Sabtu

Jalan jalan Ipoh

Cuti hemmm bestnya...cuti panjang bln Disember terasa bagai tak cukup..hari tu bawa anak-anak pergi jalan2 main air di Lost World..
.Sbnrnya aku tak minat sgt pergi taman tema nih...aku suka jln2 shopping kt pasaraya je..
.demi anak2 berkorban jelah...abg sulung aku bincang2 dgn ktorg masa birthday affan nak bawa bdk2 main air kt Lost World...kami pon setuju jer...exited sgt affan dpt main air..dia punya seronok mandi dari ktorg sampai Lost World sampai lah 6.30ptg bru stop main...sptt tiket ktorg beli sampai mlm...tapi dh letih sgt ktorg balik hotel jg ptg tu.mlmnya plk pegi mkn Nasi Vanggey...sedap jgk la nasi tu sbb ade sambal nyiur tu...pas mkn nasi vanggey ktorg pergi naik basikal kt Kinta River Walk.3
Basikal ni boleh naik 6 orang
Basikal ni 2 orang dewasa sorang kanak-kanak bole naik
.seronok jgk..basikal ada yg 6 seat, 3 seat, 2 seat etc.
Yangni pulak bole naik 2 orang dewasa sorang kanak-kanak


..pas puas naik basikal ktorg balik hotel tido.Kitorg bermalam kt hotel Golden Roof Hotel, Ipoh..esoknya ktorg terus drive pegi Zoo Taiping..Sebelum tu kami singgah dulu makan kat Nasi Vanggey..disebabkan hujan masa kat zoo...ktorg naik keretapi dlm zoo je...pas siap bawa bdk2 tgk binatang, ktorg terus balik...on the way balik kami singgah ke Design Village beli baju anak2, makan dan beli brg2 etc...pas pasaraya nak tutup ktorg pon balik lah rmh msing2..

Khamis

Sakit Tekak Sakit Mata Mengakhiri 2016

Bangun je dari tido 2hari lepas..mata kanan aku sakit sgt...nk pejam sakit...bila tekan rasa sakit....pandangan mata kanan terasa kabur...bila aku belek2 kt cermin bilik air ade sikit taik mata
Tgok tu ade selaput sikit
..pelik...biasa mata aku jd cmtu bila lama pakai lens je...kata la lens tu tempoh 8 jam tapi aku pakai sampai tertido 12 jam..klu bgn mmg jd cmtu..hahaha..tapi ni lain...bgn tdo 2 hari lepas rasa sakit sgt..rasa nk tcabut bola mata...pg smlm aku belek lg tgk2 ada lebam tepi mata kanan tu..aku tanya somi sama ada beliau telah tumbuk mata kanan aku semasa aku tdo...dia jwb hah mmg abg tumbuk pon...
Penat aku jegil nk tgkp gmbr mata yg sakit tu...kt luar nmpk lg teruk..dlm gmbr nmpk ok sikit
aku dh mmg agak jwpn dia cmtu dh sj je buang masa tnya gk...adoi sakitnya tuhan je tau.semalam masa nk lelap aku mimpi bola warna putih melayang kena mata kanan yang sakit tu, terkejut bola tu aku terjaga.sampai 2pg xbole tdo...nak pejam, sakit rasa...aku usaha utk lelap gk...pg td merah ujung bola mata tu n jadi mcm berselaput.bkn tu je, tekak jg rasa sgt sakit..suara dh mcm itik nila...tak larat sgt2 rasa...tak boleh jadi ni...pas habih urusan taska affan, aku terus g klinik bersatu 24 jam check...doc kta xda ape..allergik je...dptla ubt titik mata, ubat batuk, ubat sakit tekak, antibiotik dan ubat allergik...sudahnya duk terbaringje skrgni sambil update blog....huhu

Rabu

Nasi Daging Paling Sedap di Alor Setar, Kedah

Aritu kitorg sefamily g ziarah kematian d Sungai Baru, Alor Setar. Disebabkan sampai lambat, ktorg xsempat ziarah jenazah cuma ziarah org yg masih hidup je..Pas ziarah ktorg terus balik rumah (ceh yelah tu balik rumah, p jejalan dlu kot)...Dalam perjalanan pulang kami singgah makan di Kedai Af Mee Kuah Tulang...Kt situ kami makan Nasi Daging Harimau Menangis...bkn daging harimau tp daging lembu..sedap sgt..sup dia mmg marvellous habih..air asam sedap...nasi dia yg paling sedap...yg best sekali daging dia..xsilap dorg bakar n perapan dia rasa sampai dlm..lembut plk tu...
Maafye gambar kurang menarik sbb cameraman amatur saje


Bagi yang nak makan rilek2 bolehla mai sini..pelayan dia baik..servis cepat...makanan dihidang panas-panas...ktorg order kopi ais, teh o ais limau, neslo ais etc..mmg sgt sedap dan tak mengecewakan..saya bagi 4.5 bintang...

Shellout Sg Petani

Baru-baru ni sedang aku lepak-lepak kat rmh mak...telefon aku vibrated..aku belek2 tgk encik hubby msg ajak p try shellout...aku ok kan je...sbb aku pon tak pernah lagi makan shellout...dah lama viral..aku bru nk cuba rasa...pas maghrib aku drive balik rmh (ceh...drive la sgt..selang sebuah rmh je pon..hihi)...tunggu hubby siap pastu ktorg terus p cari kedai yg jual shellout..cari punya cari..finally kami sepakat nk try shellout kt Yolokitchen Taman Ria,Sg Petani.
.yg ktorg order masa mkn kt sini shellout utk 4 ke 5 orang..dalam tu ada kepah, kerang, udang, sotong sikit, ketam dan ikan siakap masak sweet sour tak silap aku.
Yang tak bestnya bawang besar byk sgt dia ltk...Shellout kat Yolokitchen ni dianye kuah sangat sedap.
.layanan sgt baik...pelayan kat kedai ni sangat baik..makanan diserve cepat...bersih..satu je...seafood dia tak berapa fresh sgt...klu korg kaki makan makanan seafood korang biasa mkn yg fresh2...mungkin korg prefer yg lain...Okay nnt nak try shellout kt kedai lain pulak....chow

Khamis

Wohoo....Januari depan Aku Bebas Hutang



Assalamualaikum....semakin hari semakin lega rasanya...next month kereta gua dh hbih byr...


alangkah indah rasanya..burung2 pon berkicauan (ape yg merepek ni)...hurray.... bln dpn aku xpyh lg byq duit kete...Rm400 sebulan instalment kete aku tu...mmg kete kecik je pon..instalment nang hai..punyala byk..dahla gaji kecik je...rasa seronok sgt mcm anak dara yg mengorat si teruna dan cintanya tidak bertepuk sebelah tangan...hurray...Pasni cash tu boleh la buat saving utk affan n nusaybah.....seronok rasa dpt saving utk masa dpn ank2...Aku ni mmg sejak azali mmg sangat tak suka berhutang..aku rela xde duit dari berhutang..bg aku, hutang ni ibarat taik lalat di atas mulut..benci dilihat...nak dibuang sakit.....huhu...Skrgni aku sedang mengira hari bilakah masanya akan tiba...akan aku isytiharkan kemerdekaan aku dari hutang..weheee....xlama dah..bulan depan jer....

Rabu

Jenis Kawan Yang Perlu Dijauhi

1) Kawan Yang Suka Mencuri
Kawan yang suka mendapatkan kemewahan dengan cara mencuri, menipu dan mengambil rasuah. Dikhuatiri dengan rapat dengannya kita akan menerima tempias perbuatan mereka. Kawan jenis ini biasanya tidak peduli sama ada wang yang diperolehinya secara haram atau sebaliknya.

2) Teman Yang Datang Bila Perlu Sahaja.
Bila dia memerlukan pertolongan laju je dia datang. Tapi bila tidak lagi perlukan khidmat korang dia tidak akan datang kepada korg pon...Dia hanya berbuat baik apabila memerlukan pertolongan kita saja. Teman yang suka mempergunakan orang lain. Hanya memanfaatkan orang lain untuk kepentingannya sahaja. Setelah dia memperolehi sesuatu dgn mempergunakan kita dia beralih kepada orang lain. Kawan yang boleh memberinya byk manfaat sahja yang dia akan rapat. Kawan jenis ini kalau dibuang dari senarai rakan pon tak apa.


3) Penikam Belakang
Spesis ini teramatlah bahaya. Didepan dia bermanis muka padahal dibelakang kita dia memburukkan kita kepada orang lain. Orang jenis ini sanggup mencipta fitnah untuk membuatkan orang lain benci kepada kita. Golongan ini biasanya sgt benci melihat kejayaan kita. Kalau boleh dia nak kita jatuh tersungkur barulah dia berpuas hati.

4) Play safe


5) Pengkhianat
Spesis ini yang sanggup membocorkan rahsia yang anda pernah beritahunya. Di depan kita punyalah baik. Tetapi diam2 dia cuba jatuhkan kita.

6)Jenis batu api
Suka menyemarakkan api permusuhan. Gemar melaga-lagakan orang lain. Dia takkan senang melihat orang yang dibencinya bahagia melainkan tergamak mengapi-apikan orang supaya turut bermusuh dengan orang dibencinya

7) Teman yang ada bila dia memerlukan pertolongan kita sahaja.

8) Kawan yang pentingkan diri. Segala apa dilakukan hanyalah demi kepentingan dirinya semata-mata.

9) Kawan yang suka mengambil kesempatan. Jenis ni gemar mengambil kesempatan atas kebaikkan orang lain. Dia sentiasa mencari-cari peluang untuk mengambil kesempatan atas diri anda sahaja.

10)Kawan yang hilang saat susah dan hadir bila kita senang sahaja. Kawan semacam ini untuk mengenalpasti kewujudan mereka adalah semasa korg susah..Masa tu korg akan nampak dengan jelas perangai sebenar mereka..

Ahad

Birthday present for husband n affan

Ygni yang aku berkenan dia xberkenan

Ygni pon aku berkenan..dia xberkenan..design lg cantik n lebih murah


Arini memusing2 fikir nk beli birthday present utk husband....ape nak beli xtau...husband aku ni sedikit cerewet..so jgnla gatal2 nk beli baju ke, kasut ke, jam ke..ape2 la utk dia klu dia xtau..bkn pe takut2 kita gk nk sakit ati sbb dia xnk pakai or guna...parfume selalu dh aku beli..biasa la org pompuan ni kn suka kn bnde2 yg wangi...byk ari dh husband duk bg hint nk jam Casio n kasut timberland...dia xckp direct cuma duk wasap mai tanya cantik ke x je..aku bt2 xfhm...gila ko...jam tu rm600 lebih kot..klu gaji aku rm20k dgn senang hati aku bli...habih seme design kasut timberland sume aku review...sbb Allah tu syg aku tetiba je arini aku rasa nk klik kt url yg dia hntq kt aku..masa memula dia hntq url kt aku 5hari lepas, aku tgk harga rm799, dekat rm800..pergh....confirm xbeli dh...arini tetiba je rasa nk tgk lg...sekali rm400 lebih je...pergh..mmg aku bajet bwh rm500 je...lebih xbeli lah ye.mkn kek sudah...keh3..tu pon 1 slice...sbb birthday hubby dgn affan selang 2ari je jimatla duit..buat 1x ...affan da dpt present kmrin lg...nk sgt kete kontrol..so hubby aku da bli smlm...birthday ni klu xsambut pon xde hal..cuma bg aku tu satu cara utk kita highlight penghargaan untuk mereka dlm hidup kita...
Yangni la husband berkenan sgt2 sampai tak boleh nk tukaq dh

Ni hadiah bday utk affan hadziq...dia dh bawa dinosaur naik

Rabu

Tanda-tanda Suami Tidak Cinta

Tanda-tanda Suami Sudah Tidak Lagi Mencintai Isteri Seperti Dulu

Setiap yang berkahwin mengimpikan kehidupan bahagia bersama pasangan seumur hidupnya. namun begitu kadangkala apa yang terjadi berlainan dengan yang diharapkan..

Walaubagaimanapun manusia berubah. Setelah bertahun berkahwin hubungan suami isteri tidak lagi hangat seperti awal perkahwinan dahulu. Hilangnya kehangatan hubungan suami isteri kerana masing-masing atau salah seorang tidak menjaga dan menghidupkan kembali api cinta yang kemudianya menyebabkan hubungan menjadi semakin hambar.

Ada juga yang pasangannya sering melakukan kecurangan berkali-kali dan selepas itu meminta maaf. Kecurangan kali pertama mungkin dimaafkan tetapi jika ianya berkali-kali terjadi dan berulang, keadaan tersebut boleh menyebabkan pasangannya mencari inisiatif lain untuk bahagia.

Ada hubungan yang berakhir dengan perceraian. Namun masih ramai yang memilih untuk terus hidup bersama meskipun setiap hari perlu dilalui dengan perasaan sakit hati dan menjemukan.

Faktor-faktor seperti memikirkan masa depan anak-anak, urusan perceraian yang rumit, hubungan baik dengan keluarga mertua menjadi salah satu sebab kenapa kebanyakkan pasangan masih lagi tinggal bersama meskipun masing-masing sudah lagi tidak lagi saling menyayangi dan ingin berpisah.

Disini saya kongsikan beberapa tanda suami yang tidak lagi tertarik ataupun sayang kepada isteri :

1)Suami yang memberikan alasan sibuk bekerja untuk tidak segera pulang ke rumah. Suami melarikan diri dari masalah rumah tangga dengan menjadi seorang yang gilakan kerja. Keadaa ini juga boleh mengundang terjadinya affair di tempat kerja.

2)Suami tidak lagi memuji atau menghargai isteri.
Bilakah kali terakhir suami memuji anda atau menghargai sesuatu yang anda lakukan.

3) Suami sering mempersalahkan anda atas setiap masalah yang terjadi.

4)Aktiviti bersama terhenti. Bilakah kali terakhir anda berdua bersama duduk minum teh dan menghabiskan malam romantis bersama.

5)Sikap bersyukur mulai hilang. Awal pernikahan suami begitu bersyukur kerana memiliki anda begitu juga dengan isteri. Suami lebih fokus pada kekurangan isteri.

6) Aktiviti seks berkurang. Faktor usia dan beban kerja mungkin merupakan penyebab masalah ini. Namun rasa sayang sepatutnya semakin bertambah kerana susah senang yang dilalui bersama. Saat kasih sayang suami yg tidak lagi terasa ditambah dengan hubungan seks yang semakin tiada bahkan suami semakin menghindari isteri ini tidak perlulah ditanya lagi. Ada yang tidak kena dengan pernikahan anda.




Sabtu

Today is our 6th anniversary

Assalamualaikum..sedar tak sedar dah 6 tahun kitorg berkahwin..syukur masih utuh hubungan yang dibina...setiap perhubungan itu semestinya tidak dapat lari dari menghadapi pelbagai cabaran..pelbagai pahit,manis,masam,pedih, perit,sakit,gembira, tawar, sedih,terluka,cinta,sayang,rindu,bahagia dan sebagainya. Alhamdulillah kitorg masih dapat bertahan dengan hubungan yang dibina ini. Dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel, dikelilingi keluarga yang menyayangi kami. My hubby is my mom's favourite son in law. Kitorg ada semuanya walaupun tidak lah sekaya mana....Syukur Alhamdulillah kepada Yang Maha Pencipta kerana diri ini masih diberi peluang bernafas dan meneruskan sisa-sisa hidup untuk lebih beribadah kepada Mu.
Arini xde plan best2 cm org lain pon...bt lek bt peace je...Biasa kebanyakkan isteri dpt hadiah anniversary seperti bunga, makan malam romantik, jewelery ke..tapi hubby aku lain, dia bg hadiah tayar kereta baru kt bini dia ni 4 bijik....hahaha...Last years aku dpt hadiah berupa cat kereta..bkn dpt cat ye...kereta comel sy disponsor kos mengecat oleh suami...bernilai seribu setengah saje, padanlah.....kereta kecik n cat biasa2 saja...terima kasih suami kerana telah menghadiahkan sy tayar kereta baru walau tayar tak berjenama tapi hadiah tersebut amat bermakna kepada sy...sbbnya skrgni sumer brg2 mahal..nk beli sendiri rasa syg nk keluar duit....


Tayar je baru, sport rim lama dah....