Rabu

Susahnya Mencari Sahabat........

Assalamualaikum..
Kawan ketawa senang nak cari kawan menangis susah nak jumpa..

Terpaksalah menangis sendiri..Kadang2 hidup terasa sunyi bila xde kawan baik..Bagi wanita yang sudah berkahwin amat susah untuk dapatkan kawan baik, apatah lagi yang boleh bergelar sahabat. Beruntunglah bagi wanita yang mempunyai suami yg berperanan sebagai sahabat.Ade bahu boleh tumpang menangis..Ade teman dikala gembira dan sedih...

 Dalam hidup ni aku hanya ade 2orang sahabat. Seorang, semasa aku sekolah rendah. Seorang lagi semasa aku sekolah menengah. Sahabat masa aku sekolah rendah nama dia Zatil Hidayah binti Abdul Hakim.. Ni mmg best friend aku.. Aku ade ramai kawan tapi Zatil ni mmg sahabat baik aku..Tapi masa sekolah menengah ktorg lost contact..Pastu jumpa balik pastu lost contact lagi..Sahabat aku masa sekolah menengah namanya Nurbushrah Bt Ismail.. Ni mmg sahabat aku..Sangat baik..Baik hati, baik akhlak dan baik segala-galanya. Ktorg xlost contact cuma skrgni jrg berhubung sbb skrgni masing2 sibuk dgn kerja dan kehidupan sendiri.Bertuahlah sesiapa yang dapat menjadi teman hidup sahabat aku ni sbb dia teramat-amatlah baik..Semoga dia sentiasa dirahmati Allah hendaknya....Skrgni sshnya nk cari seorang sahabat, ade yg pentingkan diri sendiri..Ade yang bila berbaik2 dgn kita untuk kepentingan peribadi. Ada juga yang meninggalkan aku di saat mereka dah ada kwn2 lain di sisi. Ada juga semasa aku susah, lari tinggalkan aku sendiri..herm..entahlah..
Skrgni kwn baik aku hanyalah Affan Hadziq, anak yang baik n cerdik...Aku xdpt nk luahkan kesedihan kalau aku tgh sedih..Tapi bila aku menangis, Affan lah yg datang peluk aku..Cukup terharu dengan reaksi dia sedangkan umur Affan baru 2 tahun 9 bulan..Cakap pon xreti lagi..Kalau aku tgh stress aku suruh dia kemaskan brg2 mainan dia..cepat2 dia simpan dalam kotak..Bersyukur sgt Allah kurniakan Affan Hadziq utk aku.........Semoga Affan Hadziq menjadi anak dan hamba Allah yg soleh lg dirahmati selalu....Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan