Rabu

Definisi , Takrif atau Apa itu Negara.

Sedikit sebanyak perkongsian saya tentang 'apa itu Negara?'


Negara merupakan kelompok manusia yang hidup dan bekerja sama untuk mencapai tujuan sama. Selain itu Negara juga merupakan suatu badan atau organisasi tertinggi yang mempunyai hak ataupun kuasa untuk mengatur hal-hal yang berkaitan untuk kepentingan rakyat serta bertanggungjawab dalam melindungi dan mensejahterakan masyarakatnya. Perkataan Negara atau “State” selalu diterjemahkan sebagai ‘bangsa’, “masyarakat”, “kerajaan” dan lain-lain lagi. Dalam Sains Politik istilah “negara” bermaksud sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar serta merupakan sekumpulan manusia yang hidup dan menjalankan  pengawalan di sebuah wilayah tertentu dan tetap. Ia mempunyai kerajaan yang memerintah dan rakyat yang diperintah. Negara mempunyai peraturan serta undang-undang  yang ditetapkan dan dipelihara. Kewajipan dilaksana serta hak kewajipan diiktiraf oleh kedua-dua ahli kumpulan juga negara luar. Selain itu, Negara merupakan sebuah pertubuhan yang mempunyai beberapa ciri terutama sekali perhubungan antara wilayah dengan kuasanya. Secara etimologi istilah Negara diterjemahkan dari perkataan “Staat” dari bahasa Belanda dan Jerman, “State” dalam bahasa Inggeris dan “Etat” dalam bahasa Perancis. Terdapat banyak definisi yang telah dibuat oleh tokoh-tokoh terdahulu tentang apa itu Negara. David Easton juga pernah menekankan bahawa istilah Negara mempunyai pelbagai maksud dan sebahagian maksud terlalu kabur dan sentiasa dipertikaikan. Beliau berpendapat, lebih baik peninjauan tentang istilah Negara diketepikan sahaja.Namun ramai pengkaji tidak bersetuju dengan hujah Easton dan mereka mempertahankan peninjauan tentang konsep Negara. Beberapa orang penulis mendefinisikan Negara sebagai sebuah organisasi penting dan didirikan untuk menjaga kepentingan kesemua ahli masyarakat.Ada pula yang menganggap Negara adalah sistem kuasa. Jelas sekali terdapat berbagai definisi yang wujud. Ada definisi yang terlalu luas maksudnya dan ada juga yang terlalu terhad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan