Jumaat

Kedai Sushi Sedap di Sungai Petani

Teringat lagi semasa mengandungkan Affan Hadziq, masa tu aku suka sgt makan nasi kandar..Kerap aku pegi mkn nasi kandar kt kedai mamak dkt2 tpt keja..Masa mengandung Affan bulan puasa, ingat lagi masa tu siap bersahur kt kedai mamak lagi..punyalah nk mkn nasi kandar. Pepagi buta dh makan nasi kandar..hahaha...Skrg ni 2nd pregnancy aku tak teringin langsung makan nasi kandar..Mengandung anak no dua ni pelik sikit, hari2 nak makan sushi..hehehe..mujur la sushi tu mudah dapat kot kawasan umh aku..Ade ja tpt nk beli sushi...Buat masa ni sushi yang aku rasa paling sedap dan harganya berpatutan adelah kat kedai sushi tu yg namanya "Empire Sushi"...terletak kat tingkat atas pasaraya Cmart Sg petani.turun2 eskalator tingkst atas tu korg mmg terus nampak kdai sushi tu n terus bole beli..tagline kedai tu "premium sushi for everyone"..tak silap aku la..Nyum2 sedapnya sushi..nk2 abalone maki, tuna maki urm..ape lagi ek..erm bermacam2 jenis maki lah ....lapar pulak sushi bila taip entry nih..tgok la esok lusa klu rajin aku pegi beli lg...kecur liur teringat sushi kt situ.......Kat bawah ni sushi yg aku beli baru2 ni..korg cuba try test mesti puas hati...



Khamis

Contact Lense Pilihan

Herm arini sy nak kongsi tentang contact lense yang saya guna...
.Saya mula pakai contact lense sejak saya disahkan rabun tahun 2008...Kalau lense yang tak de kaler sy selalu beli jenama Air Optix.
.Lense ni sy beli di kedai-kedai Optometrist dekat-dekat dengan kawasan saya tinggal xpon dkt2 area tpt keje sy. Air Optix ni boleh kita pakai sehingga 12 jam..Sangat selesa sebab bila pakai rasa macam tak pakai kanta pon...Biasanya yang ni saya pakai semasa kerja sbb kdg2 saya terpaksa bekerja dlm jgka masa yang lama dan kerja tu plk yg memerlukan saya untuk tidak pulang ke rumah dalam hari tu..Untuk air cuci lense tu plk saya suka guna jenama Opti-Free
..tak kira lah sama ada "lasting comfort" ke Opti-free "pure moist" ke.
.jenama ni sgt serasi dgn mata saya sbb bila sy try guna air cuci lense jenama lain biasanya lense tu akan jadi cepat kering, mudah tercabut , rasa tak selesa dan rasa macam ade benda je kt mata saya..So sy prefer air cuci lense tu jenama Opti-Free je..
Bagi lense kaler , saya suka guna jenama Freshkon dan Blincon.
Freshkon ni ade byk warna so byklah pilihan utk kita. Saiz lense sama dengan saiz anak mata.
Freshkon boleh tahan dalam masa sebulan sahaja, lebih dari tu sila buang dan beli yang baru..
Kanta Blincon bole tahan hingga 3 bulan..untuk lense Blincon saya rasa warna dan design dia tak banyak sangat yang saya suka..
Kalau yang suka bg mata nampak besar tu bolehla guna lense Blincon, mcm barbie doll gitu..Untuk lense warna saya suka guna yang nampak natural dan sesuai dgn warna mata org asia macam saya ni. Misalnya warna coklat muda, coklat gelap dan hazel..
Tapi dekat kotak lense tu nama dia lain la dari yg saya tulis ni hihi..Saya mmg tak suka langsung pakai lense yang kaler dia terlampau menonjol misalnya kaler biru, merah, hijau etc...saya rasa cm pelik je macam segan je nk pakai lense dgn kaler2 yg terlalu menonjol tu..Lense Blincon dan Freshkon ni boleh pakai kat mata sehingga 8 jam sahaja, kalau pakai lebih pada tu mata akan rasa tidak selesa dan kanta tu nanti mulalah nak tercabut keluar...Saya hanya akan pakai contact lense yang saya beli dari kedai Optometrist sahaja sebab lense-lense ni lebih selamat. Biarlah kita membayar lebih sedikit untuk harganya asalkan selamat untuk mata kita kerana mata ni pancaindera yang tidak ada galang gantinya kalau rosak. Saya mmg tak akan beli lense yang kini kita tengok banyak di jual di kiosk-kiosk yang terdapat di kaki lima dalam pasaraya sebab kita tak tahu sama ada lense tu selamat digunakan atau sebaliknya..Selain tu saya juga tak berani nak beli secara online lense-lense yang katanya doll look yang skrgni byk dijual di internet. Kalau hari saya mls sgt xpon nak cepat, sy just pakai glasses jela dapat juga rehatkan mata.....