Isnin

Maksud Embargo

Maksud perkataan Embargo.
Mengikut kamus dewan edisi keempat ialah 
1) Perintah daripada kerajaan yang melarang kapal perdagangan masuk atau keluar dari pelabuhan 
( biasanya dalam masa permusuhan )
2) Larangan mengeksport barang dagangan yang tertentu dan lain-lain ke sesebuah negara ( biasanya dalam masa permusuhan).

Contohnya : Pertumbuhan China dan ekonomi global yang rancak menjadikan permintaan terhadap minyak mentah dunia tinggi. Namun, negara Libya dan Iran berdepan dengan konflik menyebabkan bekalan minyak mentah kurang. Manakala, Iran dikenakan "embargo" oleh Amerika. Keadaan ini menyebabkan permintaan terhadap minyak mentah tinggi sedangkan bekalannya kurang. Maka, harga minyak mentah dunia menjadi tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan