Rabu

Tanda-tanda Suami Tidak Cinta

Tanda-tanda Suami Sudah Tidak Lagi Mencintai Isteri Seperti Dulu

Setiap yang berkahwin mengimpikan kehidupan bahagia bersama pasangan seumur hidupnya. namun begitu kadangkala apa yang terjadi berlainan dengan yang diharapkan..

Walaubagaimanapun manusia berubah. Setelah bertahun berkahwin hubungan suami isteri tidak lagi hangat seperti awal perkahwinan dahulu. Hilangnya kehangatan hubungan suami isteri kerana masing-masing atau salah seorang tidak menjaga dan menghidupkan kembali api cinta yang kemudianya menyebabkan hubungan menjadi semakin hambar.

Ada juga yang pasangannya sering melakukan kecurangan berkali-kali dan selepas itu meminta maaf. Kecurangan kali pertama mungkin dimaafkan tetapi jika ianya berkali-kali terjadi dan berulang, keadaan tersebut boleh menyebabkan pasangannya mencari inisiatif lain untuk bahagia.

Ada hubungan yang berakhir dengan perceraian. Namun masih ramai yang memilih untuk terus hidup bersama meskipun setiap hari perlu dilalui dengan perasaan sakit hati dan menjemukan.

Faktor-faktor seperti memikirkan masa depan anak-anak, urusan perceraian yang rumit, hubungan baik dengan keluarga mertua menjadi salah satu sebab kenapa kebanyakkan pasangan masih lagi tinggal bersama meskipun masing-masing sudah lagi tidak lagi saling menyayangi dan ingin berpisah.

Disini saya kongsikan beberapa tanda suami yang tidak lagi tertarik ataupun sayang kepada isteri :

1)Suami yang memberikan alasan sibuk bekerja untuk tidak segera pulang ke rumah. Suami melarikan diri dari masalah rumah tangga dengan menjadi seorang yang gilakan kerja. Keadaa ini juga boleh mengundang terjadinya affair di tempat kerja.

2)Suami tidak lagi memuji atau menghargai isteri.
Bilakah kali terakhir suami memuji anda atau menghargai sesuatu yang anda lakukan.

3) Suami sering mempersalahkan anda atas setiap masalah yang terjadi.

4)Aktiviti bersama terhenti. Bilakah kali terakhir anda berdua bersama duduk minum teh dan menghabiskan malam romantis bersama.

5)Sikap bersyukur mulai hilang. Awal pernikahan suami begitu bersyukur kerana memiliki anda begitu juga dengan isteri. Suami lebih fokus pada kekurangan isteri.

6) Aktiviti seks berkurang. Faktor usia dan beban kerja mungkin merupakan penyebab masalah ini. Namun rasa sayang sepatutnya semakin bertambah kerana susah senang yang dilalui bersama. Saat kasih sayang suami yg tidak lagi terasa ditambah dengan hubungan seks yang semakin tiada bahkan suami semakin menghindari isteri ini tidak perlulah ditanya lagi. Ada yang tidak kena dengan pernikahan anda.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan