Isnin

Resipi Ketupat Palas Kedah (Ketupat Pulut)

Baru2 ni aku ade pegi kursus membuat ketupat palas yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,Negeri Pulau Pinang..Diorg import cikgu dari Pendang xsilap aku..Sangat seronok belajar buat ketupat palas ramai2..Tapi xbole rasa sbb bulan Ramadhan kan kan..Kalau nk rasa kne tggu waktu berbuka dlu..hihi..Actually aku ni mmg dah reti nak balut ketupat tu..Cuma nak masak pulut ketupat tu bagi jadi sedap je xbaper teror lagi..tu lah yg aku berminat sgt nk pegi kursus tu.Kat kursus tu kitorg masak ketupat ni dalam kapasiti yg banyak..Kitorg masak pulut 30 kilo,untuk dihidangkan kepada tetamu yg akan hadir pada majlis berbuka puasa ari tu juga.hah..pasni xpayah order2 dh kalau nak makan ketupat palas..buat sendiri jer..hihi..


Kat sini aku share resipi dia (tapi resipi ni untuk buat banyak je lah-pandai2 la korang adjust bagi jadi sikit) :-

Bahan-bahan:-

Beras Pulut Biasa (beras pulut susu pon boleh) 10 kilo
Santan   5 liter ( kuantiti santan mestilah setengah dari kuantiti pulut)

Air (agak2 je,jgn byk sgt)
Garam secawan
Gula setengah cawan (mak aku masak ketupat tak letak gula pon,ni cikgu yg ajar suh letak gula)
daun pandan 5 helai simpul (basuh bersih2 daun pandan tu)

Daun palas untuk balut ketupat tu


Cara2 Memasaknya:-

1) Masukkan santan ke dalam kuali atau periuk
2) Masukkan garam dan gula dan daun pandan
3)kacau  santan dengan senduk (buka api perlahan je) sampai mendidih
4) Sementara itu cuci beras pulut, keringkan
5) Apabila santan dah mendidih bolehlah dimasukkan pulut yg siap dicuci tadi
6) kacau lagi (dengan api perlahan) sampai pulut tidak melekat lagi di senduk and then tutup api...angkat pulut tu untuk di isi dalam daun palas..
7) Siap seme bolehlah isikan pulut dalam daun palas..
8) Pastu masukkan semua ketupat yang belum masak tu kat dalam periuk and then masuk air agak2 separas ketupat ,kemudian rebus n tutup tudung periuk sampai masak...


Senang bukan......
Done, "MEMASAK DENGAN HATI MEMASAK DENGAN IMAN".. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan