Rabu

Jenis Kawan Yang Perlu Dijauhi

1) Kawan Yang Suka Mencuri
Kawan yang suka mendapatkan kemewahan dengan cara mencuri, menipu dan mengambil rasuah. Dikhuatiri dengan rapat dengannya kita akan menerima tempias perbuatan mereka. Kawan jenis ini biasanya tidak peduli sama ada wang yang diperolehinya secara haram atau sebaliknya.

2) Teman Yang Datang Bila Perlu Sahaja.
Bila dia memerlukan pertolongan laju je dia datang. Tapi bila tidak lagi perlukan khidmat korang dia tidak akan datang kepada korg pon...Dia hanya berbuat baik apabila memerlukan pertolongan kita saja. Teman yang suka mempergunakan orang lain. Hanya memanfaatkan orang lain untuk kepentingannya sahaja. Setelah dia memperolehi sesuatu dgn mempergunakan kita dia beralih kepada orang lain. Kawan yang boleh memberinya byk manfaat sahja yang dia akan rapat. Kawan jenis ini kalau dibuang dari senarai rakan pon tak apa.


3) Penikam Belakang
Spesis ini teramatlah bahaya. Didepan dia bermanis muka padahal dibelakang kita dia memburukkan kita kepada orang lain. Orang jenis ini sanggup mencipta fitnah untuk membuatkan orang lain benci kepada kita. Golongan ini biasanya sgt benci melihat kejayaan kita. Kalau boleh dia nak kita jatuh tersungkur barulah dia berpuas hati.

4) Play safe


5) Pengkhianat
Spesis ini yang sanggup membocorkan rahsia yang anda pernah beritahunya. Di depan kita punyalah baik. Tetapi diam2 dia cuba jatuhkan kita.

6)Jenis batu api
Suka menyemarakkan api permusuhan. Gemar melaga-lagakan orang lain. Dia takkan senang melihat orang yang dibencinya bahagia melainkan tergamak mengapi-apikan orang supaya turut bermusuh dengan orang dibencinya

7) Teman yang ada bila dia memerlukan pertolongan kita sahaja.

8) Kawan yang pentingkan diri. Segala apa dilakukan hanyalah demi kepentingan dirinya semata-mata.

9) Kawan yang suka mengambil kesempatan. Jenis ni gemar mengambil kesempatan atas kebaikkan orang lain. Dia sentiasa mencari-cari peluang untuk mengambil kesempatan atas diri anda sahaja.

10)Kawan yang hilang saat susah dan hadir bila kita senang sahaja. Kawan semacam ini untuk mengenalpasti kewujudan mereka adalah semasa korg susah..Masa tu korg akan nampak dengan jelas perangai sebenar mereka..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan