pastu "Kom" tu maksud dia assalamualaikum.."Alam" tu maksud dia waalaikumussalam.. Babai tu bye-bye..n nak latak gagang je dia kata lah macih..Itu jelah dia nye perkataan buat masa ni..Kalau nak pakai selipar cakap "cecet"..mybe sebab selipar dia bunyi cmtu kot..Kalau tasik kata "tacik"..Bila nak susu kata "nak tutu"..Bila tak mau dia kata "amau"..Itu lah perkataan dia sebut buat masa ni..Menyanyi dah pandai tapi guna bahasa dia jelah...Semoga affan hadziq akan jadi anak yg soleh,baik,cerdik,sihat,beriman dan taat kepada Allah dan juga mama pama ye sayang...

Rabu

Angah (Mohd Amin Fahmi) Dijemput Pencipta Akhirnya.........

Assalamualaikum ..Hari ni adalah hari ke tiga Allahyarham adik Mohd Amin Fahmi meninggalkan kita..Allahyarham dijemput Allah S.W.T pada hari yang baik iaitu pada hari Nisfu Syaaban 24 Jun 2013 bersamaan 15 Syaaban 1434 H pada jam 3.45 petang. Hilanglah semua kesakitan dan penderitaan yang ditanggung anak kecil ini selama-lamanya dan bersuka rialah angah di syurga.Walaupun baru berusia 6 tahun, angah adalah seorang anak yang soleh. Setiap kali diserang sakit, mulut kecilnya tidak henti-henti menyebut nama Allah dan berzikir. Pemergianya amat dirasai..Angah menghidap penyakit leukimia dan barah punggung sejak berumur 2 tahun. Aku selalu mengikuti perkembangan penyakit mujahid kecil ini di facebook bapanya..Penderitaan angah amat meruntun hati aku sebagai seorang ibu..Cara ibu bapa Allahyarham wajah dicontohi dalam mendidik anak-anak,ini kerana angah bukan sahaja anak yang soleh malah sangat cerdik dan petah berkata-kata. Pemergianya ditangisi ramai rakan-rakan facebook.Ibu bapanya yang sering memberikan sokongan semasa hayat angah.Sebelum angah menghembuskan nafas terakhir dia sempat berpesan kepada ibunya (yang dia panggil mama) supaya jangan menangis kerana dia taknak tengok mama nye menangis...Bermacam-macam ikhtiar dan usaha telah dilakukan ooeh ibu bapa angah bagi menyembuhkan penyakit buah hati kesayangan mereka, namun Allah lebih menyayangi Angah..Sampai hari ni aku rasa sedih sangat, dah tak berapa nak check status kat Facebook ayah angah takut aku akan menangis lagi....Aku ingin mencontohi cara ibu bapa angah dalam membesarkan anak-anak dengan penuh kesabaran dan ajaran islam..Aku yang sebelum ni selalu marahkan Affan Hadziq kini lebih menghargai permata hati ku itu...Affan Hadziq sejak berusia 1tahun 6 bulan ni boleh dikatakan agak aktif dan sering mencabar kesabaran aku yang kadang2 letih balik keje..Ingin mencontohi mama papa angah yang baik n tabah..Banyak pengajaran yang aku dapat dengan kisah ini..Melalui insan kecil ini aku lebih menghargai sang suami..Seminggu selepas penyakit angah disahkan doktor tidak dapat diubati lagi aku ade mengajak suami pergi melawat, suami aku kata kalau hari ni tak bolehla yang,ari ahad bolehla..Setelah berfikir2 aku membatalkan niat tersebut kerana aku khuatir aku tak cukup kuat untuk melihat insan kerdil berhati waja itu secara langsung..Pernah suatu ketika aku melawat seorang kawan di hospital, aku hampir pengsan kerana tidak tahan nak tengok kesakitan pesakit sebelah katil kawan aku yang masuk hospital kerana kemalangan jalanraya...Aku memang allergik dgn hospital,nak pulak tengok orang yang kesakitan..Aku jadi pening dan mesti nak pitam..haha teruk kan..Aku masih sedih dan rindu sangat kepada mujahid kecil ini..Kadang2 teringat wajah comelnya pasti aku mengalirkan air mata...Rindunya ya Allah...Semoga Allah mengurniakan aku insan yang hina ini Husnul Khatimah..Sebuah kesudahan yang baik agar dapat aku berjumpa mujahid kecil itu di sana..Aminnn...

Ahad

terima kasih suamiku......

Dua tiga arini gembira sikit...hehe...yelah dpt sesuatu dari suami yang memudahkan aku untuk surf internet...Sebenarnya dah lama aku teringin sgt nk ade bende ni...bolehla  nk online kt mana je....Mybe suami aku kesian kot tgok bini dia duk online pakai handfon kecik n susah nk taip lak tu...Gadget yg aku dpt ni bukan yg terbaru pon...Orang lain dh lame pakai, aku je ketinggalan zaman sikit...huhu...Baru2 ni dia belikan aku Samsung Galaxy Tab 2 10.1...Besar n agak berat...Syukur la, free....hehehe...Adanya benda ni amat membantu aku untuk akses internet tanpa gangguan anak tercinta..haha..anak aku bukan bole tgok mama dia buka laptop...mulalah nk tekan2 keyboard....Kalau aku guna tab ni xde pulak dia nk kacau sbb dia pon ada tab dia sendiri....Mybe sbb dia tgok cm lebih kurang sama je dgn tab dia tu yg dia xbape tertarik nk kaco kot....Aperpon terima kasih kepada incik suami kerana membelikan saya tab tersebut even bukan birthday saya @ anniversary apa2.....I love u so much dear....

Selasa

Alhamdulillah....Kesihatan Angah (Mohd Amin Fahmi) Bertambah Baik...DOA DIMAKBUL ALLAH

Assalamualaikum semua...Hari ni mood sangat baik..sangat gembira..Aritu aku ade post pasal anak  kecil yang sedang menderita leukimia iaitu Mohd Amin Fahmi anak kepada En Khairulnizam Mohd Noor https://www.facebook.com/khairulnizammohdnoor?fref=ts dan Pn Siti Ashirah Zakaria, menurut doktor yang merawatnya bahawa penyakit leukimia anak ini tidak lagi dapat diubati kecuali adanya keajaiban berlaku...Sehari 2 3 kali aku check status FB papa angah nak tgok perkembangan kesihatan angah dan berharap ada berita gembira dan perkembangan kesihatan yang lebih positif....Sedih sangat2 bila tengok anak sekecil angah menderita kesakitan...Sedih terbawa2 sampai ke rumah ke ofis..Kadang2 sambil bawa kete pon nangis.Bila teringat je nangis,pastu doa minta kepada Allah supaya dihilangkan kesakitan dari anak ini dan diberi kesembuhan kepadanya supaya dapat menggembirakan hati ibu bapa dia,ternyata Allah itu Maha Mendengar dan Maha Penyayang..Aku baca yassin utk anak kecil ni pon kadang2 sambil menangis teresak2..Paling sedih bila doktor cakap inilah masanya untuk panggil saudara .Aku selalu berharap ada keajaiban yang diberikan Allah untuk kesembuhan anak ini...Untuk makluman seme, kanser anak ini yang 90% pada beberapa hari lalu akhirnya telah turun menjadi 88% baru2 ni ...Hari ni aku baca dekat wall FB papa anak kecil ini yang angah ade harapan untuk sembuh..Ramai yang berdoa kepada Allah memohon kesembuhan anak ini..........Rasa macam baru je baca status papa dia yang mengatakan dia tidak dapat diubati lagi melainkan ada keajaiban..Hari ni aku rasa sangat gembira bila baca update status fb papa dia tentang perkembangan kesihatan anak kecil ini yang lebih positif...Sesungguhnya sekiranya Allah berkehendakkan sesuatu, pasti akan terjadi...Selain itu,doa seorang mukmin kepada mukmin yang lain yang tidak diketahui oleh orang yang didoakan juga selalu dimakbulkan Allah...Sekian, diharap angah bertambah sihat seterusnya bebas dari penyakit kanser dan menjadi anak yang soleh......Amin

Ahad

Jom Kita Doakan Kesembuhan Angah ( Mohd Amin Fahmi Bin Siti Ashirah)...

Assalamualaikum Semua...
Arini aku nak ajak korang sama-sama berdoa kepada Allah SWT semoga disembuhkan anak kecil yang kini bertarung dengan kanser...Moga2 dengan doa yang ikhlas daripada kalian semua dapat dimakbulkan Allah dan diberi keajaiban seterusnya disembuhkan penyakit yang dideritai anak kecil ini...
Naluri keibuan aku buatkan aku seringkali menitiskan air mata bila setiap kali membaca update Facebook bapa angah https://www.facebook.com/khairulnizammohdnoor mengenai perkembangan penyakit anak kecil itu.Bagaimana keluarga ini tabah menghadapi ujian dari Allah,Aku masa Affan demam pon aku tak sanggup nak tengok inikan pula mereka terpaksa harungi ujian yang lebih dahsyat..Kadang2 bila tengah drive dan terkenang wajah comel anak itu yang terpaksa menanggung kesakitan sedangkan dirinya masih kecil menyebabkan hati aku merasa sebak dan menitiskan air mata...Kalau korang ade terbaca entry aku ni, aku minta sangat jasa korg utk sama2 berdoa agar Allah sembuhkan anak kecil ini dan sekiranya Allah lebih menyayanginya mohon supaya dipermudahkan segalanya..Janganlah terlalu lama anak ini menderita...Berat mata memandang berat lagi yang terpaksa ditanggung mereka..

(Bawah : Dipetik dari Facebook En Khairulnizam Mohd Noor)
As salam
Day 10 (dr tarikh doc sahkan kanser angah (MUHAMMAD AMIN FAHMI) tdk blh diubati).

Sakit makin kuat. Muka panas. Selain bird dia kanser tu juga mula menjejaskan saraf kulit muka angah...

Pukul 1am tadi angah sakit kuat.
"Mama..mama..ya allah..subhanallah..mama kenapa sakit makin kuat ni...mama kenapa konek adik sakit...mama adik dah tak tertahan ni...mama tolong adik...adik sakit ni...mama..mama..."... kami mengalir air mata..mnta angah mhn pertolongan daripada Allah..

Sakit kali ni kuat sangat. Saya temankan wife melahirkan 3 orang anak kami tapi nampaknya sakit angah lagi teruk...

Hmpr 2 jam sakit. Angah tiada tenaga sbb x slera makan. Bila sakit hilang angah penat nak tidur..sempat angah cakap.."selamat malam mama...selamat malam papa"...terharunya saya.

YA ALLAH SEKIRANYA MASA ANGAH SUDAH TIBA PERMUDAHKANLAH PEMERGIANNYA SEMOGA TIDAK MENANGGUNG KESAKITAN YG LAMA..

YA ALLAH JIKA PANJANG LAGI MASA ANGAH HAMBAMU INI MOHON HILANGKANLAH SEGERA SAKITNYA KERANA KAMI TIDAK SANGGUP MELIHAT PENDERITAANNYA..

AMINNN..
ACIK2 MOHON DOAKAN SAYA YA AMIN...

Kalau korang nak mengikuti perkembangan anak ini bolehlah tengok kat facebook ayah dia, klik https://www.facebook.com/khairulnizammohdnoor

(Di bawah ni saya sertakan Doa Kesembuhan Sakit dan Penyakit dipetik dari zaharuddin.net )

Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit fizikal, moga ia juga berkesan untuk ketenangan mental dan iman kita. Doanya berwarna BIRU dan selebihnya yakinilah kuasa Allah yang mengawal seluruh alam dan makhluk, Maha Penyembuh.

Sebenarnya banyak lagi ayat Al-Quran dan doa dari hadis yang boleh dibaca, namuan untuk tidak membebankan pemikiran pembaca, cukuplah kita memilih beberapa terlebih dahulu.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)

أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ
Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan" 

Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ 

Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan  yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض

Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)

Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas.  (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)
Semoga sakit yang dideritai beransur sembuh. Termasuklah penyakit malas solat, panas baran, ketagih porno dan sebagainya. Cubalah amalkan doa-doa di atas juga.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
28 Oktober 2010


Doa-doa lain

1.   أعوذ بكلمات الله التامة التى لايجاوزهن بر ولا فاجر من شر ما ينزل من السماء، ومن شر مايعرج فيها، ومن شر ما ذرأ فى الأرض،ومن شر مايخرج منها ومن فتن الليل والنهار ، ومن شر طوارق الليل والنهار إلاطارقا يطرق بخير يارحمن (رواه الترمذى وإسناده صحيح(
2.   أعوذ بكلمات الله التامات من غضبه وعقابه ومن شر عباده ومن شر همزات الشياطين وأن يحضرون  (أخرجه وحسنه الألبانى(
3.   حسبى الله لاإله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم (سبع مرات ) (رواه أبوداود(
4.   بسم الله الذى لايضر مع اسمه شىء فى الأرض ولا فى السماء وهو السميع العليم  (ثلاثا) (رواه أبوداود وهو حديث صحيح(