Khamis

Bersalin Caesaran Kali Ke 2

Assalamualaikum w.b.t
Wah lamanya tak menaip niii..rinduuu sgt..ahaks..Actlly aku lama xmenaip sbb terasa malas sgt nk on lappy huhu..nk karang mengarang ...sibuk dgn sikecil si sederhana dan si besar..haha..Aku bru je selesai berpantang, pantang sendiri beb..sian aku...mana nk jaga affan hadziq yang semakin membesar, mana nak jg si kecil yg bru lihat dunia, mana nk jaga mkn mnum incik husben,mana nak jg diri sendiri..Aku sbgai multitasking mom yang kental ttp tabah harungi perih jerih seorang isteri, ibu dan ...haha..

C section

Aku baru je bersalin ank ke dua..Seorang bayi perempuan yang aku namakan Nusaybah Aleema...Ye Nusaybah, nama yang paling aku suka.Aku melahirkan Nusaybah Aleema melalui C-Sect method..Sbnrnya tujuan aku dgn suami ke Dewan Bersalin Muslimah hanyalah untuk booking tarikh bersalin normal..Aku nak sgt try bersalin normal krna selalu aku dgr btpa nikmatnya merasai pengalaman bersalin normal..Tapi sygnya tiada rezeki utk aku bersalin melalui kaedah biasa, mungkin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik utk aku pada masa tu..Pada minggu ke 36 sepatutnya aku ada appoinment Dr..Aku skip sbb 1st Dr tu lelaki, 2nd sbb Doc tu muda dan hensem, 3rd Sbb Dr tu bkn di spital yg aku nk bersalin..aku kene jumpa dia sbb tpt aku check up perut rutin tu dkt dgn hospital tersebut..4rd aku diappoinmentkan berjumpa beliau sbb nak check sama ade bole ke tidak aku bersalin normal sbb dah ade history bersalin c-sect ank sulung aritu..5th sbb aku dimaklumkan kwn2 jiran ofis aku (kwn2 dari ofis lain yg berdekatan pjbt aku) yg Dr yg nk check sama ada ssorg tu bole bersalin normal atau c-sect adalah melalui VE (vagina examination)...betoi xtau aku eja ni haha..Apepon atas sbb2 berikut aku skip appoinment dgn Dr lelaki itu...Aku tanya husben n husben pon tak bagi Dr lelaki yg periksa utk bersalin tersebut..hah sudahnya husben aku ajak g booking tarikh bersalin kt Dewan Muslimah yg mana semua nurse dan Dr O&G semenya muslimat belaka...Semasa hari kejadian 30/10/15 aku n somi terus ke Dewan Muslimah menggunakan kereta masing2 (naik kete asing2) sbb niatnya lepas jumpa Dr nk tukar kete dgn somi sbb dia nk bw kete aku g servis..tapi hajat tak kesampaian sbb Dr kata kena operate ptg tu gk..spttnya due bersalin 24/11/2015..Sbb air ketuban dh tinggal separuh mmg kene operate jgk,aku ade tnya Dr tu bole induce x, Dr kata xbole dh..risiko sgtlah tinggi..Aku bncg dgn hubby sama ada ktorg lari balik brnk kt GH je..hubby suh brnak kt tpt tersebut jgk..Oleh itu, aku minta nk balik umh kejap nk kemas bju..N aku pn mula laa berpuasa utk operate ptg tersebut..Sejujurnya aku nk habaq..operate di Hospital Pantai Sg petani lebih menyeronokkan berbanding di sini..Bezanya di Hospital Pantai ramai sgt lelaki dlm operation theatre tu..(betoi ke aku eja ni..hihi maklumlah tinggal sekolah lama dh..).
.Masa bersalin ank sulung hari tu langsung tak rasa sakit..Tak rasa apa2 langsung..Masa anak sulung umur aku 20an..Anak kedua ni aku bersalin masa umur dh 30an..Masa siap2 nk masuk bilik bedah tu, nurse pasang tiub kencing tanpa bius..pergh..sakitnya tuh di sini..rasa nk tokak je nurse yg pasang tu..huhu..Pas pasang tiub tu kene jalan kaki weh pegi bilik bedah..tokojut den sbb masa kt Pantai aritu dorg tolak dgn katil skali..siap ade midwife lg tolong gosok2 perut n layan aku merapu...masukje bilik bedah aku disuruh baring kt katil yg tersangatlah keciknya..rasa cm kerusi klinik gigi pon ade..(ala kerusi yg pesakit baring utk check gigi tu)...Masa Dr nk bius spinal tu dorg suh aku mengerekot cm udang tu...Aku rasa ank yg sulung dlu Dr inject epidural la sbb langsung xrasa sakit pas bersalin n jd lalok pas keluar bilik bedah..yg ank kedua ni hanya inject spinal..pas hilang bius tak sampai 6jam azabnye mulalah terasa..dhla tak bole tido sbb sakit n katil tu keras sgt cm kayu, sakit tulang blkg den ni hah..huhu..pengalaman bersalin c-sect kali kedua ni mmg sakit sgt la bg aku, sakit perut plus sakit tpt jahit tu..ari kedua nurse ajar aku cara bgn, dia tekap tgn dia kt tpt luka aku punyalahh sakit..nngis teresak2 aku yg berjiwa heavy metal ni..byk ari gak la sakit pas bersalin anak ke dua ni..hari ke 3 da bole balik..Hari ke 5 ktorg kene pegi jumpa semula Dr utk buka plaster kt tempat luka tu..Masa hari ke 5 semua sakit luka c-sect n sakit perut tu dh hilang..Aperpon sengal2 seluruh sendi, sakit lutut, sakit tapak kaki, sakit pinggang dan sebagainya masih terasa. Arini je aku rasa sihat sebenar-benarnya...Semasa kt Dewan Muslimah tu baby menyusu botol sbb aku bersalin cezer tak bole bgn..hari ke 3 aku menyusu direct, xde masalah sbb da ade pengalaman menyusu anak 1st dlu..
Bersalin c-sect ni ade org yg kata sakit, ade yg langsung tak sakit.rasa sakit pas bersalin cezer tu tak sama setiap org..

Sabtu

Affan Dh 3 tahun 9bulan

Affan Hadziq skrg smnjak nk dpt adik dah smkin boleh diharapkn..klu nk suruh amik apa2 dah reti dh..klu suh sidai tuala sdri pon dh pndai..Affan Hadziq penyayang,cerdik,ank yg soleh dan baik..sllalu klu aku mgaduh sakit perut laju jee dia tlg gosokkan perut aku ni sambil ckp "adik,duduk diam2..mama sakit perut..Affan kini dh pndai tulis nombor..duk saje2 kt umh dia ambil kertas n tulis..Affan Hadziq dah suka nk solat sma dgn hubby...aku xnk desak dia..biarla apa yg dia bt mmg ats keinginan dia sdri...Semoga Affan Hadziq berjaya d dunia n akhirat...amin..


Jumaat

Hargailah Pasangan Anda dan Apa Yang Anda Ada......

Cerita ni saya copy dari facebook sebagai peringatan untuk saya dan kawan2..

Kami sama-sama keluar rumah jam 6.45 pagi. Isteri menuju ke rumah mertua manakala saya terus sahaja ke Nilai. Elok sahaja saya keluar dari tol Bangi menuju ke Selatan, ada seorang lelaki berserban sedang terbongkok-bongkok dengan motorsikalnya. Saya pun berhenti mana tahu beliau perlu pertolongan.
Insaf sekejap apabila saya menyapanya “rosak ke?” Beliau jawab, “Assalamualaikum”. Saya pun tersengih-sengih menjawab salam.
“Tayar pancit je ni, tak ada apa pun, dah biasa” jawabnya.
“Abang nak kemana ni? Dengan beg bagai”
“He he he, mana lagi, tengok dunialah!” Dia ketawa. Sesekali beliau melibaskan kepala kerana ekor serbannya terbang ke hadapan dadanya. Mungkin risau kotor.
“Kau nak pergi kerja, pergilah, aku ok ni, tak ada apa, semua beres!”
“Eh tak apa bang, saya tolong mana yang patut” Saya memang tak tahu langsung bab-bab nak baiki motor, kalau tayar pancit pun memang agak gagal juga sebenarnya. Tetapi ada satu perasaan nak mencangkung sama-sama sampai siap.
Sudah beliau menukar apa yang patut, beliau mengeluarkan pam kaki. Di pamnya beberapa kali dan nampak penat, saya pula menyambung ala-ala gagah Kim Jong Kok. Alhamdulillah semuanya selesai, beliau mengeluarkan air dan membasuh tangan. Kemudian duduk mencangkung untuk minum air seteguk dua. Saya perhatikan sahaja.
“Abang ni macam jauh je perjalanan, ok ke bang?”
“ok.. jangan risau, Aku ada Allah” jawabnya perlahan. Saya mengeluarkan dompet dan memberi beliau apa yang ada. Beliau sambut dan mengucapkan terima kasih.
“Kau ada anak?” tanyanya.
“Ada bang, seorang, anak perempuan.” Jawab saya.
“Ya Allah, kau beri kehormatan, kau beri keberkatan, kau beri ayah dan emak kepada saudara seislam aku ini kebaikan untuk mendidik anak-anaknya ya Allah” beliau terus angkat tangan dan berdoa. Saya terdiam dan perhatikan sahaja.
“Terima kasih bang, terima kasih” sedang saya mahu berpaling untuk menuju ke motor, beliau pegang bahu saya.
“Jaga anak kau baik-baik, itu amanah. Aku dah tak ada semua tu. Semua dah dapat syurga barangkali, semua dah tak ada lagi depan mata aku” Wajahnya tenang sahaja. Akhirnya beliau tanya saya ok atau tidak jika dia mahu nasihat serba sedikit kepada saya, alang-alang dah berjumpa katanya berilah dia pahala juga dengan memberi cerita kebaikan kepada saya, saya ok sahaja. Kami pun meneruskan bersembang sekejap di tepi jalan yang sudah penuh dengan kereta berdesup-desup.
Rupa-rupanya isterinya meninggal dunia semasa tragedi mahu melahirkan anak yang pertama. Anaknya pula meninggal bersama. Semasa beliau berkahwin, beliau masih seorang yang nakal, masih mengusik orang lain, perempuan lain, malah sangat berani mencabar isterinya untuk melihat dia berkahwin lebih dari satu, sedangkan beliau tahu isterinya itu sebaik-baik wanita yang pernah dia kenal dalam hidup. Dia suka cakap besar dan sangat suka membesarkan diri sendiri dengan cerita-cerita hebat.
Tetapi itulah kenakalan dalam hidupnya, tak pernah menyesal dengan kehidupan hu ha yang bagai tak akan berakhir. Beliau tak pernah rasa kenakalan beliau tersebut akan menyebabkan Tuhan memberi balasan yang besar dalam hidup. Beliau selalu cuba mempermainkan keluarganya dengan kata-kata bongkak seperti jika isterinya mati dia akan kahwin lepas hantar jenazah di kubur. Walau ramai yang marah, beliau masih bergurau-gurau tanpa ada perasaan sesal.
Takdir Tuhan, mereka kemalangan semasa menuju ke hospital untuk melahirkan anak. Walaupun itu sekadar kemalangan kecil, isterinya mengalami pendarahan dalaman yang teruk. Anak juga tak dapat diselamatkan.
Beliau hilang punca. Disebabkan itu beliau tak keluar dari rumah hampir satu bulan, menangis lebih dua minggu. Hingga keluarganya membawa berjumpa doktor bimbang dia kemurungan.
Hari ini, selepas empat bulan beliau kehilangan orang yang dia sayang-sayang, dia merantau dengan motorsikal ke seluruh negara. Katanya mahu bermusafir. Dia baru pulang dari Perak, kini menuju ke masjid-masjid di Negeri Sembilan dan Melaka, seterusnya ke Johor. Jika ada kuliah-kuliah di masjid tersebut yang beliau suka dan minat, beliau akan tinggal dalam satu ke tiga hari, kemudian meneruskan perjalanan lagi dan lagi. Puas saya bertanya beliau dari mana, beliau tak mahu jawab.
Katanya sejak bujang sampai kahwin khatam Quran adalah empat lima kali, dalam empat bulan ini katanya dua minggu sekali Khatam! Beliau ketawa sambil mengesat-ngesat air mata.
Beliau tak ada telefon bimbit, tapi saya beri nombor telefon saya. Mana tahu dalam perjalanan nanti ada singgah Bangi, bolehlah kami saling bersembang sekali lagi.
Beliau menasihati saya beberapa kali, hargai setiap sesiapa yang ada di sekeliling, jangan main-main dengan apa sahaja yang keluar di mulut, semua itu doa. Tuhan boleh beri dan boleh ambil bila-bila masa sahaja. Jangan cakap besar, jangan bergurau dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya dan jangan sesekali meremukkan hati orang yang kita sayang dengan gurauan-gurauan kasar.
Kami berpelukan, saya mengucapkan selamat jalan kepadanya. Saya biarkan dia jalan dulu kemudian saya potonglah nanti dengan kelajuan siput gondang saya, kahkahkah. Taklah, saya biarkan sahaja beliau menunggang motornya dihadapan saya. Sampai exit Nilai, saya pun masuk dan dia meneruskan perjalanan.
Saya sangat yakin yang beliau telah tinggalkan segala-galanya. Keluarga, kawan, teman rapat semuanya terus habis di sisinya. Oleh itu beliau sanggup bersembang dan bercerita dengan orang yang beliau tak kenal untuk meluah rasa hatinya.
Masya-Allah, hebatnya kuasa Allah.
Macam-macam orang rupanya Tuhan hadiahkan pengalaman, siksaan, kekecewaan, pengajaran dan kebenaran. Ada yang boleh harungi dan kembali berjumpa jalan Tuhan, masya-Allah hebatnya. Saya pula kagum. Hebat kan? Semoga abang tadi Allah berikan tempat terbaik dalam hatinya untuk beliau kembali kepada keluarga, saya yakin keluarganya sangat merindui dia.
Kawan-kawan,
Buat masa ini saya langsung tak berani nak bergurau dengan isteri saya bab kahwin dua, tiga, empat. Bukan sekadar tak ada keyakinan diri, tapi takut juga dengan amukan isteri. Hahahaha.
Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Mari sayangi orang disekeliling.
Khairul Hakimin. Muhammad
Seorang suami yang suka ketawa, juga suka buat isteri ketawa. Cewah.
Copy dari: https://www.facebook.com/khairulhakimin.muhammad

Rabu

Anak 6 tahun ke bawah sakit perut ( Intussusception )

Assalamualaikum..
Dua hari selepas balik dari kampung kerana bercuti Hari Raya Aidilfitri di kampung suami baru2ni, my little clever boy mengadu sakit perut..Pada mulanya aku igtkn itu hanyalah perkara biasa kerana Affan Hadziq juga mengatakan sakit perut sekiranya dia makan terlalu banyak sehingga sengkak..Contohnya "mama, Affan sakit perut susu"..(maksudnya beliau sengkak atau terlalu kenyang kerana minum susu).. Tapi sakit perut Affan kali ini amat berbeza, kerana dia akan membongkokkan badan dan sujud sambil menggenggam kedua-dua belah tanganya dengan mengerutkan muka sambil menangis (cam org dewasa sakit perut senggugut plk aku tgok ) and dia nngis2 suruh aku sapukan minyak angin ke perut kecil dia itu... Suami aku pula mengesyakki Affan Hadziq sakit perut kerana serangan cacing..Mulanya my hubby paksa my lil clever boy makan ubat cacing..Pastu dia bawa plk pegi mengurut perut dgn sorg kakak berbangsa siam dekat tpt tggl aku tu...Tapi sakit perut Affan hilang hanyalah seketika sahaja...Macam2 cara aku berikhtiar untuk hilangkan sakit perut anak kesayangan aku ni..Beberapa minit sekali dia akan mengadu sakit perut, 2malam aku dan suami tak dapat tidur kerana asyik terbangun n setiap kali dia menangis aku akan urut tapak kaki dan betis kecil my lil clever boy dengan minyak..Bila reda sakit je dia akan tido sekejap then tak sampai beberapa minit Affan akan terjaga dan menangis lagi..Keesokkan harinya aku dan suami decide untuk bawa Affan ke hospital..Masa kat spital doc pakar kanak2 yg ktorg slalu jumpa tu dtg n dia kata dia cuba bg ubt jgkitan kuman dlu utk Affan n sekiranya sakit Affan berulang dan tidak berkurangan dia akan periksa lebih lanjut n gunakan kaedah lain pula...Masa Affan kene warded tu dh jam 12mlm...Bilik plk penuh so Affan dimasukkan ke wad yang paling sempit kt spital tu...huhu..sabo jela..memandangkan aku sorg je jaga Affan so mlm tu mmg aku tak bole tido lena sbb sepanjang malam setiap beberapa minit sekali Affan akan menangis mengadu sakit perut..Aku cm biasa la bgun urut tapak kaki n betis kecil dia...lenguh pinggang beb semalaman duduk membongkok atas katil spital sepanjang masa, tambahan pula aku mengandung 6 bulan kot mase tu..huhu..Keesokkanya pepagi lagi doc pakar tu dtg periksa, aku bgtau dia yg sakit anak aku tu tak hilang and menngis setiap beberapa minit semalam sbb sakit perut sgt..Pastu doc tu suruh ktorg turun bawah utk ujian ultra sound...Xlama pas tu ade staff dtg bawa aku n my clever boy ke bilik ujian ultrasound...Pas doc department tu check dia berbincang dgn doc pakar yg rawat Affan..Pastu doc pakar tu jumpa aku kt luar n explain tentang sakit Affan tu n ape treatment yg depa nk bg...Dia kata usus ank aku tu tersumbat..dan sakit tu nama dia "Intussusseption".. iaitu satu keadaan di mana sebahagian daripada usus memasuki sebahagian usus yang lain dan menyebabkannya tersumbat.
Ianya bukan hanya usus sahaja yang terperangkap tetapi ia membawa bersama salur darah dan mesentry (tisu seperti langsir yang ada salur darah). Salur darah tersebut akan tersumbat akibat tekanan dan boleh menyebabkan sel usus bengkak dan akhirnya sel tersebut mati.
camni lah keadaan usus bila berlaku intussusception

Adakalanya usus boleh bocor, kuman boleh merebak ke dalam darah dan menyebabkan kematian pesakit. Mengikut penerangan doc pakar tu, kemungkinan jangkitan kuman pada usus Affan yg menyebabkan intussusception terjadi. Selain itu, ianya boleh terjadi kepada kanak-kanak bawah 6 tahun. Doc tu jg terangkan kaedah rawatan yang dorg akan gunakan adalah dengan memasukkan sejenis cecair yang dimasukkan menggunakan tiub khas ke dalam punggung Affan seterusnya dilakukan x ray untuk mengesan keadaan usus Affan. Menurut doc pakar tu lagi kaedah tersebut sebagai rawatan juga untuk mengetahui keadaan usus anak kesayangan kami itu. Doc tersebut juga turut memberitahu sekiranya pasukan mereka gagal untuk menyelesaikan masalah "intussusception pada Affan melalui cara ini maka pembedahan merupakan cara terakhir untuk merawat Affan Hadziq...Kini hampir sebulan berlalu Alhamdulillah Affan Hadziq sembuh dan tidak lagi mengadu sakit perut...

Selasa

pretty ugly - nanti



Artis : Pretty Ugly Tajuk Lagu: Nanti


Engkau rungsing
Dia tiada disamping seperti selalu
Engkau bising
Dia sentiasa berada dalam pelukanmu
Engkau ingin
Akhiri hidupmu dengan dia yang benar kau cinta
Engkau tak ingin
Terima semua jika impianmu itu musnah
Terlambatkah dirimu tika
Dia pinta darimu itu semua?
Biarkan saja dia sendiri
Mungkin dia kan pergi
Mungkin dia kembali
Nanti kau berjumpa
Insan lebih sempurna
Dia milikmu selamanya
Nanti kau bertanya dirimu sendiri
Apa yang telah terjadi cuma hikmah
Disebaliknya
Masih sempatkah dirimu tika
Dia putuskan untuk berpisah?
Biarkanlah saja dia pergi
Dia takkan peduli
Dia takkan kembali
Kau tak sedar
Cintamu untuknya selagi dia ada bersama
Kaukan sedar
Cintamu sedalam mana ketika dia telah tiada
.........

Jumaat

Kedai Sushi Sedap di Sungai Petani

Teringat lagi semasa mengandungkan Affan Hadziq, masa tu aku suka sgt makan nasi kandar..Kerap aku pegi mkn nasi kandar kt kedai mamak dkt2 tpt keja..Masa mengandung Affan bulan puasa, ingat lagi masa tu siap bersahur kt kedai mamak lagi..punyalah nk mkn nasi kandar. Pepagi buta dh makan nasi kandar..hahaha...Skrg ni 2nd pregnancy aku tak teringin langsung makan nasi kandar..Mengandung anak no dua ni pelik sikit, hari2 nak makan sushi..hehehe..mujur la sushi tu mudah dapat kot kawasan umh aku..Ade ja tpt nk beli sushi...Buat masa ni sushi yang aku rasa paling sedap dan harganya berpatutan adelah kat kedai sushi tu yg namanya "Empire Sushi"...terletak kat tingkat atas pasaraya Cmart Sg petani.turun2 eskalator tingkst atas tu korg mmg terus nampak kdai sushi tu n terus bole beli..tagline kedai tu "premium sushi for everyone"..tak silap aku la..Nyum2 sedapnya sushi..nk2 abalone maki, tuna maki urm..ape lagi ek..erm bermacam2 jenis maki lah ....lapar pulak sushi bila taip entry nih..tgok la esok lusa klu rajin aku pegi beli lg...kecur liur teringat sushi kt situ.......Kat bawah ni sushi yg aku beli baru2 ni..korg cuba try test mesti puas hati...



Khamis

Contact Lense Pilihan

Herm arini sy nak kongsi tentang contact lense yang saya guna...
.Saya mula pakai contact lense sejak saya disahkan rabun tahun 2008...Kalau lense yang tak de kaler sy selalu beli jenama Air Optix.
.Lense ni sy beli di kedai-kedai Optometrist dekat-dekat dengan kawasan saya tinggal xpon dkt2 area tpt keje sy. Air Optix ni boleh kita pakai sehingga 12 jam..Sangat selesa sebab bila pakai rasa macam tak pakai kanta pon...Biasanya yang ni saya pakai semasa kerja sbb kdg2 saya terpaksa bekerja dlm jgka masa yang lama dan kerja tu plk yg memerlukan saya untuk tidak pulang ke rumah dalam hari tu..Untuk air cuci lense tu plk saya suka guna jenama Opti-Free
..tak kira lah sama ada "lasting comfort" ke Opti-free "pure moist" ke.
.jenama ni sgt serasi dgn mata saya sbb bila sy try guna air cuci lense jenama lain biasanya lense tu akan jadi cepat kering, mudah tercabut , rasa tak selesa dan rasa macam ade benda je kt mata saya..So sy prefer air cuci lense tu jenama Opti-Free je..
Bagi lense kaler , saya suka guna jenama Freshkon dan Blincon.
Freshkon ni ade byk warna so byklah pilihan utk kita. Saiz lense sama dengan saiz anak mata.
Freshkon boleh tahan dalam masa sebulan sahaja, lebih dari tu sila buang dan beli yang baru..
Kanta Blincon bole tahan hingga 3 bulan..untuk lense Blincon saya rasa warna dan design dia tak banyak sangat yang saya suka..
Kalau yang suka bg mata nampak besar tu bolehla guna lense Blincon, mcm barbie doll gitu..Untuk lense warna saya suka guna yang nampak natural dan sesuai dgn warna mata org asia macam saya ni. Misalnya warna coklat muda, coklat gelap dan hazel..
Tapi dekat kotak lense tu nama dia lain la dari yg saya tulis ni hihi..Saya mmg tak suka langsung pakai lense yang kaler dia terlampau menonjol misalnya kaler biru, merah, hijau etc...saya rasa cm pelik je macam segan je nk pakai lense dgn kaler2 yg terlalu menonjol tu..Lense Blincon dan Freshkon ni boleh pakai kat mata sehingga 8 jam sahaja, kalau pakai lebih pada tu mata akan rasa tidak selesa dan kanta tu nanti mulalah nak tercabut keluar...Saya hanya akan pakai contact lense yang saya beli dari kedai Optometrist sahaja sebab lense-lense ni lebih selamat. Biarlah kita membayar lebih sedikit untuk harganya asalkan selamat untuk mata kita kerana mata ni pancaindera yang tidak ada galang gantinya kalau rosak. Saya mmg tak akan beli lense yang kini kita tengok banyak di jual di kiosk-kiosk yang terdapat di kaki lima dalam pasaraya sebab kita tak tahu sama ada lense tu selamat digunakan atau sebaliknya..Selain tu saya juga tak berani nak beli secara online lense-lense yang katanya doll look yang skrgni byk dijual di internet. Kalau hari saya mls sgt xpon nak cepat, sy just pakai glasses jela dapat juga rehatkan mata.....

Seronoknya filem Jurassic World (2015)

Baru-baru ni aku dgn seorang kawan aku pakat-pakat bawa ank pergi tonton filem Jurassic World.



Memula member aku tu yg ajak aku n cdgkn aku bawa my clever boy pergi tgok movie Jurassic World...Aku mesti la teringin sgt nk bawa affan tgok filem tu sbb dia fetish sgt ttg dinosaur.Sebelum pergi tu ktorg singgah kedai mkn cepat (fast food) nk bg dia mkn sbb bln puasa seme kedai mkn biasa ttup..Ank aku ni mmg obses sgt dengan dinosaur ni, banyak jenis-jenis dinosaur yang dia hafal...Memula nk start citer tu kn ade byk scene sembang n dinosaur lom keluar affan pon mula menunjukkan tanda-tanda boring..dia bisik kt aku "mama, jom kita balik!"...Aku pujuk dia..Aku bgtau.."satla, tunggu dulu..satgi dinosaur keluaq."Untuk bagi dia tak rasa boring sgt aku suruh dia duduk atas riba aku..Tak lama citer tu mula la nampak kelibat dinosaur...Punyalah excited affan, siap menjerit2 lagi bila ade scene yg dinosaur hybrid tu serang dinosaur lain
Ni dia jurulatih veloceraptor kt Jurassic World tu...

...Mujur aritu panggung wayang ade tak sampai 10 org je kot...Pastu tiap2 kali citer tu fokus kt certain2 type dinosaur yg dia kenal mula laa dia duk explain kt aku nama-nama dinosaur tu..Pada pendapat aku Movie Jurrasic World kali ni mmg sgt menarik. Setiap pergerakan dinosaur tu dorg create nampak hampir2 real..Sangat seronok dan enjoy...Sesuai ditonton bersama keluarga sbb scene 18 sx xde ye...Ade satu je scene kiss..tu pon affan jerit mrh..dia kata "eiii..busup (busuk)...hahaha..rasa nk tergelak pon ade dgr dia ckp cmtu..
Scene ni yg paling aku suka..
Aritu rasa happy sangat sebab tengok affan enjoy tengok movie tu...Habis seme org dia suruh diam dlm panggung tu..Masa balik rmh tu dia tido dlm kete kul 5ptg..Sepanjang perjalanan balik tu dia tido sampai rmh...Kt rmh aku dgn hubby kejut suruh bgn pon dia tak nak..Esoknya kul 6.30 pagi baru dia bgn..dia bgtau aku yg dia nk kencing...Sbb nk siapkn brg2 my clever boy ke tadika so my hubby tlg mndikan affan..masa nk bg affan mandi tu hubby tanya dia kenapa dia tido lama sgt..Affan cite dia pergi tengok cite dinosaur dgn mama..Ade dinosaur byk..Ade T rex, Tyraceratop, Predactyl, Veloceraptor etc...Mmg excited sgt cara dia cerita kt hubby..Ari masa aku hantar pergi taska mmg dia happy sgt..Siap lambai tgn lg kt aku n senyum..Selalunya muka monyok je..hehe..Sbb my lil clever boy happy so aku happy sgt arini..Oleh itu, aku sgt syorkan korg tgok movie ni mmg sgt sgt sgt best.... =)

Mosasaurs



Jumaat

Lepak2 kt umh..

Td boring2 aku ngusik affan, tarik sluaq dia bg nmpk pampers..dia mrh n kata "it's not funny mama!"..masa tu aku gelak2 ms nyakat dia..nk gelak rasa bila dia ckp cmtu..pastu masa aku gelak lg dia kata plk "stop it mama..".. amboi nk gurau sikit xbole abg affan la ni..serius smcm je sjk2 nk dpt adik ni...haish

Khamis

Affan hadziq 3thn 6bln

Affan hadziq semakin besar,semakin hansome,semakin cerdik n baik..semalam aku tunjukkn gmbar kawin ktorg kt affan hadziq masa tunggu adik beli nasi kandar ptg smlm...masa tgok gmbr kawin ktorg tu affan kata "yg tu mama, yg tu papa!".Pastu dgn nada terkejut dia kata "aik, mana affan!"...pastu xsempat aku jwb dia dh kata.."owh, affan dlm pewut (perut)"....btl2 terkejut aku, sbb aku xpernah bgtau cmtu kt dia..lgpon masa bersanding tu mna de aku pregnant..huish...bru2 ni affan ade exam, aku tnya dia.."exam affan bole buat x?".dia jwb..."affan dpt bintang dua"...ntah la btl ke x...sbb dia xbrpa fasih lg bercakap, agak telo sikit....bru2 ni masa aku bg dia tido dia nyakat aku..konon2 jd hantu la..memula aku bt xkisah, pastu lelama rasa seram plk sbb dia bt suara mendayu2...aku ni bkn brni sgt..hehe...dia bt bunyi "mama...tidoq la mama....mama tidoq la mama..suara dia bg jd pelan2 cmm dlm cite hntu.pastu bt muka blur cm hntu bdk kcik dlm filem korea tu...herm mcm2la hero ku nan sorgni...arini seharian dgr dia nyanyi lagu "WAKA WAKA" syakira tu..bila sampau part welcome to Africa dia sebut "wetem tu afita" dia sebut...Affan hadziq ade satu bende yg dia sgt obses..dia obses dgn dinosaur...td ade cite dinosaur kt Nat Geo Wild sampai sudah aku xdpt kalih channel lain sbb dia asyik nk tgk dinosaur...actually dia xsuka ngadap tv,td sbb cite dinosaurnye pasal sampai mata xberkedip dia tgok tv tu...setiap hari Affan hadziq akan ckp dgn baby dlm perut mama dia nih...kdg2 dia bckn abc utk adik dia yg xkeluar lg nih..kdg2 dia nyanyi lagu subhanallah...arap2 nnt bila adik kluaq kt dunia ni adik akan rapat dgn abg affan...abg affan suka mkn kicap, everything he ate he will put the soy sause...even waffle cake...imagine that...huh jenuh..arini tgglkami 2org lg kt umh,hubby p melaka...cian kn kn..aku plk ngah exam lani..dlm condition ngandung ni mmg perit sikit la bila kne musim exam..mana study last minute, mana morning sickness plus dizzy almost every second...menjadikan aku moody manjang..ariini muntah seme yg mkn..pastu sudahnye pegi exam mkn kuih 2biji je..ptg kul 5ptg bru lunch weh..tp syg tekak wa xble terima dhhh...sudahnya mkn satu dua sudu je pastu balik...mengandung kali ni aku jd lebih tough, lebih cold blood...haha...mujur ade hero kecik ni yg sllu tlg picit kepala mama dia...even xrasa ape2 kira ade la org nk manje2..bole gitu...hikhik...ok arini aku nk rehat...chow dlu

Isnin

Tinggal kami berdua lagi....

Semalam hantar hubby naik bas .dia kene outstation lagi kat Kenyir...nampaknya byk ari juga la aku dgn Affan kene tinggal berdua..Ops silap bertiga dgn baby (dlm rahim lg)..Herm hubby suh ajak mak n adik dtg teman kami kt rmh..Smlm masa hntr hubby naik bas Affan tido..Aku tanya kenapa dia x pegi dgn kereta je..Dia ckp xlrt nak drive n pas kursus nnt dia kata nak balik kampung jenguk ma dgn abah kt kg...Pas je hntr hubby semalam aku terus pecut kete laju balik umh..Almaklumlah kete hubby hahaha..Sebelum aku gerak semalam dia dh pesan bawak kete leklok...Dh tau kot wife dia bw kete cmna...Aku bawa laju tapi tak race ok...eii taknak la aku menyebabkan kecederaan atau kematian orang lain...nnt rasa bersalah sepanjang hayat ooo...Semoga Allah lindungi aku dari semua tu...Sampai depan umh mak amik mak dgn adik balik rumah aku (ceh padahal umh mak dengan umh aku selang dua buah umh je kot)..then parking n punggah2 brg2 bw masuk dlm umh..Smlm mak xcht, penat and batuk..Fenin kitorg berdua dibuatnya..dhla adik pon xcht batuk2 jgk...Sbb mak muntah byk, aku dgn adik keluar plk 11mlm cari mknn..Beli burger je tu senang n cepat...Affan mmg tido xsdr2 dh dari kul 9.00mlm...Keesokkan harinya pas siap2 affan mulalah dia bt perangai tanak pergi sekolah..dia bg alasan sekolah tutup...Amik masa jgkla nk pujuk dia...Pastu terus aku dukung paksa jgk pegi sekolah..Sampai sekolah elok je dia benti nangis..saje akai byk la ni......Pagi semalam masa hntr mak pegi spital, aku dgn affan tpksa jln kaki jauh sbb parking kt asrama jururawat (tpt keje lama aku ni..)..Masa jalan tu Affan ade ckp "Mom stop, your phone!" aku pon benti jln n try dgr kt beg..aahla bunyi handfon...Haish Affan skrg ni asyik speaking london je manjang...mana blaja aku pon xtau sbb tiap ari dia tgok kartun kt youtube...Ptg smlm masa hubby panjat tangga pasang lampu bilik dia pon ikut panjat...pastu dia tanya "Dad, what are you doing step up to ladder".. terkejut baq ang dgr dia tanya cmtu...Aku ni tiap ari cakap slang kedah dgn dia, laki aku plk cakap dgn Affan pakai slang Terengganu..Mai mana dia duk speaking london dgn kami nih..Ka blajaq kot youtube..Hari2 tgok cerita Peppa Pig dan Charlie and Lola..Kartun ni mmg ckp Britain.



Sabtu

affan hadziq 3tahun 5bulan

Arini affan tgk video kt youtube ada parents 1 bdk lelaki baya2 dia n baby...dia kta dlm video tu mama,papa,affan n baby...skrg ni tiap2 ari dia nk tgok video baby ķy youtube nk2 video twin babies...klu video tu ada baby gelak dia pon gelak jgk...smlm dia nk cuci tgn, ni part pling aku xgemar..mnjg nk cuci tgn..pembersih la sgt..hehe..ade suami dlm toilet bilik...sbb aku xlrt bgn dduk 2 3 kali aku suruh dia pggil papa dia dlm toilet utk cuci tgn dia..dia pon ketuk2 pintu toilet tu n ckp.."papa, may i wash your hand"...haha nk gelak pn ada..so aku pon pbetul ayat dia..arini plk tgh aku sdp2 baring ats sofa dia pon nk join jgk..sdhla sempit..2 3x gk dia jtuh bwh, pastu aku bgn amik toto dlm blik bentang dpn tv nk bg dia baring...masa aku usung toto tu dia kata "it's a bed time"....nk gelak dgr akukta kt dia byklaaa....haish mcm2 la affan la ni byk akai dh..baru2 ni aku xde kt umh so dia tggl dgn papa dia..suami selongkar laci pastu tjumpa souvenir gajah yg aku bli ms p thailand aritu..tgh dia selongkar affan nmpk pastu affan nk amik ptung gjh mgnet fridge tu..my hubby xbg dia ambik n kta affan jgn main tu brg mama nnt mama mrh...then affan xjd amik..pas tu dia pth blik nk amik dia nmpk hubby dia xjd ambik..pas tu dia try lg skali nk amik dia tgk hubby nmpk dia dia tolak hubby n ckp "papa pegi mandi..".dia tolak hubby masuk toilet dlm blik, msa hubby nsuk toilet tu my hubby kata nmpk affan pegi amik magnet fridge gajahtu...isk isk isk..akai jenuh dia skrgni...

Jumaat

preggy week...ntahla aku pon tak kira..

Assalamualaikum...
lama sudah aku xtulis kt blog ni...arini musim sibuk dh berlalu,bleh la santai2 sambil taip2 kt sini..arini ari ke dot dot dot aku pregnant...pregnant kali ni aku tak berapa bole mkn nasi...ade jgk kwn2 tnya aku ada alahan x?aku tak tau cmna nk jwb sbnrnya...sbnrnya morning sickness tu ade..pening plus loya plus letih spnjg hari..bru2 kne kne luar kwsn aku mmg letih sgt2 xtau nk ckp...xsuka nk mrungut sbb aku xnk label suka bg byk alasan tu lekat kt aku..so aku kuatkn smgt tbhkn hati terus bkerja mcm biasa stiap hari...sakit tu hnya Allah je tau...smlm pling teruk sbb kje non stop dari 7.00pg lebih  sampai 6ptg lbih..tgh2 pns kje..tau kn org mgndung ni xthn duk tpt pns....bila pns aku jd  xcht..loya pening...adoi mmg btoi2 mguji ketabahan aku kali ni...ptgje balik jln plk jem dgn samseng2 jlnraya yg bermotosikal bagai berkonvoi...meluat gk tgok pmuda2 melayu membodohkan diri cmtu..bgsa lain xde plk dlm konvoi dorg tu....pas smpai jer rmh aku tgk kete hubby dh ade..mybe dia dh amik affan kt umh mk..so aku terus drive p umh mak sbb nk bw mak dgn adik ke klinik, dorg pktw dmm..sshla klu adik aku dmm sbb dia yg jg mak...dia yg jg mkn mnum mak,bw mak p spital,tolak kerusi roda mak klu2 mak nk p toilet dll lg..kn mak aku bru kluaq wad aritu, lmbt recovered..kne ada intensive care la..aku dgn xbrpa cht drive bw dorg pg klinik husna..aku ska klinik ni sbb doc dia pompuan..lg satu doc dia terer...n ubt dia serasi dgn kitorg...smpai je klinik hujan punyala lbt...pas siap seme balik aku hntr mak dgn adik blik umh dorg dlu pastu bru blik umh..aku beli bhun sup..sbb pening kpla mlmpau aku mndi..igt pas mndi nk mkn..pas mndi tetiba je aku rasa  cm nk pitam sgt2 n pening n berangin satu bdn..dan2 xselera nk mkn kueteow sup yg aku bli tu...sudahnya aku baring je atas katil...sbb sakit sgt mulala rasa nk berair je mata....mujurla somi aku tlg picit kpla...pastu sdr2 dh siang..xpasal2 aku lgsung xjamah mknn yg aku bli tu...mgndung kali ni aku xberapa nk ade selera mkn..berat aku pon asyik turun je..mujur xbt buku pink lg..klu x mmg kne mrh dgn misi le jwbnya...ok sbb sume ksibukkan dh xde jdnya bolehla pasni pegi scan perut nk tgok brpa week yg sbnrnya...n buka buku pink...bermulalah episod check up rutin yg membosankan...aduhai....

Selasa

Affan Hadziq 3 tahun 4 bulan

Baru-baru ni Affan Hadziq demam dan batuk2..sama dgn mama. Mama xcht so affan pon xcht tp affan ttp happy mcm biasa..haritu seharian xdpt bgn sbb terlampau pening n loya, aku tido je dalam bilik...aku tgok affan enjoy je tgok video kt tab dia..Pastu aku panggil2 dia sbb masa tu mmg tgl kamu berdua je kt umh..Aku panggil dia "Affan, meh sini tolong picit kepala mama..mama sakit kepala..mama demam". Mula dia jwb "kejap mama"...pastu aku tertido..pas terjaga aku tgok Affan baring sebelah aku sambil mkn sosej..Aku kata "nape Affan mkn atas katil nnt semut mai"...Tak boleh makan sambil tido..aku sambung lg ceramah separuh sedar aku tu...Pastu bile ntah dia tanya "mama, papa mana?" Aku jwb "papa keje". Dia tanya pulak.."Mama, nape papa keje?" aku kata, mmgla papa keje, nnt papa nak beli pampers Affan..Pampers adik,beli susu Affan..beli mcm-mcm lg...pastu dia senyap xtanya dh...Kdg2 dia ckp nk cium adik..ngilu juga perut aku dipeluk si kecik ni..huhu...Affan Hadziq ni cerdik saja bt2 xreti..dia reti eja tp bt2 xfhm apa2..aritu sbb dia mengeja kt kedai nasi kerabu tak pasal2 kakak tauke nasi kerabu tu bg bihun goreng free sebungkus kt dia ...haha..Satu yg aku xtahan setiap pagi mesti menggelupur taknak pergi sekolah, padahal masa aku ambil time balik sekolah elok je..bila aku tanya seronok tak naik van sekolah,seronok tak pergi sekolah? dia jawab seronok...ih ih ihhh...xfaham sungguh...

Ahad

My 2nd Preggy

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar baru2 ni rasa xsedap bdn..try test check rasanya preggy 2nd time nih...masuk arini baru sesangat lg..ptt xpyh tulih pon sbb awal lagi..tapi aku xkira nak juga tulis..hih..
feelin preggy kali ni xberapa xcited, biasa2 je, sedih, xlarat rasa kali ni aku lebih berperangai kasar dari 1st preggy dlu..huhu..xkn nk dpt anak lelaki lagi kot..eheh..sbb kali ni aku lebih heavy metal org kata..bawak keta lebih laju..lebih drift..lebih dasat...kelajuan keta kecil tu takat 140kmj je bila pecut..tapi aku tekan sampai 145kmj...betoi la kot..eh eh...adoi. kali ni lebih berdikari..klu xselesa perut gosok2 sendiri..sedih bukan..tapi kali ni aku lebih kuat...cian baby..huhu...bertahanlah anakku..Kali ni punya preggy, mama x alahan langsung..xsakit langsung..xsakit tulang belakang langsung...Allah menguji sekadar kemampuan mama sahaja..Kerana Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...Anakku, semoga engkau kekal sihat terpelihara dan menjadi tabah seperti ibu mu ini..cewah..tabahke... semoga Allah memelihara kamu sepanjang berada dalam rahim mama...semoga Allah berikan kekuatan dan perlindungan buat kita menjadi hambanya yang soleh@solehah..Anugerah/amanah Allah ini akan mama jaga sebaiknya....Semoga kamu sentiasa kuat dan baik....

Rabu

jom jauhkan diri dari sifat BAKHIL

Nasihat Sayyidina Abu Bakar mengenai sifat bakhil.


Terjumpa artikel ni dari blog surijunior. Eii ngerinya baca. Mohon dijauhkanlah sifat ini dari dalam diri kita. Orang putih kata the more u give the more u get..ye dak..Buat apa la nak kedekut sebab semua yang ada di dunia ini adalah milik Allah s.w.t. Islam menggalakkan umatnya bersedekah. Dah jadi tabiat manusia ni berkira. Setiap yang disumbangkan mestilah boleh memberikan manfaat kepada dirinya. Firman Allah : "Ambillah sebahagian harta mereka menjadi sedekah supaya dengannya engkau membersihkan mereka dari dosa dan menyucikan mereka daripada akhlak yang keji dan doakanlah mereka" (at taubah 9:103)



Abu Bakar Al-Siddiq memberi nasihat: 

" Orang-orang yang bakhil atau kikir tidak terlepas daripada salah satu daripada 7 perkara:
1. Ketika dia mati, hartanya akan diwarisi oleh orang yang akan menghabiskannya kepada sesuatu yang tidak berfaedah.

2. Allah akan membangkitkan pemimpin zalim yang akan merengut seluruh hartanya setelah menyeksanya terlebih dahulu.

3. Allah menggerakkan dirinya untuk menghabiskan harta bendanya.

4. Muncul idea untuk mendirikan bangunan dikawasan bencana sehingga satu ketika bangunan tersebut habis runtuh.

5. DIa ditimpa musibah yang memusnahkan hartanya seperti kebakaran, banjir, kecurian dan sebagainya.

6. Dia ditimpa sakit kronik sehingga habis hartanya untuk mengubati penyakit tersebut.

7. Dia terlupa dimana hartanya disembunyikan.


Banyakkan keburukan akan kita dapat kalau kita kedekut. Jadilah orang yang pemurah. Memberilah kepada sesiapa saja terutama orang terdekat seperti ahli keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai. Ingatlah, dalam harta kita terdapat hak orang lain yang perlu ditunaikan.

Copy from : http://www.surijunior.com/2014/08/sifat-bakhil-jauhkanlah-ya-allah.html

Selasa

Islam Melarang Mencela dan Memberi Gelaran Buruk Kepada Seseorang

Al hujurat ayat 11 sambungan ayat akhir 

sebelum nak comment baca lah overall dlu yek.

Assalamualaikum.
arini ade anon tegur sy utk bg kesedaran kpd umat islam..amboi..tingginye cdgn beliau.sebelum nk komen tu sila baca deskripsi blog ini dulu ye...bg saya biarlah klu kita nk belajar tentang agama tu jumpa dgn guru2 agama dan belajar secara berdepan.. kan saya tulis dah blog sy ni utk sy tulis tntng ape yg sy baca n pengalaman saya sendiri  n dikongsi jika baik ambil,jika tidak sila abaikan...en or puan anon bole belajar agama dari guru agama secara berdepan dan bukan dgn baca di blog2...bloggerni cm en or puan anon la serba kekurangan..tujuan penulis tu tulis apa yg dia pnh lalui n pernah dgr or baca utk ingatan sdri kot..sbb ramai sgt yg bljr agama melaui internet tu yg blaku mcm2..so sy cadangkan en or puan anon jika nk timbulkan kesedaran kpd umat islam biarlah diri sendiri lakukan inisiatif dulu, sama ada buat program pgil ustaz2 yg ade tauliah mengajar face to face, itu lebih baik...klu en anon or puan anon asyik duduk mngadap pc,laptop or gajet utk surf internet utk cari2 salah org..itu pon tak bagus..berdosa pulak yg dpt..so fikir2kan ye selamat beramal...

Isnin

Maksud Embargo

Maksud perkataan Embargo.
Mengikut kamus dewan edisi keempat ialah 
1) Perintah daripada kerajaan yang melarang kapal perdagangan masuk atau keluar dari pelabuhan 
( biasanya dalam masa permusuhan )
2) Larangan mengeksport barang dagangan yang tertentu dan lain-lain ke sesebuah negara ( biasanya dalam masa permusuhan).

Contohnya : Pertumbuhan China dan ekonomi global yang rancak menjadikan permintaan terhadap minyak mentah dunia tinggi. Namun, negara Libya dan Iran berdepan dengan konflik menyebabkan bekalan minyak mentah kurang. Manakala, Iran dikenakan "embargo" oleh Amerika. Keadaan ini menyebabkan permintaan terhadap minyak mentah tinggi sedangkan bekalannya kurang. Maka, harga minyak mentah dunia menjadi tinggi.

Jumaat

corat coret xdpt tido..

Hurm td tmn affan tdo..saje bg dia tdo awal sbb sok dia skolah...mula lepak atas katil.kejap lurus kerap mengerekot hish xbole jd ni..aku mmg xdpt tdo..siang nnt mulala gntok xkira tpt haishhhh..pyh2..trigt td aku tepuk peha si kecik tu nk bg dia tdo..mata dia nmpk kuyu cm nk tdo sgt2..pas tu dia pusing bdn mgiring mbelakangkan aku plk..n then dia pusing hala muka dgn mata dkt nk ttup dh kt aku pastu tetiba dia sergah..HAAH!.pastu dia gelak2 kecil kata hehe kejut...omak kau..terkezut beruk aku nih...amboi, dia kenekan aku plk si kecik ni..nk gelak pon ade..ni dh lama dia beradu..aku lak xtido2..tggu somi tercinta xkunjung pulang lg ..cian somi aku tiap ari blik lwt2 membanting tulang 4kerat utk cari nafkah..sebabtu la aku ni tak suka nak minta-minta duit dari dia..biar la aku pakai kereta lama aku je...biarla aku beli brg2 aku guna duit gaji sendiri..bru2 ni dia bli brg yg dia nk..bg aku harga tu agak aku tak berkenan..tp aku tak nak bising sgt...biarla dia happy beli ape2 yg dia suka mybe dgn cara tu dia rasa enjoy dgn duit gaji dia sendiri..aku kalo bole nk sgt krja sampai dh xbole krja sbb aku xnk bebankan laki aku..atleast bila aku bkerja aku bole tlg2 sikit klu mna2 yg xdpt cover...kesian sgt tgok hubby yg krja non stop..sllu je dia tak dpt nk sembang2 dgn affan, herm...adeh sakit kaki aku pon xilang lagi..2ari kayuh bsikal..almaklumla..aku kn suka bersenam ek kekeh..nk2 plk basikal aku tu aku dh pasang seat utk affan..ptg2 bolehla ronda2 kwsan umh..aku siap brli lampu lg..snng nnt nk kayuh mlm2..kereta belah tmn aku ni bawak cm org gila silit..so lampu tu sbgai precautionary measure la kiranya..supaya pemandu2 jelangak nmpk aku nih..pelik la mata aku ni mlm xnk tdo..siang mgntok plk..aku pernah terlelap time drive kete..mujur la tak excident..klo Tak tak tahulah nk kata pe..yg best pas sedar tgh mndu tu aku bnti plk kt trfic lite padang temusu n tido lg sekali..masa tu bln posa.,aku tjaga sbb terdengar kereta lain tekan pedal minyak je sbb lampu dh tukar hijau...pastu terus aku tak mengantok n drive balik umh..haish bila laaa somi nk blik umh ni..seko kambing..dua eko kambing..4 eko kambing..adoi..mmg xbole tdo..herm bgun jela bt latihan ekonomi sikit..mna tau kot2 satgi terus tidoq bila mula nk menulis ja...haishhhh...

Khamis

Affan Hadziq 3 tahun 3 bulan..

Affan dh semakin fasih berkata-kata. Semakin cerdik. Semakin comel. Semakin baik. Semakin matang..Skrgni Affan dah pandai request nak adik..Bila tanya nak adik mcm aiman ke macam icah..Kdg2 dia kata nak cm aiman..kdg2 nak cm icah..ikut dan dia la..Affan selalu pegi umh tok cari hakim..Tanya mana mommy..mana daddy.. (mak n pak ngah dia)..Affan suka mkn nasi kicap (nasi dengan ayam@daging masak kicap)..Affan baik cuma kurang selera makan..Kdg2 letih masak kt dia, last2 tanak makan..Hurm penat cheq..Baru2 ni affan tanya atok (my mom) kenapa atok solat. Atok jwb sbb Allah suruh. Byk lagi la yg dia tanya..Affan ni mudah mesra..Ramaila bangla suka tegur klu aku pegi cuci keta kt kedai or beli mknn kt kedai mamak..Affan suka menyanyi..Baca alif ba ta kuat2 dalam kete..pening aku dibuatnya..Berat dia underweight so somi aku belikan dia weight gain..xtau la pasni dia beselera ke x mkn..Bila tanya nak mkn pe..sikit2 piza..sikit2 piza..org itali pon xmkn piza tiap2 ari nak oii..baru2 masa amik dia kt taska aku tgok kuat dia nngis..smpai umh aku tnya sape buat,dia kata abg buat..( Biasa la duk taska klu bdk2 lain buat tu)pastu dia kata takpa mama, nnt affan tendang dia....hahaha..xpadan dgn kurus nk tendang org..Aku jwb, uiks xpyhla tendang abg tu xbaik..xbaik tendang klu org xbt pape kt affan, tapi klu org bt affan n affan nk tendang xpela.. (bole ke cmtu ..ahaks)..Kdg2 dia minta nak mndi kolam..Aku bg alasan suh tggu kakak kilah mai dlu bru boleh..So tiap kali dia mnta nk mndi kolam, pas fikir sejenak dia akan kata..tggu kakak kilah mai..Pastu terus dia xjd nk mndi kolam..Kdg2 bila p mna2 dia lmbt aku kejan suh cpt dia akan jwb dgn intonasi berlagu yg lemah lembut "kejap la mama"..Klu suh bt apa2 dia jawab.."okay mom"..terpengaruh dgn kartun la tu..hurm mcm2..Ade sekali tu dia buat suara pelik "meme..meme"..aku tanya dia, affan ni jd ape..dia jwb "jadi baby"..selalu ajak aku main lawan2..biasa dia amik dinosour dia 2 ekor n ajak "mama, jom kita main lawan2"..pastu ajak shopping la..mcmla mama ni kaya sgt nk shopping tiap2 ari..Affan reti sebut Bismillah..reti sebut Alhamdulillah...Selalu dia peluk lengan aku sambil buat muka bahagia time aku drive n dia duk sblh...Affan suka tgok cite dinosour,selalu sebut nama-nama dinosour ni.. tyraceratop, brachiosaurus, angrysaurus,detactor..btl ke x ntah aku eja ni hihi..

Sabtu

Yana Samsudin dah kahwin rupanya...

Oh my God Oh my God Oh my God...
ish3 xsgka Yana dah kawin..dgn adik farid kamil lak tu..muka cam ustaz adik farid kamil ni..Sweet je tgok..Aku bkn pmnt dorg pon..hihi..Muka adik farid kamil ni ade iras2 ex bf aku yg sipi2 dh nk kawin aritu tp xjadi masa 2009..Sbb ape xjd..urm..aku pon xpaham dgn aku pada masa tu..Sbb aku yg taknak..mybe mmg xde jodoh kut..dia tu baik ...mgkin Allah nk bg yg lagi baik kt aku kot..Tht's y aku kawin dgn suami aku...hihi..aperpon mmg nngis wei tgok pre weds video dorg..touching sgt...moga berkekalan slmanya........

Khamis

Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Menangis

Aku nak share syair ni sbb syair ni juga buatkan aku menangis...Semoga Allah pelihara aku dari terpesong akidah..Semoga menjadi pedoman untuk kembali disisinya..Mungkin esok..mungkin lusa..or bila2 jer...............
Jika Tuhan bertanya kepada ku
“Tidak malukah kau bermaksiat kepadaKU
Kau sembunyikan dosa mu dari makhlukKU
Dan datang padaKU dengan penuh dosa”

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapakah yang akan selamatkan aku?
Aku terus menyogok diriku dengan impian dan harapan dari masa ke semasa

Dan aku melupakan apa yang terlihat pada kematian
Dan apakah yang akan berlaku selepas diriku dikafankan
Seolah-olah aku ini dijamin hidup selamanya
Seakan mati tidak akan menemuiku

Dan telah datang sakaratulmaut yang amat ngeri
Siapakah yang mampu melindungi diriku ini?
Aku melihat pada wajah-wajah
Apakah ada daripada mereka menebusku?

Aku akan disoal apa yang aku lakukan didunia untuk menyelamatkan diriku ini?
Maka bagaimana akan aku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku! Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah menyeruku?
Apakah aku tidak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaff dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari ad-deen (Qiamat)?

Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru & menjemputku?
Maka ya Rabb! Seorang hamba datang bertaubat. Siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yang maha luas pengampunannya & membimbingku pada kebenaran
Aku telah datang kepadaMU maka kasihanilah daku & beratkanlah timbangan (kebaikan) ku
Dan ringankan (percepatkan) hisabku dan Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban. Ya Allah!

Selasa

Syair Imam Syafie Sebelum Meninggal Dunia

Syair Imam Syafie sebelum beliau meninggal dunia ini merupakan salah satu syair yang sangat aku suka.


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي

Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا

Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي

Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا

Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل

Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا

KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي

Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا

Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي

Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا

Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد

Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا

kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس

Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا

Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه

Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما

Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي

Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا

Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى

Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا

Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى

Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا

Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث

Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا

Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia



sumber:http://fuaizgeneration.blogspot.com/

Janganlah Kita Memandang Rendah Terhadap Seseorang...


Rabu

Kenapa Ada Orang Pertikai Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Bangun Solat Semasa Koma...

Assalamualaikum..
Bagi aku ramai orang yang mengutamakan politik dari agama..Ape yang aku nk perkatakan tentang tajuk aku arini adelah pendapat peribadi aku je nih..Jangan nk publisitikan pulak ye..Aku pelik betoi la, kenapa ada orang yang nak pertikaikan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz bangun solat semasa koma. Kuasa Allah itu janganlah kita nak pertikai, kuasa Allah itu tidak mustahil. Kuasa Allah tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Mungkin semasa Allahyarham masih ada beliau pernah berdoa untuk sentiasa menjaga solat dan Allah memakbulkan doa itu. Aku bukan penyokong PAS. Aku berfikir secara rasional. Siapalah kita seorang hamba yang tidak punya apa-apa nak pertikaikan kuasa Allah. Politik is politik, jgn kerana politik kita nak hina seseorang yang Allah pilih untuk berikan keistimewaan. Suka hati Allah la nak bagi kat sesape pon, kita sape nak pertikai sumer tu...Kalau berjuta tahun kita beribadah tapi xde keikhlasan dalam hati..kita takkan dapat apa-apa..Allah lebih mengetahui segala-galanya. Manusia adalah bodoh lagi lemah. Sebagai orang islam apabila kita mendapat berita seperti itu kita sepatutnya gembira bagi pihak Allahyarham kerana diberikan keistimewaan oleh Allah dan berdoa supaya kita juga diberi nikmat husnul khotimah seperti itu. Macam semalam balik dari jaga mak ade rintik-rintik hujan jatuh kat muka aku..Aku mula cuak dah sbb takut hujan lebat ssh aku bawa motor jer. Pastu aku doa..Ya Allah aku mohon tolonglah tangguhkan hujan ni sampai aku sempat sampai umah, pastu kalo nak bagi hujan lebat pon xpe..Then hujan tu tak turun, elok aku masuk je dalam rumah hujan pon turun dengan lebatnya...See, itulah yang dipanggil kuasa Allah..Allah itu Pencipta,kita ni hamba ja..Kita ni sekadar boleh melihat dan menilai seseorang manusia dari segi luaran je...Allah lebih tahu..Renung-renungkan dan selamat beramal...Semoga Allah mengampuni kita.

Surah Al Imran Ayat 26

Katakanlah: Ya Allah yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendakki dan Engkau cabut kerajaan dari siapa yang Engkau kehendakki dan Engkau muliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki . Di tangan Engkaulah semua kebajikan: Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Renungkan juga tafsir

 surah Al Imran Ayat 40
Zakaria berkata : Ya Tuhanku, bagaimanakah aku akan mendapat seorang anak, sedangkan aku telah sangat tua dan isteriku mandul. Allah berfirman: (Ya), demikianlah Allah berbuat apa sahaja yang dikehendakiNya.


Ahad

Akhirnya Aku Jumpa Penawar Bagi Segala Keserabutan Ni

Assalamualaikum..
Setelah berhari2 aku susah hati,akhirnya aku sedar ubatnya ada...Betapa malunya dengan Allah bila aku tersedar. Sebenarnya ubat bagi segala susah hati ini adelah syukur..Sepatutnya aku lebih bersyukur kesihatan emak bertambah baik,sepatutnya aku lebih bersyukur bila diberi peluang bertugas luar kawasan kerana aku mempunyai masa lebih banyak juga flexible,sepatutnya aku bersyukur diberikan seorang anak yang baik/cerdik/mendengar kata/managable/tak banyak complain walau sering kena tinggal sbb aku sibuk..sepatutnya aku bersyukur kerana diberikan seorang suami yang memberi sepenuh kepercayaan dan sentiasa memahami juga tak demand mcm2,mudah,baik,tak suka mengarah2..Malunyaaa....malu dgn janji2 yg aku buat dan yg aku asyik tangguhkan...malunya..Bersyukur barulah hati tidak lg serabut....Lagi satu ikhlas..Bila kita bersyukur dan ikhlas dalam beribadah barulah terasa kenikmatanya.

Jumaat

2015 penuh cabaran..

Serabut,loya,pening,stress,risau,takut,sedih & mcm2 lg perasaan bercampur baur...permulaan tahun ni sgt tak best bg aku...akhir tahun 2014 juga xberapa memberikan smgt untuk berjuang ke 2015..ujung 2014 aritu affan kne masuk wad..2 3ari gk sbb athma..di saat aku sedang memberikan smgt kpd diri sdri untuk ke 2015...tahun ni plk awal2 lg mak kne warded dari 27hb januari hingga hari ini 13hb februari masih xkeluar2 wad...dah pulak mak kne jalani imitasi plk tu..aku sgt2 sedih sampai rasa sakit dada..dah tu plk kmrin aku tanya nurse yg bg mak ubt bila mak bole keluar, jwpn dia mgecewakan aku..nurse kata xde dlm perancangan dorg pon yg mak bole keluar ward lg..pastu nurse tu kata KIV esok sbb doc nk tgk condition dia caner..aritu masa masuk ICU2, katil mak selang 2buah katil dari abg ipar maklong(kakak bapak).Aku tgk abg ipar maklong aku nmpk sihat drpd mak masa dlm wad ICU2 tu sbb nmpk dia ckp2 dgn wife dia..tp xsgka dia telah pergi mengadap ilahi arini (Jumaat) sama tarikh dengan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz ..awal tahun ni aku ade byk kje sangatttt...berat rasanya ujian utk aku tahun ni...semalam aku jg mak kt wad n aku bg adik balik rehat kt umh..pastu masa mlm tu adik suh aku check kt cctv umh aku ade x org bw sport rim kete lalu dpn umh aku dgn motor..aku pon switch on la monitor cctv tu try check..kul 5.48 ptg smlm 12 feb 15 org jahat tu ade lalu dpn umh aku.pastu ktorg pegi umh mak check,mmg cnfirm 2ekor tenuk tu curi sport rim dari umh mak aku..kul 10.00mlm tu aku dgn adik lodge repot kt balai polis kt pekan tu...polis tu kata nnt ade polis yg akan call aku mlm tu gak..aku tunggu punya tunggu sampai kul 1am kot, xde sape kol pon...arini pon xde..yg ade member2 je yg kol.adakah polis xamik serius ek bende ni?dahtu yg ronda2 pon xberapa nmpk kot area umh aku pon..herm...semoga Allah memberi balasan setimpal kpd si pencuri yg masuk curi kt umh mak aku tu..mana sedih mak yg xselesa duk kt wad dgn xbole mandi tu.serabut dgn keselamatan umh mak sbb xde org nk jg..adik2 aku bergilir jg mak kat wad n kje lg...polis pon jarang dah nak ronda2 ptg2 kot area umh ktorgni that y skrg jenayah berleluasa..kawasan umh aku ni plk mmg sunyi je manjang..sumer org sibuk cari duit..yg tinggal sorg dua je surirumah n warga emas..keje byk,umh xterurus, lg org masuk umh,mak xkelua wad lg and mcm2 lg laaa...kdg2 aku tlupa aku dh mkn ke belom, kdg2 aku blur,kdg2 rasa hangin smcm walau kslhn org bt tu sikit....mcm2 lglaaa...mujur la somi sgt memahami..kalau x, cmne la jdnye xtau laaa.....