Selasa

Taska-taska di Bandar Puteri Jaya (Taska yang pernah Affan pergi)

Assalamualaikum..
Tahun ni umur Affan boleh dikira masuk 4 tahun. Affan pon mula menunjukkan tanda2 kebosanan di taska yang aku hantar dia sekarang..Dah lama Affan duduk kat taska ni. Tauke taska pon baik, mungkin sbb Affan dah besar dan perlukan pendidikan taska yang lain sikit atau mungkin dia dah bosan bermain-main di taska sekarangni maka setiap hari bila aku nak hantar dia pergi taska mulalah dia buat perangai..Herm..Terpaksalah aku merajinkan diri untuk review semua taska yang ada kat sekitar umh aku..Skrgni byk taska-taska baru kt kawasan umh aku..Byk saingan untuk pengusaha taska lama dan banyak pilihan bagi ibu-ibu yang bekerja. Masa Affan masih bayi, taska yang mula2 aku hantar Affan adalah Raudhah Mawaddah-Nursery (019-4131684)..Taska ni bagus cuma masa tu mybe sbb Affan kecik sgt so aku tukarkan Affan ke Taska Al Baiti .Bukan sbb taska Raudhah tu tak okay..Taska Raudhah Mawaddah tu aku suggestkan kalau korg nak hantar anak-anak yang umur 3 tahun ke atas sbb dia ada juga tadika kat situ n kelas iqra' ..Taska Al Baiti pula pengusaha taska tu baik, cuma masa aku hantar tu pekerja taska garang n xsesuai untuk perkembangan anak aku yang sedang membesar (mybe skrgni pekerja yang garang tu dah benti kot sbb biasanya pekerja taska kerja tak lama kt mana2 pon) Pastu aku tukarkan lagi Affan ke taska Graceland ( 04-4233484 -Teacher Ila)..Taska ni bagus, taska ni aku rasa mmg sesuai untuk kanak-kanak dua tahun ke atas.Sebab tengok cara dorg diajar agak menarik. Aktiviti yang dorg bg utk anak2 2 tahun ke atas tu menyeronokkan..Tapi aku tukarkan Affan ke taska lain sbb masa tu Affan baru belajar merangkak so aku rasa lebih sesuai aku hantar dia ke taska yang lebih luas..Aku buat keputusan dan aku hantar Affan ke Taska Bondamama (019-4804162 & 013-4079353 Pn. Ainne)..Taska ni pon bagus sbb cikgu2 tu bagi aktiviti untuk kanak-kanak..Kanak-kanak kat sini bebas bergerak sbb taska dia luas..Lagipon pengusaha taska pula mmg staff JKM..Environment dia mmg sangat sesuai sekiranya ada ibu-ibu yang ingin menghantar anak yang masih bayi ke sini. Seronok tengok cara diorang jaga anak-anak kecil sbb dorg ni jaga dengan penuh kasih sayang tau..Kanak-kanak bebas bermain dalam dunia mereka sendiri..Kat taska ni korg xperlu risau keselamatan anak-anak, mmg terjamin lah..Pastu masa mak aku tak sihat aku amik cuti panjang untuk jaga mak, Kemudiannya aku tak hantar lagi dah Affan kat taska ni..Bila aku mula kerja seperti biasa aku hantar Affan ke taska Khalifah Jannah(012-4653814 Kak Ina) pula..Taska ni ok, dorg jaga kanak-kanak dengan baik, cuma akhir-akhir ni Affan dah taknak pergi taska, dia dah besar.Aku perlu cari taska baru yang ada silibus yang membolehkan Affan Hadziq diberi aktiviti untuk dibuat agar hari-hari yang dilalui dia setiap hari lebih menyeronokkan..
Selepas itu aku hantar pula Affan Hadziq kat taska n Pre School Jannati..Kini dah 2 tahun Affan Belajar kat Jannati. Sekarang umur dia 5 tahun (2016)..Kat sini Affan belajar menulis, membaca dan banyak aktiviti yang dilakukan setiap hari. Guru-guru taska pula sangatlah baik yang amat...yang tu bole tengok dari kelakuan beliau yang over konfiden..hahaha...Sapa2 yg nak ank2 jadi konfiden bolehlah hantar kt sini taska dan Jannati Pre school...
Affan hari2 bgtau aku dia nak ke sekolah Al Quran...emm aku tgh fikir skrgni utk tukarkan dia ke tadika islamik pula....Nanti aku nak usha2 mana tadika islamik yang ade transit supaya senang affan nk ke sekolah nnt.
Semua taska yg aku pernah hantar Affan ni semuanya berdaftar dengan JKM.

ps :pandangan yang aku bg kat semua taska yang affan pernah pergi ni pandangan peribadi aku sendiri mungkin orang lain mempunyai pendapat yang berbeza.Semua taska yang kt atasni okay cuma aku tukarkan anak aku mengikut peredaran masa dan umur dia je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan