Rabu

Tentang Confucius




Marilah kita berkenalan terlebih dahulu dengan Confucius (Kung Fu Tze). Nama sebenar Confucius adalah Kong Chiu. Kong adalah nama keluarga dan Chiu adalah nama beliau. Dilahirkan pada tahun 551 SM semasa pemerintahan Raja Ling dari Dinasti Zhou. Beliau berasal dari Negara Lu ( sekarang namanya Shandong). Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal semasa dinasti Chou.  Beliau adalah seorang ahli falsafah dunia yang mengajarkan nilai-nilai kebajikan dan moral. Berasal dari keluarga bangsawan.Ayahnya meninggal ketika beliau berusia 3 tahun. Selepas ayahnya meninggal dunia Confucius hidup dalam kemiskinan bersama ibunya. Sejak kecil lagi beliau mempunyai minat membaca sejarah, matematik dan tradisi orang cina.Semasa berumur 15 tahun Confucius menunjukkan  minat terhadap ilmu pengetahuan. Pada masa itu peluang untuk mendapatkan pendidikan agak sukar kerana faktor kemiskinannya dan hanya golongan bangsawan serta raja yang mendapat hak ketika itu. Namun begitu, beliau tidak pernah berputus asa dan akhirnya mendapat peluang apabila bekerja dengan golongan bangsawan dan telah dapat mengenali sistem kerajaan China kuno. Masa remajanya dihabiskan dengan belajar. Beliau mengusai enam seni iaitu tata karma, muzik, memanah, menunggang kuda, menulis kaligrafi dan aritmetik. Selain itu, beliau juga menguasai berbagai bentuk tradisi klasik, sejarah dan puisi kebangsaan. Confucius belajar dengan tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan semasa umurnya 17 tahun. 
Di bawah ni merupakan kata-kata hikmah oleh Ahli Falsafah terkenal ini....

antara kata-kata hikmah Confucius
Ibunya meninggal dunia semasa beliau berumur 17 tahun. Confucius berkahwin ketika berusia 19 tahun dengan isterinya yang bernama Yuan Guan dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang orang anak perempuan. Confucius merupakan orang cina yang pertama memperkenalkan pendidikan. Selain itu, beliau sangat mahir tentang “Li” (susunan tingkah laku yang baik). Oleh kerana pemerintahan Lu berpuas hati dengan tugas yang dilakukannya, Confucius dinaikkan pangkat dengan cepat dan beliua turut dilantik menjadi Ketua Hakim dan Perdana Menteri di negeri Lu . Ramai pelajar-pelajar Confucius yang berjaya menjadi pegawai negeri yang sukses. Terdapat beberapa anggota keluarga pemerintah Lu mula berminat untuk mendengar ajaran Confucius.Walaubagaimanapun, pemerintahan Lu tidak dapat menerima ajaran-ajaran Confucius. Oleh itu, Confucius berhenti dari perkhidmatan kerajaan selepas kematian ibunya. Kemudiannya beliau menghabiskan beberapa tahun untuk belajar dan menjadi guru dan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain seterusnya kembali ke Lu pada 484 SM. Beliau telah merantau menyebarkan ajaranya dan telah cuba untuk mencari pemerintah yang boleh mengikuti ajarannya tetapi gagal.  Ajaran Confucius menekankan cara menjalani kehidupan yang harmoni dengan mengutamakan moraliti atau kebajikan. Confucius mengabdikan seluruh kehidupannya  untuk belajar dan mengajar. Ianya bertujuan meningkatkan juga mengubah kehidupan sosial pada ketika itu. Selain itu, beliau turut memperkenalkan program ajaran moraliti atau kebajikan untuk para calon pimpinan Negara. Ajaran-ajaran Confucius telah diterjemahkan dalam pelbagai Bahasa. Pengaruh ajaran Confucius turut berkembang ke Eropah, Amerika dan Negara-negara Asia. Beliau meninggal dunia pada tahun 479 SM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan