Sabtu

Jalan jalan Ipoh

Cuti hemmm bestnya...cuti panjang bln Disember terasa bagai tak cukup..hari tu bawa anak-anak pergi jalan2 main air di Lost World..
.Sbnrnya aku tak minat sgt pergi taman tema nih...aku suka jln2 shopping kt pasaraya je..
.demi anak2 berkorban jelah...abg sulung aku bincang2 dgn ktorg masa birthday affan nak bawa bdk2 main air kt Lost World...kami pon setuju jer...exited sgt affan dpt main air..dia punya seronok mandi dari ktorg sampai Lost World sampai lah 6.30ptg bru stop main...sptt tiket ktorg beli sampai mlm...tapi dh letih sgt ktorg balik hotel jg ptg tu.mlmnya plk pegi mkn Nasi Vanggey...sedap jgk la nasi tu sbb ade sambal nyiur tu...pas mkn nasi vanggey ktorg pergi naik basikal kt Kinta River Walk.3
Basikal ni boleh naik 6 orang
Basikal ni 2 orang dewasa sorang kanak-kanak bole naik
.seronok jgk..basikal ada yg 6 seat, 3 seat, 2 seat etc.
Yangni pulak bole naik 2 orang dewasa sorang kanak-kanak


..pas puas naik basikal ktorg balik hotel tido.Kitorg bermalam kt hotel Golden Roof Hotel, Ipoh..esoknya ktorg terus drive pegi Zoo Taiping..Sebelum tu kami singgah dulu makan kat Nasi Vanggey..disebabkan hujan masa kat zoo...ktorg naik keretapi dlm zoo je...pas siap bawa bdk2 tgk binatang, ktorg terus balik...on the way balik kami singgah ke Design Village beli baju anak2, makan dan beli brg2 etc...pas pasaraya nak tutup ktorg pon balik lah rmh msing2..

Khamis

Sakit Tekak Sakit Mata Mengakhiri 2016

Bangun je dari tido 2hari lepas..mata kanan aku sakit sgt...nk pejam sakit...bila tekan rasa sakit....pandangan mata kanan terasa kabur...bila aku belek2 kt cermin bilik air ade sikit taik mata
Tgok tu ade selaput sikit
..pelik...biasa mata aku jd cmtu bila lama pakai lens je...kata la lens tu tempoh 8 jam tapi aku pakai sampai tertido 12 jam..klu bgn mmg jd cmtu..hahaha..tapi ni lain...bgn tdo 2 hari lepas rasa sakit sgt..rasa nk tcabut bola mata...pg smlm aku belek lg tgk2 ada lebam tepi mata kanan tu..aku tanya somi sama ada beliau telah tumbuk mata kanan aku semasa aku tdo...dia jwb hah mmg abg tumbuk pon...
Penat aku jegil nk tgkp gmbr mata yg sakit tu...kt luar nmpk lg teruk..dlm gmbr nmpk ok sikit
aku dh mmg agak jwpn dia cmtu dh sj je buang masa tnya gk...adoi sakitnya tuhan je tau.semalam masa nk lelap aku mimpi bola warna putih melayang kena mata kanan yang sakit tu, terkejut bola tu aku terjaga.sampai 2pg xbole tdo...nak pejam, sakit rasa...aku usaha utk lelap gk...pg td merah ujung bola mata tu n jadi mcm berselaput.bkn tu je, tekak jg rasa sgt sakit..suara dh mcm itik nila...tak larat sgt2 rasa...tak boleh jadi ni...pas habih urusan taska affan, aku terus g klinik bersatu 24 jam check...doc kta xda ape..allergik je...dptla ubt titik mata, ubat batuk, ubat sakit tekak, antibiotik dan ubat allergik...sudahnya duk terbaringje skrgni sambil update blog....huhu

Rabu

Nasi Daging Paling Sedap di Alor Setar, Kedah

Aritu kitorg sefamily g ziarah kematian d Sungai Baru, Alor Setar. Disebabkan sampai lambat, ktorg xsempat ziarah jenazah cuma ziarah org yg masih hidup je..Pas ziarah ktorg terus balik rumah (ceh yelah tu balik rumah, p jejalan dlu kot)...Dalam perjalanan pulang kami singgah makan di Kedai Af Mee Kuah Tulang...Kt situ kami makan Nasi Daging Harimau Menangis...bkn daging harimau tp daging lembu..sedap sgt..sup dia mmg marvellous habih..air asam sedap...nasi dia yg paling sedap...yg best sekali daging dia..xsilap dorg bakar n perapan dia rasa sampai dlm..lembut plk tu...
Maafye gambar kurang menarik sbb cameraman amatur saje


Bagi yang nak makan rilek2 bolehla mai sini..pelayan dia baik..servis cepat...makanan dihidang panas-panas...ktorg order kopi ais, teh o ais limau, neslo ais etc..mmg sgt sedap dan tak mengecewakan..saya bagi 4.5 bintang...

Shellout Sg Petani

Baru-baru ni sedang aku lepak-lepak kat rmh mak...telefon aku vibrated..aku belek2 tgk encik hubby msg ajak p try shellout...aku ok kan je...sbb aku pon tak pernah lagi makan shellout...dah lama viral..aku bru nk cuba rasa...pas maghrib aku drive balik rmh (ceh...drive la sgt..selang sebuah rmh je pon..hihi)...tunggu hubby siap pastu ktorg terus p cari kedai yg jual shellout..cari punya cari..finally kami sepakat nk try shellout kt Yolokitchen Taman Ria,Sg Petani.
.yg ktorg order masa mkn kt sini shellout utk 4 ke 5 orang..dalam tu ada kepah, kerang, udang, sotong sikit, ketam dan ikan siakap masak sweet sour tak silap aku.
Yang tak bestnya bawang besar byk sgt dia ltk...Shellout kat Yolokitchen ni dianye kuah sangat sedap.
.layanan sgt baik...pelayan kat kedai ni sangat baik..makanan diserve cepat...bersih..satu je...seafood dia tak berapa fresh sgt...klu korg kaki makan makanan seafood korang biasa mkn yg fresh2...mungkin korg prefer yg lain...Okay nnt nak try shellout kt kedai lain pulak....chow

Khamis

Wohoo....Januari depan Aku Bebas Hutang



Assalamualaikum....semakin hari semakin lega rasanya...next month kereta gua dh hbih byr...


alangkah indah rasanya..burung2 pon berkicauan (ape yg merepek ni)...hurray.... bln dpn aku xpyh lg byq duit kete...Rm400 sebulan instalment kete aku tu...mmg kete kecik je pon..instalment nang hai..punyala byk..dahla gaji kecik je...rasa seronok sgt mcm anak dara yg mengorat si teruna dan cintanya tidak bertepuk sebelah tangan...hurray...Pasni cash tu boleh la buat saving utk affan n nusaybah.....seronok rasa dpt saving utk masa dpn ank2...Aku ni mmg sejak azali mmg sangat tak suka berhutang..aku rela xde duit dari berhutang..bg aku, hutang ni ibarat taik lalat di atas mulut..benci dilihat...nak dibuang sakit.....huhu...Skrgni aku sedang mengira hari bilakah masanya akan tiba...akan aku isytiharkan kemerdekaan aku dari hutang..weheee....xlama dah..bulan depan jer....

Rabu

Jenis Kawan Yang Perlu Dijauhi

1) Kawan Yang Suka Mencuri
Kawan yang suka mendapatkan kemewahan dengan cara mencuri, menipu dan mengambil rasuah. Dikhuatiri dengan rapat dengannya kita akan menerima tempias perbuatan mereka. Kawan jenis ini biasanya tidak peduli sama ada wang yang diperolehinya secara haram atau sebaliknya.

2) Teman Yang Datang Bila Perlu Sahaja.
Bila dia memerlukan pertolongan laju je dia datang. Tapi bila tidak lagi perlukan khidmat korang dia tidak akan datang kepada korg pon...Dia hanya berbuat baik apabila memerlukan pertolongan kita saja. Teman yang suka mempergunakan orang lain. Hanya memanfaatkan orang lain untuk kepentingannya sahaja. Setelah dia memperolehi sesuatu dgn mempergunakan kita dia beralih kepada orang lain. Kawan yang boleh memberinya byk manfaat sahja yang dia akan rapat. Kawan jenis ini kalau dibuang dari senarai rakan pon tak apa.


3) Penikam Belakang
Spesis ini teramatlah bahaya. Didepan dia bermanis muka padahal dibelakang kita dia memburukkan kita kepada orang lain. Orang jenis ini sanggup mencipta fitnah untuk membuatkan orang lain benci kepada kita. Golongan ini biasanya sgt benci melihat kejayaan kita. Kalau boleh dia nak kita jatuh tersungkur barulah dia berpuas hati.

4) Play safe


5) Pengkhianat
Spesis ini yang sanggup membocorkan rahsia yang anda pernah beritahunya. Di depan kita punyalah baik. Tetapi diam2 dia cuba jatuhkan kita.

6)Jenis batu api
Suka menyemarakkan api permusuhan. Gemar melaga-lagakan orang lain. Dia takkan senang melihat orang yang dibencinya bahagia melainkan tergamak mengapi-apikan orang supaya turut bermusuh dengan orang dibencinya

7) Teman yang ada bila dia memerlukan pertolongan kita sahaja.

8) Kawan yang pentingkan diri. Segala apa dilakukan hanyalah demi kepentingan dirinya semata-mata.

9) Kawan yang suka mengambil kesempatan. Jenis ni gemar mengambil kesempatan atas kebaikkan orang lain. Dia sentiasa mencari-cari peluang untuk mengambil kesempatan atas diri anda sahaja.

10)Kawan yang hilang saat susah dan hadir bila kita senang sahaja. Kawan semacam ini untuk mengenalpasti kewujudan mereka adalah semasa korg susah..Masa tu korg akan nampak dengan jelas perangai sebenar mereka..

Ahad

Birthday present for husband n affan

Ygni yang aku berkenan dia xberkenan

Ygni pon aku berkenan..dia xberkenan..design lg cantik n lebih murah


Arini memusing2 fikir nk beli birthday present utk husband....ape nak beli xtau...husband aku ni sedikit cerewet..so jgnla gatal2 nk beli baju ke, kasut ke, jam ke..ape2 la utk dia klu dia xtau..bkn pe takut2 kita gk nk sakit ati sbb dia xnk pakai or guna...parfume selalu dh aku beli..biasa la org pompuan ni kn suka kn bnde2 yg wangi...byk ari dh husband duk bg hint nk jam Casio n kasut timberland...dia xckp direct cuma duk wasap mai tanya cantik ke x je..aku bt2 xfhm...gila ko...jam tu rm600 lebih kot..klu gaji aku rm20k dgn senang hati aku bli...habih seme design kasut timberland sume aku review...sbb Allah tu syg aku tetiba je arini aku rasa nk klik kt url yg dia hntq kt aku..masa memula dia hntq url kt aku 5hari lepas, aku tgk harga rm799, dekat rm800..pergh....confirm xbeli dh...arini tetiba je rasa nk tgk lg...sekali rm400 lebih je...pergh..mmg aku bajet bwh rm500 je...lebih xbeli lah ye.mkn kek sudah...keh3..tu pon 1 slice...sbb birthday hubby dgn affan selang 2ari je jimatla duit..buat 1x ...affan da dpt present kmrin lg...nk sgt kete kontrol..so hubby aku da bli smlm...birthday ni klu xsambut pon xde hal..cuma bg aku tu satu cara utk kita highlight penghargaan untuk mereka dlm hidup kita...
Yangni la husband berkenan sgt2 sampai tak boleh nk tukaq dh

Ni hadiah bday utk affan hadziq...dia dh bawa dinosaur naik

Rabu

Tanda-tanda Suami Tidak Cinta

Tanda-tanda Suami Sudah Tidak Lagi Mencintai Isteri Seperti Dulu

Setiap yang berkahwin mengimpikan kehidupan bahagia bersama pasangan seumur hidupnya. namun begitu kadangkala apa yang terjadi berlainan dengan yang diharapkan..

Walaubagaimanapun manusia berubah. Setelah bertahun berkahwin hubungan suami isteri tidak lagi hangat seperti awal perkahwinan dahulu. Hilangnya kehangatan hubungan suami isteri kerana masing-masing atau salah seorang tidak menjaga dan menghidupkan kembali api cinta yang kemudianya menyebabkan hubungan menjadi semakin hambar.

Ada juga yang pasangannya sering melakukan kecurangan berkali-kali dan selepas itu meminta maaf. Kecurangan kali pertama mungkin dimaafkan tetapi jika ianya berkali-kali terjadi dan berulang, keadaan tersebut boleh menyebabkan pasangannya mencari inisiatif lain untuk bahagia.

Ada hubungan yang berakhir dengan perceraian. Namun masih ramai yang memilih untuk terus hidup bersama meskipun setiap hari perlu dilalui dengan perasaan sakit hati dan menjemukan.

Faktor-faktor seperti memikirkan masa depan anak-anak, urusan perceraian yang rumit, hubungan baik dengan keluarga mertua menjadi salah satu sebab kenapa kebanyakkan pasangan masih lagi tinggal bersama meskipun masing-masing sudah lagi tidak lagi saling menyayangi dan ingin berpisah.

Disini saya kongsikan beberapa tanda suami yang tidak lagi tertarik ataupun sayang kepada isteri :

1)Suami yang memberikan alasan sibuk bekerja untuk tidak segera pulang ke rumah. Suami melarikan diri dari masalah rumah tangga dengan menjadi seorang yang gilakan kerja. Keadaa ini juga boleh mengundang terjadinya affair di tempat kerja.

2)Suami tidak lagi memuji atau menghargai isteri.
Bilakah kali terakhir suami memuji anda atau menghargai sesuatu yang anda lakukan.

3) Suami sering mempersalahkan anda atas setiap masalah yang terjadi.

4)Aktiviti bersama terhenti. Bilakah kali terakhir anda berdua bersama duduk minum teh dan menghabiskan malam romantis bersama.

5)Sikap bersyukur mulai hilang. Awal pernikahan suami begitu bersyukur kerana memiliki anda begitu juga dengan isteri. Suami lebih fokus pada kekurangan isteri.

6) Aktiviti seks berkurang. Faktor usia dan beban kerja mungkin merupakan penyebab masalah ini. Namun rasa sayang sepatutnya semakin bertambah kerana susah senang yang dilalui bersama. Saat kasih sayang suami yg tidak lagi terasa ditambah dengan hubungan seks yang semakin tiada bahkan suami semakin menghindari isteri ini tidak perlulah ditanya lagi. Ada yang tidak kena dengan pernikahan anda.




Sabtu

Today is our 6th anniversary

Assalamualaikum..sedar tak sedar dah 6 tahun kitorg berkahwin..syukur masih utuh hubungan yang dibina...setiap perhubungan itu semestinya tidak dapat lari dari menghadapi pelbagai cabaran..pelbagai pahit,manis,masam,pedih, perit,sakit,gembira, tawar, sedih,terluka,cinta,sayang,rindu,bahagia dan sebagainya. Alhamdulillah kitorg masih dapat bertahan dengan hubungan yang dibina ini. Dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel, dikelilingi keluarga yang menyayangi kami. My hubby is my mom's favourite son in law. Kitorg ada semuanya walaupun tidak lah sekaya mana....Syukur Alhamdulillah kepada Yang Maha Pencipta kerana diri ini masih diberi peluang bernafas dan meneruskan sisa-sisa hidup untuk lebih beribadah kepada Mu.
Arini xde plan best2 cm org lain pon...bt lek bt peace je...Biasa kebanyakkan isteri dpt hadiah anniversary seperti bunga, makan malam romantik, jewelery ke..tapi hubby aku lain, dia bg hadiah tayar kereta baru kt bini dia ni 4 bijik....hahaha...Last years aku dpt hadiah berupa cat kereta..bkn dpt cat ye...kereta comel sy disponsor kos mengecat oleh suami...bernilai seribu setengah saje, padanlah.....kereta kecik n cat biasa2 saja...terima kasih suami kerana telah menghadiahkan sy tayar kereta baru walau tayar tak berjenama tapi hadiah tersebut amat bermakna kepada sy...sbbnya skrgni sumer brg2 mahal..nk beli sendiri rasa syg nk keluar duit....


Tayar je baru, sport rim lama dah....

Khamis

Affan Hadziq 4 tahun 11 Bulan dan Nusaybah 1tahun lebih dah

Sekejap saja masa berlalu...Dah hampir 5 tahun Affan Hadziq..Affan Hadziq budak yang cerdik, baik, peramah, hansome & mendengar cakap. Satu je pelik, bila depan org dia akan tunjuk perangai buruk...Jadi tak dengar cakap, jadi suka buat orang, bad temper tak tentu pasal...Sudahnya aku rasa macam nk kurung je dia kt rmh..Kat rumah dia sgt baik..Tlg mama dia buat kerja rumah..Tlg jaga adik...Tolong lapkan lantai kalau adik dia tuang air...Tolong halang adik kalau adiktu nk pergi main barang elektrik...Hai adik..Adik ni muka sweet2 je..gegirl la katakan..tapi sekali dia membuat..pening mak dia ni...Nusaybah sgt suka barangan elektrik..Kalau kipas yg tinggi kt rmh abg aku tu, dia suka sgt tekan on..kejap off..kadang2 hulur jari..Muka comel, sekali aku jengil mata mulalah dia buat muka kesian plus comel..tgok muka aku pastu kedip2 mata besar dia...haish, cair hati weyh tak jadi nak marah...Pastu pas buat cmtu dia bgn pegang kaki, sbb xjadi nak mrh aku ambik n peluk...bulat sgt anak aku ygni..Anak yg 1st dulu kurus, mkn memilih..tapi si adik ni kerja makan je..pantang nampak makanan sumer dia nak..kalau tak bagi..nak dia melalak kuat2...Baru2 ni ktorg celebrate birthday Nusaybah..Aku excited beli brg2 sbb 1st time nk sambut birthday dia yg pertama...Gambar birthday girl tak berapa elok sbb 2beradik tu berebut pisau potong kek..muka berkerut 3 beranak tu..mana tak, yg hubby aku nk tenangkan 2 bdk yg berebut nk potong kek...gamat rumah mcm ade anak 6 orang...padahal 2je pon...Nusaybah ni lmbt sikit nk berjalan rasanya..sbb dia tertib..mcm hubby aku sikit anak pompuan aku ni..nk buat ape2 dia slow n hati2..xmcm aku...hahaha..Nusaybah sopan santun mcm hubby aku...Bila nk bgn dia bgn slow..habis kerusi dia pegang..nk duduk pon duduk pelan2..kalau tgh berdiri kt sofa dia akan pegang dari atas sampai bawah sofa untuk turun duduk bawah..Nusaybah sentiasa duduk bersimpuh...setiap masa...Nusaybah sgt sweet..Kalau bawa pergi jalan2 mesti ramai yg akan tegur...kebanyakkan yg tegur tu ca ya nun alif..Dorg slalu ckp comel..mata besar..cantik mata dia...gebu..mcm2 lgla..Affan cm biasa la kalau ade org tegur si adik tu..dia akan cpt2 blocking adik dia dari org tu..mmg kedekut habihla..ade yg faham tu sekadar senyum..yg xfaham buat muka cekodok..alahai...budak je kan..Affan Hadziq skrgni tiap hari suruh beli vcd katanya nk tgok kt tv school..skrg exam dh hbih..so xtvt tadika tgok tv je kot...Smlm aku pergi pasar mlm dgn adik n anak2 naik motor..masa nk balik ade monyet goncang dahan pokok btl2 masa kitorg lalu bawah pokok tu..Sudahnya dahan tu patah n jatuh timpa kaki aku...sakit siot, lebam ibu jari kiri aku...Affan mujur kene ranting je..tu pon megaduh sakit kemain lebih dari aku lg..mujur dahan tu jatuh xkene atas kepala aku..atau xjatuh btl2 dpn tayar..kalau tak..mau pakat masuk wad...xpasal2...haish minta simpang la...Kbtulan masa tu hujan mulala affan nak membebel "mama, kan affan dah cakap naik kereta bukan naik motor..kereta ade viper..motor xde viper"...haih mcm2..2 3arini dia duk kecek aku suruh beli ikan..nk beli biru dgn merah...ktorg paksa dia minum susu weight gain..sudahnya mmg dia pangkah habih susu tu...asal ktorg suh minum je dia mngelak..aku plk ugut dia kalau xnk mnum susu tu mmg xkan beli ikan dia..tab dia akan kene kurung..maksudnya tablet tu ktorg kuarantin la..dah la dia ni addicted sgt dgn bende alah tu..mujur adik dia tak jadi cmtu..Aku ade tanya Affan..Affan nak adik tak lagi? dia jawab "satu je cukup"..hahaha..maksudnya tak nak adik dhla tu..adik dia suka gak membuli dia..kacau dia tgok tab...rampas mainan dia..Sudahnya terpaksa lah dia beralah..almaklumlah abg....

Isnin

SUPERMOON 14 NOVEMBER 2016

wah arini excited sgt dari pagi td nk tgk supermoon....tapi skrg bumi kepala batas ujan..langit gelap yang amat...huhuhu cmna kn ku tunaikan hasrat hati ini nk tgok supermoon...slalu tgk dlm filem je...Love Supermoon..pelakon farid kamil dan nadiya nisa..berpuluh2 kali aku tgok citerni...tak pernah2 rasa boring...wah seronoknya nk tgk supermoon jap gi...arap2 nnt mlm supermoon tu munculkan diri mcm dlm citer love supermoon tu kan....

Jumaat

Tanda-tanda Kamu Jatuh Cinta..


Pernah tak korang jatuh cinta? Kadang-kadang kita konfius...betulkah terjatuh cinta ni...haish..arini aku nk share tanda-tanda korang telah jatuh cinta..

1.Kamu selalu mengingati dirinya. Tambahan pula tentang perkara2 yang baru berlaku.

2. Selalu rasa ingin bertemu dengan dirinya.

3. Apabila sedang marahkan dirinya kamu ingin menamatkan kemarahan tersebut tanpa sebab dan dengan segera.

4. Terasa jantung berdegup kencang apabila mendengar namanya..

5. Kamu sangat mengingati aroma pewangi yang dipakainya..

6. Korang biasanya tak dapat menolak dengan tegas permintaannya..

7.Beban masalah yang ditanggung  terasa hilang saat melihat wajah dan berbicara denganya.

8.Rasa berdebar saat memulakan perbualan denganya.


9. Sentiasa teringat wajahnya.

10.Kamu suka mendengar lagu yang mengingatkan kamu tentang dirinya..

11. Kamu akan tersenyum sendiri saat terkenangkan dirinya.


12. Kamu mudah ketawa saat mendengar gurau dirinya..

13. Terasa cemburu apabila melihat wanita/lelaki  lain berbicara dengannya.

14.Kalau dizaman sekarang, kamu mula mencari maklumat tentang dirinya di internet.

15. Apabila rakan-rakan lain memuji-muji ketampanan pelakon2 lelaki dan apa yang kamu lakukan hanyalah melihat seketika dan kembali melakukan kerja seperti biasa.

16. Berat badan kamu mulalah menjadi sesuatu yang sangat penting. Kamu pon mulahlah melakukan aktiviti-aktiviti menguruskan badan...

17. Kamu akan sentiasa check smartfon untuk pastikan ada mesej diterima dari si dia.

18.Yang ingin didengari hanyalah lagu-lagu romantis...

19. Kamu melihat namanya di mana-mana.

20.Ingin mendapatkan semula bentuk badan ideal yang pernah kamu lupakan suatu ketika dulu. Penampilan diri kini menjadi perkara nombor satu. Setiap hari kamu keluar bekerja dengan penuh semangat dan rasa gembira.

21. Bagi kamu dia seorang yang sempurna..Ini kerana kamu cenderung untuk fokus pada perkara2 positif yang ada pada dirinya.

22. Semuanya berada diluar kawalan.




Isnin

Nusaybah hampir setahun...

Hampir setahun sudah umur nusaybah...nusaybah lain sgt dari Affan..Affan lebih senang dijaga..Nusaybah agak manja..rajin nangis...skrgni dh pandai bt sepah brg2..Nusaybah ade satu minat yg pelik, dia suka main brgan elektrik sama ada kipas, extension, charger fon...ssh hati dibuatnya..Nusaybah manja sgt, ada dia aku mcm xboleh nk bt apa2..kene duduk uli dia je 24 jam..mlm2 paling aku suka bila hubby balik, terasa lega sgt ada org amik alih tugas jg nusaybah..haha, bole cmtu...dgn nusaybah masak nasik pon hangit..dgn Nusaybah mcm org dilamun cinta dh aku ni..mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang..sibuk layan dia bt perangai..nusaybah2...mama jadi selekeh..kdg2 letih sgt tertido cmtu je aku..mlm kang nk bgn 3 4kali pula nk melayan si Nusaybah yg menangis...Nusaybah comel sgt...mana2 mama pergi dgn Nusaybah pasti ada org yg akan datang tegur, pegang pipi, cium, amik gmbr dgn Nusaybah..tak kira bangsa apa pon...mcm abg affan dlu pon org tegur n dukung gk tapi kebanyakkan org india, mamak and bangla je...hehe..Nusaybah pandai menari..dgr lagu menari, dgr gendang menari..dgr org selawat pun menari jgk..adeh..Nusaybah pandai cakap...tapi ssh nk dgr, sgguh berharga...Pernah sekali aku dgr dia panggil atok (my mom),byk kali panggil Acu, panggil papa, panggil mama, sebut Alhamdulillah sekali...Semoga Nusaybah jadi hamba Allah yg solehah..Jadi anak yg baik....Nusaybah klu lama xtgok papa, Nusaybah masih cam muka papa...Abg Affan masa kecik dlu klu lama sikit papa outstatio mesti dia dh tak kenal papa..Nusaybah lain, even berminggu papa xde kt rumah, bila papa balik Nusaybah pasti merangkak dgn penuh excited nl jumpa papa...mmg btl2 papa's girl...mybe sbb muka Nusaybah lebih iras papa dari mama kot..Nusaybah sopan santun cm baby girl..mama kasar...Nusaybah cerdik, apa je yg org tunjuk Nusaybah cpt belajar...Semoga Nusaybah dan abg jadi ank mama yg baik...Syg both of you...

Selasa

Kereta Hampir Kene Pecah...

Gambar kredit to www.tripadvisor.in
Hari tu suami aku outstation, mmg kerap suami aku ni outstation..biasa kt rmh tinggallah aku dgn anak-anak je..Kalau suami oustation, adik akulah yg kerap datang teman aku kat rumah...Since dia dah teman, ktorg keluar makan malam tu kat jam besar sg petani..Gerai nombor dua dari  hujung sekali dekat pejabat Buruh tu mmg kedai favourite aku kalau makan kat situ...Bihun sup dia sedap...Sekali aku pegi malam tu kedai tu tutup, maka terpaksalah aku makan kt gerai bihun sup yang tengah2 sikit...Masa sampai tu aku park betul2 dekat dengan pintu masuk bengkel MPSP kat petak kuning...betul2 bawah lampu jalan..Selepas parking kereta, aku tekan kunci n jalan dgn adik n ank aku p makan...Masa tengah makan, affan bagitau dia nak pergi toilet...Hish..geram sungguh aku, time makanlah dia mula nk pegi toilet...Pas guna toilet kt bengkel MPSP tu..ktorg jalan keluar...tapi aku pelik, pehal dorg kunci pintu keluar..pastu aku terigt ada lg satu jalan keluar dari situ...aku pegang tgn affan n ktorg pusing keluar kot jalan lagi satu..tiba-tiba ada seorg brader tu tahan kitorg..aku ingat sbb aku tak bayar guna toilet..rupanya dia nk bagitau aku yang kereta kitorg nak kene pecah dengan orang jahat...brader yg kerja kt bengkel MPSP tu cakap "adik, tu kereta adik ke?"...aku kata "ya, kenapa bang?"...risau gak kot2 dia marah aku parking kt petak kuning..,kot2 mengganggu lori keluar masuk kawasan tu...dia kata "tadi ada sorg lelaki nak pecah kereta adik, alarm bunyi..tu saya pi tengok..sbb saya nampak budak lelaki tu duk buat apa tah kt pintu kereta adik belah belakang"...aku pon pergi tengok, xsilap aku pintu belakang kt tpt duduk penumpangtu tak rapat..tapi tak calar pon...cuak aku...rasa klu toreh tak keluar darah dah...kt bawah tpt duduk belakang tu ktorg ade tinggal handbeg adik aku dgn beg2 anak2 aku....aku bkn risau beg, aku risau dia bawak lari kereta aku jeeee....huhuhu jenuh nnt nk menjawab dengan suami...pastu masa nk gerak balik, ktorg check2 sumer brg2..mujur tak hilang...kat kawasan Jam Besar, area Wisma Keladi sampai ke Stesen Bas Sungai Petani tu mmg kawasan peragut..Kalau di sekitar Jam Besar tu selalu gak baca kt facebook kes curi kereta mewah, kereta tak mewah mcm aku pon dorg akan pecah gk utk cari brg2 bhrga dlm tu...so hati-hati ye kalau korg nk parking kt situ..pastikan kereta berada dalam keadaan selamat..Lagi satu, belakang SP Plaza tu kalau boleh tak payah parking langsung lah..Sbb dlu masa aku muda2 dlu..kawasan tu selalu gak berlaku kes pecah kereta, pencuri tu biasanya akan pecahkan cermin kereta untuk ambil barang-barang yang diorg rasa berharga dalam kereta tu..#CegahSebelumKena
Gambar kredit to www.skyscrapercity.com




Sabtu

Resipi Sambal Ketam Simple Sedap

Assalamualaikum..
Baru2 ni hubby pergi Pulau Tuba, Langkawi..dia beli ketam hidup.?.byk le jgk...best sgt sbb sumer ketam2 tu isi sgt padat...dapat plk yg ade telur...mmg best sgt...ari 1st aku buat masak lemak cili api ketam...tp kurangkn pedas sbb abg affan xmkn pedas2...demi anakanda tercinta mama kurangkan dos kepedasan tu...byk le aku mkn smpai luka2 jari...sakit mulut weh kene duri dia...ari kedua aku bt sambal plk...msk simple2 je jnji hubby suka....



Abaikan kesan kuah yg tak sempat lap kt bibir mangkuk tu ye, cameraman xsabar2 snap pic


Resipi sambal ketam simple simple:

Bahan-bahan:
Ketam (siang cantik2)
**aku belah dua sbb nk kasi muat kuali kecik je
Cili kering 20 bijik
Bawang besar sebiji
Bawang putih 3 ulas
Minyak 2 sudu besar
Serai 2 batang ketuk
Gula 1 sudu besar
Garam secukup rasa

Cara2nya:
Blender cili kering dgn bawang besar n bawang putih
Panaskan minyak dlm kuali
Tumis bahan2 yg dh diblender td sampai berbau wangi
Masukkan ketam
Masukkan garam secukup rasa
Masukkan gula sesudu besar
Dan setengah sudu teh serbuk cukup rasa
Masukkan serai 2 batang (dititik sahaja)
Setelah masak and berbau wangi tutup api then hidangkan

Jumaat

Today Is My Birthday

Assalamualaikum..
Arini birthday aku..mmg tiap2 thn aku xde la beriya sgt smbut birthday..haha..dah tua laa katakan..tiap thn birthday aku biasa2 saja..hubby beli kek kt secret recipe sebiji then kdg2 ade hadiah kdg2 x...arini aku bgn tido je tgk ade msg kt wasap n fon...hubby wish birthday..igtkan dh lupa mcm thn lepas...

Kek birthday yg ditaja oleh incik khairul tahun ini


so aku xle berharap sgt...tgk wasap ade kwn2 aku wish birthday...rasa gembira bila kawan2 igt birthday aku..heh...aku sllu xpnh publish kt fb tarikh lahir aku sbb aku xbrpa suka bila rmai sgt yg wish..klu sikit tu lbih exclusive..semua kawan2 lelaki je yg wish..hahaha..aku mmg ramai kawan lelaki dr ypompuan..lelaki ni biasa dorg jenis yg sempoi simple...jiwa aku yg agk kasar myebabkan aku lebih selesa berkawan dgn lelaki dr perempuan..lelaki ni lebih mudah, lebih jujur, ikhlas dan mudah memaafkan. Bg aku mudah utk get along dgn kwn2 lelaki ni berbanding perempuan...bkn bmkna aku xde kwn pompuan, ade je cuma tak seramai kawan lelaki...lelaki makhluk yg tak rumit..ko bebas jd diri sendiri......perempuan biasanya suka syak wasangka, ko tak bermusuh dgn dia pon dia rasa cmtu..tmbh2 klu jumlah perempuan di sstu tpt tu lebih dari dua...mls nk lyn perangai pelik org pompuan ni, aku kwn dgn lelaki jela..xde perasaan yg perlu dijaga..xde org nk syak wasangka bkn2...bole jd diri sendiri je....

Ahad

Nusaybah merely 10 month

Assalamualaikum...
Nusaybah kini menghampiri 10 bln..byk pencapaian beliau..antaranya bercakap menggunakan bahasa makhluk asing...tp specialnya ank perempuan aku ni dia mengenali papa dia..dia nmpk je hubby mesti dia panggil papa..nusaybah boleh panggil mama, acu..atok...byk jgla vocabulary yg dia reti sebut dgn umur yg belum lg mencecah 10 bln...Nusaybah ni agk mencabar mental sbgai ibu..dia kerap mnngis mlm2...suka tdo lewat..kdg2 mgmuk sesuka hati beliau..mcm big bos sudah rupanya..adoi..fenatnya aku rasa...mujur add affan hadziq yg sllu mudah n ringan tgn kalau disuruh tlg mama dia bt kerja2 rmh...tiap2 mlm 3 4 kali beliau bgn mnngis, adoi mmg sgt2 penat..pening kpla mama ni tido tiap2 ari 2 3 jam aje...biasa mlm2 klo dia bt prgai tanak tido, hubby nnt amik alih plk bg tido si kecik tu...aku apelagi Zzzzzz....haahaha..melampau sungguh kn..nusaybah suka menari klu dgr lagu..gelak kuat2 klu abg dia bt lawak..lwak la sgt...pendek kata mmg mathcing sgt 2 beradik ni...affan selalu mgalah dgn adik dia, klu adik pukul..dia biar je...gentlemen seorg abg...klu adik dia merangkak pegi mna2 tpt yg cm bhya, nnt nmpkla didukungnya si adik dgn ssh payahnya....tulah kasih seorg abg..semoga Affan sentiasa protect adik sampai bila2...

Jumaat

Affan Hadziq Mengamuk Buat kali Pertama

Selama 5 tahun lebih aku membesarkan Affan hadziq xde satu pon masalah besar yang dia timbulkan..Mudah sangat jaga dia, cuma dia kerap sakit je masa kecik2 dulu..Pas dapat je adik Affan Hadziq terus Allah kurniakan kesihatan yang baik..Affan Hadziq anak yang sangat baik, walaupun ada juga nakalnya sekali sekala tapi apabila dilarang atau disuruh, dia sangat patuh..Semoga Affan Hadziq patuh kepada mama dan papa juga perintah Allah..

Nak dijadikan cerita, semalam aku terpaksa balik lambat dek bebanan kerja di pejabat dah makin bertambah..Komitmen pd kerja makin byk, kdg2 aku perlu balik rmh lewat malam.. Bukan aku je, hubby aku pon mmg setiap hari balik lewat..Kesian anak2..Haish, bilalah semua ni akan berakhir..Kadang2 rasa nak je berhenti kerja n buat bisnes kt rmh, bole tgok anak-anak membesar di depan mata..Apekan daya, keperluan hidup yang mendesak..terpaksa la ktorg kerja keras untuk kemaslahatan di masa depan. Semalam sbb lambat balik aku cll hubby minta tlg dia ambik affan n nusaybah..sampai je dpn rmh dh gelap...dkt kul 8mlm rasanya..aku nmpk hubby dgn affan hadziq msih dpn rmh..pintu rmh tbuka..ade affan tgh dduk dpn pintu...tgk dia tgh baling2 kasut...hbih kasut dibalingnya..pastu dia msuk dlm blik ambil brg3 n bling lg...suami dh xde idea nk pjuk(hemm cmtu la hubby mmg bab pujuk memujuk mmg failed)..hubby ckp "tgok ni mrjuk dari td pasal ape xtau"..aku gk kne take part..aku tnya affan, nape affan mrh?..dia xjwb sepatah pon, still mgmuk lagi...aku kata lg.."bgtau la mama, kenapa affan mrh2 ni?"...still mgmuk, baling2 brg..aku peluk si kecil tu tanya lagi,.mcm org kene sampuk hantu pon ade..last2 aku kata..affan tau kan mama ni bkn penyabar sgt...geram sgt aku cubit gk sikit..bru dia start nngis n bgtau.."papa ambik affan lambat"...ohh pttla...rasa kesian ada, menyesal pon ada...rasa bersalah sgt..ktorg ni kejar sgt kerja...dlm kpla aku pikir kerja je..hubby pon siang mlm kerja...kerja..kerja...aduhai, kesian ank2...mulai saat tu aku kurangkan sikit tabiat suka bekerja...

Rabu

Dugaan Berat

Assalamualaikum..
Baru2ni aku ditimpakan satu dugaan..Pedih la juga..Aku cm biasa pura2 tak sedih..Aku pergi kerja balik kerja mcm biasa..Lama aku pendam perit dugaan tu..




Pas dugaan tu senyap sudah, muncul satu dugaan baru pulak, dugaan ni amat berat utk hati, otak, diri aku untuk tanggung...Sangat2 berat, tapi aku cm biasa abaikan je..Aku tak tahu apa yang patut aku rasa, perlu ke aku kecewa..perlu ke aku sedih, perlu ke aku rasa teraniaya, perlu ke aku rasa frust..betrayed (ygni aku xreti nk terangkan dalam bahasa melayu)..hahaha..Cm biasa juga aku jalani kehidupan hari2..Pagi pergi kerja, pasang lagu kuat2 dalam kereta..Balik kerja menyanyi girang dalam kereta jugak..Balik rmh bt mcm biasa, masak..cuci kain..kemas rmh..tgok tv..semuanya..Tak tau nak rasa apa..yg aku tau aku blurr...blurr bw kereta nyanyi dgn fikiran yg kosong...makan cm biasa, cuma makanan rasa xsedap...minum tak hbis, asal order air je cnfirm aku minum tak habis..rasa tawar je air yg manis..Aku ni sedih ke tak, aku sendiri pon tak pasti.





.Aku rasa nk marah ke tak pon aku xtau, klu aku mrh..tapi pada siapa? rasa kecewa tapi pada siapa, pada diri sendiri ke, pada org lain ke? Yang pelik sepanjang aku blur2 ramai yg muncul dtg bt lawak..layan aku baik sgt tp aku xrasa apa..ibarat kaki yg terasa kebas..kalau kau cubit cmna pon ttp tak rasa apa..klu ade kwn2 bt lawak aku gelak tapi sbnrnya aku tak rasa lucu pon..saje ambil hati dorg je..Ramai la yg mengusik, aku senyum je sbb aku tak tau nak rasa apa sbnrnya..Hai cmna patut aku rasa, apa patut aku buat..hemm aku xtau...aku bawa kete aku rasa kosong..aku tak ingat mana aku ltk brg..tetiba pagi ni masa nk start kete pergi kerja aku tgok kt sound player kereta aku nampak something missing..bende tu kecik sgt..kalau difikirkan logik sepatut aku masih tak rasa apa2 sbb bende tu kecik sgt..patutnya xjejas sikitpon kehidupan aku ni..Peliknya aku rasa sedih sgt..






Mcm ade bende besar yg hilang dari hidup aku ini...Aku sebak sgt..Aku menangis teresak2..Pendrive aku mana wei..Syaiton mana dah ambik..Pendrive tu la aku bbuh byk2 lagu yg aku layan time drive balik keje ...Sedih sgt2...Pendrive tu kecik sgt suku saiz kayu aiskrim je pon..tapi aku sayu gila arini...Pastu buka radio je asyik pasang lagu sedih..Seme chanel lagu sedih je..Sayu rasa..Semoga Allah jumpakan semula pendrive aku yg hilang tu..Dalam tu la ade mcm2 fail kerja aku...woi sape ambik woiiiii..bagi balik..Pendrive tu ilang aku rasa mcm separuh kehidupan aku dh xde....




Khamis

Catatan Matlamat Kurangkan Berat Badan Aku ( Target 48 Kilogram pada Aidilfitri Tahun ini ) - 14 April 2016

Makan pagi arini xsempat..Hanya Brunch..Nilah masalah yg kne aku hadap bila diet ni...pagi mmg sllu xsempat, nk siapkan anak2 n anak mak mertua lagi..Bukan senang ni..Percik air pon lom tentu bgn, igt pasni kene beli alat renjatan tu la bru snng sikit kot..hahaha..semalam aku xamik dinner n tidur awal..pagi ni xberjaya tinggalkan minuman manis..Minum teh o ais n milo tghari..huhu..camano diet haku ni..Aperpon pagi ni timbang kurang sekilo jer..Huuu...Sedih..T---T..Xpe Arini cuba lagi..Malam karang nk try bt diet drink..Smlm xsempat xcercise nusaybah mengamuk, jeles tol adik ni tgok mama senang2 xbole..uhuk uhuk.....

Resipi Jus Untuk Orang Yang Nk Turunkan Berat Badan

Timun 1/2
kiwi 1/2 (bukan kiwi kasut tu ye, buah kiwi)
daun celery ( 4 batang )
avocado 1/2
halia satu inci
Lemon 1/2
Alovera sebatang buang kulit amik gel saja

Sumer ni blend then minum masa sebelum tidur

Isnin

Catatan Matlamat Kurangkan Berat Badan Aku ( Target 48 Kilogram pada Aidilfitri Tahun ini ) - 11 April 2016

Mulai hari ini aku bertekad untuk mengurangkan berat badan aku dari sekarang rahsia kilogram kepada berat badan idaman 48 kilogram. Mulai hari ini aku mencabar diri sendiri untuk mencapai berat badan idaman sebanyak 48 kilogram. Jika tidak berjaya, cukuplah aku akan berpuas hati jika mencapai 50 kilogram..

11 April 2016
Hari ini aku baru makan pagi tadi, makan hidangan sepinggan lengkap iaitu nasi, ikan, ulam2 (aku sgt suka makan ulam dari kecik2 dlu)..

Untuk tengahari belum menjamah apa2 sbb terlalu sibuk dgn kerja2 di ofis...Aku hanya minum plain water je..Since aku ade gastrik, skrgni ada rasa loya2 sikit..hihi..xpela demi hubby tercinta rela je aku diet..Hubby aku xdela request pon dan dia tak pernah pon persoal tentang bentuk badan aku yang agak berisi pas bersalin kali ke dua ni..Aku nak kurus yg sihat bukan yg kurus bahaya tu. Aku akan berusaha untuk tinggalkan minuman bergula sikit2...Berusaha untuk makan sayur dan buah2 an..



Affan Hadziq 4 tahun 4 bulan...

Affan Hadziq semakin hari semakin besar..Budak cerdik dan baik..Affan Hadziq abang yang baik, selalu buat lawak bagi adik dia gelak..Elok la..abg suka bt lawak yg adik plk jenis senang gelak..Affan Hadziq ade hari mkn byk..ada hari taknak makan..Badan kurus, harap kepala je besar..Sebiji cm mama masa kecik2 dulu..kurus kering..Skrg xde la..chubby lg mama ..nk2 pas bersalin kali ke 2..xpe2 akan mulakan sesi diet pasni cm selalu..huhu..Affan Hadziq budak cerdik, bila ajar apa2 kat dia mudah sgt hadam..Baru2 ni dia request nk bermain roller blade...Aku pon bawa dia main kt Wisma UMNO Kepala Batas...Memula tu ssh hati gak aku bila dia langsung xnk gerak..bt lembik badan dgn aku yg terpaksa plk pegang dia..Sakit pinggang nak oii..Sbb aku biasa dgn perangai dia yg cpt boring, aku sewa setengah jam je roller blade tu..Memula hubby ade cakap nak belikan roller blade utk Affan, aku xbg sbb takut nnt dia boring n xnk main dah rugi je beli..So for the first step aku just bawa je dia try main dlu yg sewa...Aku bg dia naik kt kawasan berpasir..Sorry tauke roleer blade habih berabuk bnde alah tu..Pas dia berani berdiri tegak baru aku bawak kt jalan bertar yg agak kasar, aku suruh dia langkah sendiri ..Then sikit2 dia dah cekap nk luncur aku bg dia naik kt jalan berturap yg lg licin....Hemm dalam masa tak sampai stgh jam dia dh pndai luncur cm bebudak lain yg reti naik roller blade tu cuma dia still xberani bg aku lepaskan tgn..Next week kami nak p lagi bg dia biasakan diri..Sbb hubby sibuk dia suruh aku pegi sorg je dgn anak2 ditemani mak n adik..Hubby siap isi minyak kete dia full lagi suh aku guna..haha mujur aku ni baik, aku balik umh je pas bawa Affan..

Drama Bersiri Aku Bukan BIMBO

Baru2 ni aku mengalami ketagihan yang amat melampau dlm menonton drama bersiri "Aku Bukan BIMBO". Drama adaptasi novel mmg tersangat sangatlah best jalan ceritanya...Lagipun aku mmg peminat Shaheizy Sam..Ape2 je cerita yg Sam berlakon mmg best sgt..Hidup je lakonan beliau..Cuma aku rasa tak berapa nak best bila heroin citer tersebut adelah Nadiya Nisa..Bukan kerana Nadiya berlakon tak best..Sebenarnya Nadiya berlakon best juga dlm cerita2 atau filem2 tertentu..Cuma gandingan dorg berdua dalam citer ni aku tgok tak berapa nak masuk je...Tak matching omputeh kata..1st sbb tajuk dia aku bukan BIMBO...

**Maksud BIMBO : Cantik tapi tak cerdik..

Bagi aku Nadiya Nisa sendiri cerdik. And watak beliau dalam cerita tersebut juga adalah cerdik..Tapi beliau kurang cantik..Lagi best kalau dorg letak heroin yg lebih cantik...Lagipun watak heroin takdela nampak berat sgt..So dorg boleh je nk letak pelakon bru kerana bg aku watak tu agak ringan...Sedangkan Nadiya lebih sesuai membawa watak yg lagi berat..pendapat aku jela...haha...Aperpon Shaheizy Sam sesuai je bawak watak apa pn..Mcm yg selalu dia digelar dlm cerita tu "Douchbag".

**Maksud DOUCHBAG : Orang yg bajet hansome dan macho tetapi langsung tak. Gemar berpakaian sendat menampakkan bentuk tubuh padahal badan tidaklah sesado mana pon.Sentiasa memakai minyak rambut sampai licau (bahasa kedah) kepala. Rambut sentiasa disikat rapi dan bergaya mengikut fashion terkini. Over confident. Suka menarik perhatian (attention seeker atau dalam bahasa arabnya dipanggil sebagai Jazbu Intibah). Ade ramai awek.. Suka ngorat yg cun2 je yg tak cun terus kutuk depan2 n kuat2.

ps : Ape yg aku taip ni mengikut yg aku fhm jela ttg istilah ni **

Ape pon jalan cerita mmg menarik sgt...pandai je penulis novel ni karang cite...Aku mmg dah lama pencen dari baca novel, ank dh dua..mmg tak sempat la..tambah dgn ank mak mertua lg, dah aku rasa mcm ade 3org anak dh

Selasa

Nusaybah Aleema 4 Bulan

Dah jarang2 aku update blog ni..Dulu seorang je ank nk kene handle..skrg dh dua org, jdnya aku belum dpt lg menyesuaikan diri menghandle 2 org ank yg baik dan comel kurniaan Allah s.w.t... Indahnya percaturan Allah bila mana sepanjang mengandung aku banyak stress dan sedih..Selalu aku baca kt mana2 yg bila seseorang ibu mengandung tu banyak sedih dan stress akan mengeffect bayi yg dikandungnya (bahasa apakah yg aku guna ini)...Alhamdulillah segala puji2an bg Allah s.w.t Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta seluruh makhluk2Nya..Nusaybah Aleema bayi perempuan kami yg sangat comel..Sejuk mata melihatnya...Wajahnya sangat manis selalu tersenyum..Nusaybah budak cerdik, suka tegur2 org even dia sgt kecil..Cuma satu je..wajah comel dia tak makan gambar, org putih kata tak fotogenik..Di luar lebih comel berbanding dlm foto...Nusaybah manja, kuat dan mudah dijaga..Paling aku suka peluk2 si kecik ni bila balik kerja...Rasa nk sampai rmh awal setiap hari sbb teringat senyuman girang dia bila nampak je mama dia muncul dpn mata dia...Nusaybah comel sgt, kulit lembut, mata besar bulat,hidung kecik je..mulut kecik...Seronoknya bila nak mandikan dia..masa buka baju dia, mesti dia akan gelak terkekeh2 sbb geli..Syukurlah mudah jaga sepasang putera puteri aku ni..Affan dh matang, boleh diharapkan utk jg adik..Manakala Nusaybah pulak senang dijaga...Cuma dia xnk tggl sorg2 je..klu xde org dkt2 dia slalu dia nngis..Aritu masa selepas pantang aku risau sgt..sbb dia xpandai minum susu pakai botol...Tapi aku tawakal jela hantar, aku doa supaya Nusaybah ni memudahkan org yg nk jg dia..sbb aku takut nnt org rasa mrh pulak nk menjaga si kecil nan cerdik tu...Semoga Allah pelihara Nusaybah dan Affan Hadziq walau dimana mereka berada...Arini 1st day Nusaybah dh tak pergi taska..Bukan ape, kesian sbb dia kecik lg...Aku bg adik bongsu aku jg..Kesian plk tgok muka cikgu2 dia nampak sedih je bila aku bgtau dh tak hantar lagi Nusaybah pergi taska..For those yg ade ank masih kecik aku sarankan korg hantar la dekat pengasuh...besar sikit bru hantar taska....Exclusive BF yg aku cita2kan tak menjadi..sudahnya bila g kerja aku hntr susu tepung je..Balik umh karang bru BF...Nusaybah ni masa lahir aritu 2.2 kg je..last timbang bulan lepas 5.6kg dh..haha...Baju plk Nusaybah kene pakai yg umur 1tahun..yg kecik2 dh tak muat hehe...Bulat sgt..sedap peluk...Smlm aku tanya adik cmna jg Nusaybah, dia ckp minum susu n tdo je...haaah kan kate dh snng jaga budak baik tu....Affan org yg paling happy bila dpt baby bru ni..Ari2 nk syg..adoi jenuh...Herm Nusaybah pon dah pandai sembang2 dgn aku (guna bahasa dia laa)...maka makin meriahlah umh kami....