Rabu

Kenapa Ada Orang Pertikai Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Bangun Solat Semasa Koma...

Assalamualaikum..
Bagi aku ramai orang yang mengutamakan politik dari agama..Ape yang aku nk perkatakan tentang tajuk aku arini adelah pendapat peribadi aku je nih..Jangan nk publisitikan pulak ye..Aku pelik betoi la, kenapa ada orang yang nak pertikaikan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz bangun solat semasa koma. Kuasa Allah itu janganlah kita nak pertikai, kuasa Allah itu tidak mustahil. Kuasa Allah tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Mungkin semasa Allahyarham masih ada beliau pernah berdoa untuk sentiasa menjaga solat dan Allah memakbulkan doa itu. Aku bukan penyokong PAS. Aku berfikir secara rasional. Siapalah kita seorang hamba yang tidak punya apa-apa nak pertikaikan kuasa Allah. Politik is politik, jgn kerana politik kita nak hina seseorang yang Allah pilih untuk berikan keistimewaan. Suka hati Allah la nak bagi kat sesape pon, kita sape nak pertikai sumer tu...Kalau berjuta tahun kita beribadah tapi xde keikhlasan dalam hati..kita takkan dapat apa-apa..Allah lebih mengetahui segala-galanya. Manusia adalah bodoh lagi lemah. Sebagai orang islam apabila kita mendapat berita seperti itu kita sepatutnya gembira bagi pihak Allahyarham kerana diberikan keistimewaan oleh Allah dan berdoa supaya kita juga diberi nikmat husnul khotimah seperti itu. Macam semalam balik dari jaga mak ade rintik-rintik hujan jatuh kat muka aku..Aku mula cuak dah sbb takut hujan lebat ssh aku bawa motor jer. Pastu aku doa..Ya Allah aku mohon tolonglah tangguhkan hujan ni sampai aku sempat sampai umah, pastu kalo nak bagi hujan lebat pon xpe..Then hujan tu tak turun, elok aku masuk je dalam rumah hujan pon turun dengan lebatnya...See, itulah yang dipanggil kuasa Allah..Allah itu Pencipta,kita ni hamba ja..Kita ni sekadar boleh melihat dan menilai seseorang manusia dari segi luaran je...Allah lebih tahu..Renung-renungkan dan selamat beramal...Semoga Allah mengampuni kita.

Surah Al Imran Ayat 26

Katakanlah: Ya Allah yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendakki dan Engkau cabut kerajaan dari siapa yang Engkau kehendakki dan Engkau muliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki . Di tangan Engkaulah semua kebajikan: Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Renungkan juga tafsir

 surah Al Imran Ayat 40
Zakaria berkata : Ya Tuhanku, bagaimanakah aku akan mendapat seorang anak, sedangkan aku telah sangat tua dan isteriku mandul. Allah berfirman: (Ya), demikianlah Allah berbuat apa sahaja yang dikehendakiNya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan