Jumaat

Semoga Affan Hadziq (1tahun 6 Bulan) Menjadi Anak Yang Soleh

Sekarang Affan Hadziq dah berumur 1tahun 6 bulan..Dah besar rupanya anak mama..Affan Hadziq,seorang anak yang aktif,cerdik,baik,peneman dan penghibur di kala suka dan duka..Memandangkan pekerjaan suami aku yg busy sokmo memerlukan aku n affan kene tinggal selalu kat umah...Affan ni agak aktif dan mempunyai hobi menyepahkan brg2 penuh rumah ikut mood dia...huhu...Cian aku,letih woo balik keje nk tgok seme yang berlaku...Tapi dia anak yg baik, bila aku bertempik marah..Pas aku marah dia, aku baring2..mesti dia datang amik tangan aku and cium (cam orang bersalam time raya tue)..So touching loo..terus xjadi marah..Kadang dia cium bahu aku n cakap muuuahhh..hahaha..Pandai je dia nak sejukkan hati mama dia nih..Pepagi tiap ari aku akan keluar keje n hantar affan hadziq pergi nursery..Biasanya masuk je dalam kete,aku salam2 hubby n affan akan salam papa dia..Yang best tu ,affan hadziq mesti akan salam dengan aku dua @ tiga kali baru dia akan bersalam dgn papa dia..Pelik kan, mana belajo pon tatau laaa..aku tak pernah ajar dia buat cmtu..Kalau tak buat cmtu dia taknak salam hubby n mengamuk di pagi2 buta tu..Affan Hadziq dah pandai azan, tapi guna bahasa dia laa..Hanya Allah je faham...Tiap hari bila aku amik dia dari nursery mesti tanak duduk kat seat baby..dia nak duduk kat seat belakang..Aku pon kne la drive pepelan..Takut terjatuh pulak dia kat bawah tu nnt... affan hadziq ni suka bear, nampak je ganas tapi suka bear..Kalau nampak teddy bear@anak patung yg jenis gebu tu mesti dia buat suara kiut tunjuk teddy bear tu..Semalam pas balik keje aku amik dia kt nursery,sampai je kat umh aku buka pintu umh terus affan hadziq lari meluru masuk n buka pintu bilik utama..terus dia panggil "Papa".."Papa"..Aku bagitau dia "affan hadziq, papa keje la sayang, papa xde kt umah"..Alahai kesian sungguh, rindu papa dia agaknya..Aku call suami n bgtau,pastu bagilah affan hadziq cakap dgn papa dia...Apa yang dia cakap "Papa..pin..kom..alam..babai..macih.." Pin tu maksud dia Upin Ipin...Sambil layan Upin Ipin kat youtube dia cakap telefon dgn papa dia..Pastu "Kom" tu maksud dia assalamualaikum.."Alam" tu maksud dia waalaikumussalam.. Babai tu bye-bye..n nak latak gagang je dia kata lah macih..Itu jelah dia nye perkataan buat masa ni..Kalau nak pakai selipar cakap "cecet"..mybe sebab selipar dia bunyi cmtu kot..Kalau tasik kata "tacik"..Bila nak susu kata "nak tutu"..Bila tak mau dia kata "amau"..Itu lah perkataan dia sebut buat masa ni..Menyanyi dah pandai tapi guna bahasa dia jelah...Semoga affan hadziq akan jadi anak yg soleh,baik,cerdik,sihat,beriman dan taat kepada Allah dan juga mama pama ye sayang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan