Khamis

CARa HILANGKAN KERAK SUSU DI BOTOL SUSU ANAK DENGAN PANTAS MENGGUNAKAN 3 BAHAN SEMULAJADI.




Masalah yang selalu dihadapi bagi ibu yang beranak kecil tak lain tak bukan adalah isu BOTOL SUSU BERKERAK.

Lambat basuh jek, mulalah botol susu dan puting berkerak. Biasalah, seisi menjejak kasih botol susu anak nie memang memusing keliling rumah dan dalam keta.

Bila dah jumpa botol susu, paham-paham la.😅 Dengan kerak susu dah melekat di dinding botol. Bahagian puting lagi la.. MasyaAllah.

Nak hilangkan kesan kotoran susu bukan senang. Naik surrenderrr omak nyer.😫. Last-last beli jek botol dan puting susu yang baru.

Betul tak?

Kak Siti salah seorang ibu yang mempunyai masalah ni. Walaupun ada pebagai sabun pencuci botol dalam pasaran, rasanya Kak Siti lebih selesa dengan tips mengunakan 3 bahan semulajadi.

Baru-baru nie Kak Siti ada terbaca tips nie dalam FB. Kali nie, nak apply sendiri dan share dengan kawan-kawan. Baru nampak berkesan kan.

Nasiblah 3 BAHAN AJAIB ni memang ada kat dapur. Rupa-rupanya ada fungsi RAHSIA yang ramai antara kita tak tahu.

Inilah cara membuat ‘pencuci botol susu organik’ yang mudah.

BAHAN-BAHAN:
~~~~~~~~~~~
↪Air panas
↪Garam
↪Beras

CARA-CARA:
~~~~~~~~

1. Mula-mula masukkan beras ke dalam botol. Kemudian, isikan air panas ke dalam botol yang berisi beras tadi

2. Tutup dengan penutup dan goncangkan botol susu dengan penuh kasih sayang. Perhatikan kerak kerak susu mula berenang-renang

Kalo hok yang degil2 sangat tue, kena goncang lama sikit. Since Kak Siti suka wat 2-3 kerja serentak. Kak Siti wat berzumba dengan anak2 nie.

Huhuhuhu.. shake it.. shake it baby..💃💃💃

3. Bila kerak susu dah habis tertanggal, bilaskan dengan air bersih.

4. Ulangi Dengan Garam pula. Letak garam dan air panas, and start shake it. Kejap jek. Nak senang, pakai berus botol untuk kesan yang lebih cepat.

5. Tips untuk Bersihkan Puting

Untuk membersihkan puting, masukkan beras dan sedikit air panas ke dalam puting.

Geserkan permukaan puting dengan beras. Kerak susu akan tanggal dengan mudah. Buat sampai hilang. Kak Siti wat dalam 5-10min bagi yang kerak susu degil. Terutama yg dekat ring tue kan. Kekadang, berus manja-manja pakai berus botol.

SENANG TAK?

Jimat pun jimat, cuma guna bahan yang sedia ada di rumah.

Dengan cara ini juga, kita boleh elakkan anak daripada sakit perut akibat sabun pencuci. kekadang tue, tanpa sedar botol susu tak dibilas dengan bersih.

Apapun, kena ingat juga bahawa puting dan botol susu ini ada tarikh luputnya masing-masing. Kalau dah bercalar dan lebih 6 bulan, dah tiba masanya untuk ditukar baru. Namun, bergantung juga kepada jenama botol susu dan puting masing-masing.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu untuk menjaga kebersihan botol susu dengan lebih baik.

Terima kasih atas perkongsian tips istimewa ini daripada Puan Fitriah Azman, atau gelaran mesra beliau, Kak El.

Bagi ibu-ibu yang alami masalah yang sama, SELAMAT MENCUBA!

#AsmakDiamond
#DiamondMhamsb

Sumber : Facebook Siti Kadir

Rabu

Affan Hadziq Merely 6th years old

Aku kebosanan dek kerana printer aku rosak, aku menulis lagi hari ni keh3...head printer tu rosak, aku hantar repair..byk ari lg rasanya bru le recover..hurm bukan tak reti perbaiki sendiri..saja malas..sebab tu aku boring2 so aku menulis..
mls nak baiki sendiri, mls kotorkan tgn dgn dakwat...so utk isi masa lapang aku menaip..sebab tu kan hobi aku...tu yg hubby beli tablet sbb dh tau aku prefer guna tablet dari fon..fon aku lg satu tu sekadar hiasan...guna utk call je...disebabkan printer rosak aku terpaksa hold dulu kerja-kerja printing tugasan USM..Sabtu ni klu xkene kerja nk pergi USM ambik buku2...rindu USM sgt2...2 tahun extended sbb sayangkan hubby..ye la bila ko dh kawin komitmen family come 1st...klo tak extended bole jg, takut result tak comey je...

Jom bercerita tentang anak sulung aku Wan Affan Hadziq budak hansome, cerdik dan baik.Affan dah tak minum susu Pediasure dh sekarangni...yelah Pediasure tu untuk budak yang makan memilih je...untuk tambah zat yang kurang dalam badan diorang...kalau yg dah cukup zat tak payah ambik susu tu dah...Affan sekarang dah tukar minum susu kambing Lazz...minuman sunnah...ada banyak tin susu Pediasure Affan, sapa nak...meh datang ambik kt rumah...kot2 nak tangkap gambar letak kt fb..keh3

 Affan Hadziq ni sangat bertanggungjawab dan mendengar kata...Affan Hadziq bersekolah di Tadika Al Huffaz...Tahun depan dah 7 Tahun...Affan Hadziq sangat pandai Matematik sama macam papa...Affan Hadziq pandai baca Iqra' walaupon di muka surat yg dia belum pernah baca...dia akan boleh mengejanya...Semoga Affan Hadziq menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat...Affan Hadziq dengar cakap mama...Affan Hadziq suka pergi mengaji..Semasa mengandungkan Affan, aku suka baca surah Luqman dengan harapan Affan akan cerdik dan soleh seperti Luqmanul Hakim...Supaya Affan hansome...Affan Hadziq selalu mengalah dengan adik..Affan Hadziq selalu tlg mama lap lantai...tolong kemas brg mainan yang adik sepahkan..tolong jaga adik...etc...Affan Hadziq selalu bercerita, ttg cikgu dan kawan2 kt sekolah...Tiap kali balik sekolah dia tak jemu2 bercerita....Affan suka pakai jubah kalau nk pergi mengaji...kalau dia malas mengaji, aku akan ajar sendiri di rumah...aku berkira2 nak hantar Affan ke sekolah agama untuk primary school nnt..tapi jauh, hubby tak izin..jadilah Affan bersekolah dekat dengan rumah je..takpe la Affan, mama akan selalu berdoa agar Affan berakhlak mulia dan menjadi muslim sejati di dunia dan akhirat....










Selasa

Berbuat baiklah tanpa syarat

Jom mulai berbuat baik..berbuat baiklah tanpa syarat...berbuat baik tanpa mengharapkan balasan..berbuat baiklah tanpa mengharapkan pujian...ikhlaskan diri berbuat baik..jangan hanya berbuat baik dengan seseorang disebabkan ingin berhutang, telah berhutang dan mempunyai niat untuk berhutang lagi..janganlah berbuat baik dengan niat yang jahat...janganlah berbuat baik demi menunjuk-nunjuk...jangan pula didepan baik di belakang mengata..itu bermuka-muka namanya...berbuatlah baik dengan siapa-siapa sahaja...bukan untuk show off berbuat baik...ikhlas kan diri hiasi peribadi..

Berhenti Mencari Keredhaan Manusia Tetapi Carilah Keredhaan Allah


Ramai yang mencari redho manusia lebih dari redho Allah. Tambah-tambah pada zaman teknologi dan internet dunia tanpa sempadan ini. Ramai yang gemar menunjuk-nunjuk kemewahan yang kadangkala bukan milik sendiri bertujuan meraih perhatian dan pujian dari manusia lain.


Sampaikan ada juga yang sanggup meminta tin minuman yang mahal dari rumah orang lain untuk dipamerkan kepada umum demi menunjuk-nunjuk kemewahan yang tiada malah ianya sekadar lakonan..Apa yang amat memalukan apabila penipuan tersebut sebenarnya memang telah diketahui sejak dari awal oleh orang lain...Bagi manusia-manusia yang gemar meraih perhatian, pujian dan kekaguman manusia lain...Adalah lebih baik kita mencari redho Allah daripada mencari redho manusia...

Di antara rasa takut yang tercela adalah jika sampai rasa takut membuat seseorang lebih mendahulukan ridho manusia dalam keadaan membuat Allah murka. Artinya yang ia cari asal manusia senang dan ridho dengan dirinya walau ketika itu melanggar aturan Allah. Ia pun sudah tahu kalau itu salah. Rasa takut semacam ini juga mengurangi tauhid seseorang, di samping akan mendapatkan akibat buruk nantinya. Walau manusia awalnya suka, Allah bisa membolak-balikkan hati mereka menjadi benci nantinya. 

Semoga kita bisa mengambil pelajaran dari hadits ‘Aisyah berikut ini.
Dalam hadits disebutkan,
عَنْ رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ قَالَ كَتَبَ مُعَاوِيَةُ إِلَى عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رضى الله عنها أَنِ اكْتُبِى إِلَىَّ كِتَابًا تُوصِينِى فِيهِ وَلاَ تُكْثِرِى عَلَىَّ. فَكَتَبَتْ عَائِشَةُ رضى الله عنها إِلَى مُعَاوِيَةَ سَلاَمٌ عَلَيْكَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنِّى سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « مَنِ الْتَمَسَ رِضَاءَ اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ كَفَاهُ اللَّهُ مُؤْنَةَ النَّاسِ وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَاءَ النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ وَكَلَهُ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ »
Dari seseorang penduduk Madinah, ia berkata bahwa Mu’awiyah pernah menuliskan surat pada ‘Aisyah -Ummul Mukminin- radhiyallahu ‘anha, di mana ia berkata, “Tuliskanlah padaku suatu nasehat untuk dan jangan engkau perbanyak.” ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha pun menuliskan pada Mu’awiyah, “Salamun ‘alaikum (keselamatan semoga tercurahkan untukmu). Amma ba’du. Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang mencari ridho Allah saat manusia tidak suka, maka Allah akan cukupkan dia dari beban manusia. Barangsiapa yang mencari ridho manusia namun Allah itu murka, maka Allah akan biarkan dia bergantung pada manusia.” (HR. Tirmidzi no. 2414 dan Ibnu Hibban no. 276. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)
Dalam lafazh Ibnu Hibban disebutkan,
مَنْ اِلْتَمَسَ رِضَا اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ رضي الله عنه وَأَرْضَى عَنْهُ النَّاسَ ، وَمَنْ اِلْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَسْخَطَ عَلَيْهِ النَّاسَ
Barangsiapa yang mencari ridho Allah saat manusia tidak suka, maka Allah akan meridhoinya dan Allah akan membuat manusia yang meridhoinya. Barangsiapa yang mencari ridho manusia dan membuat Allah murka, maka Allah akan murka padanya dan membuat manusia pun ikut murka.

Sebagaimana keterangan dalam Tuhfatul Ahwadzi (7: 82), maksud hadits “Allah akan cukupkan dia dari beban manusia” adalah Allah akan menjadikan dia sebagai golongan Allah dan Allah tidak mungkin menyengsarakan siapa pun yang bersandar pada-Nya. Dan golongan Allah (hizb Allah), itulah yang bahagia. Sedangkan maksud “Allah akan biarkan dia bergantung pada manusia” adalah Allah akan menjadikan manusia menguasainya hingga menyakiti dan berbuat zholim padanya.
Beberapa faedah dari hadits ‘Aisyah di atas:
1- Wajib takut pada Allah dan mendahulukan ridho Allah daripada ridho manusia.
2- Hadits tersebut menunjukkan akibat dari orang yang mendahulukan mencari ridho manusia daripada ridho Allah.
3- Wajib tawakkal dan bersandar pada Allah.
4- Akibat yang baik bagi orang yang mendahulukan ridho Allah walau membuat manusia tidak suka dan akibat buruk bagi yang mendahulukan ridho manusia dan ketika itu Allah murka.
5- Hati setiap insan dalam genggaman, Allah yang dapat membolak-balikkan sekehendak Dia. (Lihat Al Mulakhosh fii Syarh Kitab Tauhid, Syaikh Sholih Al Fauzan, hal. 267).
Semoga Allah memberi taufik pada kita untuk selalu mengedepankan ridho Allah daripada ridho manusia. Wallahul muwaffiq.
Faedah di sore hari @ Kamar 201, Mabna 27, Jami’ah Malik Su’ud, Riyadh-KSA, 30 Shafar 1434 H

Sumber dari : www.rumaysho.com
Sumber : https://rumaysho.com/3099-akibat-mencari-ridho-manusia.html











Jumaat

Biar hidup susah asal tak menyusahkan mertua dan orang lain

Aku sedar gaji aku kecik, aku tak berani berhutang..apa lagi nak suruh suami berhutang..kalau boleh tak nak ada hutang dlm famili. Kami ni...bukan setiap masa kami senang, adakalanya kami berdua susah juga..aku usaha untuk tolong suami..aku taknak suami meminjam dari mak mertua atau mak bapak aku..biar aku susah..biar aku letih kerja asal suami tak berhutang merata..biar aku tak melawa...biar aku tak bergaya asal suami tak hutang siapa-siapa...susah senang kami, kami berdua yang tahu..aku malu kalau suami meminjam..tambah2 pinjam dengan mertua..alhamdulillah sampai sekarang susah payah kami kami berdua je tau....aku tak nak bershopping sana sini..melawa setiap hari tapi suami berhutang dengan ibu bapa dia...berhutang adik beradik dia..aku tak kan meminta-meminta sesuatu yang suami tak mampu ada kan...kalau suami tengah sesak aku sanggup keluarkan semua simpanan aku untuk dia selesaikan urusan kewangan dia dulu dari kegunaan aku...aku susah senang bersama suami..bukan sekadar statement tapi dh bertahun2 kami harungi susah payah kami sendiri..susah kami, kami simpan sendiri....


Khamis

Suamiku Hantu Durian

Sape tak suka durian rugi...kebanyakkan rakyat Malaysia suka makan durian..buktinya, harga durian melambung tinggi setiap tahun...herm bilalah lagi harga durian nk murah macam dulu2 kan...Dalam rumah aku ni suami aku sorang je suka sangat2 makan durian...kalau musim durian setiap hari dia akan beli durian and makan sorg2 kat dapur..aku jgn ditanya, aku tak berapa makan durian...seulas dua je aku mkn...mungkin sebab masa kecik2 ayah aku selalu beli durian...berguni-guni..yalah kami adik-beradik ramai..beli selonggok tak cukup...lagipon keliling rumah arwah tok aku ada pokok durian..dulu-dulu kalau musim durian jenuh makan sebab pokok2 durian keliling rumah arwah tok berbuah banyak..sekarangni kitorang semua dh bekeluarga dan takda masa nak jenguk rumah pusaka arwah tok dan tokwan...buah-buahan keliling rumah tu sekarang jadi habuan pencuri dan haiwan je...sekarangni klu nk makan durian husband beli...pernah sekali musim durian tahun lepas dia beli durian duri hitam (terpengaruh cerita upin-ipin ler ni) harga durian tu sebiji cecah RM80..aku ingatkan sedap sangat...aku try rasa seulas, biasa jer...bila aku bising, dia ckp saja beli sebab teringin nak rasa kerana harga dia mahal sgt....Aritu masa dia beli kitorang try suap nusaybah, pon macam mama dia juga..mkn seulas pastu dia taknak...abg affan usah disuruh makan, mmg lari penuh rumah...bila ditanya kenapa tak mau makan durian..dia cakap sebab busuk, bsu durian macam stokin katanya..haish..macam2 abg affan nih....sudahnya setiap kali musim durian hubby sorg2 makan...tak pon dia suruh aku buat pulut untuk mkn dgn durian..seronok tgk hubby makan durian..berselera sungguh..kalau kt sini xde musim durian dia usaha beli di sempadan..tak pon kt tempat lain yg ada...makan la hubby selagi berselera....

Mandi-manda di The Carnival

Baru2 ni ktorg plan nk bawa affan hadziq dgn nusaybah pergi zoo taiping...affan pulak asyik bercerita ttg sekolah dia nk bt rombongan ke zoo..walhal cikgu dia dh bgtau aku nk bawa dorg pergi mall je...ambik affan dari sekolah je aku tanya, affan cikgu bawa pergi mna harini?...affan bgtau, ustaz bawa pergi kfc je kt tesco...aku tanya affan beli apa di tesco?dia bgtau affan beli Lego je.,aku tanya pula, lagi??....dia bgtau pergi zoo yg ada taman je...fhmla aku yg ustaz bawa dorg pergi Tmn Jubli...Since dia mmg eager sgt nk pergi zoo aku igt nk bawa dia pergi taiping sabtu tu....pastu hubby text, bgtau kwn dia nk jual tiket The Carnival 12 keping...dia tanya nak x? Oleh sbb anak2 suka main air aku setuju jela hubby beli tiket tmn tema air tu dari kwn dia...aku ajak adik aku dgn adik ipar sekali...semua pic ni hubby dgn adik ipar yg ambil..aku pinjam gambar diorg je sbb handfon tggl dlm beg..kulit aku tak tahan sgt mandi air taman tema sbb biasanya akan jadi gatal2...anak punya pasal takpe, kalau gatal nanti aku letak ubat je...dek kerana anak2 yang teruja dapat nak mandi aku tak sempat pakai sublock padahal awal2 lagi dh bawa dalam beg...sudahnya muka aku ni sunburn teruk tak hilang2...anak2 dgn hubby pakat sunburn habis...
view dari wakaf yg kitorang lepak

Baby Nusaybah baru sudah mandi..lapar sgt...makan keropok durian dulu

Letih menunggu anak lelaki mandi..tak ingat2 nak naik kalau dah mandi my hansome boy tu

mandi dekat jakuzi di situ

budak2 paling seronok kalau datang sini kecuali nusaybah sibok buat perangai princess
abg affan lah yg happy sgt tu

air lazy river di sini agak dalam lebih kurang 4 kaki

my curly princess (rambut kerinting kesayangan saya)

abaikan wajah2 ibu bapa yang semakin rentung dek sinaran uv tanpa perlindungan sunblock..tanpa make up

mesyuarat di dalam air berklorin tinggi tanpa hiraukan kegatalan pasti selepas ini

dengan adik-adik dan adik ipar



parent yg boring tggu anak2 mandi kt tpt mandi kanak2 bolehla tunggu air bucket besar tu terbalik

mak bapak je yg ramai duk tunggu air timba giant tu tumpah..almaklumlah..masa kecik2 dulu xda mcm ni

enjoy sungguh abg affan dgn kezen aiman mandi

aiman happy sungguh

amboi adik aku sempat lagi berPDA














Rabu

Cinta Tak Semestinya Bersatu

Setiap hari bila aku terpandang je wajah kau aku sedar benarlah bahawa cinta tak seharusnya memiliki..
bukan sehari dua ni je,tapi dah lama aku crush sgt kt kau diam-diam...
aku simpan gambar kau dalam handfon aku...
bukan aku tak nak berusaha untuk memiliki kau..kau tahu kan..
kita memang berbeza bagai langit dengan bumi...
darjat kita tak sama..
aku suka sangat kt kau...suka tgok kau...gagah..bergaya.....
mana mungkin aku digandingkan dengan kau...
Walaupun kadang-kadang teringin sgt peluk kau..
sejak tahun lepas lagi aku angau teruk asyik fikirkan tentang kau...
kalaulah kau jadi milik aku, itu jelah yg mampu aku angankan setiap hari....
aku faham bahawa cinta tak seharusnya bersatu..

my dear crush

Selasa

dialog suami isteri part 1/2017

Malam tu lepas makan aku tengok je suami kemas-kemas rumah, dia ambil penyapu sapu lantai...lepas sapu lantai dia sidai baju-baju yang siap aku basuh...pastu dia bersuara...

Suami : Sayang, kenapa tak tangkap gambar abang tengah sidai kain ni letak di facebook..
Aku    : (tergelak besar aku)...hahaha..nak buat apa ambil gambar abang letak di facebook
Suami : yelah..kan abang tengah tolong ayang buat kerja rumah ni...
Aku    : Abang..abang tolong ayang tu kan satu perkara yang biasa abang buat setiap hari, lain la abg buat perkara luar biasa...
Suami : tu orang lain letak je gambar suami dia kat facebook tengah tolong buat kerja rumah
Aku    : Abang kan memang selalu tolong ayang..abang tolong buat kerja rumah tu mmg perkara yang biasa abang buat..selalu abang tolong ayang kan...orang yang letak di facebook tu suami diorang tak biasa buat kerja rumah..sebab tu diorang letak di facebook..mungkin itu perkara luar biasa..yelah orang tak biasa tolong sekali dia tolong kan pelik..sebab tu dia letak di facebook
Suami  : oh... macam tu ke...
Aku  :( masih lagi gelakkan suami)



yelah memang tak dinafikan suami aku selalu dan setiap hari tolong aku buat kerja rumah...tapi satu je kalau depan orang kau jangan sesuka hati nak minta-minta tolong dia buat kerja rumah..yg tu mmg nanti dia buat derk je...Aku pon mmg dah masak perangai dia, kalau depan mak aku ke, mak dia ke atau depan orang lain memang takkan suruh2 dia apa2 sebab nak jaga air muka dia...

Isnin

Perginya seorang tok yang amat aku kasihi...

Pada 11hb September kira2 jam 10 pagi telefon pintar aku berbunyi...Sayup-sayup dan kalut bunyi suara mak di talian bagitau bahawa tok aku sakit tenat...mak suruh aku bawa balik tok ke rumah mak..aku tanpa berlengah pergi ke pusat rawatan untuk bawa pulang tok kesayangan kami. Sesampai di tempat rawatan aku tengok tok asyik tidur...biasanya kalau aku melawat, tok akan buka mata dan bercakap dengan aku meskipun tutur katanya sudah tidak dapat difahami lagi disebabkan penyakit alzheimer yang dideritai tok sejak aku belum kahwin lagi...mata tok tertutup rapat, cuma dada je masih berombak tanda tok masih bernafas...sesekali tok berbicara perlahan...aku suapkan bubur nasi sedikit..tok seakan2 kunyah perlahan...mulut tok bergerak-gerak seolah-olah ada sesuatu untuk diberitahu, tapi suara tok sangat perlahan..aku suapkan air menggunakan sudu..pastu, aku luangkan masa sekejap suap tok makan, tok tidur semula...bila tengok tok tidur aku terus ke pejabat pusat rawatan dan memohon kepada pegawai bertugas untuk bawa pulang tok yang sangat aku sayangi...
sekadar gambar hiasan



renungan untuk diri sendiri
aku dgn mak saudara terus ke ofis tempat tu untuk memohon ambulan bagi menghantar tok pulang ke rumah mak...sementara menunggu ambulan datang untuk ambil tok kitorang terus tunggu di katil tok...jam 2.30 ptg mesej masuk bertalu-talu di wassap telefon pintar aku, ramai kawan-kawan memaklumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah...

Pada hari tu cuaca mendung sangat seolah-olah turut sama bersedih... kira-kira pukul 4.00 ptg staff bertugas maklumkan kepada kami bahawa ambulan dah sampai. Petugas-petugas seramai 4 orang mengangkat tok ke dalam ambulan..aku drive kereta depan sekali untuk menunjukkan arah rumah kitorg kepada pemandu ambulans...pelan sgt ambulan tu bergerak...sepanjang jalan aku asyik tekan pedal break supaya ambulans tu tak tertinggal jauh di belakang...sampai je di rumah, abg aku dah standby katil untuk tok baring..tok tetap tak buka mata..sayu rasa hati sbb masa raya pertama raya haji baru2 ni aku melawat tok, mata dia masih buka..dia tarik tgn aku masa aku nk balik...sayu terasa, walau aku tahu tok bukan sama macam 9 tahun dulu...selalu aku berdoa supaya tok kembali ingat seperti dulu meskipun aku tahu semua tu mustahil....alzheimer mengubah segalanya...
Di rumah mak tok asyik tidur sepanjang hari..kdg2 dia berdengkur halus seperti org yg nyenyak tidur...bila tok bgn mata dia masih pejam...aku suapkan nestum...suap air..makcik suap jeli mangga..tok kurus sgt, tinggal tulang kulit je...ramai adik beradik kitorg dtg rmh hari tu...ktorg pakat-pakat baca surah yassin..baca al quran...dgn harapan dipermudahkan urusan tok...tok tidur lagi..mata tok pejam rapat...langsung tok tak buka mata...masa ptg aku pesan kat makcik suruh ajar tok mengucap...aku nampak nafas tok turun naik...aku rasa sebak..tapi aku tak menangis...kami baca al quran bergilir..kakak, abg,adik2 lelaki, mak, adik bongsu,husben dan kakak ipar...malam tu ramai sanak saudara dtg melawat..mlm tu dorg still baca surah lg utk tok...aku dgn husben blik rmh kami..keesokkannya subuh2 aku bgn mandi n solat..pastu pergi semula rmh mak...ktorg adik-beradik bersihkan tok...keadaan tok makin teruk...nafas makin pendek2....masa ptg tu kitorg tak tinggal dah tok...semua pakat baca yassin dan quran...makcik pula tlg ajarkan tok mengucap..nampak mulut tok bergerak2...suara mmg dah tak dengar...aku duduk sebelah tok baca al quran...pastu aku tengok tok hembuskan nafas terakhir..mudah nampak tok pergi..Makcik, kakak sulong aku dgn tok njang menangis...makcik aku anak bongsu, tok njang adik lelaku bongsu tok dan kakak aku plk cucu kesayangan tok...aku tak nangis cuma rasa kehilangan...aku sedih cuma aku pyh nak nangis...tok pergi mengadap Penciptanya 12 September 2017 jam 4.22 petang, pada usianya 79 tahun....

Keesokkannya jam 9 pagi tok dimandikan buat kali terakhir...kami semua cium jenazah tok...jenazah tok disolatkan di masjid berdekatan rumah aku..Jenazah tok dikebumikan di kampung halamannya..selesai bacaan talkin kitorg bergerak balik...redup sungguh cuaca hari tu...sayu bila berpisah dgn org yg kita syg ..Apapun aku bersyukur dapat berbakti kepada tok semasa hayat dia..cuma masih rasa sedih je hari-hari selepas ketiadaan dia lagi....Semoga roh tok yang aku sayangi ditempat bersama-sama hamba Allah yang beriman..Al fatihah untuk tok....




Jumaat

Makan Lobster di Kepala Batas, Pulau Pinang

Masa mengandungkan nusaybah aku mengidam sangat nak makan lobster...teringin sgt2...biasa aku dgr lobster kt Sabah murah...herm camana nak pergi Sabah, jauh..kos lagi...sampai bersalin kat nusaybah aku xdpt juga mkn lobster..huhu...pastu baru2 ni suami ajak aku jalan2 cari makan kt Kepala Batas Pulau Pinang...Katanya ada satu cafe di Kepala Batas tu.. Mr. Lobs namanya ada menu lobster dan kitorg tak payah pergi jauh2 nak makan lobster....
Bagi korg yang berhajat sangat nak makan lobster bolehla review menu dia kt sini  https://m.facebook.com/MrLobsCafe/


Tengok tu..tempting bukan...


Cameraman abg affan..

Rabu

Bulan-bulan akhir yang sibuk

Aku sibuk sgt bulan2 akhir ni....sibuk program yg berlambak2 di daerah..sibuk pendaftaran kursus sidang akademik baru di usm...sibuk sgt....claim tak buat lagi..laporan tak buat lg..facebook pon tak sempat nk jengah..sungguh2 sibuk...blik rmh mmg xdan la nk update pape lg dah sibuk uruskan anak2 n keluarga kita...bila laa masanya aku nak berehat ni....hurmmmm....

Isnin

Nusaybah 1 tahun 11 bulan...

Herm..kejapje masa berlalu..nusaybah dah dekat nak masuk 2 tahun...bila belek2 gallery terjumpa gambar ni..kitorg ambik tahun lepas, masa celebrate birthday nusaybah...masa tu rambut dia pon tak panjang lagi...






Muka suami yang hitam rentung tu sbb bru balik latihan regimen






masa beli belon untuk event birthday dia (event la sangatt...) kat kedai Eco dekat Telok Air Tawar, Penang...aku letak nusaybah dalam raga yg boleh tarik tu...satu family cina tu terserempak dgn ktorg dlm kedai tu..family tu mcm ade nenek,mak, ayah, cucu dan cicit cmtula....yang lawaknya diorang dah passing by kitaorang..tapi satu family tu reverse balik sbb nak tengok nusaybah dalam raga tu...riuh rendah dia cakap dalam bahasa dia yg aku tak faham sambil senyum-senyum..pastu untie tu senyum dan cakap "comelnya"..."besarnya mata dia"..aku cuma senyum balik kt diorang..

Sabtu

Hadiah Birthday Aku 2017

Seperti kebiasaanya setiap birthday aku husband akan beli kek sebiji dan hadiah..tahun ni awal2 aku dah pesan dekat husband..kalau boleh birthday aku kali ni aku taknak kek dh..selalu sgt mkn kek, aku taknak kembang macam kek...hahaha...aku ni quite cerewet gak la lebih kurang perangai husband aku jg..sbb tu ade jodoh kot..kalau nk beli hadiah xkena selera aku mmg merajuk guling2 la...hahaha...mungkin dah xde idea nk bli hdiah apa hubby bg hadiah pelik sgt arini..pagi2 lg aku dh mandi n siap gosok baju aku n anak2...aku kemas2 baju..load brg2 dlm kereta..bersalam salaman dgn hubby..then hubby hulur sampul raya....dia cakap hadiah birthday....senyum sampai telinga la wife dia ni..seronok sgt dpt hadiah..tgh drive nk pergi kerja aku rasa tak sabar sgt nk buka sampul tu...tebal boleh tahan gk la...hbih program aku kira2 amaount yg hubby bg tu walau tak banyak aku bersyukur..Alhamdulillah..semoga dimurahkan rezeki suamiku tercinta...muuuahhh ciked...