Ahad

Jom Kita Doakan Kesembuhan Angah ( Mohd Amin Fahmi Bin Siti Ashirah)...

Assalamualaikum Semua...
Arini aku nak ajak korang sama-sama berdoa kepada Allah SWT semoga disembuhkan anak kecil yang kini bertarung dengan kanser...Moga2 dengan doa yang ikhlas daripada kalian semua dapat dimakbulkan Allah dan diberi keajaiban seterusnya disembuhkan penyakit yang dideritai anak kecil ini...
Naluri keibuan aku buatkan aku seringkali menitiskan air mata bila setiap kali membaca update Facebook bapa angah https://www.facebook.com/khairulnizammohdnoor mengenai perkembangan penyakit anak kecil itu.Bagaimana keluarga ini tabah menghadapi ujian dari Allah,Aku masa Affan demam pon aku tak sanggup nak tengok inikan pula mereka terpaksa harungi ujian yang lebih dahsyat..Kadang2 bila tengah drive dan terkenang wajah comel anak itu yang terpaksa menanggung kesakitan sedangkan dirinya masih kecil menyebabkan hati aku merasa sebak dan menitiskan air mata...Kalau korang ade terbaca entry aku ni, aku minta sangat jasa korg utk sama2 berdoa agar Allah sembuhkan anak kecil ini dan sekiranya Allah lebih menyayanginya mohon supaya dipermudahkan segalanya..Janganlah terlalu lama anak ini menderita...Berat mata memandang berat lagi yang terpaksa ditanggung mereka..

(Bawah : Dipetik dari Facebook En Khairulnizam Mohd Noor)
As salam
Day 10 (dr tarikh doc sahkan kanser angah (MUHAMMAD AMIN FAHMI) tdk blh diubati).

Sakit makin kuat. Muka panas. Selain bird dia kanser tu juga mula menjejaskan saraf kulit muka angah...

Pukul 1am tadi angah sakit kuat.
"Mama..mama..ya allah..subhanallah..mama kenapa sakit makin kuat ni...mama kenapa konek adik sakit...mama adik dah tak tertahan ni...mama tolong adik...adik sakit ni...mama..mama..."... kami mengalir air mata..mnta angah mhn pertolongan daripada Allah..

Sakit kali ni kuat sangat. Saya temankan wife melahirkan 3 orang anak kami tapi nampaknya sakit angah lagi teruk...

Hmpr 2 jam sakit. Angah tiada tenaga sbb x slera makan. Bila sakit hilang angah penat nak tidur..sempat angah cakap.."selamat malam mama...selamat malam papa"...terharunya saya.

YA ALLAH SEKIRANYA MASA ANGAH SUDAH TIBA PERMUDAHKANLAH PEMERGIANNYA SEMOGA TIDAK MENANGGUNG KESAKITAN YG LAMA..

YA ALLAH JIKA PANJANG LAGI MASA ANGAH HAMBAMU INI MOHON HILANGKANLAH SEGERA SAKITNYA KERANA KAMI TIDAK SANGGUP MELIHAT PENDERITAANNYA..

AMINNN..
ACIK2 MOHON DOAKAN SAYA YA AMIN...

Kalau korang nak mengikuti perkembangan anak ini bolehlah tengok kat facebook ayah dia, klik https://www.facebook.com/khairulnizammohdnoor

(Di bawah ni saya sertakan Doa Kesembuhan Sakit dan Penyakit dipetik dari zaharuddin.net )

Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit fizikal, moga ia juga berkesan untuk ketenangan mental dan iman kita. Doanya berwarna BIRU dan selebihnya yakinilah kuasa Allah yang mengawal seluruh alam dan makhluk, Maha Penyembuh.

Sebenarnya banyak lagi ayat Al-Quran dan doa dari hadis yang boleh dibaca, namuan untuk tidak membebankan pemikiran pembaca, cukuplah kita memilih beberapa terlebih dahulu.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)

أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ
Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan" 

Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ 

Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan  yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض

Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)

Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas.  (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)
Semoga sakit yang dideritai beransur sembuh. Termasuklah penyakit malas solat, panas baran, ketagih porno dan sebagainya. Cubalah amalkan doa-doa di atas juga.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
28 Oktober 2010


Doa-doa lain

1.   أعوذ بكلمات الله التامة التى لايجاوزهن بر ولا فاجر من شر ما ينزل من السماء، ومن شر مايعرج فيها، ومن شر ما ذرأ فى الأرض،ومن شر مايخرج منها ومن فتن الليل والنهار ، ومن شر طوارق الليل والنهار إلاطارقا يطرق بخير يارحمن (رواه الترمذى وإسناده صحيح(
2.   أعوذ بكلمات الله التامات من غضبه وعقابه ومن شر عباده ومن شر همزات الشياطين وأن يحضرون  (أخرجه وحسنه الألبانى(
3.   حسبى الله لاإله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم (سبع مرات ) (رواه أبوداود(
4.   بسم الله الذى لايضر مع اسمه شىء فى الأرض ولا فى السماء وهو السميع العليم  (ثلاثا) (رواه أبوداود وهو حديث صحيح(


Tiada ulasan:

Catat Ulasan