Rabu

Arini Affan Hadziq 1 Tahun 7 Bulan 6 Hari (Semakin Cerdik dan Baik)..

Affan Hadziq kini sangat-sangat cerdik, pandai nyanyi,pandai azan (azan guna bahasa dia laa),pandai gosok gigi sendiri (makan ubat gigi je lebih ni..haha),pandai tolong kasi telefon kat mama bila handfon mama bunyi,pandai kata "sampai dah" tiap kali sampai umah, pandai bagi salam bila nak masuk umah,pandai sebut bas,pandai panggil tok,pandai baca a b c..(tapi agak berterabur sikit,xpe janji dh pandai hihi),pandai panggil nenek,pandai marah orang kalau ade yg nk cium pipi dia n dia rasa xnk bagi..ermm pandai mcm2 la..xcukup nak tulis kat sini..Semalam masa dia nak tido, aku riba dia sambil tepuk2 peha kecil dia tu..Pastu suami baru balik terawih dtg n tido sblh Affan Hadziq, biasa dia mrh kalau papa dia dduk dkt2 dia time dia nk tido..Tapi semalam dia bt xtahu je dengan mata kuyu sambil gentel2 ujung kain lampin dia tu...Pastu suami buat isyarat kt aku suruh ubah tgn aku yg tepuk Affan tu sbb dia nak tepuk (saja nak mengacau Affan je nih..hihi)..Masa papa dia tepuk peha kecil dia tu, dia xnmpk ..tangan kecil dia tu dia pegang tapak tangan incik hubby n picit2..mungkin pas dia rasa tangan tu keras n kasar..dia tau kot tu tgn papa dia..terus dia tepis..Apalagi, berair mata la suami gelak tengok gelagat anak kesayangan dia ni.. Masa 2 hari lepas time hubby nak pergi terawih, dia kunci gril..Masa tu aku tgok dari jauh jela Affan Hadziq hantar hubby sampai pintu..n bila papa dia dah siap manggakan gril tu, Affan cakap "bye"...n "muuuahhh" sambil buat flying kiss..tersenyum aku tengok dari jauh..Kalau lah aku yang keluar rumah, sure dah nngis2 dia nak ikut hehe..Affan Hadziq ni lebih manja dgn aku berbanding suami..Mungkin sebab dia banyak masa dengan aku berbanding papa dia yang agak sibuk..Aku berusaha nak luangkan masa bermain dgn Affan Hadziq even bila balik kerja lewat, sampai je rumah mesti aku tukar baju,solat n layan dia main n bawak bersiar2 xpon pegi taman layan dia main..Bukan ape, kesian sgt tiap2 hari seharian aku tinggalkan dia kat taska..Semalam aku balik keje agak lewat, sampai je kat nursery terus cikgu dia bagitau habis sape yang datang nak fetch anak diorg seme Affan panggil mama..Alahai kesian sangat..(rasa bersalah pon ade sbb lambat..huhu). Arini aku igt nk suh hubby je belikan juadah sbb xsampai hati nak amik my precious lil darling lewat2...Affan Hadziq sekarang dah pandai malu dgn orang, adela aritu kawan adik lelaki aku dtg umah n dorg lepak depan umah mak aku..Masa tu aku bawa my lil clever boy pegi umah mak, sebab malu kat kawan pakcik dia..Affan Hadziq berjalan nak masuk ke umah mak sambil tutup muka dengan lengan comel dia tu (kitorg pakat gelak tengok)..HAHAHA..Da macam aksi artis yang mengelak paparazi dah rupenye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan