Rabu

Doa Agar Dikuatkan Ingatan


surah Al Israa' ayat 70










70) Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.


Baca ayat di atas ni sambil meletakkan tangan di atas kepala.

Mohonlah kepada Allah SWT semoga dikurniakan ingatan yang kuat.

Sangat sesuai diamalkan oleh pelajar-pelajar.





Tentang Confucius




Marilah kita berkenalan terlebih dahulu dengan Confucius (Kung Fu Tze). Nama sebenar Confucius adalah Kong Chiu. Kong adalah nama keluarga dan Chiu adalah nama beliau. Dilahirkan pada tahun 551 SM semasa pemerintahan Raja Ling dari Dinasti Zhou. Beliau berasal dari Negara Lu ( sekarang namanya Shandong). Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal semasa dinasti Chou.  Beliau adalah seorang ahli falsafah dunia yang mengajarkan nilai-nilai kebajikan dan moral. Berasal dari keluarga bangsawan.Ayahnya meninggal ketika beliau berusia 3 tahun. Selepas ayahnya meninggal dunia Confucius hidup dalam kemiskinan bersama ibunya. Sejak kecil lagi beliau mempunyai minat membaca sejarah, matematik dan tradisi orang cina.Semasa berumur 15 tahun Confucius menunjukkan  minat terhadap ilmu pengetahuan. Pada masa itu peluang untuk mendapatkan pendidikan agak sukar kerana faktor kemiskinannya dan hanya golongan bangsawan serta raja yang mendapat hak ketika itu. Namun begitu, beliau tidak pernah berputus asa dan akhirnya mendapat peluang apabila bekerja dengan golongan bangsawan dan telah dapat mengenali sistem kerajaan China kuno. Masa remajanya dihabiskan dengan belajar. Beliau mengusai enam seni iaitu tata karma, muzik, memanah, menunggang kuda, menulis kaligrafi dan aritmetik. Selain itu, beliau juga menguasai berbagai bentuk tradisi klasik, sejarah dan puisi kebangsaan. Confucius belajar dengan tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan semasa umurnya 17 tahun. 
Di bawah ni merupakan kata-kata hikmah oleh Ahli Falsafah terkenal ini....

antara kata-kata hikmah Confucius
Ibunya meninggal dunia semasa beliau berumur 17 tahun. Confucius berkahwin ketika berusia 19 tahun dengan isterinya yang bernama Yuan Guan dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang orang anak perempuan. Confucius merupakan orang cina yang pertama memperkenalkan pendidikan. Selain itu, beliau sangat mahir tentang “Li” (susunan tingkah laku yang baik). Oleh kerana pemerintahan Lu berpuas hati dengan tugas yang dilakukannya, Confucius dinaikkan pangkat dengan cepat dan beliua turut dilantik menjadi Ketua Hakim dan Perdana Menteri di negeri Lu . Ramai pelajar-pelajar Confucius yang berjaya menjadi pegawai negeri yang sukses. Terdapat beberapa anggota keluarga pemerintah Lu mula berminat untuk mendengar ajaran Confucius.Walaubagaimanapun, pemerintahan Lu tidak dapat menerima ajaran-ajaran Confucius. Oleh itu, Confucius berhenti dari perkhidmatan kerajaan selepas kematian ibunya. Kemudiannya beliau menghabiskan beberapa tahun untuk belajar dan menjadi guru dan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain seterusnya kembali ke Lu pada 484 SM. Beliau telah merantau menyebarkan ajaranya dan telah cuba untuk mencari pemerintah yang boleh mengikuti ajarannya tetapi gagal.  Ajaran Confucius menekankan cara menjalani kehidupan yang harmoni dengan mengutamakan moraliti atau kebajikan. Confucius mengabdikan seluruh kehidupannya  untuk belajar dan mengajar. Ianya bertujuan meningkatkan juga mengubah kehidupan sosial pada ketika itu. Selain itu, beliau turut memperkenalkan program ajaran moraliti atau kebajikan untuk para calon pimpinan Negara. Ajaran-ajaran Confucius telah diterjemahkan dalam pelbagai Bahasa. Pengaruh ajaran Confucius turut berkembang ke Eropah, Amerika dan Negara-negara Asia. Beliau meninggal dunia pada tahun 479 SM.

Affan Hadziq Setahun 11bulan...1month to go ..

Affan Hadziq budak baik dan cerdik...Skrgni Affan mcm boring nk pergi taska..Mybe sbb situ tak belajar pape..Dorg dduk main je tiap hari..Ari2 merap nk ikut mama p keje..Adoi..penin kepalo den memikir mana nk cari taska baru yg berkualiti dan melepasi bajet mama yg xseberapa nih...Tauke taska dan pekerja taska sgt baik..cuma mgkin Affan boring sbb xde keje nk buat...Klu ikut mama pegi keje biasa mama bg paper n pensil suh Affan conteng n bg kaler untuk Affan serlahkan bakat menyonteng tu...Camana nk buat nih..Sian anak aku nan sorg nih...Affan skrg ni boleh cakap cuma telo sedikit sebutannya..Affan dh pandai demand skrg, nak pergi taska dgn kereta n tanak naik motor dh...Sudahnya kenela mama bawa kete tiap2 ari p keje, maka tercapai jugalah hasrat papa supaya mama kene naik kete p keje..Papa selalu bebel kalu mama prefer untuk naik motor pergi keje..Mcm2 pulalah alasan mama bg kt papa supaya dpt pergi kerje dgn motor...Skrg ni seronok la korg berdua,tiap ari haku kene naik kete..huhu..jemmmm...trafic light ..benciiiiii.........kene keluar awal..Naik motor best xpyh sgkut dlm jemmm..jimat..bawa 15 ringgit pergi keje dh kira cukup..hehe..Herm skrg ni Affan dh pandai speaking London...Kalah mama..Mama ckp melayu pon teruk..Affan belajar ckp kot youtube n maksu pon selalu speaking dgn Affan..Affan dh tau nama penuh Affan skrgni..Kalau tnya dia nama penuh dia apa?dia akan jwb "Wan Hajik"..Actually nama dia Wan Affan Hadziq...Kalau tnya nama papa dia xigt nama pnjg sbb pnjg sgt..yg dia tau papa nama "anuar"..Ada sehari tu mama amik Affan kt taska..Affan kata "mama,nak topping"...Mama xberapa jelas dgr..mama kata "hah!"..Affan ulang "nk topping..nk topping"...Rupanya dia nk shopping..Adoi..terkejut den..Affan ckp english pakai slang britain ooo..penangan tgok cite "Pepa Pig" kat youtube..
nilah peppa pig yg affan slalu tgok kt youtube tu

mmg cite kartun babi, tapi cite tu bagus sbb dia tonjolkan good manners..Skrgni Affan suka gelak bila tgok cite yg ada lawak slapstik..entah mybe hati bdk2 ni suci thts y dorg mudah gelak kot......Affan dh pandai pilih..nk tido kne guna bantal red...bantal tu aku bbuh sampul kaler merah..So xde sesapa la bole tido guna bantal tu except him..hurm..Affan, skrg xberapa nk pegi umh mak ..Pas blik taska klu tnya "do u want to go to Atok house?"...dia nnt jwb..No..i want to go to Affan house...jenuh laaa...xdpt nk lepak ptg2 kt umh mak dh la ni...Skrg ni dia rajin sgt menyanyi...kdg2 nyanyi kuat sgt..bingit rasa telinga nih...adoi..Kalau pepagi tu dia suka mkn roti canai..kalau nk mkn nasi mesti dia kata nak nasi kicap..Makanan favourite dia off course la bihun goreng...Kdg tu kalau tetiba dia teringin..dia kata.."mama nak pija"..hah..parah..mlm2 buta mana nak cari kedai piza yg buka lg...Dia suka gk mkn sate n sosej...skrgni aku kalau boleh tanak bg dia mkn mknn siap proses bkn ape tkt pengawet byk..n membahayakan kesihatan diri dia..Smlm aku msk asam pedas ikan n sayur bok choi dgn udg..mknn diet la konon..haha..Affan mkn nasi byk smlm..tapi 1je ..kne tarok kicap byk2...dh jd hantu kicap sama dgn maksu dia gk...Affan suka p masjid, pntg lintas dpn masjid..dia bgtau nk g masjid..arap2 nnt sampai bila2 Affan jd ank yg soleh n baik budi pekertinya..Affan dh pndai baca doa mkn, baca bismillah,bila bersin atau sudah makan dia dh reti ucap Alhamdulillah..Kdg2 aku terbersin, dia pula tlg igtkan.."alhamdulillah mama"...herm..kalu aku atuk dia kata "mama mkn ubt!". Sebelum tido dia baca doa tido..tapi telo la sikit sebutan tu..xpela..janji baca sudah..Skrgni affan dh reti kita satu sampai 30 english version jela...huruf hijaiyyah dia igt sgt bc ikut turutan..cuma kalau kita tunjuk huruf tu dia kenal la huruf apa...herm..aritu aku xbg dia ikut aku p keje..aku kata Affan duduk umh la tggu papa balik,nnt papa balik Affan jln2 dgn papa naik motor..Dia jawab "tak boleh, naik motor nnt hujan..demam"....geram tol aku..hehe..Affan obses dgn dinosour..kdg2 nyanyi lagu dinosour...ape je image tntg dinosour minat sgt dia..tiru gaya dinosour manjang......lantak kau la nak..asalkan kau bahagia dh ler...

Definisi , Takrif atau Apa itu Negara.

Sedikit sebanyak perkongsian saya tentang 'apa itu Negara?'


Negara merupakan kelompok manusia yang hidup dan bekerja sama untuk mencapai tujuan sama. Selain itu Negara juga merupakan suatu badan atau organisasi tertinggi yang mempunyai hak ataupun kuasa untuk mengatur hal-hal yang berkaitan untuk kepentingan rakyat serta bertanggungjawab dalam melindungi dan mensejahterakan masyarakatnya. Perkataan Negara atau “State” selalu diterjemahkan sebagai ‘bangsa’, “masyarakat”, “kerajaan” dan lain-lain lagi. Dalam Sains Politik istilah “negara” bermaksud sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar serta merupakan sekumpulan manusia yang hidup dan menjalankan  pengawalan di sebuah wilayah tertentu dan tetap. Ia mempunyai kerajaan yang memerintah dan rakyat yang diperintah. Negara mempunyai peraturan serta undang-undang  yang ditetapkan dan dipelihara. Kewajipan dilaksana serta hak kewajipan diiktiraf oleh kedua-dua ahli kumpulan juga negara luar. Selain itu, Negara merupakan sebuah pertubuhan yang mempunyai beberapa ciri terutama sekali perhubungan antara wilayah dengan kuasanya. Secara etimologi istilah Negara diterjemahkan dari perkataan “Staat” dari bahasa Belanda dan Jerman, “State” dalam bahasa Inggeris dan “Etat” dalam bahasa Perancis. Terdapat banyak definisi yang telah dibuat oleh tokoh-tokoh terdahulu tentang apa itu Negara. David Easton juga pernah menekankan bahawa istilah Negara mempunyai pelbagai maksud dan sebahagian maksud terlalu kabur dan sentiasa dipertikaikan. Beliau berpendapat, lebih baik peninjauan tentang istilah Negara diketepikan sahaja.Namun ramai pengkaji tidak bersetuju dengan hujah Easton dan mereka mempertahankan peninjauan tentang konsep Negara. Beberapa orang penulis mendefinisikan Negara sebagai sebuah organisasi penting dan didirikan untuk menjaga kepentingan kesemua ahli masyarakat.Ada pula yang menganggap Negara adalah sistem kuasa. Jelas sekali terdapat berbagai definisi yang wujud. Ada definisi yang terlalu luas maksudnya dan ada juga yang terlalu terhad

DOA KETIKA DALAM KESUSAHAN

Doa ketika ditimpa musibah dan kesusahan:
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

Wahai Yang Maha Hidup Kekal, Yang terus menerus mengurus ( mahluk-Nya ), hanya dengan rahmat-Mu saja, saya meminta pertolongan.”

bermalam di hospital lagi..

Skrgni musim ujan...sukanya aku bila musim ujan ni...duk berlengkar tgh rmh atas lemek patch work..hemm selesanya..sambil minum nescafe panas...mmg aku suka sgtlah musim hujan ni...tgok titisan air hujan kt cermin ofis...gembira rasanya...tapi satu jee..bila musim ujan ni,mmg cuaca yg xberapa sesuai utk affan hadziq..bila aku seronok tido sejuk2 tapi affan xbole...nnt mula la hidung dia berhingus,nafas berbunyi..batuk xhenti2..pastu suhu bdn dia pon naik...ptg smlm aku call husband n suh affan bgtau papa dia yg dia penat (athma)....Kesian sgt..Keesokanya ktorg pergi Metro..Dr Suh masuk ward sbb dh lama affan amik neb n selalu btuk2...Finally ktorg dduk ward..mujur ade adik teman aku...2 malam gk ktorg bermalam kat ward...

Rutin masuk ward ni biasa affan akan kne amik neb ikut yang dr prescribe ..2 kali dia kne jalani rawatan tepuk2 kt deparment fisio...Aku xberapa suka tido kt ward sbb kerja aku kt rumah n ofis berlambak xsiap2...Feelin unhappy but for my lil prince, i'll do anything......Mybe misi2 kt metro tu pon dh boring tgok muka ktorg..hehe..dia ni lagi..mungkin ini dlm fikiran depa...(ceh perasan tol aku, misi tu sikit pon xkesah nak masuk bape kali pon)...pas pegi tepuk2 kali last tu ktorg diberi kbenaran utk angkat kaki dari spital dgn dibekalkan segala macam ubat dan gas yg aku sendiri xigt (gilo byk..mna aku igt). Sbb takut kene bebel dgn Mr Anuar..aku paksa nurse tu tulis fungsi ubt2 tu kt setiap botol...n cara2 nk consume skali...Masa doktor tu bt final check up kt affan dia bg penerangan n terangkan mcm2 benda kt aku..Bla..bla..bla..bla...(Sikit habuk pon xmasuk dlm otak aku..semuanya beterbangan bagai debu2 kecil yg ditiup angin puting beliung)..Bla..bla..bla..bla..blah...yang aku tau ktorg dh boleh blah..n tggu hubby intan payung ku datang untuk jemput ktorg pulang..Aceceh jemput konon pdhl aku drive sendiri..Yela kalo share kereta caner aku nk ronda2 time dia pergi kje...Pas somiku tercinta datang ktorg folo keta dia dari blkg...then sampai umh..yeahhhhhh...sonoknya dpt menikmati bayu tengahari di rumah ku yang kurindui selama ni........................rasa nk cium je pagar umh aku time sampai2 tu..mujur untie dpn rumah tgh sidai kain..klu x mungkin aku plk nk kne warded sbb dsgka skizo....haha


Resipi Ayam Goreng Berempah

**Untuk portion 3 orang ke 4 orang yang bersaiz sederhana
BMI ideal only (hihi..aku tipu je nih)
** Ayam sebelah saiz sederhana (korg minta org kedai tu potong kecil2)



Bahan2

1) Bawang merah 4 biji (blender sederhana kasar)
2) Bawang putih 2 ulas (blender sederhana kasar )
3) Biji rempah atau dikenali sebagai biji ketumbar satu sudu besar (basuh n tumbuk)
4) Pes cili kering yg siap dimesin 2 sudu besar (kalau tanak pedas letak sikit jer)
5) Serai 2 batang...kerat-kerat setengah inci then blend kasar...
6) Sedikit garam ( secukup rasa )
7) serbuk kari daging satu sudu besar rata
8) serbuk kari ikan 2 sudu besar rata



Perap ayam dengan semua bahan di atas ni kira2 5 jam..perap dalam peti sejuk (chiller bukan tempat beku tu)...

Pas cukup 5jam keluarkan ayam n panaskan minyak n then goreng....

Pas tu bolehla makan...

PS:resipi ini aku ambil dari kwn2 n modified sikit..sodap bai...



Selasa

rasa sedih itu

Jika rasa sedih itu adalah AIR,biarlah ia mengalir ke akar-akar pohon, ke tanah-tanah gersang, ke tasik-tasik yang kekeringan.
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
Tapi JANGANLAH ke MATA ku..
Kerana sudah  terlalu banyak air yang mengalir dari situ..
Kerana ku takuti air dari mata ku itu tidak mampu memadamkan api neraka MU, Ya ALLAH.. 
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..
Jika rasa sedih itu adalah ANGIN, biarlah ia menghembus lembut ke hamparan-hamparan yang ketandusan, ke kawanan tumbuhan yang mengharapkan angin..
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
Tapi JANGANLAH ke JIWA ku..
Kerana sudah terlalu lama angin yang bergelodak di situ…
Kerana ku takuti angin dalam jiwa ku itu tidak mampu menjadikan ku kuat untuk ke jalan MU, Ya ALLAH..  
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..
Jika rasa sedih adalah KETAJAMAN, biarlah ia digunakan untuk menghunus musuh-musuh Islam, untuk mengasah akal para pejuang agama…
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
TAPI JANGANLAH ke HATI ku..
Kerana sudah terlalu dalam luka yang terhiris..
Kerana ku takuti ketajaman ke hati ku itu tidak mampu menjadikan hati ku Ikhlas untuk MU, Ya ALLAH.. 
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..
Namun,
Jika rasa sedih adalah CAHAYA PETUNJUK dari ALLAH, biarlah ia terpancar ke dalam mata ku, jiwa ku, hati ku dan ke seluruh alam..
Agar semua dapat merasai  cahaya keindahannya itu..
Cahaya keredhaan dari ALLAH ..
Tanda Kasih , Cinta, Ingatan dari ALLAH yang Maha Agung, yang Maha Mengetahui, yang Maha Pengasih, yang Maha Mengasihani, yang Maha Pencinta…
Yang telah menciptakan segala-galanya ..
Daripada tiada kepada ada...
Agar semuanya kembali kepada MU , Ya ALLAH..
Kembali sujud kepada MU..
Kembali menuju ke jalan MU..
Kerana Engkaulah destinasi cinta yang HAKIKI...


YA ALLAH,jika derita ini satu ujian untuk aku MENGHAPUSKAN dosa2 ku, maka aku redha dgn derita ini, PERBAIKILAH diri ku.Tetapi jika rasa dari derita  ini MENAMBAHKAN dosa ku pada MU, maka HILANGKANLAH ia dari hatiku, kerana aku TAKUT akan Murka dan  Siksa Neraka MU ~

Sumber:halaqah.net