Isnin

Resipi Ketupat Palas Kedah (Ketupat Pulut)

Baru2 ni aku ade pegi kursus membuat ketupat palas yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,Negeri Pulau Pinang..Diorg import cikgu dari Pendang xsilap aku..Sangat seronok belajar buat ketupat palas ramai2..Tapi xbole rasa sbb bulan Ramadhan kan kan..Kalau nk rasa kne tggu waktu berbuka dlu..hihi..Actually aku ni mmg dah reti nak balut ketupat tu..Cuma nak masak pulut ketupat tu bagi jadi sedap je xbaper teror lagi..tu lah yg aku berminat sgt nk pegi kursus tu.Kat kursus tu kitorg masak ketupat ni dalam kapasiti yg banyak..Kitorg masak pulut 30 kilo,untuk dihidangkan kepada tetamu yg akan hadir pada majlis berbuka puasa ari tu juga.hah..pasni xpayah order2 dh kalau nak makan ketupat palas..buat sendiri jer..hihi..


Kat sini aku share resipi dia (tapi resipi ni untuk buat banyak je lah-pandai2 la korang adjust bagi jadi sikit) :-

Bahan-bahan:-

Beras Pulut Biasa (beras pulut susu pon boleh) 10 kilo
Santan   5 liter ( kuantiti santan mestilah setengah dari kuantiti pulut)

Air (agak2 je,jgn byk sgt)
Garam secawan
Gula setengah cawan (mak aku masak ketupat tak letak gula pon,ni cikgu yg ajar suh letak gula)
daun pandan 5 helai simpul (basuh bersih2 daun pandan tu)

Daun palas untuk balut ketupat tu


Cara2 Memasaknya:-

1) Masukkan santan ke dalam kuali atau periuk
2) Masukkan garam dan gula dan daun pandan
3)kacau  santan dengan senduk (buka api perlahan je) sampai mendidih
4) Sementara itu cuci beras pulut, keringkan
5) Apabila santan dah mendidih bolehlah dimasukkan pulut yg siap dicuci tadi
6) kacau lagi (dengan api perlahan) sampai pulut tidak melekat lagi di senduk and then tutup api...angkat pulut tu untuk di isi dalam daun palas..
7) Siap seme bolehlah isikan pulut dalam daun palas..
8) Pastu masukkan semua ketupat yang belum masak tu kat dalam periuk and then masuk air agak2 separas ketupat ,kemudian rebus n tutup tudung periuk sampai masak...


Senang bukan......
Done, "MEMASAK DENGAN HATI MEMASAK DENGAN IMAN".. =)

Rabu

Arini Affan Hadziq 1 Tahun 7 Bulan 6 Hari (Semakin Cerdik dan Baik)..

Affan Hadziq kini sangat-sangat cerdik, pandai nyanyi,pandai azan (azan guna bahasa dia laa),pandai gosok gigi sendiri (makan ubat gigi je lebih ni..haha),pandai tolong kasi telefon kat mama bila handfon mama bunyi,pandai kata "sampai dah" tiap kali sampai umah, pandai bagi salam bila nak masuk umah,pandai sebut bas,pandai panggil tok,pandai baca a b c..(tapi agak berterabur sikit,xpe janji dh pandai hihi),pandai panggil nenek,pandai marah orang kalau ade yg nk cium pipi dia n dia rasa xnk bagi..ermm pandai mcm2 la..xcukup nak tulis kat sini..Semalam masa dia nak tido, aku riba dia sambil tepuk2 peha kecil dia tu..Pastu suami baru balik terawih dtg n tido sblh Affan Hadziq, biasa dia mrh kalau papa dia dduk dkt2 dia time dia nk tido..Tapi semalam dia bt xtahu je dengan mata kuyu sambil gentel2 ujung kain lampin dia tu...Pastu suami buat isyarat kt aku suruh ubah tgn aku yg tepuk Affan tu sbb dia nak tepuk (saja nak mengacau Affan je nih..hihi)..Masa papa dia tepuk peha kecil dia tu, dia xnmpk ..tangan kecil dia tu dia pegang tapak tangan incik hubby n picit2..mungkin pas dia rasa tangan tu keras n kasar..dia tau kot tu tgn papa dia..terus dia tepis..Apalagi, berair mata la suami gelak tengok gelagat anak kesayangan dia ni.. Masa 2 hari lepas time hubby nak pergi terawih, dia kunci gril..Masa tu aku tgok dari jauh jela Affan Hadziq hantar hubby sampai pintu..n bila papa dia dah siap manggakan gril tu, Affan cakap "bye"...n "muuuahhh" sambil buat flying kiss..tersenyum aku tengok dari jauh..Kalau lah aku yang keluar rumah, sure dah nngis2 dia nak ikut hehe..Affan Hadziq ni lebih manja dgn aku berbanding suami..Mungkin sebab dia banyak masa dengan aku berbanding papa dia yang agak sibuk..Aku berusaha nak luangkan masa bermain dgn Affan Hadziq even bila balik kerja lewat, sampai je rumah mesti aku tukar baju,solat n layan dia main n bawak bersiar2 xpon pegi taman layan dia main..Bukan ape, kesian sgt tiap2 hari seharian aku tinggalkan dia kat taska..Semalam aku balik keje agak lewat, sampai je kat nursery terus cikgu dia bagitau habis sape yang datang nak fetch anak diorg seme Affan panggil mama..Alahai kesian sangat..(rasa bersalah pon ade sbb lambat..huhu). Arini aku igt nk suh hubby je belikan juadah sbb xsampai hati nak amik my precious lil darling lewat2...Affan Hadziq sekarang dah pandai malu dgn orang, adela aritu kawan adik lelaki aku dtg umah n dorg lepak depan umah mak aku..Masa tu aku bawa my lil clever boy pegi umah mak, sebab malu kat kawan pakcik dia..Affan Hadziq berjalan nak masuk ke umah mak sambil tutup muka dengan lengan comel dia tu (kitorg pakat gelak tengok)..HAHAHA..Da macam aksi artis yang mengelak paparazi dah rupenye...

Khamis

Santai Bersama Famili di Chalet Siti Aminah Salak Denai, Yan, Kedah

Baru-baru ni aku n family ade pergi bercuti di Salak Denai, Yan,Kedah..Seronok sangat pergi tempat ni.Kitorang check in kul 7.00mlm n check out kul 6.00ptg..Chalet yang kitorg ambil ni harga dia kalau tido sehari semalam RM300.00 Sebab kitorg pergi ramai,so save budget dah kat  situ.Aku pergi dgn family kakak aku,adik lelaki aku 2org,adik pompuan,mak,tok n my adik ipar...Sekali pergi rasa nak pergi lagi,hihi..Chalet yang kitorg ambik aritu namanye Siti Aisyah..Paras air kat kolam dia 4 1/2 kaki, selain tu dia ada gak kolam untuk budak2 yang lebih cetek..Chalet2 kat Salak Denai ni sentiasa penuh, kalau teringin nak bercuti kat sini kenalah booking awal..Nak booking chalet mana ??korang bolehla check dulu kalau tak, tempat dia sure penuh..Lagi satu, masa nak booking tu lebih baik gunakan kaedah sms terus ke pihak Salak Denai itu sendiri kerana kalau kita telefon dikhuatiri pihak mereka tidak sempat untuk melayan panggilan tersebut kerana banyak call dari customer la katakan..Kalau nak booking boleh la SMS 012-537 6151. Alamat dia seperti berikut... Jalan Peranginan Batu Hampar, 06900 Yan, Kedah..Perjalanan ke Chalet ni perlu melalui kawasan hutan...So orang yang drive tu kena hati-hati sikit sebab jalan dia kecil n hutan di sekitarnya. Nak usha2 Chalet mana yg berkenan di hati korang di Salak Denai..boleh la tengok kat facebook deorg https://www.facebook.com/pages/SALAK-DENAI-CHALET/117871971566661?fref=ts... Ni lah antara gambar yang aku ambil masa pegi sana baru2 ni..cekikdaud!!!!


View kolam kt Chalet Siti Aisyah ni waktu malam...












Seronok berbabeku di waktu malam... (Kawasan keliling chalet agak tertutup,amat selesa untuk bersantai dengan keluarga..Tambahan pula kita tak perlu berkongsi kolam dengan orang luar, kolam ni kita mandi dengan famili members sahaja).......



My adik tukang bakar membakar..Malam2 ni sedap oo berbabeku ayam...Nyum nyum...tak sedap pon balun gak..



Tempat barbeku depan kolam renang..Sungguh mengasyikkan..Yang lagi best, air dalam kolam ni dari sumber asli tau dan sentiasa ditukar..so bebas klorin dan dijamin bersih..hehehe..


Dinner nasi goreng di tepi kolam...

Senyuman gembira dari my little hansome boy......

My darling with his cousin..


Affan Hadziq with his uncle...


Gaya dah ade tu..


View kolam ni di waktu siang...Seronok n enjoy sebab tempat dia privacy.... =)

My niece....


Anak sedara yang paling besar....


Gelongsor air utk kanak2/dewasa
pon ader...


Makan-makan di tengahari.. 



Selasa

Zikir Untuk Awet Muda Dan Cantik Berseri

Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.



Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
ambil air segelas
baca al-Fatihah sekali
Ayatul Qursi sekali
Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


  


Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Cara 3:
  Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

Doa Keluarga Bahagia


Selamat Datang Ramadhan Yang Dirindui..(Marhaban Ya Ramadhan)..

Esok 1 Ramadhan 1434H.. Kali ni nak sambut Ramadhan aku rasa sangat teruja dan gembira..Tak tau kenapa..Rasa happy sangat. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan aku manusia yang lebih baik dari sebelum ini..Tahun ni banyak perkara yang menimbulkan keinsafan dalam diri aku.Banyak peristiwa yang menyebabkan aku mengalirkan air mata. Banyak juga peristiwa yang menggembirakan berlaku.. Herm suka duka silih berganti.. Seronoknya rasa dah nak sambut Ramadhan esok..Aku berazam lagi kali ni, moga Ramadhan kali ni aku lebih berjimat cermat..Membeli sekadarnya sahaja..Aku insaf sangat-sangat tak nak lagi membazir, semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku yang lalu.. Teringat lagi masa berpuasa sewaktu aku mengandungkan permata hatiku Affan Hadziq, masa tu perut aku 5 bulan, aku berdoa supaya diberikan kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadhan pada 2011 yang lalu.Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku, walaupun masa awal mengandung aku alami alahan yang sering menyebabkan aku tak larat n tak tahan cuaca panas..Pada Ramadhan tahun itu aku dapat berpuasa n Affan Hadziq pon tak banyak karenah dalam rahim mama dia masa tu..Gembira..Tahun ni aku doakan semoga Affan Hadziq cepat boleh bercakap supaya dia tak mengamuk2 lagi bila aku tak faham apa yang dia ingin perkatakan kt mama dia nih hehe..Semoga Ramadhan kali ni aku lebih kuat untuk berbakti kepada suami n anak tersayang..Semoga Allah berikan aku kesabaran yang lebih tinggi dalam menempuh Ramadhan kali ini.Terima kasih ya Allah izinkan aku bernafas lagi kali ini pada Ramadhan ini agar dapat aku mencari sedikit bekalan lagi menuju ke kehidupan di akhirat nanti..Aku sedih juga selalu aniaya diri dalam mentaati perintah Allah..Sedih, takut hukuman yang bakal diterima nanti..Semoga bila tiba masanya nanti Allah akan ambil nyawaku dalam keadaan aku bersedia n cukup bekalan untuk dibawa ke akhirat sana..Semoga Ramadhan kali ni aku tidak mengecewakan sang suami..Terima kasih ya Allah berikan aku suami yang tidak banyak cekadak..Makan ape je yang aku masak..Tidak cerewet..Tidak terlalu mengarah..Penyabar la jugak hihi.Selalu tolong buat kerja rumah...Semoga umur suamiku lebih panjang dari aku..Semoga kami semua dikurniakan kesudahan yang baik..Ya Allah gembiranya Ramadhan kali ni (tears drop)..Ya Allah terima kasih memberikan aku hidayah setiap kali aku terpesong dari landasan sebenar..Ya Allah berikanlah aku dan juga keluargaku kesihatan yang baik dan masa lapang yang banyak supaya kami dapat beribadah kepada mu...Semoga Ramadhan kali ini mendorong Affan Hadziq menjadi anak yang lebih soleh dari selalu..