Khamis

Resipi Mi Lidi Goreng

Arini since kita tak pi kerja..kita nak share resipi mi lidi goreng..pagi td kita tak masak sebab ade lagi pizza yg beli semalam..so kita panaskan je and mkn satu slice dh kenyang..pas siap cuci kain baju 2 trip dan sidai semuanya..kita rasa nak buat mi lidi goreng memandangkan anak2 pon xberselera makan...kita tengok dalam peti ais tak ada ape sebab banyak ari kita takde kat rumah..sayur ada karot je...mujur ade daging dan ayam sikit dalam peti...lama dah kita nak buat mi sup guna mi lidi tapi arini abg affan minta nak makan mi lidi goreng...aduhai anak...kenalah mama ikut selera abg affan sbb abg affan ssh nak makan..kalau dia nak makan tu mujur laaa...

Bahan-bahan:
Mi Lidi Sepaket rebus sampai lembut then toskan dulu ye
Karot sebatang potong panjang halus
Cili kering 5 biji
Bawah putih 2 ulas
Bawang besar sebiji saiz kecil je
Sos tiram 2 sudu
Sos tomato 2 sudu
Kicap 2 sudu
Daging dipotong halus satu mangkuk kecil
Ayam semangkuk kecil potong kecil-kecil
Minyak bijan 1 sudu

Cara Masak:
1)Kisar cili kering dgn bawang putih n bawang besar sampai halus
Lepas tu tumis guna minyak sedikit je
2)dah wangi, masukkan daging, ayam, karot dan sedikit air
3)bila daging dah lembut masukkan mi lidi...
4)guna api sederhana..kacau dan balik-balikkan mi beberapa ketika
5)bila dah kering mi tu siap..boleh hidang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan