Rabu

Angah (Mohd Amin Fahmi) Dijemput Pencipta Akhirnya.........

Assalamualaikum ..Hari ni adalah hari ke tiga Allahyarham adik Mohd Amin Fahmi meninggalkan kita..Allahyarham dijemput Allah S.W.T pada hari yang baik iaitu pada hari Nisfu Syaaban 24 Jun 2013 bersamaan 15 Syaaban 1434 H pada jam 3.45 petang. Hilanglah semua kesakitan dan penderitaan yang ditanggung anak kecil ini selama-lamanya dan bersuka rialah angah di syurga.Walaupun baru berusia 6 tahun, angah adalah seorang anak yang soleh. Setiap kali diserang sakit, mulut kecilnya tidak henti-henti menyebut nama Allah dan berzikir. Pemergianya amat dirasai..Angah menghidap penyakit leukimia dan barah punggung sejak berumur 2 tahun. Aku selalu mengikuti perkembangan penyakit mujahid kecil ini di facebook bapanya..Penderitaan angah amat meruntun hati aku sebagai seorang ibu..Cara ibu bapa Allahyarham wajah dicontohi dalam mendidik anak-anak,ini kerana angah bukan sahaja anak yang soleh malah sangat cerdik dan petah berkata-kata. Pemergianya ditangisi ramai rakan-rakan facebook.Ibu bapanya yang sering memberikan sokongan semasa hayat angah.Sebelum angah menghembuskan nafas terakhir dia sempat berpesan kepada ibunya (yang dia panggil mama) supaya jangan menangis kerana dia taknak tengok mama nye menangis...Bermacam-macam ikhtiar dan usaha telah dilakukan ooeh ibu bapa angah bagi menyembuhkan penyakit buah hati kesayangan mereka, namun Allah lebih menyayangi Angah..Sampai hari ni aku rasa sedih sangat, dah tak berapa nak check status kat Facebook ayah angah takut aku akan menangis lagi....Aku ingin mencontohi cara ibu bapa angah dalam membesarkan anak-anak dengan penuh kesabaran dan ajaran islam..Aku yang sebelum ni selalu marahkan Affan Hadziq kini lebih menghargai permata hati ku itu...Affan Hadziq sejak berusia 1tahun 6 bulan ni boleh dikatakan agak aktif dan sering mencabar kesabaran aku yang kadang2 letih balik keje..Ingin mencontohi mama papa angah yang baik n tabah..Banyak pengajaran yang aku dapat dengan kisah ini..Melalui insan kecil ini aku lebih menghargai sang suami..Seminggu selepas penyakit angah disahkan doktor tidak dapat diubati lagi aku ade mengajak suami pergi melawat, suami aku kata kalau hari ni tak bolehla yang,ari ahad bolehla..Setelah berfikir2 aku membatalkan niat tersebut kerana aku khuatir aku tak cukup kuat untuk melihat insan kerdil berhati waja itu secara langsung..Pernah suatu ketika aku melawat seorang kawan di hospital, aku hampir pengsan kerana tidak tahan nak tengok kesakitan pesakit sebelah katil kawan aku yang masuk hospital kerana kemalangan jalanraya...Aku memang allergik dgn hospital,nak pulak tengok orang yang kesakitan..Aku jadi pening dan mesti nak pitam..haha teruk kan..Aku masih sedih dan rindu sangat kepada mujahid kecil ini..Kadang2 teringat wajah comelnya pasti aku mengalirkan air mata...Rindunya ya Allah...Semoga Allah mengurniakan aku insan yang hina ini Husnul Khatimah..Sebuah kesudahan yang baik agar dapat aku berjumpa mujahid kecil itu di sana..Aminnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan