Ahad

affan hadziq dh daftar masuk tadika.,

Assalamualaikum
pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu...affan hadziq dh berumur 4 thn (klu iku thn la)..sbb affan lahir bln 12..ikut perkiraan sebenar umur dia bru masuk 3 thn sbln..cmtu la lebih kurang...Aritu sbb dia cm boring p taska selalu tu.. aku n hsbnd dcide dftr dia masuk tdika sbb dia mmg suka bljr cuma xbole blaja lelama sbb dia kcik lg n nnt cpt lak dia bosan..tadika bru ni ajar english islamic montesori..method yg digunakan mgikut penerangan yg pgetua bg kt kami tu cm mnrik je....xpela asal affan xbosan sudah..lgpon bole dia practise cm nk p sekolah sbnr..tadika bru tu asing dgn dia nye nursery...kiranya tiap ari pasni aku kne hntr dia ke nursery bru n pastu nnt cikgu kt situ akan siapkn dia utk ke tadika dgn van dorg jgk..tergelak2 ktorg duk byg cmna la ank aku yg kcik lg ni nk pergi skolah dgn van...cian..biasa pepagi lg dia tdo..pasni 7.30 pg dh nk kne msuk kelas..arap2 semuanya baik2 je..mnurut pgetua tdika tu lg dia jmin yg ktorg akn dpt tgk prubhn affan hdziq pasni..dia jmin affan akn cpt pndai mmbca n urus diri sdri...xkisahla..aku hrp affan seronok je duk situ nnt....affan jgk akn bljr qiraati skali pastu...May Allah Bless and guide my precious son always....

Isnin

Antara Tempat Menarik Kat Pulau Pinang (Muzium Interaktif)

Dah lama kejadian ni..ni baru lapang nk tulis..Tempat menarik kat Penang ni banyak..Ni dia salah satu nya..Muzium Interaktif..Bagi yang memang suka bergambar dan berselfie bolehla mai tempat ni...Muzium ni dekat sangat dengan Jeti belah pulau tu..jalan sikit ja...














Sebenarnya ada byk lagi tapi xlarat nk upload semua...try la pegi sini..byk lukisan 3d yg dorg pamerkan..

Sabtu

Resipi Ayam Goreng Berempah Yang Sangat Ringkas

Resipi ayam goreng berempah ringkas

bahan-bahan :
1) Ayam sebelah
2) bawang besar yang saiz kecil (besar buah dokong) 3 biji
3) serai 3 batang (kerat-kerat serai tu setiap sebatang dgn saiz seinci-seinci setiap satu)
4) rempah kari ikan babas sesudu besar (penuh sudu tu)
5) biji rempah satu sudu besar rata (cuci kemudian tumbuk lumat)
6) dua sudu teh/sudu kecil sos tiram
7) garam secukup rasa


ayam berempah serdak bertimbun..haha..


Cara-caranya :-

Semua bahan-bahan kt atas ni gaul dengan ayam tu sampai sebati n then korg perap dalam peti sejuk (jgn perap kt luar takut nnt djgkiti bakteria pula sbb ayam xbolek ltk luar ais lama2 takut kene salmonela plk)

perap sejam setengah xpon 2 jam xpon sehari..pastu deep fry..goreng guna minyak masak yg banyak. Sebelum tu panaskan dulu minyak tu..then baru masukkan ayam..Api jangan terlalu kuat takut hangit pula ayam tu nnt...

Then kalih2 tgok dah masak boleh angkat n hidang...

Doa Supaya Anak Mudah Hafal Pelajaran


Selasa

Taska-taska di Bandar Puteri Jaya (Taska yang pernah Affan pergi)

Assalamualaikum..
Tahun ni umur Affan boleh dikira masuk 4 tahun. Affan pon mula menunjukkan tanda2 kebosanan di taska yang aku hantar dia sekarang..Dah lama Affan duduk kat taska ni. Tauke taska pon baik, mungkin sbb Affan dah besar dan perlukan pendidikan taska yang lain sikit atau mungkin dia dah bosan bermain-main di taska sekarangni maka setiap hari bila aku nak hantar dia pergi taska mulalah dia buat perangai..Herm..Terpaksalah aku merajinkan diri untuk review semua taska yang ada kat sekitar umh aku..Skrgni byk taska-taska baru kt kawasan umh aku..Byk saingan untuk pengusaha taska lama dan banyak pilihan bagi ibu-ibu yang bekerja. Masa Affan masih bayi, taska yang mula2 aku hantar Affan adalah Raudhah Mawaddah-Nursery (019-4131684)..Taska ni bagus cuma masa tu mybe sbb Affan kecik sgt so aku tukarkan Affan ke Taska Al Baiti .Bukan sbb taska Raudhah tu tak okay..Taska Raudhah Mawaddah tu aku suggestkan kalau korg nak hantar anak-anak yang umur 3 tahun ke atas sbb dia ada juga tadika kat situ n kelas iqra' ..Taska Al Baiti pula pengusaha taska tu baik, cuma masa aku hantar tu pekerja taska garang n xsesuai untuk perkembangan anak aku yang sedang membesar (mybe skrgni pekerja yang garang tu dah benti kot sbb biasanya pekerja taska kerja tak lama kt mana2 pon) Pastu aku tukarkan lagi Affan ke taska Graceland ( 04-4233484 -Teacher Ila)..Taska ni bagus, taska ni aku rasa mmg sesuai untuk kanak-kanak dua tahun ke atas.Sebab tengok cara dorg diajar agak menarik. Aktiviti yang dorg bg utk anak2 2 tahun ke atas tu menyeronokkan..Tapi aku tukarkan Affan ke taska lain sbb masa tu Affan baru belajar merangkak so aku rasa lebih sesuai aku hantar dia ke taska yang lebih luas..Aku buat keputusan dan aku hantar Affan ke Taska Bondamama (019-4804162 & 013-4079353 Pn. Ainne)..Taska ni pon bagus sbb cikgu2 tu bagi aktiviti untuk kanak-kanak..Kanak-kanak kat sini bebas bergerak sbb taska dia luas..Lagipon pengusaha taska pula mmg staff JKM..Environment dia mmg sangat sesuai sekiranya ada ibu-ibu yang ingin menghantar anak yang masih bayi ke sini. Seronok tengok cara diorang jaga anak-anak kecil sbb dorg ni jaga dengan penuh kasih sayang tau..Kanak-kanak bebas bermain dalam dunia mereka sendiri..Kat taska ni korg xperlu risau keselamatan anak-anak, mmg terjamin lah..Pastu masa mak aku tak sihat aku amik cuti panjang untuk jaga mak, Kemudiannya aku tak hantar lagi dah Affan kat taska ni..Bila aku mula kerja seperti biasa aku hantar Affan ke taska Khalifah Jannah(012-4653814 Kak Ina) pula..Taska ni ok, dorg jaga kanak-kanak dengan baik, cuma akhir-akhir ni Affan dah taknak pergi taska, dia dah besar.Aku perlu cari taska baru yang ada silibus yang membolehkan Affan Hadziq diberi aktiviti untuk dibuat agar hari-hari yang dilalui dia setiap hari lebih menyeronokkan..
Selepas itu aku hantar pula Affan Hadziq kat taska n Pre School Jannati..Kini dah 2 tahun Affan Belajar kat Jannati. Sekarang umur dia 5 tahun (2016)..Kat sini Affan belajar menulis, membaca dan banyak aktiviti yang dilakukan setiap hari. Guru-guru taska pula sangatlah baik yang amat...yang tu bole tengok dari kelakuan beliau yang over konfiden..hahaha...Sapa2 yg nak ank2 jadi konfiden bolehlah hantar kt sini taska dan Jannati Pre school...
Affan hari2 bgtau aku dia nak ke sekolah Al Quran...emm aku tgh fikir skrgni utk tukarkan dia ke tadika islamik pula....Nanti aku nak usha2 mana tadika islamik yang ade transit supaya senang affan nk ke sekolah nnt.
Semua taska yg aku pernah hantar Affan ni semuanya berdaftar dengan JKM.

ps :pandangan yang aku bg kat semua taska yang affan pernah pergi ni pandangan peribadi aku sendiri mungkin orang lain mempunyai pendapat yang berbeza.Semua taska yang kt atasni okay cuma aku tukarkan anak aku mengikut peredaran masa dan umur dia je.

Isnin

Lebih Banyak Kita Memberi Lebih Banyak Yang Allah Balas..

Assalamualaikum..
Emosi saya mungkin ketika ini sedih,sebak,terharu, bersyukur,gembira..Betul la kata orang lagi byk yg kita beri lagi banyak yang Allah akan bagi kepada kita.. Air mata saya bergenang tatkala kurniaan Allah yang terlalu banyak untuk saya..Syukur Alhamdulillah...Di hujung tahun ini pada mulanya fikiran saya agak berserabut mana nak cari peruntukkan untuk cat kereta saya yang catnya makin teruk..Mana nak bayar macam2 yuran..byk yg saya nak kena fikir untuk suntikan dana tambahan..Gaji saya xla sebanyak mana..tapi mmg cukup malah saya masih boleh membawa mak dan anak kesayangan sy jln2 shopping n keluar makan..Gaji saya biasa2 saja,kenderaan saya biasa2 saja apa yg membuatkan saya bersyukur sgt2 bila Allah sentiasa permudahkan semua perkara dalam hidup saya..Bila saya betul2 amat memerlukan kewangan biasanya akan ada wang dari mana2 yang akan saya terima..Hidup ni saya rasa xsemewah mana tapi mudah...Allah sebaik2 pencipta..Allah maha mengetahui..Maha penyayang..Rezeki itu tak semestinya gaji yang banyak, rumah yg besar dan kenderaan yg mewah..Syukur bila Allah kurniakan kepada saya kenderaan yang tidak banyak ragam dan kesihatan yang baik.Cukup makan, pakai dan teratak yang aman dan tenteram utk beribadah sudah dikira amat baik..Alhamdulillah...