Jumaat

Hargailah Pasangan Anda dan Apa Yang Anda Ada......

Cerita ni saya copy dari facebook sebagai peringatan untuk saya dan kawan2..

Kami sama-sama keluar rumah jam 6.45 pagi. Isteri menuju ke rumah mertua manakala saya terus sahaja ke Nilai. Elok sahaja saya keluar dari tol Bangi menuju ke Selatan, ada seorang lelaki berserban sedang terbongkok-bongkok dengan motorsikalnya. Saya pun berhenti mana tahu beliau perlu pertolongan.
Insaf sekejap apabila saya menyapanya “rosak ke?” Beliau jawab, “Assalamualaikum”. Saya pun tersengih-sengih menjawab salam.
“Tayar pancit je ni, tak ada apa pun, dah biasa” jawabnya.
“Abang nak kemana ni? Dengan beg bagai”
“He he he, mana lagi, tengok dunialah!” Dia ketawa. Sesekali beliau melibaskan kepala kerana ekor serbannya terbang ke hadapan dadanya. Mungkin risau kotor.
“Kau nak pergi kerja, pergilah, aku ok ni, tak ada apa, semua beres!”
“Eh tak apa bang, saya tolong mana yang patut” Saya memang tak tahu langsung bab-bab nak baiki motor, kalau tayar pancit pun memang agak gagal juga sebenarnya. Tetapi ada satu perasaan nak mencangkung sama-sama sampai siap.
Sudah beliau menukar apa yang patut, beliau mengeluarkan pam kaki. Di pamnya beberapa kali dan nampak penat, saya pula menyambung ala-ala gagah Kim Jong Kok. Alhamdulillah semuanya selesai, beliau mengeluarkan air dan membasuh tangan. Kemudian duduk mencangkung untuk minum air seteguk dua. Saya perhatikan sahaja.
“Abang ni macam jauh je perjalanan, ok ke bang?”
“ok.. jangan risau, Aku ada Allah” jawabnya perlahan. Saya mengeluarkan dompet dan memberi beliau apa yang ada. Beliau sambut dan mengucapkan terima kasih.
“Kau ada anak?” tanyanya.
“Ada bang, seorang, anak perempuan.” Jawab saya.
“Ya Allah, kau beri kehormatan, kau beri keberkatan, kau beri ayah dan emak kepada saudara seislam aku ini kebaikan untuk mendidik anak-anaknya ya Allah” beliau terus angkat tangan dan berdoa. Saya terdiam dan perhatikan sahaja.
“Terima kasih bang, terima kasih” sedang saya mahu berpaling untuk menuju ke motor, beliau pegang bahu saya.
“Jaga anak kau baik-baik, itu amanah. Aku dah tak ada semua tu. Semua dah dapat syurga barangkali, semua dah tak ada lagi depan mata aku” Wajahnya tenang sahaja. Akhirnya beliau tanya saya ok atau tidak jika dia mahu nasihat serba sedikit kepada saya, alang-alang dah berjumpa katanya berilah dia pahala juga dengan memberi cerita kebaikan kepada saya, saya ok sahaja. Kami pun meneruskan bersembang sekejap di tepi jalan yang sudah penuh dengan kereta berdesup-desup.
Rupa-rupanya isterinya meninggal dunia semasa tragedi mahu melahirkan anak yang pertama. Anaknya pula meninggal bersama. Semasa beliau berkahwin, beliau masih seorang yang nakal, masih mengusik orang lain, perempuan lain, malah sangat berani mencabar isterinya untuk melihat dia berkahwin lebih dari satu, sedangkan beliau tahu isterinya itu sebaik-baik wanita yang pernah dia kenal dalam hidup. Dia suka cakap besar dan sangat suka membesarkan diri sendiri dengan cerita-cerita hebat.
Tetapi itulah kenakalan dalam hidupnya, tak pernah menyesal dengan kehidupan hu ha yang bagai tak akan berakhir. Beliau tak pernah rasa kenakalan beliau tersebut akan menyebabkan Tuhan memberi balasan yang besar dalam hidup. Beliau selalu cuba mempermainkan keluarganya dengan kata-kata bongkak seperti jika isterinya mati dia akan kahwin lepas hantar jenazah di kubur. Walau ramai yang marah, beliau masih bergurau-gurau tanpa ada perasaan sesal.
Takdir Tuhan, mereka kemalangan semasa menuju ke hospital untuk melahirkan anak. Walaupun itu sekadar kemalangan kecil, isterinya mengalami pendarahan dalaman yang teruk. Anak juga tak dapat diselamatkan.
Beliau hilang punca. Disebabkan itu beliau tak keluar dari rumah hampir satu bulan, menangis lebih dua minggu. Hingga keluarganya membawa berjumpa doktor bimbang dia kemurungan.
Hari ini, selepas empat bulan beliau kehilangan orang yang dia sayang-sayang, dia merantau dengan motorsikal ke seluruh negara. Katanya mahu bermusafir. Dia baru pulang dari Perak, kini menuju ke masjid-masjid di Negeri Sembilan dan Melaka, seterusnya ke Johor. Jika ada kuliah-kuliah di masjid tersebut yang beliau suka dan minat, beliau akan tinggal dalam satu ke tiga hari, kemudian meneruskan perjalanan lagi dan lagi. Puas saya bertanya beliau dari mana, beliau tak mahu jawab.
Katanya sejak bujang sampai kahwin khatam Quran adalah empat lima kali, dalam empat bulan ini katanya dua minggu sekali Khatam! Beliau ketawa sambil mengesat-ngesat air mata.
Beliau tak ada telefon bimbit, tapi saya beri nombor telefon saya. Mana tahu dalam perjalanan nanti ada singgah Bangi, bolehlah kami saling bersembang sekali lagi.
Beliau menasihati saya beberapa kali, hargai setiap sesiapa yang ada di sekeliling, jangan main-main dengan apa sahaja yang keluar di mulut, semua itu doa. Tuhan boleh beri dan boleh ambil bila-bila masa sahaja. Jangan cakap besar, jangan bergurau dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya dan jangan sesekali meremukkan hati orang yang kita sayang dengan gurauan-gurauan kasar.
Kami berpelukan, saya mengucapkan selamat jalan kepadanya. Saya biarkan dia jalan dulu kemudian saya potonglah nanti dengan kelajuan siput gondang saya, kahkahkah. Taklah, saya biarkan sahaja beliau menunggang motornya dihadapan saya. Sampai exit Nilai, saya pun masuk dan dia meneruskan perjalanan.
Saya sangat yakin yang beliau telah tinggalkan segala-galanya. Keluarga, kawan, teman rapat semuanya terus habis di sisinya. Oleh itu beliau sanggup bersembang dan bercerita dengan orang yang beliau tak kenal untuk meluah rasa hatinya.
Masya-Allah, hebatnya kuasa Allah.
Macam-macam orang rupanya Tuhan hadiahkan pengalaman, siksaan, kekecewaan, pengajaran dan kebenaran. Ada yang boleh harungi dan kembali berjumpa jalan Tuhan, masya-Allah hebatnya. Saya pula kagum. Hebat kan? Semoga abang tadi Allah berikan tempat terbaik dalam hatinya untuk beliau kembali kepada keluarga, saya yakin keluarganya sangat merindui dia.
Kawan-kawan,
Buat masa ini saya langsung tak berani nak bergurau dengan isteri saya bab kahwin dua, tiga, empat. Bukan sekadar tak ada keyakinan diri, tapi takut juga dengan amukan isteri. Hahahaha.
Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Mari sayangi orang disekeliling.
Khairul Hakimin. Muhammad
Seorang suami yang suka ketawa, juga suka buat isteri ketawa. Cewah.
Copy dari: https://www.facebook.com/khairulhakimin.muhammad

Rabu

Anak 6 tahun ke bawah sakit perut ( Intussusception )

Assalamualaikum..
Dua hari selepas balik dari kampung kerana bercuti Hari Raya Aidilfitri di kampung suami baru2ni, my little clever boy mengadu sakit perut..Pada mulanya aku igtkn itu hanyalah perkara biasa kerana Affan Hadziq juga mengatakan sakit perut sekiranya dia makan terlalu banyak sehingga sengkak..Contohnya "mama, Affan sakit perut susu"..(maksudnya beliau sengkak atau terlalu kenyang kerana minum susu).. Tapi sakit perut Affan kali ini amat berbeza, kerana dia akan membongkokkan badan dan sujud sambil menggenggam kedua-dua belah tanganya dengan mengerutkan muka sambil menangis (cam org dewasa sakit perut senggugut plk aku tgok ) and dia nngis2 suruh aku sapukan minyak angin ke perut kecil dia itu... Suami aku pula mengesyakki Affan Hadziq sakit perut kerana serangan cacing..Mulanya my hubby paksa my lil clever boy makan ubat cacing..Pastu dia bawa plk pegi mengurut perut dgn sorg kakak berbangsa siam dekat tpt tggl aku tu...Tapi sakit perut Affan hilang hanyalah seketika sahaja...Macam2 cara aku berikhtiar untuk hilangkan sakit perut anak kesayangan aku ni..Beberapa minit sekali dia akan mengadu sakit perut, 2malam aku dan suami tak dapat tidur kerana asyik terbangun n setiap kali dia menangis aku akan urut tapak kaki dan betis kecil my lil clever boy dengan minyak..Bila reda sakit je dia akan tido sekejap then tak sampai beberapa minit Affan akan terjaga dan menangis lagi..Keesokkan harinya aku dan suami decide untuk bawa Affan ke hospital..Masa kat spital doc pakar kanak2 yg ktorg slalu jumpa tu dtg n dia kata dia cuba bg ubt jgkitan kuman dlu utk Affan n sekiranya sakit Affan berulang dan tidak berkurangan dia akan periksa lebih lanjut n gunakan kaedah lain pula...Masa Affan kene warded tu dh jam 12mlm...Bilik plk penuh so Affan dimasukkan ke wad yang paling sempit kt spital tu...huhu..sabo jela..memandangkan aku sorg je jaga Affan so mlm tu mmg aku tak bole tido lena sbb sepanjang malam setiap beberapa minit sekali Affan akan menangis mengadu sakit perut..Aku cm biasa la bgun urut tapak kaki n betis kecil dia...lenguh pinggang beb semalaman duduk membongkok atas katil spital sepanjang masa, tambahan pula aku mengandung 6 bulan kot mase tu..huhu..Keesokkanya pepagi lagi doc pakar tu dtg periksa, aku bgtau dia yg sakit anak aku tu tak hilang and menngis setiap beberapa minit semalam sbb sakit perut sgt..Pastu doc tu suruh ktorg turun bawah utk ujian ultra sound...Xlama pas tu ade staff dtg bawa aku n my clever boy ke bilik ujian ultrasound...Pas doc department tu check dia berbincang dgn doc pakar yg rawat Affan..Pastu doc pakar tu jumpa aku kt luar n explain tentang sakit Affan tu n ape treatment yg depa nk bg...Dia kata usus ank aku tu tersumbat..dan sakit tu nama dia "Intussusseption".. iaitu satu keadaan di mana sebahagian daripada usus memasuki sebahagian usus yang lain dan menyebabkannya tersumbat.
Ianya bukan hanya usus sahaja yang terperangkap tetapi ia membawa bersama salur darah dan mesentry (tisu seperti langsir yang ada salur darah). Salur darah tersebut akan tersumbat akibat tekanan dan boleh menyebabkan sel usus bengkak dan akhirnya sel tersebut mati.
camni lah keadaan usus bila berlaku intussusception

Adakalanya usus boleh bocor, kuman boleh merebak ke dalam darah dan menyebabkan kematian pesakit. Mengikut penerangan doc pakar tu, kemungkinan jangkitan kuman pada usus Affan yg menyebabkan intussusception terjadi. Selain itu, ianya boleh terjadi kepada kanak-kanak bawah 6 tahun. Doc tu jg terangkan kaedah rawatan yang dorg akan gunakan adalah dengan memasukkan sejenis cecair yang dimasukkan menggunakan tiub khas ke dalam punggung Affan seterusnya dilakukan x ray untuk mengesan keadaan usus Affan. Menurut doc pakar tu lagi kaedah tersebut sebagai rawatan juga untuk mengetahui keadaan usus anak kesayangan kami itu. Doc tersebut juga turut memberitahu sekiranya pasukan mereka gagal untuk menyelesaikan masalah "intussusception pada Affan melalui cara ini maka pembedahan merupakan cara terakhir untuk merawat Affan Hadziq...Kini hampir sebulan berlalu Alhamdulillah Affan Hadziq sembuh dan tidak lagi mengadu sakit perut...

Selasa

pretty ugly - nanti



Artis : Pretty Ugly Tajuk Lagu: Nanti


Engkau rungsing
Dia tiada disamping seperti selalu
Engkau bising
Dia sentiasa berada dalam pelukanmu
Engkau ingin
Akhiri hidupmu dengan dia yang benar kau cinta
Engkau tak ingin
Terima semua jika impianmu itu musnah
Terlambatkah dirimu tika
Dia pinta darimu itu semua?
Biarkan saja dia sendiri
Mungkin dia kan pergi
Mungkin dia kembali
Nanti kau berjumpa
Insan lebih sempurna
Dia milikmu selamanya
Nanti kau bertanya dirimu sendiri
Apa yang telah terjadi cuma hikmah
Disebaliknya
Masih sempatkah dirimu tika
Dia putuskan untuk berpisah?
Biarkanlah saja dia pergi
Dia takkan peduli
Dia takkan kembali
Kau tak sedar
Cintamu untuknya selagi dia ada bersama
Kaukan sedar
Cintamu sedalam mana ketika dia telah tiada
.........