Sabtu

Resipi Ayam Goreng Berempah Yang Sangat Ringkas

Resipi ayam goreng berempah ringkas

bahan-bahan :
1) Ayam sebelah
2) bawang besar yang saiz kecil (besar buah dokong) 3 biji
3) serai 3 batang (kerat-kerat serai tu setiap sebatang dgn saiz seinci-seinci setiap satu)
4) rempah kari ikan babas sesudu besar (penuh sudu tu)
5) biji rempah satu sudu besar rata (cuci kemudian tumbuk lumat)
6) dua sudu teh/sudu kecil sos tiram
7) garam secukup rasa


ayam berempah serdak bertimbun..haha..


Cara-caranya :-

Semua bahan-bahan kt atas ni gaul dengan ayam tu sampai sebati n then korg perap dalam peti sejuk (jgn perap kt luar takut nnt djgkiti bakteria pula sbb ayam xbolek ltk luar ais lama2 takut kene salmonela plk)

perap sejam setengah xpon 2 jam xpon sehari..pastu deep fry..goreng guna minyak masak yg banyak. Sebelum tu panaskan dulu minyak tu..then baru masukkan ayam..Api jangan terlalu kuat takut hangit pula ayam tu nnt...

Then kalih2 tgok dah masak boleh angkat n hidang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan