Rabu

jom jauhkan diri dari sifat BAKHIL

Nasihat Sayyidina Abu Bakar mengenai sifat bakhil.


Terjumpa artikel ni dari blog surijunior. Eii ngerinya baca. Mohon dijauhkanlah sifat ini dari dalam diri kita. Orang putih kata the more u give the more u get..ye dak..Buat apa la nak kedekut sebab semua yang ada di dunia ini adalah milik Allah s.w.t. Islam menggalakkan umatnya bersedekah. Dah jadi tabiat manusia ni berkira. Setiap yang disumbangkan mestilah boleh memberikan manfaat kepada dirinya. Firman Allah : "Ambillah sebahagian harta mereka menjadi sedekah supaya dengannya engkau membersihkan mereka dari dosa dan menyucikan mereka daripada akhlak yang keji dan doakanlah mereka" (at taubah 9:103)



Abu Bakar Al-Siddiq memberi nasihat: 

" Orang-orang yang bakhil atau kikir tidak terlepas daripada salah satu daripada 7 perkara:
1. Ketika dia mati, hartanya akan diwarisi oleh orang yang akan menghabiskannya kepada sesuatu yang tidak berfaedah.

2. Allah akan membangkitkan pemimpin zalim yang akan merengut seluruh hartanya setelah menyeksanya terlebih dahulu.

3. Allah menggerakkan dirinya untuk menghabiskan harta bendanya.

4. Muncul idea untuk mendirikan bangunan dikawasan bencana sehingga satu ketika bangunan tersebut habis runtuh.

5. DIa ditimpa musibah yang memusnahkan hartanya seperti kebakaran, banjir, kecurian dan sebagainya.

6. Dia ditimpa sakit kronik sehingga habis hartanya untuk mengubati penyakit tersebut.

7. Dia terlupa dimana hartanya disembunyikan.


Banyakkan keburukan akan kita dapat kalau kita kedekut. Jadilah orang yang pemurah. Memberilah kepada sesiapa saja terutama orang terdekat seperti ahli keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai. Ingatlah, dalam harta kita terdapat hak orang lain yang perlu ditunaikan.

Copy from : http://www.surijunior.com/2014/08/sifat-bakhil-jauhkanlah-ya-allah.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan