Isnin

Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya

Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian.

Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama seperti merampas hak milik orang lain yang akan mengakibatkan persengketaan.

Memang tiada istilah karma di dalam agama Islam namun, sebagai seorang muslim, kita haruslah percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik dan setiap perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpalnya.

Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.

Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.

Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.

“Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina.

“Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam sebuah hadis :

ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها

“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”

(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)

Wan Akashah berkata, berdasarkan pengalaman, punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga biasanya disebabkan lelaki yang menjerumuskan diri mereka dalam hubungan terlarang seperti itu.

Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.

“Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.

“Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,” katanya.
Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,” katanya.

Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.

“Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.

“Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.

“Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Paling penting, katanya, pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya.

Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )

Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :

المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه

“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”

“Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak
Penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, pula berkata Islam sudah menetapkan peraturan berhubung pergaulan antara lelaki dan wanita.

“Kita perlu tahu tanggungjawab dan pandai mengawal diri kerana jika dalam hati ada perasaan terhadap orang lain, ia sangat berbahaya.

“Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula, dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain.

“Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah,” katanya.

Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan. Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu.

“Dalam Islam, memang tidak ada istilah karma tetapi tindakan seperti ini pastinya akan mey dengan doktrin sebab akibat, pelaku kejahatan akan mendapat siksa atas dosanya yang berbuat baik akan mendapat pahala,” ujar pengamat Hukum Islam di Banjarmasin, Hj Mariani MHI, kepada BPost Online.

Sumber: ediamedia

Jumaat

Santai Hari Minggu..

Assalamualaikum..arini aku tak selera makan..so sebab tak selera makan aku pon kemas satu rumah...lalala..heppy sgt kemas rmh..tapi xleyh share lg gmbo rmh sbb rmh tgh progress minor renovation..hehehe...kemas..kemas sana..kemas..kemas sini..terlupa badan telah letih..bil tgok jam...ouhhh dah pukul 4 ptg rupanya..dari pagi cuci baju..sidai baju..sapu sampah...vacume lantai..cuci sawang..lap kipas..lap chandelier...cuci pinggan...layan anak2...pastu mandi..siap2 seme dgr bunyi pintu pagar..tgok2 husband dah balik...husband beli kfc..rupanya kfc ade menu baru..Zinger Double Down.sedap..tapi besar sgt saiz dia...tak larat nak habiskan...Aku makan sebelah je...dah kenyang, Alhamdulillah....Korang yang tak cuba lg bolehla try...mmg sedap tau


Khamis

Resipi Mi Lidi Goreng

Arini since kita tak pi kerja..kita nak share resipi mi lidi goreng..pagi td kita tak masak sebab ade lagi pizza yg beli semalam..so kita panaskan je and mkn satu slice dh kenyang..pas siap cuci kain baju 2 trip dan sidai semuanya..kita rasa nak buat mi lidi goreng memandangkan anak2 pon xberselera makan...kita tengok dalam peti ais tak ada ape sebab banyak ari kita takde kat rumah..sayur ada karot je...mujur ade daging dan ayam sikit dalam peti...lama dah kita nak buat mi sup guna mi lidi tapi arini abg affan minta nak makan mi lidi goreng...aduhai anak...kenalah mama ikut selera abg affan sbb abg affan ssh nak makan..kalau dia nak makan tu mujur laaa...

Bahan-bahan:
Mi Lidi Sepaket rebus sampai lembut then toskan dulu ye
Karot sebatang potong panjang halus
Cili kering 5 biji
Bawah putih 2 ulas
Bawang besar sebiji saiz kecil je
Sos tiram 2 sudu
Sos tomato 2 sudu
Kicap 2 sudu
Daging dipotong halus satu mangkuk kecil
Ayam semangkuk kecil potong kecil-kecil
Minyak bijan 1 sudu

Cara Masak:
1)Kisar cili kering dgn bawang putih n bawang besar sampai halus
Lepas tu tumis guna minyak sedikit je
2)dah wangi, masukkan daging, ayam, karot dan sedikit air
3)bila daging dah lembut masukkan mi lidi...
4)guna api sederhana..kacau dan balik-balikkan mi beberapa ketika
5)bila dah kering mi tu siap..boleh hidang

Nusaybah1Tahun 8 Bulan Warded

Assalamualaikum...baru2 ni Nusaybah kene warded dari hari Isnin..n petang semalam baru dapat check out. Mulanya dia muntah2 dari jam 8mlm lebih cmtu sampai 12 mlm lbih..ktorg bawa pergi klinik mlm tu juga tak ingat pukul berapa masa tu..
Masuk je bilik doktor, terus doktor tu suruh kitorang pergi refer Nusaybah ke mana-mana hospital. Apa lagi..aku dengan husband rushing terus ke casualty Hospital Pakar Metro sebab dekat je dengan rumah aku, lagipon anak-anak kitorang memang selalu guna khidmat doktor ni..Doktor Pakar Kanak-kanak terbaikla bagi aku..Doktor Loh Chee San nama dia..Doktor ni sangat detail orangnya..Selain itu, penerangan yang dia bagi memang jelas dan padat. Biasanya doktor ni akan rawat anak-anak yang sakit dengan teliti..dia juga kenal nama anak-anak yang pernah dirawatnya..hebat bukan..Dengan doktor ni korang bukan saja dapat merawat anak yang sakit tetapi dapat juga kongsi ilmu tentang penyakit kanak-kanak ni..Ni kali kedua Nusaybah kena warded
..1st dulu sebab demam..ni pulak muntah..Sampai je casualty malam tu doktor yg on call terus suruh masuk wad.






.biasa dorg akan bg option wether korg nk masuk wad atau nak balik..hurm terpaksa aku tido kt wad..sebab aku awal2 lg bgtau xnk tdo kt spital hubby pon teman jg aku tdo di wad..kesian hubby..tdo mengerekot atas katil sama2 dgn aku n nusaybah..tpaksalah sebab affan dan conquer kerusi tidur yg spital sediakan...ahaks..hubby ada request nk tukar bilik sebab masa ktorg check in wad penuh..tggl bilik yg kecik je..aku kata tak payahlah lgpon kita nk dduk situ kejap je...sepanjang duduk dekat wad aku langsung tak boleh nk guna internet sgt sbb habih telefon n tab aku jadi harta anak2...hurm..xbg kang payah..petang semalam ktorg boleh balik sbb aku minta kt doktor nk balik..jemu weyh dok hospital lama-lama..balik rumah jam 7.00malam..pas mandi n solat kitorang keluar pergi Domino sebab aku tak selera nk makan..So sebagai upah hubby n affan sebab jaga nusaybah di hospital, aku belanja dorg Domino...
Menu baru Domino..pe ntah nama dia..n



siap beli 2 pizza lg menunjukkan lapar sangat-sangat lettew...aku mkn 2 potong je then Zzzzz..letih weyh..
Roasted drummet tu mmg kegemaran abg affan..so, mmg tak cukup kalo beli satu ja..jadi kena gk beli dua..huhuhu

Abg affan ni mmg suka interframe klo org ambik gambar

Isnin

Epilog Si Gemok Yang Jahat...Kenapa Aku Tak Suka Engkau

Kenapa aku eja nama kau "GEMOK"...Bukan gemuk  atau gumuk..Gemok tu mcm kata sifat yg menunjukkan engkau tu gemok sangat2..Hei si gemokk...Kalau nak tau..Aku tak suka ko bkn sebab ko buruk..walau mmg buruk, tapi itu Allah yg jadikan ko..aku bukan meluat ko sebab ko gemok dan bodoh..gemok tu mmg la gile punya gemok, gajah nyorok blkg pon xjumpa kot..hahaha..bodoh tu memang itu kenyataan diri ko..bodoh ko xpyh nk buat2 bodoh sbb mmg kata2 ko mmg menunjukkan tahap pemikiran ko yg bodoh sgt...and ko sendiri tunjukkan kebodohan ko...aku bukan tak suka ko sebab ko selekeh walau memang ternyata ko selekeh...aku sbnrnya tak suka ko sebab ko JAHAT...itu je...ko biadap dengan orang tua.ko pisahkan hubungan seorang ayah dgn anak2 dia..ko menyebabkan seorang lelaki jd seorang yg xbtgjwb..cuai nafkah anak2 dia...ko mencipta kebahagiaan dengan penderitaan orang lain..Semoga Allah membalas setimpal perbuatan terkutuk ko tu....
Gambar dicopy dari internet: Camnilah rupa ko gemok, make up tebal macam pondan..make tipis plk muko tak lawo...hah padang

Tiada Lagi Tab Pink Kesayangan Aku

Assalamualaikum..kini tiada lg samsung tab pink aku...selamat sudah dijual ptg td...herm setelah lama menggunakan tablet Samsung P6800 7.7 dan aku passing plk kpd ank sulungku..akhirnya arini ktorg telah menjualnya kpd owner yg baru..diharap beliau berpuas hati dgn pembelian tersebut. Actually hubby bli utk aku guna kt universiti bbrpa thn yg lalu..dsebabkan aku xsedap nk guna tab tu ktorg bg affan hadziq guna..setelah bbrapa tahun guna tab tersebut, affan hadziq mula berubah hati..enggan lagi menggunakan tab itu...therefore, we decided to let go je tab tu..Now affan hadziq just guna my previous Samsung Note 1..mybe dia suka nk guna hp kecik plk..Ade lg satu tab Samsung ktorg 10.3 pon ktorg dah nk let go...my hubby recently advertise at mudah.my..hopefully someone will ask for the 10.3 as soon as possible...rindu plk tab pink tersebut..bak kata org..kalau kita sygkan ssuatu lepaskanlah...huhu...skrgni aku guna Samsung Tab 8.4 dan Samsung Note 3 je...masa lom kawin aku mmg guna dua fon...diawal kawin still guna 2 fon..skrg ni fon je 2..tapi jrg aku nk guna dua dua sekali...kdg2 sampai tak bawa fon langsung kalu keluar..hahaha..hubby aku memanjang membebel sbb call aku jrg angkat...keh3..aperpon keluarga lg penting dari gajet....